Bala timpa babi atau penternak babi ditimpa bala?
Memeningkan! Begitulah persoalan yang timbul selepas
membaca artikel, “Pig Farmers Query MCA over JE fund”
(Penternak Babi Menyoalsiasat MCA Mengenai Tabung JE)
yang disiar dalam akhbar internet Malaysiakini dan
disebar meluas oleh HarakahDaily e-groups. Malangnya
penternak babi mengeluh kerana baru menyedari bala
yang menimpa mereka setelah mengundi BN kerana
terpengaruh dengan janji pampasan RM70-RM100 bagi
seekor babi yang dikojolkan. Berjuta-juta ekor babi
ditembak. Tabung bantuan ditubuh dan berjuta-juta pula
dapat dikumpul. Akhirnya duit lesap dan yang dapat
pampasan orang lain yang tidak ada kena mengena
langsung dengan babi, jauh sekali menghidu dan mencuci
kandang babi.
Dari mana datangnya penyakit pelik ini pun tak jelas.
Tiba-tiba muncul, sehingga nama Abdullah Badawi
bertukar jadi Pak Lah Babi JE kerana tugas khas
menangani babi diberi oleh PM@P***i Mak sebagai
prasyarat sebelum dikira layak dilantik sebagai TPM.
Menurut sumber yang boleh dipercayai asal usul
penyakit datang dari kuda-kuda lumba dari Australia
yang dibawa masuk dan disimpan di Ladang Koboi, Sg.
Siput, Perak. Takut pula nak dihebahkan pasai ramai
“orang-orang besar” yang main kuda. Akhirnya
merebaklah ke babi-babi di kandang Ramli Ngah Talib
dan kemuncaknya bala penyakit ini berhijrah pula
menyondol menjangkiti babi-babi Isa Samad sehingga
tentera Malaysia dikerah oleh PM@P***i Mak berperang
dengan babi. Tukang bawa babi berpindah-randah pun
penternak babi juga. Lintang pukang diangkut ke
seluruh negara kerana takut barbie kesayangan
dijangkiti penyakit pelik yang tidak semena-mena
menjelma angkara dari haiwan kuda, bukan dari kalangan
sama sejenis babi. Kelakar sungguh! Sekatan polis
seperti biasa tidak berkesan. Asal masyook… Bolos!
Malaaaysia Boooleeeh!! Lingkup!
Ini sama juga dengan kisah projek Yayasan Basmi
Kemiskinan (YBK) di Selangor. Kalau ikut jalan cerita
mungkin tempat lain pun sama jugalah. Tanah dikawal
kononnya untuk rakyat miskin, tetapi secara teknikal
adalah milik Ustaz Zainal Sakom@Penadah Muntah Mat
Taib. Khabarnya dalam anggaran 10,000 hektar. Lain
disasar, lain yang buncit. Dulu kisah Teleton TV
“Jantung Ku” untuk membantu pesakit jantung pun sama
kesudahannya. Berpuluh juta diikrar, dikumpul dan
akhirnya ghaib diurus oleh Sang Kabus “tidak dapat
dikesan”. Pesakit jantung berlubang terus “berlubang”.
Bala terbaru yang menjadi isu negara ialah HFMD (Hand,
Foot and Mouth Disease) atau Penyakit Tangan, Kaki dan
Mulut. Sambil tersandar merenung teringat pula FMD
(Foot and Mouth Disease). Kalau dialih bahasa secara
literari “Penyakit Kaki dan Mulut”. Tetapi sebaliknya
disebut “Penyakit Kuku dan Mulut”.
FMD sememangnya menyerang binatang ternakan seperti
lembu dan kerbau, tetapi bagi HFMD manusia pula jadi
mangsa. Kalau dua kaki hadapan lembu dipanggil tangan,
maka mungkinkah penyakit ini dipanggil HFMD juga.
Cuma keliru di sini kerana etiologi penyakit pun tak
diperjelaskan oleh Menteri Banyak Penyakit, Chua Jui
Meng. Cakap praaannngg… praaanggg… praannnggg!. Semua
doktor Malaysia kata, “Habuk pun tarak.” Chua adalah
seorang menteri yang terkenal dengan sikap 100%
menghina, prejudis dan racist terhadap doktor-doktor
Melayu-Islam.
Penyakit FMD sememangnya endemik di kawasan sempadan
negeri-negeri utara semenanjung seperti di Kelantan,
Kedah dan Perlis. Secara semulajadi virus ini berada
dorman dalam tanah. Bila keadaan iklim dan
persekitaraan sesuai ia akan merebak. Itu saja, apa
nak dikecohkan. Orang Melayu-Islam pun yang terkenal
dengan sifat ‘tak paaa…biak pi kat depa…sabaq noo”
kalau tertindas, dipijak kepala tersangat amat
melewati paras kesabaran pun akan mengamuk juga.
Bagaimana pula dengan HFMD? Bunyi nama penyakit sama
saja dengan FMD. Tetapi kali ini bala terbaharu turun
dan berpindah arah ke selatan semenanjung pula dengan
wajah dan mangsa yang berbeza sekali. Didakwa mereka
puncanya adalah dari Pulau Bestari Singapura yang
terkenal dengan segala kecanggihan dan rakyat yang
hidup bersih. Kalau HFMD dituduh Menteri Tua Lee Kuan
Yew berpunca dari Johor bagaimana pula? Berbagai
alasan mereka beri kecuali mengakui kejadian ini
adalah bala yang diturunkan Allah Azzawajalla.
Bala kerebakan penyakit HFMD seakan-akan berlaku
seiring mengikuti senario politik Malaysia. Sebelum
ini semasa berlaku taun di Kelantan, riuh akhbar arus
perdana dan badut-badut politik Umno/BN bertubi-tubi
memperlekehkan Kelantan yang ditadbirkan oleh Tok Guru
Nik Aziz. Mereka sanggup menjadikan isu asalkan
memberi keuntungan politik untuk mengekalkan kuasa.
Dituduh rakyat Kelantan pengotor, suka makan siput
etok pembawa kuman taun, gemar berkubang dan
mandi-manda di sungai. Macam-macam lagi. Pentadbiran
Tok Guru dihina dan dicemoh secara psikologi setiap
hari dalam akhbar dan berita. Bukankah keadaan sudah
terbalik kot? Kalau rakyat Kelantan dituduh pengotor,
bagaimana pula rakyat Johor? Cuma yang nyata media
massa dan badut-badut politik Umno/BN tidak pula
bergegas menghentam MB Johor Tok Gani, penjaga kubu
Umno/BN.
Lingkup!
Wallahualam
Mat Mentalon
21 Oktober 2000