Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Penguasa Yang DiSanggah

1. Samping dan Kain Warna Hijau di Mahsuhkan di Sekolah Agama.

· Secara mudah dan senang Jabatan Agama Islam mengarahkan sekolah Agama yang berada dalam pentadbiranya menukar warna samping dan kain pelajarnya….dari HIJAU KEPADA MERAH….??? Sedarkah telah lebih 43 tahun…warna hijau ini digunakan sebagai Warna rasmi pakaian ini ….. dan warna HIJAU ini adalah warna rasmi ISLAM ….. kenapa Jabatan Agama Islam jadi begini….??? Terutamanya JAWI…..atau dah di RUMI kan oleh Mahathir@Mahafiraun .

· Adakah Jabatan Agama Islam memikirkan kos membuat samping dan kain tersebut tidak tinggi…cuba dibayangkan kalau ada 50 ribu pelajar sekolah agama dan terpaksa berbelanja tambahan untuk pakaian ini pada tahun hadapan….pakai kira-kira TABIKA KEMAS …. Contoh aje :- RM 15.00 x 50 ribu pelajar = RM 750,000.00 (3/4 juta)…kan membazir dan membebankan ibubapa…sedangkan pakaian warna hijau yang lalu boleh diwarisi dari abang dan kakak kepada adiknya….kan ini mendera rakyat dan bangsa yang sememangnya sesak akibat kenaikan harga minyak…???

· Kenapa perlu takut dengan WARNA HIJAU (adakah ia kebetulan sama warna dengan PAS ) dan wajib tukar kepada WARNA MERAH ( adakah ia kebetulan sama warna dengan UMNO )…..kata sekolah dan pelajar tidak boleh dipolitikkan…. Tapi kini kita semua boleh melihat….siapa yang menepuk air didulang…pasti kena kemuka sendiri….ha..ha…ha???.

· Rasa takut dan gerun pada warna ini juga telah menunjukkan UMNO@BN serta juak-juaknya semakin hari semakin terpinggir…..seperti Maharaja Mahathir@Mahafiraun sentiasa dibayangi oleh DSAI kemanapun beliau pergi….??? Igauan DSAI kepada Mahathir@Mahafiraun amatlah menakutkan…begitu juga WARNA HIJAU kepada UMNO@BN .

· Secara rambangnya kita semua boleh melihat….dari kehidupan harian rakyat marhain hingga kepada kehidupan anak-anak kita semua nak dijajah oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun ….seperti yang sebutkan penulis dalam siri RDJNDJ.

2. Hukum Hudud Tidak Toleran Di Malaysia.

· Apakah Mahathir@Mahafiraun sedar apa yang beliau cakapkan…. Hukum Bunuh dalam Isu Murtad sebagai satu perbuatan zalim dan tidak adil….???? Apakah hak beliau nak mempertikai Hukum Allah serta kandungan Al-Quran serta As-Sunnah…..sedang kan orang bukan Islam sendiri pun mengakui Islam adalah lengkap dan Al-Quran sebagai panduan yang baik diikuti….ni pulak dahlah mengaku Islam tapi memperlekehkan hukum Allah serta mempersendakan alim-ulamak dan memuja ular-mamak.

· Kenapa beliau takut sangat dengan Hukum Hudud yang telah disahkan sahih lagi benar oleh semua agama dalam dunia ini…dan para Nabi serta Ulamak terdahulu telah melaksanakannya…apakan dengan melaksanakan Hukum Hudud ini kita semua akan kembali ke zaman batu semula…atau kita memang tidak layak menjadi orang Islam kerana membenci HUDUD.

· Apakah Hudud itu sebagai satu hukuman didunia sehajakah pada kefahaman Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan juak-juaknya. Dan Hudud ini akan menakutkan pelabur serta para penipu dalam dunia inikah….??? Lantas negara Malaysia tidak dapat pelabur dari luar kerana HUDUD ini kah …..??? Apakah kita semua masih mahu mengikut telunjuk orang lidah bercabang inikah…..atau kita mewajibkan seluruh rakyat dan bangsa Malaysia ini menganuti ajaran Patung Berhala UMNO@BN yang bermaharajakan Mahathir@Mahafiraun .

