Debat: Pas cuba jadi jaguh merupakan satu artikel yang menarik perhatian saya. Saya ingin beri komen setiap kenyataan yang disiarkan dalam laman web e-UM NO.
"Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih lagi berpendapat bahawa ‘muzakarah’ masih lagi cara terbaik untuk kedua buah parti untuk membincangkan soal orang Melayu. Namun cabaran serta desakan bertalu-talu pihak Pas untuk berdebat membuatkan Pemuda UMNO bersetuju untuk berhadapan dengan mereka."
Macam tak ikhlas aja UMNO bersetuju terima cabaran Pas. Apa yang hendak ditakutkan. Debat diadakan bukan untuk menentukan siapa yang lebih hebat berdebat. Debat mengenai isu soal hak istimewa orang Melayu adalah penting supaya semua rakyat Malaysia lebih memahami isu ini. UMNO bimbang yang mereka mungkin tidak dapat menjawab hujah-hujah dengan berkesan. Oleh itu UMNO akan malu besar. Sebagai persediaan, UMNO membuat kenyataan dibawah untuk menutup malu.
"Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Aziz Sheikh Fadzil berkata pemuda UMNO tidak pernah berasa bimbang untuk berdebat dengan Pas berhubung isu hak keistimewaan orang Melayu kerana jelas selama ini UMNO tidak pernah sama sekali melupakan perjuangan terhadap bangsanya."
Jika UMNO tidak pernah sama sekali melupakan perjuangan terhadap bangsanya kenapa semakin ramai ahli UMNO keluar parti? Tak lupa juga kenapa ramai calon UMNO kalah dalam pilihan raya umum ke 10? Kepada Datuk Aziz apa sebabnya ?
“Walau bagaimanapun Pemuda masih berpegang kepada prinsip bahawa perdebatan itu nanti haruslah diadakan secara tertutup kerana ia melibatkan kepentingan serta maruah orang Melayu. Jika ia dilakukan secara terbuka sudah pasti Pas yang sentiasa mahu menonjolkan kejaguhannya secara sedar atau tidak sedar mendedahkan kelemahan orang Melayu. Malah mereka juga sentiasa mengeksploitasi keadaan demi kepentingan pihak mereka” katanya.
Kenapa UMNO takut berhadapan dengan penonton? Bagaimana UMNO mahu menambah ahli jika mereka bersikap pengecut untuk menghadapi kerenah audien? Alasan diberikan oleh UMNO ialah untuk menjaga kepentingan dan maruah orang Melayu. Adakah UMNO masih ingat mengenai perhimpunan haram di Putrajaya dan dihadapan bangunan Suqiu serta perkataan bermandi darah oleh MB Selangor sudah cukup menjatuhkan maruah orang Melayu? UMNO yang memulakan isu ini. Parti pembangkang telah diajak oleh UMNO supaya melakukan bantahan secara bersama untuk mempertahankan hak istimewa orang Melayu. Parti pembangkang menolak jemputan UMNO kerana BA tahu muslihat dan helah UMNO.
Semasa heboh isu ini hangat diperbincangkan, parti BA mengambil sikap tunggu dan lihat. Parti BA tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Jika isu ini tidak dapat diselesaikan dan bertambah serius, kemungkinan parti BA akan dijadikan kambing hitam dalam isu ini. UMNO akan mencari kesempatan untuk menuduh BA menabur fitnah, kebencian dan memecah-belahkan orang Melayu dan kaum yang lain. Inilah adalah helah dan perangkap UMNO. Sementara itu parti UMNO terlalak sana terlalak sini memperhebohkan isu ini. Siapa yang mendedahkan kelemahan orang Melayu? UMNO yang mengeksploitasikan isu ini secara besar-besaran untuk menagih simpati orang Melayu.
"Faktor lain yang harus diambil kira adalah emosi audien. Jika perdebatan ini terbuka sudah pasti audien yang gagal mengawal emosi ini akan menganggu kelancaran perdebatan ini."
Kenapa UMNO risau sangat mengenai emosi audien? Bukankah audien yang mendengar debat mestilah diberi taklimat iaitu mereka dikehendaki mengawal emosi mereka agar kelancaran perdebatan tidak terganggu.
“Kita tidak mahu perdebatan ini menjadi sarkis ketika kedua-dua belah pihak sedang rancak mengeluarkan hujah mereka. Apatah lagi, sudah terbukti dalam keadaan ini penyokong pihak lawan sentiasa membuat tindakan yang kurang sopan” katanya lagi."
