assalamualaikum.
Kami ingin memaklumkan bahawa laman kami di http://hackerzparadize.virtualave.net/ telah dibannned oleh ISP kami iaitu Virtualave dengan alasan kami telah melanggar Term Of Service mereka.
Bagaimanapun kami percaya ia bukanlah alasan utama. Kami mengandaikan ia adalah hasutan daripada pihak-pihak yang iri hati dengan perjuangan kami serta gagal untuk menembusi akaun kami di virtualave secara 'gentlemen'.
Sehubungan itu kami berharap kepada saudara webmaster semua yang mempunyai links ke laman kami di laman kelolaan mereka untuk memaklumkan perkara ini kepada pelayar reformasi sekelian.
Kami akan cuba membetulkan keadaan ini dengan Virtualave dan sekiranya gagal kami akan memindahkan laman ini ke tapak baru yang lebih bebas, terbuka serta tidak mudah terpengaruh dengan agen-agen pemusnah yang bacul itu.
sekian, teruskan perjuangan.
ALLAHHUAKBAR!