· Apakah SIS, Astora Jabat, Mid Man, Yusof Nor, Kassim Ahmad (JAM) masih mahu menjadikan rakyat dan bangsa Malaysia ini sebagai golongan yang sesat dan cetek mengenai Islam yang hakiki…dan mengajar serta mengajak mereka mengamalkan ISLAM SUKU, POLITIK SUKU, EKONOMI SUKU dan SUKU LAGI HAK MAHATHIR@MAHAFIRAUN untuk menentukanya…..???? jangan disanggah kuasa Maharaja segala Maharaja ini….pasti maut dan aib akan dijatuhkan hukuman kepada penentangnya.

· Apakah dengan meringkan urusan penukaran agama kerana ingin berkahwinan dan penceraian kita akan dicop dan dianggap sebagai Islam yang bertolak-ansur serta sederhana, apakah asas sederhana dalam Islam yang difahami oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan juak-juaknya. Adakah mereka mengamalkan kesedehanaan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran mereka…?? Adakah mereka mahu Islam itu mudah dan longgar, seperti mudahnya Abu Sayyaf menceroboh Sabah….??? Dan semudah ISRAEL menyembelih rakyat Palastien. Dengan ini Islam di Malaysia akan di iktiraf oleh IOC ( kuli kuasa Kuffar ) bahawa Malaysia telah mengamalkan ajaran Islam seperti zaman Nabi Muhammad s.a.w dan arahan Al-Quran telah dilaksanakan sepenuhnya.

3. ULAMA Dilarang Menyebarkan Risalah Allah.

· Siapakah yang layak menjadi penyebar risalah Allah, seorang penagih dadah kah…??? seorang perogol kah…??? seorang pemabuk kah……??? seorang perasuah kah….??? atau seorang Maharaja yang menjadi raja buat selama-lamanya….dan terketar-ketar membaca ayat Allah….layak menjadi penyebar risalah Allah di atas muka bumi ini.

· Apakah dengan menyenarai hitamkan dan melarang pendakwah dan ustaz-ustaz yang berilmu ( yang pastinya dari PAS dan keADILan ) dari mengadakan ceramah agama di surau-surau, dimasjid-masjid, didewan-dewan, dipejabat -pejabat….. Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan juak-juak mereka boleh duduk bersenang-lenang serta tersenyum puas….?? Apakah mereka semua telah lupa…dengan adanya usaha menghalang penyebaran risalah Allah dan ajaranya….ia sebenarnya telah membawa Islam mundur 1000 tahun kebelakang…..apakah kita mahu ia berlaku seperti RUSSIA, BOSNIA, TURKI…. Dimana risalah Allah dilarang untuk diajar dan disebarkan secara terbuka dan bebas……??? Apakah tauliah atau kebenaran mengajar dari Jabatan Agama dan JAKIM itu di iktiraf oleh Allah s.w.t serta Nabi Muhammad s.a.w….??? kenapa nak memperlecehkan dan menyusahkan urusan mencari ilmu Islam di negara sendiri…..??? apakah Malaysia ini adalah sebuah Negara KOMUNIS seperti RUSSIA….sedangkan Negara CINA yang berpaksikan KOMUNIS pun membenarkan penyebaran risalah Allah ini walaupun agak terhad…tapi berapa ramai penganut Islam di CINA….lebih 50 juta orang…..??? kat Malaysia takat 10 juta orang Islam usah nak mendabik dada….pasal UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun telah menjadikan orang Islam di Malaysia ini sebagai hamba-abdi mereka….??? Tak caya cuba tengok dan siasat….??? Apakah tindakkan kita semua apabila Nabi Muhammad s.a.w dihina, Ulamak dihina, Al-Quran dan As-Sunnah di perlekeh, Allah s.a.w di sekutukan serta dibenci….apakah orang ISLAM di Malaysia ini masih ISLAM lagikah atau telah menjadi penganut Patung Berhala UMNO@BN .

