Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Tambang Bas Melambung Naik, Hukuman Ke atas Rakyat

Saya tertarik mengenai satu artikel yang bertajuk Kenaikan Tambang Yang Terlalu Melampau yang ditulis oleh penulis bernama Tak Ada Suara yang disiarkan dalam laman web Mahafiraun. Di sini saya ingin memetik satu perenggan dalam artikel itu. “Janganlah isu kenaikan segala ini dijadikan political mileage.. (sebabnya selalu jadi macam itu). Mula-mula luluskan, contohnya, tambang naik jadi RM2, lepas itu bila orang ramai bising, KERAjaan akan campurtangan kononnya, akhirnya tambang diturunkan menjadi RM1.50. Di sini KERAjaan nampak macam ada keprihatinan... tapi yang sebenarnya RM1.50 adalah matlamat sebenar... jadi KERAjaan nampak macam baikkkk...”

Pendapat Tak Ada Suara ada kebenarannya. Tetapi jika isu kenaikan segala ini tidak dijadikan political mileage, apakah alternatif kepada penumpang. Penumpang terpaksa menggunakan bas sebagai pengangkutan utama. Jika ada alternatif lain selain daripada bas, penumpang boleh melupakan isu ini. Tetapi hakikatnya tiada alternatif lain iaitu bas ialah satu-satunya pengangkutan utama mereka. Kemudahan LRT tidak meliputi semua kawasan. Jika isu ini tidak diperbesarkan, penumpang terpaksa menanggung beban yang agak berat. Penumpang terpaksa berbelanja lebih. Kenaikan tambang akan memberikan kesan yang teruk kepada penumpang. Mahu tak mahu bantahan terpaksa dilakukan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh penumpang.

Saya berpendapat isu kenaikan harga dalam barang-barang dan perkhidmatan adalah suatu hukuman yang dikenakan oleh kerajaan ke atas rakyat. Kerajaan sedar rata-rata rakyat sudah benci terhadap kerajaan. Dengan perasaan geram dan dengki, kerajaan membalas dendam terhadap rakyat yang sudah tidak percaya lagi kepada kerajaan. Laman web reformasi dan BA hendaklah menjelaskan mengenai tindakan kerajaan yang melampau. Saya setuju dengan Tak Ada Suara mungkin kerajaan akan mengkaji semula harga tambang bas selepas orang ramai bising mengenai isu ini.Kemudian kerajaan akan menurunkan tambang bas bagi menunjukkan kerajaan sedar dan prihatin terhadap beban yang dihadapi oleh penumpang.

Jika hal ini benar-benar berlaku, Webmaster dan BA hendaklah membongkar dan membocorkan rahsia tindakan “murni” kerajaan. Rakyat mesti sedar kenaikan tambang melebihi 100 peratus adalah janji kosong kerajaan di mana kerajaan berkata kenaikan tambang bas tidak melebihi 33 peratus. Kerajaan memang pandai bohong dan buat janji kosong. Penumpang telah tertipu dan diperbodohkan oleh kerajaan. Kerajaan tidak memegang kepada janji. Janji tinggal janji.

Apa yang harus dilakukan oleh kita. Pilihan raya umum masih jauh lagi. Ia bermakna rakyat Malaysia terpaksa menderita selama 4 tahun. Adalah diharap segala penderitaan rakyat akan diingati sampai pilihan raya umum nanti. Segala penderitaan rakyat akan ditebus dengan tidak memangkah parti Barisan Najis. Kesabaran rakyat amatlah penting. Tindakan menghukum rakyat adalah satu tindakan yang amat bodoh yang hanya merugikan kerajaan sendiri. Rakyat mestilah berdoa banyak-banyak agar doa kita dimakbulkan iaitu kerajaan BN tumbang pada pilihan raya umum ke 11 pada tahun 2004.

LTL


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com