Assalamualaikum,
Tahniah kerana memiliki satu website yg dikunjungi ramai. Dukacita dimaklumkan kerana berita-berita yg dipaparkan adalah kurang bernas dan amat sedih untuk dibaca. FYI, saya merupakan anak jati terengganu dan berasal dari sebuah kampung yang pergolakan politik antara PAS dan UMNO sentiasa hebat sejak saya masih kecil lagi.
Saya sedih kerana artikel-artikel yg dipaparkan di laman tranungkite mencerminkan betapa ceteknya pemikiran penulis penulis itu. Memang diakui negara patut berterima kasih kepada mereka kerana sedikit sebanyak mereka ada menolong kerajaan, sekaligus negara. Namun, kebanyakan penulisan di laman ini boleh membawa kepada kemusnahan negara. Kalu ia pun nak berpolitik, janganlah negara tergadai. Dalam keadaan ekonomi dunia sekarang ini, kita mesti sayangkan negara dan berjuang untuk memelihara kemerdekaan kita. Kalu kita duk menghasut sesama kita untuk bermusuhan sesama melayu, lambat laun negara kita akan hancur dan jatuh ke tangan bangsa lain. Kalu dah jatuh ketangan lain, harapan PAS untuk membina negara ISlam pun terkubur.
Setelah bertahun saya mengikuti perkembangan politik negara, saya dapati kesemua parti politik ada pro dan ada cons nyer. Kerajaan kita, dibawah pimpinan mahathir telah berjaya memajukan negara. PAS pula telah berjaya memenangi hati rakyat kelantan dan terengganu. Satu perkara yg saya kurang senang dengan pihak PAS ialah, walau apa sahaja tindakan kerajaan untuk ISlam dan melayu, semuanya tidak baik dan salah bagi PAS. Tidak dinafikan PAS ada menyokong dua tiga perkara, mungkin banyak lagi. Tetapi kalu dilihat perkembangan semasa terutamanya soal pusat permainan video dan kenaikan harga minyak, PAS terang-terang dengki dengan tindakan kerajaan.
Tidak boleh kah PAS berterima kasih dengan keputusan kerajaan mengharamkan pusat permainan video itu? kenapakah hendak menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan? Zalim dan kejam nya PAS ini.
Tentang kenaikan harga minyak pula, sedarlah, sepuluh sen itu kecil sahaja peratusan kenaikannya kalau hendak dibanding dengan kenaikan harga minyak di negara-negara lain. Contohnya di Amerika Syarikat, harga minyak menjulang naik daripada purata 80 sen segelen kepada $1.50 segelen. Memang ada protes dari rakyat tetapi mereka protes secara aman dan tidak sampai ketahap hendak menggulingkan kerajaan. Sedarlah, Malaysia adalah sebuah negara membangun yang pastinya tidak kaya. Minyak yang kita ada pun sedikit sahaja. Negara-negara arab yang punya kuasa tentukan harga minyak. Bersyukurlah harga minyak naik sebanyak 10 sen sahaja.
Sampai disini sahaja celoteh saya. Salah dan silap dalam penulisan ini datang dari diri saya sendiri. Segala yang baik itu datang dari Allah s.w.t.
Wassalam.
ProKeamanan.