Izinkan saya merujuk kepada artikel yang disiarkan dalam utusan meloya
bertarikh 28hb.September 2000 dimuka surat 4 ruangan 7 berhubung dengan
kepercayaan dan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Dibawah ini saya
perturunkan semula sebahagian dari petikan tersebut.
KOTA BHARU 28 SEPT. - Penyelewengan agama yang dilakukan oleh Pas kini
dianggap semakin serius dan mesti dibendung bagi mengelak berlakunya fahaman
politik melampau dikalangan masyarakat.
Menteri penerangan, Tan Sri Khalil Yaakob berkata, fikiran rakyat perlu
'dibersihkan' supaya tidak terus dipengaruhi oleh kepercayaan dan perjuangan
Islam ala Pas......
"Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan dikhuatiri akan menimbulkan
mudarat kepada negara akibat daripada kepercayaan melampau yang telah
diserapkan melalui ceramah ceramah mereka,"......
Beliau percaya sekiranya unsur unsur penyelewengan yang dilakukan oleh
Pas tidak dibendung dari awal, tidak mustahil suatu hari nanti kalangan umat
Islam dinegara ini akan membenci antara satu sama lain......
"Kita mahu orang ramai sedar bahawa selama ini mereka telah terpedaya
dengan dakyah dakyah Pas dan mulai sekarang mereka harus tahu siapa
sebenarnya yang berjuang berlandaskan Islam,"......
Amboi......sedapnya mulut pemimpin Umno(baru) bercakap macamlah hangpa tu
betui sangat...... Awat hangpa cakap lagu tu. Hang ingat apa yang hangpa tu
dok buat ikut landasan Islam ke ? Hang ingat agama Islam yang kami anuti
sebelum ini iaitu dari ajaran ibu bapa dan datok nenek kami selama ini
adalah Islam ala Umno(baru) ke ? Apa, hang ingat agama Islam yang
diperjuangkan oleh sekalian pemimpin dan ahli ahli Pas itu tidak selari
dengan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ke ?
Apa, hangpa ingat kami ini jahil sangat dengan agama sehingga tidak tahu
menilai yang mana benar dan yang mana batil !
Pada kami parti Umno(baru) lah yang menyeleweng dan memecah belahkan
masyarakat. Kalau orang melayu tidak disedarkan mulai dari sekarang kami
bimbang Umno(baru)ini akan sampai ketahap yang boleh mengancam keselamatan
negara. Apa tidaknya kalau pemimpin pemimpinya asyik mengenyangkan tembolok
suku sakat dan membuncitkan perut masing masing sahaja. Hak rakyat langsung
dinafikan.
Bagi kami adalah lebih baik jika pemimpin Umno(baru) memperbetulkan
diri sendiri terlebih dahulu sebelum anda mengajar dan menegur orang lain.
Ini adalah kerana rakyat sudah terlalu muak melihat gelagat anda sehinggakan
ada yang kami panggil P***M**.
Serangkai bicara dari saudara Fathi Aris Omar (sebagai bahan renungan kita
semua) dalam Malaysiakini " Apakah tuan tuan politik mereka (baca:Umno)
memang gemar membodohkan orang melayu? Oleh itu, mereka akan terus
memperkudakan minda dan menghisap darah melayu? Barangkali, inilah yang
dikatakan - Melayu bunuh Melayu?"
Izinkan saya bertanya.......
- hangpa bail-out syarikat kroni tu ikut Islam ke? Bail-out syarikat
Mirzan, Halim dll. tu ikut Islan ke?
- hangpa perlakukan begitu rupa terhadap semua peringkat jawatan kuasa
termasuk Imam dan ganti mereka dengan orang orang yang tidak berkaliber
dan mempunyai kepentingan tertentu - penganut fahaman parti Umno(baru)-
yang bukan dari kalangan kariah dan kata masjid dibina dengan duit
kerajaan itu ikut Islam ke? Hangpa ingat kami tak bayar zakat dan tak
pernah menderma kepada masjid ke?
- hangpa sekat alim ulamak dan guru agama berceramah, mendidik dan
mengajar agama didalam masjid tu ikut Islam ke?
- hangpa pecat dan penjarakan saudara Anwar tanpa bukti sahih dan semuanya
dok tak relevan tu ikut Islam ke? Ini apa hal ni......orang yang kena
'cucuk' tidak dihantar medical check-up pasal apa? Bukankah doktor Zahari
Nor dah mengesahkan dan beri keterangan dalam mahkamah tak ada benda
tumpul masok......pasal apa tak mahu dengar cakapnya? Tapi dengar pula
cakap seorang penzina......
