NAMPAKNYA bagi anggota redaksi mana-mana akhbar yang ditugaskan “mengampu” kerajaan Mahathir dan Mahathir secara peribadi, fungsi masing-masing tidak akan lengkap jika tidak membesarkan perkara, walau sebesar ‘ular-lidi’ untuk dijadikan sebesar ‘naga’.
Inilah yang dilakukan oleh Syarikat Berita Publishing yang menerbitkan Berita Harian & NST dan Utusan Sdn. Bhd. yang meneribitkan Utusan Malaysia dan yang seangkatan dengannya.
Sejak kebelakangn ini, perkara ini amat ketara. Beberapa Editor yang tersilap langkah tidak mensejajarkan tulisan dengan prinsip “membodek – ampu sana wa ampu sini”, maka peneraju mengalami nasib buruk seperti yang dialami oleh Johan Jaafar, Nazri Abdullah dan Kadir Jasin. Mereka akan ditendang bagai bola kempis yang rompong.
Ketiga-tiga akhbar perdana UMNO itu telah kehilangan fungsi asas kewartawanan dan pemberitaan. Dengan itu, kandungan masing-masing cuma untuk mencari sumber “4-Mobor Ekor” atau Jadual Lumba Kuda saja bagi pejudi-pejudi. Kadang-kadang, itu pun banyak kali tersilap. Maka pejudi-pejudi sudah memboikot “pembhongan” akhbar-akhbar tersebut.
Rakyat prihatin yang menginginkan berita benar dan sempurna telah sekian lama mengenepikan berita dari ketiga-tiga sumber bacaan harian itu. Rakyat banyak sudah tidak menaruh keyakinan kepada kebenarannya lagi. Rakyat sekian lama menaruh curiga dengan propaganda melulu yang memualkan tekak.
Rakyat tidak mahu minda mereka diracun melalui strategi pembohongan menggunakan akhbar tersebut oleh para pemimpin negara dibawa pentadbiran seorang Perdana Menteri yang telah tidak dihormati rakyat.
Dengan itu, saranan ‘BOIKOT MEDIA PERDANA’ tidak sulit untuk dilaksanakan oleh rakyat lafi. Ia ada imbauan yang menerima respon spontan. Langkah itu umpama sebuah kenderaan yang terbabas semasa memacu laju diatas jalan licin. Akhirnya menjunam ke gaung.
Sekarang, ketiga-tiga akhbar propaganda itu sedang tersadai di dasar gaung yang sangat dalam. Tidak ada siapa yang mampu mengheret keluar kerana kos menarik keluar ke tebing sangat besar. Bagai pepatah Melayu, “Lebih mahal rantai dari beruk”. Lebih baik dibiarkan saja. Maka ‘kenderaan usang itu tersadai berkarat. Kalau nak reput, reputlah. Siapa pun tidak peduli lagi!
Andaian itu adalah disamakan kepada Dr. Mahathir sekarang yang hampir senasib dengan akhbar-akhbar pedana itu. Dr. Mahathir pun seorang pemimpin bertaraf “Perdana” juga. Jika dulu segala ucapan beliau dianggap “gospel truth”, bukan saja oleh rakyat yang 22 juta ini tetapi juga oleh dunia; sekarang “keperdanaan” Mahathir sebagai Menteri telah membawa akhbar-akhbar terbabit turut jadi “merana” seperti beliau juga.
Hari ini, Mahathir senasib dengan akhbar tersebut. Kerana beliau sudah dicap seorang PEMBOHONG dan sumber “KELUCAHAN” minda penyokong UMNO/BN; maka Mahathir tidak lagi ‘seperdana’ dulu. Mahathir sudah diboikot, tersingkiir dan tidak diyakini lagi.
Apakah wajar dibalaskan kepada HARAKAH? Mungkin ada alasan lain yang tidak dapat diterima umum. Tetapi itu tidak akan membaikpulih akhbar UMNO.
Marjumin Assem
Tmn Ledang Jaya - JB