Kuat Hujah dan Fasih Lidah adalah merupakan sifat dakwah dan pendakwah yang ke tujoh. Mubaligh yang tidak mempunyai hujah-hujah yang kuat dan lidah yang fasih kata-katanya tidaklah dapat memberi kesan yang sepenuhnya, bahkan akan menyebabkan kecacatan bagi kerja-kerja tablighnya. Pada masa Nabi Musa a.s. diutuskan Allah kepada Firaun untuk menyampaikan risalahNya, maka berkata Musa (sebagaimana di-dalam al-Qur'an):
"Dan saudaraku Harun, lidahnya lebih fasih daripadaku, maka hantarkan ia bersamaku untuk menjadi sebagai sandaran yang membenarkan aku". (surah al-Qassas : 34).
Firman Allah S.W.T: "Ya Tuhanku. Lapangkanlah bagiku akan dadaku dan mudahkan bagiku akan urusanku, dan huraikanlah bagiku kelu lidahku, supaya mereka itu memahami perkataanku". (surah Thaha : 25-28).
Adalah jelas sekali bahawa bagi seseorang dakwah dan pendakwah yang ingin menyampaikan risalah Allah dan Rasulnya mereka mestilah kuat hujah dan fasih lidah. Kuat hujah berkait rapat dengan sifat-sifat dakwah dan pendakwah yang telah diperjelaskan dalam siri-siri yang lepas ia itu memahami maksud al-Quran dan al-Hadith, beramal dengan Ilmunya, tahan marah (berlapang dada) dan berani; tidak takut kepada sesiapa pun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan dapat menghalangnya daripada menjalankan kewajipan. Sementara fasih lidah pula bermaksud mempunyai keupayaan menyampaikan dan berkomunikasi dengan baik lagi berhemah. Mengetahui serba sedikit pengetahuan dan pengurusan psaikologi dan teknik berkomunikasi yang berkesan.
Bagaimanapun sifat kuat hujah dan fasih lidah janganlah dijadikan proses dalam mencapai matalamat atau tujuan yang salah dan tidak berfaedah. Dalam penyampaian dakwah Islamiah matalamat kita mestilah jelas iaitu "menyeru kepada amal ma'aruf dan nahi mungkar" ia itu menyarankan supaya manusia semua berbuat kebaikan/kebajikan dan mencegah manusia daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Tiada gunanya jika kita mempunyai hujah yang kuat dan fasih lidah sekiranya apa yang kita sampaikan menjurus dan menjerumuskan manusia kepada kemungkaran dan kehancuran !.
Di Malaysia ini sendiri dapat kita melihat dengan jelas betapa terlalu ramai manusia munafik yang kuat hujah dan fasih lidah, tetapi matalamatnya tidak selari dengan tuntutan agama Islam sendiri. Lihatlah hampir semua pemimpin daripada KERAjaan UM NO yang pandai bermain dengan lidah mereka yang bercabang seperti ular apabila membicarakan isu-isu tentang agama Islam sedangkan mereka-mereka ini tidak mempunyai ilmu dan hujah-hujah yang kuat bersandarkan al-Qur'an dan al-Hadith. Ini kerana mereka-mereka ini sendiri hampir kesemuanya tidak memahami maksud al-Quran dan al-Hadith, mereka-mereka ini hampir kesemuanya tidak beramal dengan ilmunya (tuntutan al-Quran dan al-Hadith) , mereka-mereka ini sendiri hampir semuanya tidak berlapang dada dan tidak berani. Ini adalah kerana mereka-mereka dari KERAjaan UM NO bukan berhasrat untuk menegakkan syariat Islam itu di negara ini, sebaliknya mereka-mereka lebih berminat memperjuangkan Islam suku dan Sekularisma. Kerana jahilnya mereka tentang Islamlah mereka-mereka ini sanggup memisahkan politik dan Islam. Bagi mereka bila berbicara tentang politik, maka Islam tiada tempat untuk itu. Bagi mereka-mereka ini Islam hanyalah syiar (lambang). Sedangkan telah dijelaskan bahawa Islam itu adalah cara hidup !.
Bagi mereka Islam ialah memadai dengan melaksanakan pengucapan aqidah tauhid, sembahyang, puasa, zakat dan haji. Islam ialah membina masjid dan surau-surau sebagai lambang, sedangkan tiada apa-apa aktiviti dan pengisian bagi mengimarahkan masjid dan surau-surau itu. Itulah sebabnya di Malaysia ini banyak betul masjid dan surau, tetapi lihatlah apabila masuk waktu-waktu sembahayang fardu maghrib, isya', subuh, zuhor dan asar nak dapat satu saf dihadapannya penuhpun susah. Masjid akan penuh bila sembahyang jumaat, masjid akan melimpah bila sampai bulan puasa dan sembahayang tarawikh, masjid akan melimpahruah bila sampai hari raya dan sembahyang aidilfitri dan aidiladha. Bagi KERAjaan UM NO Islam itu memadai dipusatkan (Pusat Islam), Islam itu memadai dibankkan (Bank Islam), Islam itu memadai dipejabatkan (Jabatan-Jabatan Islam), Islam itu memadai dimuziumkan (Muzium Islam), Islam itu memadai penerapan nilai sahaja (Penerapan Nilai Islam) dan kita jangan terkejut pula sedikit masa lagi zoopun akan diislamkan oleh KERAjaan UM NO ini (Zoo Islam !).
