Ini adalah satu keputusan yang telah dibuat oleh parti yang memerintah yang mempunyai mandat 2/3 majoroti di parlimen. Mereka mahu pasti mereka jadikan.
Labuan Sabah telah jadi Wilayah Persekutuan, selain dari Kuala Lumpur. Persoalan wang pampasan kepada negeri Selangor dan Sabah dan Selangor lagi adalah jumlah yang besar ke dalam tabung bendahari negeri. Transaksi kewangan yang besar itu hanya akan diketahui apabila dibongkarkan akta rasmi kerajaan seperti kes royalti minyak Terengganu.
Apakah implikasinya Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan Labuan cuba ingin membangun setanding dengan Kuala Lumpur.
Manakala KL yang ditadbir oleh DBKL dengan arahan kerajaan yang memerintah sekarang menjalankan dasar bandaraya moden yang tak kisah penuh dengan arak dan maksiat. Kita lihat bagaimana Bangsar dan jalan P.Ramli, Jln. Bukit Bintang ( Bintang walk ) menzahirkan arak sebagai budaya Bandaraya Wilayah Persekutuan.
Rupa-rupanya ini menjadi senario sebuah tempat yang menjadi Wilayah Persekutuan. Ini bukan tidak sengaja, tetapi memang menjadi polisi, dapat dilihat dengan mata oleh PM dan Dato' Bandar KL. Kalau dia tidak suka tentu dia sudah suruh tutup. Orang kafir kalau nak minum arak pergilah dalam kedai dengan suasana tertutup.
Putrajaya yang aman, nyaman dan sepi mahu disebukkan sesuai dengan tarafnya sebagai Wilayah Persekutuan. Asalnya mahu menjadi pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang anggun, dan KL sebagai bisnes centre Malaysia, seperti kembar New York dan Washington.
Untuk menuju ke Putrajaya dari KL perlu menempuh UPM, Uniten, Uni Multimedia, Pusat latihan Bumiputra, Maybank, Petronas Dlln. Begitu juga dari arah selatan akan melalui Bandar Baru bangi, UKM, Maktab perguruan, Kg. orang melayu Teras Jenang, Sg. Merab,Tapa Baginda dlln. Dan sudah tentulah semua tempat tadi akan menerima kesannya gelombang wilayah persekutuan Putra jaya.
Nak tak nak perkara ini akan di endors. Persiapan penting ummah ialah rancangan mengebalkan Iman dan mempertahan syariat Islam di kalangan generasi akan datang. Gelombang budaya maksiat itu akan melanda masyarakat tanpa melihat jalan di hadapan seperti air bah banjir yang melanda mangsanya dan kampung halaman.
Ayuh rancangan dan vision tarbiah generasi harus dilipat gandakan. Buka lebih banyak sekolah-sekolah berlatarbelakangkan dan berjalan di atas landasan Al Quran dan Sunnah. Inilah pertembungan budaya yang akan berterusan selagi berkumandangnya seruan jihad.
Usaha-usaha jemaah Islamiah dan mengekalkan usrah-usrah tarbiah Islamiah harus dipercambahkan dan dirangkai-rangkaikan, untuk membina kekuatan Iman , demi mengharungi gelombang maksiat dari perbagai penjuru.
IPT yang berada disekitaran Putrajaya adalah elemen penting mengekang gelombang Putrajaya. Suburkan dakwah Islamiah kepada mahasiswa agar mereka akan menjadi kuasa pengimbang antara dua budaya ini. Pun demikian, telah menjadi kelaziman, lagi disekularkan dan dirosakkan dan disekat dakwah kepada mahasiswa, maka lagi itulah kekuatan dan penyebaran dakwah akan berkembang. Sepertilah tentangan kafir Qurais kepada Nabi Muhammad, lagi kuat tentangan lagi tersebar pencinta Islam itu.
Inilah cabaran mendatang yang bakal dihadapi oleh ummat Islam ibukota Wilayah Persekutuan.
Sekian, wassalam.
Muawiah