Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Tahan Nik Aziz ?

Saya secara peribadi .. ingin menyeru sesiapa yang berkaitan dengan arahan untuk menahan TG NA supaya berfikir secara mendalam. Cuba buat sembahyang Istikarah.

Jangan sekali-kali melakukan kesilapan yang paling besar dengan menahan TG NA. Jika TG NA ditahan dan dihadapkan ke makamah, masalah politik negara akan lebih rumit dari yang dihadapi sekarang yang akibat pemecatan DSAI. Saya amat yakin dengan kenyataan saya ini. Oleh itu sekali lagi saya menyeru kepada semua ahli UMno dan pemimpin UMno yang kurang bersekongkol dengan penzalim agar mencari jalan supaya TG NA tidak ditahan atau dihadapkan ke Mahkamah.

Rayuan saya ini bukan untuk TG NA, rayuan saya adalah untuk rakyat Malaysia yang tidak tahu apa2 tentang kemelut politik sekarang.

Setahu saya semenjak saya dari kecil, TG NA seorang yang lurus, dia tidak akan menolak untuk ke makamah dan dia tidak akan menolak untuk dipenjarakan. Dia sanggup melakukan apa saja demi dakwah beliau. Mungkin orang akan mengatakan saya terlalu fanatik terhdapa TG NA. Saya tidak fanatik, dulu sebelum pemecatan DSAI saya ahli UMno. walaupun saya ahli UMno saya amat kagum dengan TG NA. Dulu semasa saya dalam UMno ada juga saya ke Kelantan untuk mendengar ceramah TG NA, bagi mempastikan sendiri dakwaan orang mengatakan TG NA tidak betul. Saya tidak nampak dimana silap atau salahnya dakwah TG NA. Beliau orang yang paling senang ditemuai dan tidak suka putar belit dalam apa2 saja pertanyaan kita tentang Islam. Dari dulu hingga sekarang beliau tidak pernah berubah sikapnya. Beliau tetap macam dulu dalam apa perkara sekali pun walaupun kedudukan beliau sekarang agak istimewa.

Tentang kenyataan beliau dalam apa2 perkara berkaitan dengan Islam yang disalah tafsirkan oleh setengah orang, dapat saya katakan disini bahawa orang yang mentafsir kenyataan TG NA itu adalah orang yang tidak pernah dengar dengan telinga mereka sendiri. Dia hanya dengar dari orang lain dan kalau ada pun orang itu memang sengaja memutarbelitkan kenyataan TG NA. Bagi saya, walaupun saya dulu UMno, (tapi TG NA tak tahu saya UMNo masa itu) saya suka bertanya sendiri apa2 masalah yang berkaitan kenyataan beliau yang mengelirukan. Sebab kenyataan beliau adalah berkaitan Islam, jika salah menentang kenyataaan beliau nanti kita akan secara tak langsung menentang Islam.

Dengan Ini sekali lagi saya ingatkan kepada semua yang berkaitan yang beriya nak saman TG NA, supaya berfikir secara terbuka.

eeemm :)

Mojet


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com