Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Tak Tolak Tapi Enggan Laksana

Berikut adalah beberapa petikan laporan dan ucapan DRM di IKIM semalam yang jelasnya menimbulkan syak wasangka dan kekeliruan yang berterusan kepada umat Islam terhadap kemampuan undang-undang dan syariat Islam di dalam kes Murtad.

Perdana Menteri berkata, oleh kerana sehingga kini tiada penyelesaian sama ada hukuman bunuh atau sebaliknya perlu dilaksanakan kepada mereka yang murtad, Malaysia memilih untuk tidak melakukan apa-apa.

Katanya, tindakan itu bagi mengelak orang yang dikenakan hukuman bunuh teraniaya apabila keluar fatwa mengatakan hukuman seumpama itu tidak sesuai untuk dilaksanakan.

''Bila perbahasan telah selesai dan mereka bersetuju hukuman bunuh tidak sesuai dilaksanakan, sedangkan kita dah bunuh mereka yang murtad, bukankah itu satu penganiayaan,'' katanya.

Sungguh memalukan rakyat beragama Islam ber'Perdana Menteri'kan seorang yang 'jahil' terhadap peraturan dan undang-undang Islam!

Benarkah tiada penyelesaian terhadap kesalahan kes Murtad?? Atau sememangnya berdalih dan enggan melaksanakannya dengan memberi upah penasihat-penasihat undang-undang syar'ie dan penulis-penulis munafiq untuk menyediakan teks ucapan sedemikian rupa?? Bukankah telah jelas disebutkan kesalahan Murtad (ditafsirkan ulama sebagai Syirik, Zalim, meninggalkan agama dsbg) di dalam Surah Al-Baqarah:217/Ali-Imran 144/ Al-Maidah:54/ Al-Ahzab:14 dan banyak lagi diperbahaskan oleh ulama'-ulama' Mujtahid terdahulu dengan sokongan AL-Hadith /Sunnah Nabi SAW?? Apa maksud 'FAQTULUH' yang ertinya "BUNUHLAH' itu??

Apakah kerana perbahasan dan ijtihad Ulama terdahulu tidak boleh digunapakai hanya semata-mata kerana masyarakat majmuk sebagai alasannya?? Apakah mereka itu hidup kesemuanya di dalam sebuah negara yang kesemuanya islam dan tiada ketika itu yang beragama Yahudi dan Nasrani? Dan apakah Mahathir masih mempertahankan 'fatwa' Kassim Ahmad tidak menerima pakai mereka hanya kerana mereka sebagai Ulama Klasik?? Semudah itukah Mahathir menganggap proses pengambilan hukum (Ijtihad) seperti mana pendirian Kassim Ahmad?? Atau besar kemungkinan Mahathir sendiri tidak faham dan tidak mengerti untuk membezakan Fatwa dan Ijtihad?? Jelasnya, Mahathir memang suka berdalih dan mengelirukan dalam soal-soal yang berkaitan dengan peraturan Islam.

Seperkara yang diingat bahawa hukuman atas Kesalahan Murtad adalah Qat'ie (ditentukan oleh Allah swt) dan tiada siapa yang berhak menolaknya dengan apa jua alasan. Hukuman Murtad seperti juga hukuman ke atas Peminum Arak, Penzina dan Qazaf, Pembunuh, Pencuri yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan digolongkan sebagai Kesalahan Hudud. Kesemua hukuman itu berprinsipkan Cegahan dan Pengajaran bukan seperti maksud hukuman dalam undang-undang sivil.

Seperkara lagi yang mengelirukan adalah tanggapan bahawa hukuman bunuh kesalahan Murtad itu sebagai satu penganiayaan. Ini adalah merupakan pendustaan terhadap hukum Allah SWT. Allah yang mencipta manusia secara aqidahnya mustahil Allah menzalimi hambanya. Yang berlaku zalim sebenarnya adalah hamba atau manusia itu sendiri lantaran enggan, engkar, pemutarbelit terhadap Hukum dan peraturan Allah SWT. Kita ingin mempersoalkan hukum ciptaan manusia seperti menggantung sehingga mati mandotari kepada kesalahan mengedar Dadah dan Ganja. Kenapa tidak mahu mempersoalkannya??? Kenapa tidak persoalakan masyarakat majmuk? Kenapa tidak wujud dalam hati atau pemikiran bahawa ia akan mengakibatkan penentangan dari rakyat yang sudah tentunya bukan sekadar dari satu kaum, satu golongan, satu agama bahkan kesemuanya yang lebih besar?? Begitulah hebatnya Iblis dan Syaitan menipudaya manusia. Apabila yang berkaitan dengan 'Aqidah dan Iman maka wujud keraguan dan berbagai alasan tetapi sebaliknya apabila berkaitan kemungkaran dan keseronokan!! Maka, pemimpin jenis itukah yang terus ingin kita sokong dan bantu penguasannya?? Berfikirlah wahai umat Islam!!!

Izzrail A.S
25 OKT 2000.


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com