PELAKSANAAN SISTEM PERUNDANGAN ISLAM PADA MASA PEMERINTAHAN SULTAN ZAINAL ABIDIN III, 1881-1918
Pada masa pemerintah Sultan Zainal Abidin III, baginda telah melantik jutera baginda, Tengku Muhammad sebagai Raja Muda atau Yang Dipertuan Muda dan Tengku Sulaiman sebagai Tengku Muda. Sultan Zainal Abidin III memecahkan kawasan Terengganu dan diserahkan kepada waris-waris yang dekat dan juga kepada pembesar-pembesar kerajaan. Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad menjaga kawasan Sungai Marang. Tengku Musa atau Tengku Embong (putera Sultan Daud - Sultan Terengganu keenam), Menteri dan Bendahari di Pejabat Perbendaharaan menerima Sungai Kerteh. Tengku Khajki (Tengku Woh) bin Tengku Abu Bakar (menantu Sultan Zainal Abidin III) menerima Sungai Nerus, iaitu cabang Sungai Terengganu. Kawasan Sungai Telemong pula diserahkan kepada Tengku Ngah bin Tengku Abdul Rahim (menantu Sultan Zainal Abidin III, beristerikan Tengku Nik Maimunah). Tengku Abu Bakar bin Abdul Jalil (ayahanda Tengku Khajki beristerikan saudara Sultan Zainal Abidin III) menjaga Sungai Dungun bersama-sama dengan Tengku Chik bin Tengku Long. Besut pula diserahkan kepada Tengku Hitam bersama-sama dengan anak saudaranya Tengku Long bin Tengku Ngah. Tengku Abdullah atau Tengku Puteh bin Sultan Ali yang beristerikan Tengku Ngah puteri sulung Sultan Zainal Abidin III menerima Sungai Paka Sungai Setiu dan Keluang (sekarang sekitar Bukit Keluang) ditadbirkan oleh Tengku Mahmud atau Tengku Muhammad bin Tengku Dalam, bersama-sama dengan Dato Kaya Lela Wangsa. Sungai Kemaman dan Kijal diletakkan di bawah pentadbiran Tengku Ibrahim, bekas pembesar Johor dan kini menetap di Terengganu. Che Mat bin Abdul Rahim yang bertugas di Pejabat Perbendaharaan menjaga Sungai Kemasik. Sungai Merchang, iaitu sungai di antara Kuala Terengganu dengan Dungun diserahkan kepada Tengku Putera bin Tengku Said Lingga. HuIu Terengganu diserahkan kepada Tuan Bong atau Syed Abu Bakar Sungai Ibai, oleh kerana ianya kecil, tidak diserahkan kepada sesiapa. Pembahagian kepada waris-waris yang dekat ini adalah satu usaha untuk menjamin kedudukan politik yang stabil dalam negeri dan mengelakkan daripada berlakunya perebutan kuasa.
Sultan Zainal Abidin III tidak sendirian menjalankan pentadbiran: baginda dibantu oleh Tengku Musa, Tuan Hitam dan Che Abdul Rahim. Ketika pemerintahan baginda terdapat seorang pembesar yang bergelar Dato’ Mata-Mata dan tugasnya menyambut kedatangan pelawat rasmi atau orang kenamaan ke Terengganu dan mengaturkan waktu perjumpaan dengan Yang Maha Mulia Sultan di istana; dan juga tugas Dato’ Mata-Mata menjalankan undang-undang dan perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Setiausaha Sulit Sultan Zainal Abidin III ialah Haji Muhammad bin Yusof. Beliau menjalankan urusan dalam dan luar negeri. Di Terengganu tidak terdapat sistem Besar Empat dan Orang Besar Lapan dalam pentadbirannya. Agama yang digelar Sheikh-ul-Islain dipegang oleh Engku Abdul Rahman bin Muhammad al-Idrus (Tokku Paloh). Terengganu mempunyai sebuah Jamaah Mesyuarat Kerajaan (sekarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco) bagi memutuskan hukuman atau pengisytiharan negeri. Anggota Jamaah pula dipanggil Ahli Mesyuarat (Ahli Exco).
Pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dan Sultan-Sultan Terengganu sebelum baginda, rakyat Terengganu bebas membuka tanah baru dan memilikinya, bebas menebang hutan mengambil kayu serta daun untuk membuat atap rumah. Sungguhpun ada kebebasan ini tetapi rakyat Terengganu masih terikat sistem tertentu yang dijalankan di Terengganu seperti Sistem Banci, Sistem Serah dan Sistem Kerah. Dalam Sistem Banci ini, setiap tiga tahun sekali kutipan wang dibuat daripada rakyat untuk menampung perbelanjaan membuat bunga emas. Tiap-tiap yang telah berkhatam dikenakan bayaran sebanyak satu ringgit. Juga Yang Dipertuan ada mengenakan cukai sebanyak lima puluh sen seorang pada tiap-tiap tahun atau kadang kala tiga tahun sekali. Sistem Serah pula adalah satu cara untuk mendapatkan hasil. Ini dijalankan melalui satu daripada dua cara yang berikut:
Pertamanya, Yang Dipertuan atau Pembesar Daerah menyerah barang tertentu kepada sesebuah kampug atau orang dan nilai barang itu lebih tinggi daripada harga pasaran. Keduanya, jumlah kecil wang dikirimkan kepada sesebuah kampung atau orang perseorangan untuk mendapatkan hasil getah atau hasil-hasil hutan. Jadi untuk mendapatkan perkara-perkara yang dikehendaki Yang Dipertuan itu maka penghulu akan mengarahkan anak buahnya menyerahkan wang (kalau cara yang pertama) atau hasil-hasil hutan (ka1au cara kedua). Apabila wang diserahkan atau hasil-hasil hutan diserahkan maka barang atau wang yang diberikan oleh Yang Dipertuan terlebih dahulu tadi dibahagikan kepada seorang yang menyerahkan wang atau hasil-hasil hutan. Dalam pembahagian itu biasanya orang yang berpengaruh mendapat lebih banyak; sebalikinya mereka yang lemah mendapat sedikit: kadang-kadang tidak mendapat langsung. Sistem Kerah hanya dijalankan oleh Yang Dipertuan atau Pembesar Daerah.
maldiatdiat, dipanggil Pembasuh Balai, wang ini akan digunakan untuk membersih balai rong yang digunakan untuk perbicaraan itu.
, bayaran yang dikenakan kepada pendakwa tiap-tiap kali perbicaraan yang dijalankan.Selain hukuman yang dibincangkan tadi, masih terdapat beberapa hukuman lain yang dijalankan di Terengganu. Misalnya, seorang Cina bermukah dengan perempuan Melayu; apabila ditangkap beliau akan diberi pilihan sama ada memeluk agama Islam dan berkahwin dengan perempuan tersebut atau dihukum penjara. Jika seseorang gadis atau teruna melakukan zina, mereka akan dihukum sebat sebanyak empat puluh kali di hadapan umum. Begitu juga hukuman rejam dilaksanakan di Terengganu. Hukuman rejam ini dilaksana ke atas mereka yang telah berkahwin melakukan zina. Berdasarkan kepada catatan W.W. Skeat seorang perempuan ditanam hingga ke paras pinggang di tengah-tengah kawasan pasar lama satu hari. Setiap orang yang melalui kawasan itu diwajibkan membaling batu ke arah perempuan yang ditanam itu.
Kalau diperhatikan dalam bidang undang-undang dan hakiman Terengganu adalah bercanggah dengan dakwaan W.A. Graham yang mendakwa bahawa Terengganu tidak ada undang-undang, polis dan mahkamah maka pembunuhan dan kecurian serta lain-lain kes jenayah dan awam berlaku berleluasa di sana-sini di Terengganu. J.de Vere Allen turut meragukan kenyataan W.A. Graham tersebut.
Pada ketika pemenintahan Sultan Zainal Abidin III Terengganu menerima pengaruh British. Adanya pengaruh British dalam tadbiran Terengganu bermakna berlakunya satu perubahan besar dalam pentadbiran. Bermula dengan penglibatan British ini Terengganu menerima pengaruh asing dan juga asing dalam pentadbiran Terengganu. Ditegaskan bahawa itu adalah satu bahan besar kerana sebagai sebuah negeri yang sangat kuat dengan pegangan agama Islam malah pentadbirannya juga berlandaskan agama Islam kini telah menerima pegawai British dalam pentadbiran negeri. Mengenai kenapa Terengganu menerima pengaruh British, Haji Ngah Muhammad Yusof menyatakan adanya kebajikan danipada persahabatan dan perdamaian dengan British.
W.L. Conlay dilantik sebagai Ejen British yang pertama Terengganu. Beliau, bersama J.S. Mason (Penasihat British Kelantan menggantikan W.A. Graham) dan Phya Rajvinichai (wakil kerajan Siam) datang ke Terengganu berunding dengan Sultan Zainal Abidin III. Dalam rundingan ini Phya Rajvinichai menyerahkansurat kerajaan Siam yang menyatakan penyerahan Terengganu kepada Great Britain. W.L. Conlay pula menyerahkan surat yang menyatakan menenima penyerahan tersebut.
S.O.GANU
e-mail: yangsebenarsekali@yahoo.com