Kiriman dibawah telah saya terima dari seorang pengguna yang peka dan terasa kesan kenaikan dan perilaku penjual petrol terhadap pengguna. Mungkin agak lewat, tapi saya rasa banyak manfa'at untuk semua: Tapi Jangan lupa " BOYCOT PETRONAS PETROL" still ON.
MEMBANTU ANDA MENGHADAPI KOS KENAIKAN PETROL
Pengalaman untuk dikongsi bersama - sama agar dapat membantu ketika
kenaikan harga petrol meningkatkan kos sara hidup.
Ceritanya dimana adik ipar saya dapat menjimatkan petrol dengan begitu
menakjubkan. Caranya begitu mudah dimana apabila kita mengisi minyak
selalunya kita akan menekan hozzle tersebut secara maksima untuk
pengisian yang cepat. Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah dengan
menekan hozzle minyak tersebut secara minima yang boleh dan anda akan menunggu agak lama untuk pam tersebut berhenti mengikut jumlah wang yang dibayar.
Dengan meluangkan sedikit masa sahaja adakah anda percaya bahawa
penjimatan
tersebut adalah luar biasa. Sebagai contoh sebelum ini pada setiap RM10.00
petrol saya akan mendapat perjalanan sejauh 100 km sahaja.( untuk perjalanan didalam bandar). Selepas mencuba kaedah diatas, saya tidak menyangka bahawa perjalanan saya kini kepada 150 km dengan kadar RM10.00 juga.Elakkan isi petrol tengah hari. Nanti yang masuk gas yang meruap tengah panas, petrolnya kurang tapi bayarnya sama. Setelah mencuba pada beberapa jenis petrol ( Shell/Petronas dll ) memang ada kebenarannya. Saya telah bertanya kepada yang arif tentang petrol, dan memang benar jika anda mengisi minyak pada tahap mengepam yang maksima, petrol tersebut akan bercampur dengan gas..( banyak gas dari petrol ). Pada kadar yang minima pula hanya petrol sahaja yang akan dipamkan kedalam
tangki kereta kita. Pada kadar sederhana setengah minyak setengah gas lah agaknya.
Mengapa tidak kita mencuba dalam keadaan sekarang dimana harga petrol
kian meningkat...gaji macam tu jugak.
p/s jika pada sesiapa yang sering mengunakan Shell, adakah anda perasan
bahawa pada hozzle terdapat 3 tahap pengisian untuk memudahkan kita
tidak perlu memegang hozzle tersebut. Takuk besi tahap minima seolah - olah di
patahkan....??? Perasan kah anda...ditipu lagiiiii....dan lagiiiiii. Beri pengajaran pada mereka. Jangan terpedaya dengan iklan mereka, Minyak semuanya SAMA saja.
Pensil kayu