|
KHAS UNTUK MAJLIS
" KEMBALIKAN HAK RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA "
Tanahair ku kini di jajah lagi ?
- Kenapa tanahair ku yang merdeka kini menjadi milik seorang manusia yang
bernama Mahathir@Mahafiraun maharaja kepada segala raja dimuka bumi ini.
- Apakah 43 tahun dahulu British telah mewasiatkan tanah air ku kepada manusia
perosak ini sebagai harta pusakanya.
- Kenapa 43 tahun setelah negara ku merdeka dari penjajahan British…. Aku dan
bangsa Malaysia masih tercari-cari erti kemerdekaan.
- Apakah Perlembagaan Persekutuan itu hanya pakaian bagi Mahathir@Mahafiraun dan
UMNO@BN sebagai pemerintah zalim di negara ku.
- Kenapa khazanah dan hasil bumi tanahair ku menjadi milik mutlak kroni dan
juak-juak UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun .
- Kenapa Kerajaan Malaysia telah di UMNO@BN kan oleh orang yang mengaku ia
kakitangan kerajaan.
- Kenapa Tentera, Polis telah dijadikan rejim Mahathir@Mahafiraun serta
juak-juak UMNO@BN .
- Kenapa Wang Rakyat dan Bangsa Malaysia dijadikan wang milik kroni dan
juak-juak UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun.
- Kenapa tanahair ku tidak seperti yang dihajatkan oleh Allahyarham Datuk Onn
dan Almarhum Tunku Abdul Rahman serta Allayarham Tun Razak.
- Kenapa Islam sebagai agama rasmi negara ku masih terpinggir ibarat melukut di
tepi gantang.
- Kenapa Al-Quran dan As-Sunnah masih menjadi musuh kepada UMNO@BN serta
Mahathir@Mahafiraun.
- Kenapa tanahair ku kini masih mencari-cari sinar kemerdekaan yang hakiki.
Rakyat dan Bangsa ku di jajah lagi ?
- Kenapa aku menjadi rakyat dan bangsa yang lemah oleh kerana kuasa dan wang.
- Kenapa rakyat dan bangsa ku masih lagi merempat di tanahair ku sendiri.
- Kenapa anak-anak bangsa ku masih lagi menjadi bangsa dan rakyat yang lemah.
- Kenapa rakyat dan bangsa ku masih lagi merasa takut dan gerun kepada UMNO@BN
dan Maharaja Mahathir@Mahafiraun .
- Kenapa Jiwa dan Minda rakyat Malaysia masih mengatakan rezeki dan keamanan itu
datang dari kuasa Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan bukannya dari Allah
s.w.t pencipta seluruh alam.
- Kenapa rakyat dan bangsa ku lupa kepada amanah dan wasiat Rasullullah s.a.w
yakni Al-Quran dan As-Sunnahnya.
- Kenapa bangsa dan rakyat ku gementar dan gugup apabila berhadapan dengan
UMNO@BN serta juak-juak mereka.
- Kenapa bangsa dan rakyat Malaysia bagaikan embun dipagi hari … menjelang
tengah hari ia menjadi kering dan tak bermaya.
- Kenapa bangsa dan rakyat Malaysia menjadi semakin khayal dan lalai dengan
dunia palsu ciptaan Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan juak-juaknya.
- Kenapa rakyat dab bangsa ku masih mahu duduk serta bertuankan UMNO@BN dan
Mahathir@Mahafiraun .
- Kenapa rakyat dan bangsa ku tidak mampu menjiwai dan meresap semangat juang
serta keyakinan seperti Tun Perak, Mat Kilau, Hang Jebat, Datuk Bahaman, Datuk
Onn, Lt. Adnan, dan seluruh tokoh pejuang kemerdekaan negara dari ancaman
penjajah.
- Tiadakah secebis perasaan dalam jiwa anak bangsaku untuk memerdekaan negara
ini dari penjajah yang dilakukan oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan
juak-juaknya…???
" KEMBALIKAN HAK KAMI HAK RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA YANG MERDEKA "
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
24HB.OKT.2000
|