Tetapi apabila ada parti yang dinamakan sebagai Parti Islam, anehnya mereka ini menjadi tak ketentuan memprotesnya dan tidak semena-mena ingin membuang perkataan Islam daripada parti berkenaan. Beginilah pemikiran orang yang mendakwa memperjuangkan Islam. Mereka mendakwa perkataan Islam yang ada kepada parti tersebut digunakan untuk mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat Malaysia. Yang hairannya nama Islam yang terdapat pada parti berkenaan telahpun wujud berpuloh tahun dahulu, mengapa sekarang baru KERAjaan UM NO ini menyedari bahawa nama Islam itu mengancamnya. Kalaulah begitu berpengaruhnya perkataan Islam dalam meraih sokongan pengundi di negara ini, mengapa KERAjaan UM NO ini tidak memasukkan perkataan Islam itu sendiri dalam singkatan nama partinya. UMNO boleh di kenali selepas ini sebagai United Islamic Malay Nasional Organisation (UIMNO).
Bagaimanapun perkara ini tidak mungkin akan berlaku. Ini kerana UMNO itu sendiri bukanlah terdiri daripada 100% Melayu Tulin. Nama sahaja ada perkataan "melayu" tetapi parti UMNO Baru(A) ini sudah dilacur-rojakkankan oleh Mahathir@Mahafiraun dengan membenarkan mereka yang bertaraf "bumiputera" sebagai resepi tambahan "rojak" ini sebagai usaha memperkukuhkan kedudukan peribadinya. Didalamnya bukan sahaja terdapat mamak-mamak, tetapi kita akan dapati orang-orang siam, orang-orang indonesia, orang-orang jawa, orang-orang philipina, orang-orang asli, orang-orang khadazan dusun, orang-orang bajau dan banyak lagi yang menganuti pelbagai agama. Tidak ketinggalan yang berdaftar sebagai ahli UM NO ialah hantu dan toyol yang muncul sebagai pengundi hantu semasa pilihanraya.Jadi mana bisa perkataan Islam boleh menjadi milik UMNO. Inilah realiti komponen UMNO yang mendabik dada memperjuangkan hak-hak dan ketuanan orang Melayu !. Yang mendabik dada "Melayu Kuat Islam Kuat !". Ketahuilah kekuatan agama Islam bukan berteraskan orang Melayu. Agama Islam adalah untuk semua insan didunia ini dan bukan "made in by the malay and for the malay sahaja".
Matalamat mencari keredhaan Allah adalah merupakan matalamat paling atas yang kita tetapkan dan mesti kita perjuangkan. Apalah gunanya kita mempunyai segala apa di dunia ini sedangkan ianya tidak mendapat keredhaan Allah. Apalah guna kita kuat berhujah dan fasih lidah dalam meperkatakan sesuatu tetapi ianya tersasar dari tuntutan agama Islam itu sendiri. Lihat sahaja Astora Jabat yang disanjung sebagai Ular-Mak KERAjaan UM NO yang menyampaikan hujah-hujahnya melalui ruangan "Bicara Agama" Utusan Malaysia. Lihatlah bagaimana orang ini menghidangkan tulisan-tulisannya yang mengelirukan tentang Islam kepada rakyat negara ini. Tulisan-tulisannya banyak bersandarkan akal cetek yang dipunyainya tentang Islam dan tidak berlandaskan nas-nas yang didatangkan daripada al-Qur'an dan as-Sunnah yang diiktiraf dan diterima secara menyeluroh. Hujah-hujah yang diketengahkan melalui tulisannya sangatlah lemah. Kelemahan tokoh yang disanjung KERAjaan UMNO jelas ternampak semasa beliau berdebat dengan Uztaz Asri beberapa bulan lepas . Beliau ternyata seorang yang tidak mempunyai hujah yang kuat dan tidak juga fasih lidah. Semasa perdebatan tersebut hujahnya agak longgar dan sentiasa berputar-putar dan tidak menepati isu yang diperdebatkan. Beliau juga ternyata tidak mempunyai sifat berlapang dada kerana telah tidak menerima dan melayani tulisan oleh Uztaz Ali Muda dalam menyanggah tulisannya berhubung dengan Isu Undang-Undang Murtad. Beliau ternyata seperti dibayar untuk mempertahankan apa yang dinyatakan oleh Mahathir@Mahafiraun. Beliau ternyata menjual agama Islam dengan harga yang amat murah.
Insyallah jika tidak ada aral yang melintang, sedikit masa kita akan dapat saksikan satu lagi debat di antara YB. Mahfuz Omar (Ketua Pemuda PAS) dengan YB. Dato' Hishamuddin Tun Hussin Onn (Ketua Pemuda UMNO). Itupun jika Ketua Pemuda UMNO itu bersedia dan tidak berdolak-dalih lagi dengan pelbagai alasan. Disini nanti satu debat atas tajuk "Ketuanan Melayu" akan diketengahkan. Kita akan saksikan seorang yang memperjuangkan Islam berdebat dengan seorang yang memperjuangkan Sekularisma. Seperti yang dikatakan oleh Dr. Yusuf Al-Qaedawi, jika ada pertentangan Islam dan sekular, sekular pasti tersungkur !. Ini kerana hujah Islam akan bersandarkan nas-nas al-Quran dan al-Hadith, sebaliknya hujah sekular cuma bergayut kepada ranting akal yang rapuh semata-mata. Kita akan saksikan siapakah diantara mereka-mereka ini yang mempunyai sifat dakawah dan pendakwah kuat hujah dan fasih lidah !.
Seruan:
"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong UMNO kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".
Insyallah Undur Mahathir Negara Ok !...... KeADILan PASti tertegak apabila ke ZALIMan kita hancurkan.
Membangun Bersama Islam : Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...
habibu@hangjebat.com