- hangpa luluskan lesen premis perjudian,premis menjual arak,rumah
urut,rumah persundalan dan tidak ambil tindakan terhadap penjualan video
lucah itu ikut agama Islam ke?
- hangpa tidak menggalakan para isteri hangpa menutup aurat terutama
menutup payudara dan bertudung itu ikut aturan Islam ke?
- hangpa racun pemikiran masyarakat dengan budaya kuning terutama dengan
menyiarkan gambar gambar 'tak cukup kain' dan 'tak mahir menjahit'
terutama dalam majalah 'mangga' juga 'manggis' dan mingguan meloya itu
ikut Islam ke?
- hangpa kutip zakat tapi tidak bantu rakyat yang hidup susah di kampung
kampung pedalaman itu ikut Islam ke? Ada di kalangan mereka sudah terlalu
uzur dan sudah tidak upaya untuk bekerja. Malah ada yang beranak ramai
tapi pendapatan sangat kecil. Masih ramai lagi yang hidup 'kais pagi makan
tengah hari' dan 'kais petang makan malam!'
- hangpa nafikan dan pinggirkan sebahagian rakyat yang hidup di kampung
kampung dari merasa nikmat manisnya air paip, redupnya sinaran lampu dan
empuknya tar jalan raya itu ikut Islam ke?
- hangpa ceroboh perjanjian antara PETRONAS dan KERAJAAN NEGERI
TRENGGANU (KERAJAAN SAH DI PILIH OLEH RAKYAT - melalui sistem
demokrasi ala Malaysia) dan gantikan wang ROYALTI dengan wang EHSAN secara
kuku besi itu ikut Islam ke?
- hangpa lambat lambatkan perbicaraan kes Memali itu ikut Islam ke?
- hangpa ambil orang Yahudi sebagai penasihat ekonomi itu ikut Islam ke?
- hangpa pukul, paksa, seksa dan malukan orang dalam tahanan(Saudara
Anuwar, para reformis, tahanan bangladesh dan lain lain) ikut Islam
ke?
- hangpa guna undang undang ISA itu ikut Islam ke?
- hangpa BUNUH Detik, KONJOLKAN Tamadun, LEMASKAN Wasilah dan SEKSA
harakah itu ikut Islam ke?
- hangpa tuduh saudara Mohd Ezam Md.Noor bocorkan dokumen dan maklumat
siasatan BPR itu ikut Islam ke?
- hangpa tidak dakwa orang orang (terutama seorang menteri wanita) yang
telah terbukti amalkan rasuah itu ikut Islam ke?
- hangpa laksanakan program Rakan Muda itu ikut Islam ke?
- hangpa lakukan penipuan dalam pilihanraya itu ikut islam ke?
- hangpa sogok rakyat dan kakitangan awam agar mereka memberi sokongan
kepada hangpa dan yang tidak menyokong pula disisih dan diambil tindakan
itu ikut Islam ke?
- hangpa benarkan ternakan babi secara meluas untuk ekspot di Port
Dickson dan benarkan penjualan daging babi di tepi tepi jalan di
sekitar bandar raya Georgetown itu ikut Islam ke?
- hangpa benarkan rakyat berjudi dan berseronok diatas kapal pesiaran
mewah dalam perairan Malaysia itu ikut Islam ke?
- hangpa bina MAHLIGAI AIR MATA RAKYAT, PETRONAS TWIN TOWER, LITAR F-1,
beli GLOBAL EXPRES dan lain lain projek mega itu ikut Islam ke?
- hangpa adakan sambutan perayaan tahu baru dengan muda mudi menegok arah
dan berpelukan antara lelaki dan wanita itu ikut Islam ke?
- hangpa sekat pihak JAIS dalam mengambil tindakan terhadap orang orang
yang menghina dan tidak mematuhi ajaran Islam itu mengikut ajaran Islam
ke?
Saya merasa hampa, tersinggung, kecewa, geram dan marah setelah membaca
petikan yang disiarkan oleh utusan meloya ini. Saya bukanlah seorang yang
dilahirkan di Negeri Kelantan mahupun di Negeri Trengganu juga bukan seorang
yang bekerja di kedua dua negeri tersebut dan bukanlah seorang ahli Pas yang
berdaftar. Saya adalah anak jati Negeri Sembilan yang lahir di Kuala Pilah
dan kini bermastautin di Pulau Pinang ( Pulau Mutiara.....?). Kaum keluarga
saya seramai lebih kurang 150 orang yang terdiri daripada emak, adik, abang,
kakak, pakcik, makcik, anak anak buah, sepupu-sepupu, mertua dan sebagainya.
