Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Bukti JPM kempen untuk UMNO.

Semasa saya melawat ke masjid Putrajaya baru-baru ini, saya telah terjumpa risalah yang diedarkan kepada para peserta yang menghadiiri taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian Keselamatan Negara (BKN). Sebanyak empat keping risalah tersebut iaitu risalah satu berwarna oren, kedua berwarna kuning dan dua helai lagi berwarna putih (sila lihat lampiran-saya menyalinnya semula kerana tiada scanner).

Jelaslah sekarang bahawa UMNO menuduh PAS menggunakan masjid untuk menyampaikan mesej politik tetapi sebenarnya UMNOlah yang telah menjadikan masjid dan menggunakan jentera kerajaan untuk berpolitik seterusnya menyebarkan fitnah supaya rakyat membenci pembangkang.Melalui risalah ini BKN (barua UMNO) ini telah menuduh PAS yang mendalangi al-Maunah.

Melalui risikan, saya dapat tahu bahawa BKN menganjurkan taklimat politik di auditorium Masjid Putrajaya secara mingguan dan pesertanya datang dari seluruh negara.

Bayangkan berapa banyakkah duit rakyat yang digunakan untuk membiayai rombongan ini semata-mata untuk melawat Putrajaya dan mendengar taklimat politik UMNO/BN. Bukan sahaja BKN malah saya dapat tahu bahawa BTN, PM, TPM, Menteri dan Timbalan Menteri di JPM juga sering menaja lawatan ke Putrajaya. Maka tidak hairanlah ada staff JPM yang beritahu saya bahawa peruntukan setahun JPM telah dihabiskan dalam masa enam bulan sahaja untuk menampung ratusan malah saya rasa mungkin sudah mencapai angka ribuan rombongan untuk melawat Putrajaya.

Saya cabar BPR dan audit bertindak dan semak akaun JPM kemana perginya peruntukan yang begitu banyak telah lesap dengan begitu cepat sekali.

Reformis Senyap.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com