Assalamualaikum wbt,
Aziz Shamsuddin yang baru berkahwin telah pun menceraikan isteri "baru"nya dua minggu lepas dengan talak tiga hanya selepas tiga minggu bersama. Sebabnya, isterinya sendiri pun tidak tahu mengapa ia diceraikan. Isteri barunya itu adalah seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Kini "bekas" isterinya itu didalam dilema kerana diceraikan begitu sahaja tanpa sebarang sebab dan telah hilang sumber pendapatannya kerana berhenti kerja ketika berkahwin dengan Aziz Shamsuddin. Bersabar sajalah dan bertawakal kepada Allah swt nasihat kami kepadanya, tak usahlah merayu dan merapatapi nasib sendiri kerana semuanya telah di tentukan olih Allah swt.
Di manakah tempat yang ia bolih mengadu lagi, sanggupkah Wanita UMNO membela hak "bekas isteri" tersebut? Amacam Nek Zaleha, Kak Rafidah dan Kak Shahrizat sanggup? Atau lebih hebat lagi jika di adakan persatuan bekas-bekas isteri menteri-menteri dan ahli-ahli parlimen yang telah ditinggalkan untuk membela nasib mereka sendiri ataupun Persatuan suami-suami/anak-anak menteri, ahli parlimen, wakil-wakil rakyat wanita-wanita yang lebih berminat untuk menegakkan resolusi parti dari melayani suami/anak masing-masing. Wanita-wanita yang meletakkan hak Presiden Parti di hadapan hak suami sendiri nah inilah dia saranan UMNO (UntukMahathirNoObjection)pada saya UntukMahathirNO.
Wasalam
JJJM