AWAS!! JAUHI PRODUK YANG BOLEH MENYEBABKAN KANSER
Terjemahan penulisan di internet oleh M.D. Ling
Sila baca dan sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Ia
boleh membantu menyelamatkan nyawa. Terutamanya kepada
wanita-wanita…..dengarlah! Ini adalah sesuatu yang memeranjatkan…..
PENCEGAHAN KANSER BUAH DADA….. bukan hanya wanita, malah lelaki juga harus
jangan leka dan lupa untuk memberitahu emak, adik, kakak, sepupu dll.
bahawa penyebab utama kanser buah dada ialah bahan anti-peluh
(anti-perspirant) yang digunakan dalam deodoran.
Kebanyakan produk yang dipasarkan untuk kegunaan bawah lengan (ketiak)
merupakan kombinasi bahan anti-peluh (anti-perspirant) dan deodoran. Sila
periksa label deodoran yang anda gunakan apabila pulang ke rumah nanti.
Deodoran tanpa bahan anti-peluh adalah selamat digunakan. Cuma bahan
anti-peluhlah yang merbahaya jika digunakan. MENGAPA?
Tubuh manusia memperuntukkan beberapa bahagian badan untuk digunakan bagi
pembuangan bahan-bahan toksin (beracun). Bahagian-bahagian badan ini
termasuklah belakang lutut, belakang telinga, kelengkang pelipat, dan
ketiak. Bahan toksin ini dibuang melalui pembuangan peluh.
Bahan anti-peluh akan menghalang bahagian badan yang disapukan dengannya
daripada berpeluh. Ini menghalang pembuangan bahan toksin daripada bahagian
ketiak anda. Toksin ini akan berkumpul sedikit demi sedikit di bawah kulit
ketiak anda kerana ia tidak dapat dikeluarkan kerana ketiak anda tidak
dapat berpeluh. Apabila kadar toksin telah sangat tinggi, ia akan
menyebabkan sel-sel berubah rupa ataupun dikenali sebagai pembentukan
kanser. Hampir keseluruhan ketumbuhan kanser buah dada berlaku di bahagian
atas buah dada. Di bahagian inilah terletaknya kelenjar peluh yang
berfungsi untuk membuang bahan toksin daripada kulit badan.
Lelaki kurang berkemungkinan mendapat kanser buah dada (namun demikian
tidak semestinya selamat) kerana kebanyakan bahan anti-peluh yang digunakan
akan terperangkap pada rerambut yang banyak dan lebat di bawah ketiak.
Bahan anti-peluh tidak dapat terus melekat pada kulit ketiak. Wanita yang
menggunakan bahan anti-peluh selepas mencukur ketiak akan meningkatkan
kemungkinan mendapat kanser buah dada kerana bahgian kulit yang telah
mengalami sedikit luka-luka dan tiada perlindungan akan membenarkan bahan
kimia anti-peluh masuk terus kedalam badan melalui ketiak.
Sila edarkan pesanan ini kepada orang yang anda kasihi. Kanser buah dada
telah semakin menular dan menggerunkan. Kesedaran daripada pesanan ini
boleh menyelamatkan nyawa. Sekiranya anda kurang mempercayai maklumat ini,
saya cadangkan anda lakukan sendiri kajian dan penyelidikan yang
terperinci. Saya yakin anda akan mendapat rumusan yang sama.
Terima kasih.
SSSA
Untuk hantar pesanan sila email kepada TranungKite@eGroups.com
(To Post a message, send it to: TranungKite@eGroups.com)