· Apakah penyebaran risalah Allah itu menjadi satu kesalahan jenayah di Malaysia inikah….yang sama tarafnya dengan kesalahan rogol atau liwat…..sehinggakan amat takut risalah Allah ini disebarkan serta difahami oleh Umat Muhammad s.a.w. Apakah Al-Quran dan As-Sunnah itu tidak lengkap dan penerangannya wajib mengikut acuan UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun ….. dan penafsiran risalah Allah juga wajib dari kalangan mereka yang pernah terlibat dengan rasuah, kronisme, nepotisme, nasionalisme serta yang menjadi penguasa zalim….???

· Apakah UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun mahu melihat tiang-tiang masjid dan surau akan berimamkan mimbar serta dimakmumkan oleh cicak, nyamuk, lipas, sejadah, kipas, lampu serta carpet sehaja….??? Apakah mahluk Allah ini sehaja yang layak menghuni masjid dan surau. Kemanakah pergi Insan bernama Manusia….??? Adakah Manusia tidak layak untuk beribadat dan mendapat ilmu dirumah Allah ini…..?? apakah manusia yang bertaraf tok guru, ustaz hanya layak menghuni lokap atau penjara milik UMNO@BN serta kuncu-kuncunya.

· Apakah tujuan pembinaan Masjid dan Surau yang cantik-cantik dan luas dibina…hanya dibiarkan kosong tanpa jamaah….apakah sekadar nak menunjuk kepada dunia luar, bahawa Malaysia mempunyai masjid dan surau yang terbanyak dan tercantik dalam dunia ini…..tanpa perlu ambil peduli…berpenghunikah ia…..atau hanya tiang lebih banyak dari jamaahnya…..???

· Kenapa CERAMAH AGAMA anjuran BARISAN ALTERNATIF boleh dihadiri puluhan ribu umat Islam dan bukan Islam…apakah Penceramah dari BARISAN ALTERNATIF ini mengajar serta mengedarkan risalah yang sesat lagi menyesatkan….sehingga hadirin puluhan ribu itu menjadi buta hati…kerana tidak mampu menilai apakah itu Islam……dan kenapa tak sampai 1000 orang hadir dalam majlis Forum anjuran UMNO@BN dan makanan disediakan lebih ramai dari penonton…adakah penceramah Jemputan UMNO@BN itu tak berilmu atau memutar belitkan ajaran Islam mengikut mazhab Patung Berhala UMNO@BN …..sehinggakan rakyat marhain merasa jemu dan jelek untuk hadir dalam majlis ilmu anjuran UMNO@BN .

· Adakah Demontrasi penentangan terhadap musuh Islam anjuran UMNO@BN dihadiri oleh ribuan orang….yang nyatanya hanya beberapa golongan pengampu sehaja yang hadir……tapi kenapa berbeza dengan dengan majlis bantahan anjuran rakyat atau Barisan Alternatif…. Ribuan rakyat hadir memberikan sokongan serta bersama-sama untuk berjihad ke jalan Allah.

· Secara ringkasnya…penulis telah membuat kajian dibeberapa negeri Malaysia…..mana-mana majlis Ilmu yang dikendalikan oleh UMNO@BN dan Ustaz atau penceramah yang dijemput secara sah dan sahih menyokong UMNO@BN akan dipinggirkan oleh jamaah, seperti contoh…rakan penulis dari Kuala Lumpur memaklumkan….beberapa siri forum dan dailog di Masjid serta Surau mendapat sambutan amat dingin sekali…. Tak sampai 50 orang pun yang sanggup hadir, tapi makan disediakan 10 kali ganda dari hadirin….kalau mengikut senario sebelum isu DSAI…..kalau majlis sebegini diadakan….lebih 500 orang akan hadir…malahan pernah penulis hadir dalam satu majlis Ilmu yang diadakan selama 2 hari 3 malam disebuah masjid di Kuala Lumpur yang diisi dengan majlis Ilmu setiap masa oleh penceramah yang berwibawa dengan kehadiran lebih dari 20,000 orang…..apakah faktor DSAI telah mengelap masjid dan surau ini….??? Bagi penulis Kuala Lumpur adalah tempat penyebaran agama Islam paling aktif di Malaysia…..dimana dari anak kecil sehingga orang tua….masjid dan suraulah tempat pertemuan dan bermasyarakat mereka…dan tempat ini jugalah tempat menimba ilmu…kerana sebelah siangnya sebok dengan urusan harian….??? Apakah Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN mahu menghapuskan hidup bermasyarakat dan berilmu orang Islam di Malaysia ini….biarkan semua orang Islam menjadi bodoh dan lalai setiap masa…agar mudah bagi mereka untuk menyembelih dan menghamba-abdikan orang Islam dan Melayu di Malaysia ini.

