MEDIA STATEMENT
Malaysian Islamic Society of North America
Assalamualaikum,
Oktober 20,2000
Tindakan JAIS dan MB Selangor menghalang Tuan Guru
Nik Aziz dari menyampaikan kuliah nya diseluruh Negeri
Selangor adalah satu tindakan yang amat mendukacitakan
umat Islam khususnya yang sedang menuntut dan bekerja
di Amerika Syarikat.
Ini adalah satu tindakan yang paling pengecut dan
bacul di alaf baru. Tindakan menghalang beliau dari
menyampaikan kuliah tanpa disertakan sebarang alasan
mengambarkan pihak pemerintah hari ini membelakangkan
undang undang dan demokrasi malah, negara sedang
menuju ke arah pemerintahan anarki dipimpin oleh para
diktator.
Apa kah ini hadiahnya kepada rakyat Selangor oleh
kerajaan BN yang selama ini melaungkan ke seluruh
dunia bahawa BN dipimpin oleh UMNO memperjuangkan
ugama Islam?
Paling aneh halangan seperti ini datang dari Pihak
pemerintah negara. Ini menunjukan bahawa pihak
pemerintah seram terhadap ulama yang sentiasa
memperkatakan kebenaran,mempertahankan
keadilan,mencegak kemungkaran dan mengajak kepada yang
maarof yang menjadi sebahagian dari ajaran islam.
Tidak pula kedengaran negeri-negeri dibawah parti
pembangkang menghalang ulamak ulamak dari kerajaan
bercakap atau berceramah tentang islam dimana mana
masjid. Mereka boleh menggunakan mana mana masjid
diseluruh Malaysia termasuk Masjid Negara untuk
bercakap tentang islam tanpa takut dan bimbang akan
diambil tindakan.
Apakah hari ini kerajaan sedang mengamalkan sikap
kearah pencabulan demokrasi, kebebasan bersuara hatta
kepada penyebaran ugama islam sekali pun. Apa kah
tauliah menyampaikan ajaran islam perlu mendapat izin
dari seorang Menteri Besar yang mengatasi keizinan
dari Allah dan Rasulnya? Adakah juga pada hari ini
Ugama Islam telah diwartakan menjadi milik parti
pemerintah? yakni bukan lagi hak Allah dan rasul
sehingga pihak pemerintah boleh berbuat sesuka hati
terhadap ajaran ugama yang suci ini? Atau pemerintah
hari ini telah keliru tentang pengertian ugama islam
sehingga memisahkan antara ugama dan politik pada satu
masa dan pada masa lain mendakwa memperjuangkan ugama
islam? Islam versi apa kah yang diamalkan oleh
pemerintah hari ini?.
Di sana sini malah keseluruh dunia kelihatan pemimpin
dari Malaysia yang tidak mempunyai latarbelakang
pendidikan ugama bercakap tentang Islam dan hukum
Islam,tetapi didiamkan saja oleh Jabatan Ugama Islam
yang bertanggung jawab terhadap hal ehwal ugama. Apa
ini satu konspirasi peringkat tertinggi untuk
menghancurkan ugama islam di Malaysia? kearah
melahirkan umat Islam yang moderate versi kerajaan BN.
Pihak kami sama sekali menentang sebarang bentuk
pencabulan hak asasi manusia, hak asasi seorang
pendakwah yang dihalang kuliahnya tanpa sebab untuk
menyampaikan islam yang murni. Ini adalah satu
tindakan yang paling tidak waras yang dilakukan oleh
orang islam dengan berlabelkan Jabatan Islam dan
pemimpin yang berketurunan islam.
Pihak JAIS juga sudah tidak berfungsi dengan sempurna
dan amat keliru dengan tugas tugas mereka sebenar.
Lihat apa yang terjadi kepada tangkapn 'THE SHIP'dan
pemecatan bekas mufti Selangor. Tindakan ini satu
tindakan songsang oleh Jabatan yang berlabelkan Islam.
Peristiwa tangkapan THE SHIP dimana JAIS bergitu
berdedikasi pada awalnya menjalankan tugas tapi
akhirnya melutut kepada pihak pemerintah sehinggakan
MB pada waktu itu memperli JAIS tidak faham dengan
undang undang. Tidak ini memalukan? di mana maruah
JAIS. Apa sebenarya tujuan JAIS diwujudkan. Hari ini
bertindak terhadap pelaku maksiat besoknya menghukum
seorang ulamak
Kami menuntut pihak JAIS menjelaskan fungsi sebenar
JAIS samada menjaga kepentingan Ugama Islam atau pihak
pihak tertentu. Pengarah JAIS haruslah memberi sebab
musabab kenapa MB Kelantan tidak dibenarkan memberikan
kuliahnya di Selangor. Sekiranya JAIS masih terkeliru
dengan fungsi dan tuntutan umat Islam seluruhnya, maka
seeloknya Pengarah JAIS meletakan jawatan dan JAIS
dibubarkan.
Kami berharap JAIS dan MB Selangor menyedari tindakan
ini akan mengundang kemarahan umat Islam. Tindakan ini
juga mencabar kewibawaan umat Islam Malaysia. Umat
Islam tentu nya tidak ingin melihat Ulamak Islam
dipermainkan sedemikian, disekat kuliahnya kerana
dianggap bertentangan dengan citarasa pemerintah.
Kami menentang sekeras kerasnya tindakan terhadap MB
Kelantan.
Kami juga percaya tindakan yang sedemikian akan
berterusan terhadap semua ulamak yang tidak menyokong
ideologi kerajaan. Kami percaya ini lah tindakan
SONGSANG yang sekaligus akan menghancurkan bangsa
melayu dan ugama Islam.
'Sampaikan dariku walaupun satu ayat'-maksud hadis
EKRAM HAFIZ
INTERNATIONAL & PUBLIC AFFAIR
MALAYSIAN ISLAMIC SOCIETY OF NORTH AMERICA