Saya katakan disini sama ada anda percaya ataupun tidak semenjak tarikh
pemecatan saudara Anwar Ibrahim dari jawatan TPM pada tahun 1997, kesemua
sekali kaum keluarga saya telah hilang kepercayaa terhadap anda dan kini
menjadi penyokong kuat parti B.A sama ada parti Pas mahupun keADILan. Kaum
keluarga saya terdiri dari berbagai peringkat jawatan mahupun status dan
kelayakan. Mereka terdiri dari Bank Manager, Factory Manager, Pensyarah,
Pilot, Pegawai di Jabatan Awam, Usahawan, Guru, Ustad malahan ada yang
begelar artis! Adakah hangpa ingin mengatakan bahawa fahaman kami semua
adalah menyeleweng, menimbulkan perpecahan dan memudaratkan keselamatan
negara? Sesunguh nya bagi kami hangpalah sebenarnaya yang tidak menurut
ajaran Islam sebenar dan bertentangan dengan apa yang kami pelajari melalui
guru agama kami dan juga dari keturunan kami.
Surah Al-Nasr mulai ayat 1 - 'Apabila telah datang pertolongan Allah dan
kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berduyun duyun,
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan memohon keampunan kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah maha penerima taubat.'
Surah Al-Fajr (Fajar) mulai ayat 27 - Wahai orang yang mempunyai jiwa yang
sentiasa tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi di
redhai-Nya. Maka masuklah kedalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah
kedalam Syurga-Ku.
Kepada:
- Banglong, kaklong, bang ngah, kakngah, ateh, kakcik, kak su di Shah
Alam.
- Banglang dan kak Nur di Pahang (Pegawai Kanan Awam)
- Along Salleh dan akak di UPM Serdang (Pegawai Kanan Awam)
- Bangah di UIAM (Pensyarah Kanan)
- Brother John di UTM Skudai (Pensyarah)
- Abg.Ican,kak Dayang di Sungai Petani (Guru)
- Bangah (PROP) di K.L (Ustard)
- Pak Uda Mus, Abg. Ujang di Penang (Usahawan)
- Abok di Kuala Pilah (Pegawai Bank)
- Along di Bukit Aman (Pegawai Kanan)
- Along Arul di Kajang (Artis)
- Hydee di Bukit Mertajam (Guru)
- Mohsin di Taman Melawati (Usahawan)
- Dik Jang di KLIA (Pilot MAS)
- Abang Azmi (Ketua bahagian keADILan)
- Fadhil di Selayang (Usahawan)
- Yun, Ipin, Khairul di Shah Alam (Usahawan)
- Amai,kak cik dan suami di Seremban (Pegawai Bank)
dan kesemua yang lain.............
Teruskan perjuangan sebagaimana yang telah kita sama sama bincang pada
musim perayaan yang lepas - sehingga mereka kembali kepangkal jalan dan
mematuhi ajaran Islam sebenar.
Kepada para pemimpin dan ahli ahli Pas - bersabarlah dalam menerima ujian
fitnah ini.
Kepada kak Wan dan keluarga - Berdoalah dan peganglah akan maksud surah
Al-Fatihah.
Kepada seluruh rakyat Malaysia yang menentang kezaliman - berjuanglah
sehingga mereka berjaya kita tumbangkan dan gantikan dengan KERAJAAN B.A
yang diterajui parti PAS .......Insyaallah!
Dan yang istimewa sekali kepada sahabatku saudara Razak komando (Juara
Tomoi Kedah), dedahkanlah apa yang sebenarnya berlaku di dalam hutan di
Bukit Jendalik itu pada masa dan ketikanya, kerana saya pasti kertas puteh
yang keluar nanti pasti lebih kurang sama 'tipisnya' dengan kertas putih kes
Memali. Saya bersyukur kerana Allah selamatkan saudara ketika itu - kerana
sinar keimanan dijiwamu.
hammer
-bekas Pegawai Kanan Awam meletak jawatan
-bendahari bahagian keADILan
-ketua cawangan keADILan
-usahawan bumiputra Melayu(baru)
-bukan penyokong Umno(baru)