Kini kita semua sebenarnya sedang menghadapi satu usaha untuk menghapuskan Islam…bukan sekadar pada namanya sehaja….malahan dari dalam hati dan jiwa kita semua…..!!!!! Kalau kita melihat di Israel dan Bosnia penghapusan etnik dikatakan kecam dan boleh dilihat melalui mata,,, tetapi penghapusan Islam di Malaysia adalah unik serta canggih…..kerana ia amat susah nak dikesan melalui pancaindera kita….??? Dimana kita semua menghadapi penghapusan roh dan jiwa serta minda Islam…..pada pandangan luaranya imej Islam di Malaysia amat canggih dan ketara…tetapi Islam yang sebenarnya dalam proses di hapuskan dalam kepala otak dan jiwa kita…..???

Agenda penghapusan Islam ini memang ditaja oleh rejim yahudi….tetapi di Malaysia…. Ia dilaksanakan oleh Patung Berhala UMNO@BN dan Maharaja Mahathir@Mahafiraun serta juak-juak mereka….kerana selagi ada roh dan jiwa Islam dalam badan penganut Islam…selagi itulah segala agenda UMNO@BN yang bertuankan Mahathir@Mahafiraun mustahil dilaksanakan….??

Kini terletak ditangan dan kuasa orang Islam sendiri untuk menentukan Penguasa yang mana layak mempertahankan Islam yang hakiki lagi syumul……dan Penguasa yang mana pula layak disanggah dan ditentang habis-habisan kerana merosakkan serta menghapuskan Islam….??? Yang nyatanya orang Islam yang berpaksikan Patung Berhala UMNO@BN kini lebih jauh dan tersasar dari landasan yang sebenarnya mengenai hakikat JIHAD serta ISLAM ITU SATU CARA HIDUP.

Perjuangan Islam di Malaysia masih lagi muda…kerana tekanan puak-puak kafir amat minima…tetapi tekanan dari puak-puak yang mengaku Islam amat ketara dan keras….sehingga hari ini…golongan anti-hadis dan anti-al-Quran benar-benar menonjol serta berkuasa dalam Majlis Agama Islam dan JAKIM….?? Dan kita melihat penganut ajaran selain Islam benar-benar bebas beragama dan menyebarkan dakwah mereka….kerana mereka dilindungi oleh Penguasa yang maha berkuasa serta mempertahankan mereka.

Kembalikan kegemilangan Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w serta kepimpinan Islam oleh para pejuang dahulu serta para alim-ulama yang diakui kehebatan mereka….??? Hak rakyat adalah hak bangsa, hak agama adalah hak bersama….??? Tiada satu orang pun penganut Islam yang tulen akan mengatakan Islam itu hanya pada fardu-ain dan fardu-kifayah sehaja…..yang pastinya Islam itu merangkumi seluruh tatacara dalam kehidupan ini…maka bertepatanlah ISLAM ITU SATU CARA HIDUP dan JIHAD ITU SATU PERJUANGAN MENEGAKKAN DAN MEMPERTAHANKAN ISLAM.

" KEMBALIKAN HAK KAMI HAK RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA YANG MERDEKA "

" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
27HB.OKT.2000


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com