Saya ingin bertanya kepada Datuk Aziz adakah dia masih ingat mengenai gelagatnya yang telah melakukan lawak sarkis bodoh di hadapan bangunan Suqiu pada 18 Ogos 2000. Saya melihat gambarnya di laman web Suqiu yang sedang menuding jari dengan muka yang bengis dihadapan seoarang pewakilan Suqiu. Adakah gelagat ini dikatakan sopan? Tambahan pula banyak kata-kata yang kurang sedap didengar dikeluarkan oleh pewakilan pemuda UMNO kononnya hanya penyokong pihak lawan sentiasa membuat tindakan yang kurang sopan. Barangkali Aziz mahu jadi hero dan ingin melakukan sesuatu bagi membuktikan kesetiaannya bertuankan mahazalim. Satu Malaysia sudah tahu mengenai gelagat bodoh UM NO yang hanyalah mencemarkan dan memburukkan sendiri imej yang sudah tercalar habis. Siapa yang menjatuhkan imej parti itu sendiri?
"Sudah terbukti Pas tidak berupaya untuk membela nasib orang Melayu. Ini boleh dilihat dengan kurangnya pembangunan khususnya ekonomi orang Melayu di Kelantan."
Sebab kurangnya pembangunan khusunya ekonomi orang Melayu di Kelantan ialah masalah kewangan. Tambahan pula kerajaan pusat sengaja melengah-lengahkan memberi bantuan kewangan kepada Kelantan. Jika UMNO mengatakan Pas tidak berupaya untuk membela nasib orang Melayu, apa dah terjadi kepada orang Melayu di Terengganu? Apakah terjadi kepada pembangunan ekonomi orang Melayu di Terengganu dibawah bekas pemerintahan kerajaan BN sejak 25 tahun sebelum diambil alih oleh Pas?
Apakah penjelasan UMNO mengenai hal ini? Kenapa Terengganu masih merupakan antara negeri termiskin di Malaysia sedangkan pemberian wang royalti yang cukup banyak sudah tentu mampu menjadikan negeri sebagai negeri termaju di Malaysia? Adakah wujud ketelusan penerimaan dan perbelanjaan wang royalti oleh kerajaan BN? Kenapa pulak kerajaan BN berhutang RM 700 juta sedangkan kerajaan BN menikmati penerimaan wang royalti berbillion-billion yang diberikan oleh Petronas?
Saya pasti persoalan-persoalan tidak akan dijawab oleh UMNO. Mengata orang diri sendiri yang lebih. UMNO bimbang Pas akan menggunakan penerimaan wang royalti dengan sebaik-baiknya. Kemajuan negeri Terengganu akan bertambah makmur dan ia akan membuka pekung didada mengenai segala kepincangan dan penyelewengan UMNO@BN di Terengganu. Oleh itu cepat-cepat UMNO cuba menutup rahsia supaya rahsia mereka tidak terbongkar. Ini adalah angkara UMNO yang gagal membangunkan ekonomi orang Melayu di Terengganu selama 25 tahun.
"Jika mengikut sejarah ternyata Pas lah yang menjadi punca perpecahan Melayu. Malah dari sudut Islam sekalipun Pas bukanlah sebuah parti yang sebenar-benarnya memperjuangkan Islam kerana sejak 53 tahun lalu UMNO tidak pernah lupa untuk meningkatkan dan menerapkan Islam dalam pelbagai aspek."
Siapa yang mahu nama Islam dibuang? Adakah ini merupakan tindakan untuk meningkatkan dan menerapkan Islam dalam pelbgai aspek. Siapa yang menghina Nabi dan ulamak? Siapa yang memperlekehkan Al-Quran dan Hadis? Siapa yang kuat menghasut, berbohong, menabur fitnah, adakah ia dibenarkan dalam ajaran Islam? Sebenarnya UMNO lah yang menjadi punca perpecahan Melayu. Sesungguhnya sampai sekarang, UMNO masih tidak sanggup lagi menerima hakikat bahawa mereka merupakan punca utama umat Islam di Malaysia berpecah belah. UM NO dengki dengan kekuatan Pas yang bertambah. UM NO perlu tanya kepada diri sendiri apa yang mereka telah lakukan dan hanya pandai menuding jari ke pihak lawan.
LTL