Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Liong Sik Terselemat sebab Nik Aziz ?

Begitulah peperangan yang di lancarkan kpd TG NAA dalam soal kenyataan pasal wanita.Press bagaikan nak gila mengejar siapa saja utk ditanya komen ( pelik tak tanya jantan pula !). Maka jawab lah yg betina tak setuju yg jantan jadi "keras" bila lihat betina " separa bogel" !. Begitu juga Zainah (SIS), wanita UMNO ,DAP,JAM (Jamaah Anti Muhammad pimpinan Kassim Ahmad) dsb yang menjadi juara wanita, kebebasan, hak asasi manusia, perundangan dan macam-macam lagi.Dari komen dan tulisan mereka ini nampaklah mereka ini "diperbodohkan" dan "diperkudakan" oleh puak dan golongan mereka sendiri demi untuk agenda mereka !. Kalu dilihat apakah kes Culik, rogol, liwat dan bunuh Jurutera komputer itu menjadi hujah bagi mereka untuk membuat penghakiman kebenaran/kesalahan kenyataan TG NAA ?. Atau apakah hujah bahawa masih ramai pesalah dadah akta 39B yang dihukum oleh mahkamah setiap hari boleh di ketengahkan demi untuk mengatakan bahawa undang2 akta 39B tidak perlu lagi?.

Dalam soal "perogol dalam bas ini" sepatutnya pehak2 yang menjadi juara ini perlu berfikir secara "geliga" bukan "gila-gila" . Cuba lihat di sini :-

1.) Bagaimana driver bas yang mempunyai siri jenayah rompak dan rogol boleh memperolehi PSV (lesen public servis vehicle)?.

Apakah berlaku "PSV" terbang ?, yang sedia maklum bahawa sepanjang 10 tahun lalu terdapat lebih 100,000 lesen terbang semasa KP diterajui oleh Liong Sik ?

Apakah tiada pemeriksaan kesihatan oleh JPJ ?

2.) Bagaimana bas ini boleh ditinted sebegitu rupa boleh bolos dari puspakom yang di periksa setiap 6 bulan sekali?. Syarikat bas ini siapa punya kroni?

3.) Mengapa BPR/POLIS tidak mengaitkan kes/kejadian ini dengan situasi kementerian pengangkuatan?

Sepatutnya dalam keadaan beginilah semua pehak mestilah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk "mendesak" mana pihak berkuasa samada menteri atau siapa saja untuk bertanggung jawab keatas kejadian yang berlaku.

Maka dengan ini kita mahu satu suara yang kuat dari "wanita juara" ini untuk Menteri Pengangkutan melepaskan jawatannya kerana ketidakmampuan nya menjalankan amanah. Bukan berselindung disebalik kenyataan TG NAA.

Kejadian yang melanda Kem Pengangkutan sudah cukup membimbangkan semua pehak samaada penumpang, pemandu lain, pejalan kaki dan semua pehak yang memggunakan jalan raya.

Syabas utk kerajaan perlis kerana membantu keluarga simangasa untuk menyaman syarikat bas TAPI jangan lupa saman sekali Menteri Pengangkuatan dan Ketua Pengarah dan Puspakom sebab ini adalah agensi yang sama2 terlibat

Panglima Hitam


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com