Saya mengetahui bahawa kroni kesayangan Mahafiraun Halim Saad CEO Renong ingin membeli sebahagian saham bernilai lebih RM 875 juta yang dimiliki oleh Time Engineering Bhd. Sebelum ini heboh mengenai skandal pinjaman hutang RM 3 billion yang gagal dijelaskan oleh Halim Saad yang mengambil alih National Steel Corp di Filipina. Danaharta menafikan adanya bailout oleh 4 bank dan ia mendakwa rakyat Malaysia hanya rugi RM 4. Danaharta membayar RM 1 bagi setiap satu bank. Memang tak logik kerana bagaimana hutang pinjaman tidak boleh hilang begitu sahaja. Sudah tentu mesti ada pihak yang menanggung hutang tersebut. Kegagalan pelaburannya dibailout oleh 4 bank di Malaysia iaitu Maybank, RHB, Bank Bumiputra dan Commerce Asset Holding Bhd.
Timbul persoalan jika Halim Saad tidak mampu membayar hutang pinjaman RM 3 billion kenapa dia mampu untuk membeli saham Time Engineering? Kenapa bank-bank tidak mengarahkan Halim Saad membayar hutang pinjaman? Akhirnya hutang itu berpindah kepada rakyat. Rakyatlah yang menanggung segala beban hutang keliling pinggang kroni-kroni. Adalah tidak adil sama sekali rakyat terpaksa menanggung beban hutang kroni-kroni Mahafiraun yang gagal menguruskan perniagaan dengan cekap.
Mahafiraun kata jika tiada bailout, syarikat besar akan tumbang dan rakyat akan kehilangan pekerjaan. Penjelasannya adalah tidak logik sama sekali. Halim Saad adalah penjamin kepada pinjaman tersebut. Jika dia gagal untuk membayar hutang tersebut, bank terpaksa mengambil tindakan. Tindakan terakhir ialah mengisytiharkan Halim Saad bankrap dan harta-harta dijual untuk membayar hutang dan tidak akan menyebabkan Renong dan anak-anak syarikatnya tumbang. Soal kehilangan pekerjaan tidak timbul sama sekali. Kerajaan mesti menjelaskan kepada rakyat mengenai perlunya bail out hutang pinjaman RM 3 billion sedangkan si Halim Saad berkemampuan untuk membeli saham Time Engineering.
Tindakan kerajaan adalah sangat melampau. Mahazalim tidak mahu seorang pun anak-anaknya dan kroni-kroninya diisytiharkan bankrap. Senang-senang aja beban hutang dipindahkan kepada rakyat. Anak-anak Mahafiraun dan kroni-kroni tidak perlu bertanggung jawab kepada kegagalan perniagaan mereka. Inilah akibatnya terus memilih kerajaan BN yang secara terangan merompak duit rakyat (daylight robbery).
LTL