Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


'PENGUASA JABATAN AGAMA' Yang Hilang Harga Diri

Apa sudah jadi JAIS? Satu soalan yang mudah bagi umat islam kini menjawabnya.

Sudah jelas JAIS sering diperalatkan di dalam berbagai isu agama untuk sekelian kalinya bermula dari isu BADAR (Badan Amar Ma'aruf Nahi Mungkar), Ratu Cantik, Arak & The Ship, Perlantikan Jawatankuasa Mesjid dan yang terbaru Pengharaman Berceramah para alim ulama yang dicap pembangkang dan pro-pembangkang di Masjid-masjid dan Surau di Seluruh Negeri Selangor.

Nampaknya JAIS antara jabatan agama yang terkehadapan di dalam 'penentangan' terhadap perkembangan dakwah dan ajaran islam kepada rakyat yang secara majoritinya telah insaf dan sedar mahu kembali kepada penghayatan hidup cara islam. Amat malang sekali sebuah jabatan yang ditubuh untuk menjaga, menjamin, memelihara umat islam dan memperkembangkan ajaran islam telah bertindak sebaliknya. Memerhati kepada scenario yang berlaku, rakyat telah berulangkali sedar dan terus sedar siapakah dalang sebenar yang menggunakan agama untuk kepentingan politik. Ya, umat islam akan terus sedar dan bangkit sebagaimana bangkitnya umat islam di seluruh dunia (kecuali umat islam UMNO dan Mahathir) memprotes tindakan Israel ke atas saudara islam di Palestine.

Begitulah apabila manusia- manusia durjana dan bertopengkan nama dan anutan islam menduduki tahta-tahta yang bukan miliknya. Dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri sehinggalah ke kedudukan sebagai Pengarah dan Penguasa Agama. Mengikut penilaian agama, di manakah kelayakan mereka setelah secara zahir wujudnya usaha membantu musuh dan penentang-penentang agama Allah? Itu dilihat secara imbas lalu, belum di nilia dari sudut sakhsiyyah dan akhlak serta peribadi pemimpin dan penguasa dimaksudkan itu. Apakah berakhlak sekiranya seorang penguasa agama kencing berdiri dan dilihat oleh kakitangan bawahannya??? Apakah 'berwibawa' namanya sekiranya menerajui suatu jabatan agama tetapi tidak dihormati dan disokong oleh kakitangan bawahannya??

Dalam mafhum hadith, TIGA golongan berikut adalah penyumbang kepada kerosakan agama islam berserta ajarannya, Ulama yang jahat, Pemerintah yang zalim dan Mujtahid (Hakim, Kadhi dan sebg) yang jahil.

Nampaknya, sudah semakin jelas ketiga-tiga golongan sebagaimana yang disebutkan Nabi itulah yang pada ketika ini berada di puncak-puncak kekuasaan. Maka tidak terkecualilah mereka dari golongan ini berada Jabatan-jabatan Agama seluruh negara, khususnya JAIS sendiri. Siapakah yang dimaksudkan itu? Dengan sombong dan angkuh mahu mendakwa di Mahkamah seorang ulama yang diterima oleh rakyat, yang bersifat lembut dan punyai kewibawaan sebagai seorang pewaris nabi seperti T.G.Nik Aziz dan T.Guru Hj. Abd. Hadi.

Dari laporan yang diterima Pengarah JAIS telah mendapatkan khidmat guaman untuk menyaman Nik Aziz di Mahkamah kerana dakwaan kesalahan memberikan kuliah di sebuah surau tanpa permit di Selangor baru-baru ini. Beliau telah mengarahkan bahagian pendakwaan mencari apa juga jalan dari segi teknikal undang-undangnya untuk mengheret T.G.Nik Aziz ke Mahkamah.

Persoalannya, benarkah T.G.Nik Aziz bersalah sehinggakan begitu tangkas ingin mendakwanya? Berbeza dengan tuntutan rakyat supaya mengenakan tindakan undang-undang ke atas Abu Hassan yang telah menyalahgunakan kuasanya untuk tidak membenarkan tindakan ke atas mereka yang terlibat dalam isu arak The Ship !! Undang-undang apa ni Tuan Pengarah JAIS???

Begitu juga laporan yang diterima berkenaan dengan isu perlantikan Jawatankuasa baru di Masjid Darul-Ehsan, Subang Jaya yang sehingga kini tidak nampak jalan penyelesaiannya kecuali JAIS berdiri di atas prinsip kebenarannya sebagai jabatan yang bertanggungjawab sebenarnya terhadap maruah agama islam seterusnya tidak terikut-ikut atau terpengaruh dengan 'orang-orang politik' kerajaan yang berkepentingan sehingga mengenepikan kebenaran dan hak ahli-ahli kariah tempatan menentukan jawatankuasanya sendiri. Khabarnya secara pasti, beberapa usaha telah dilakukan dengan agak memalukan untuk memecat dan menyingkir imam dan jawatankuasa pilihan ahli kariah dengan cubaan melibatkan jabatan polis untuk bertindak baru-baru ini. Dan maklumat terakhir ada cubaan pihak JAIS dengan kerjasama POLIS bagi menghalang suatu Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj yang dianjurkan oleh ahli kariah dan jawatankuasanya yang akan dilangsungkan pada akhir minggu ini. Kenapakah sehingga sedemikian halnya yang berlaku di sebuah negara yang mendakwa ianya negara Islam contoh??? Rakyat akan terus sedar, percayalah!!

Isu lain yang kita dengar baru-baru ini ialah cadangan untuk menukar warna sebahagian daripada pakaian resmi pelajar-pelajar sekolah di Sekolah-sekolah Agama negeri Selangor dari ber'sampin'kan warna Hijau kepada warna Merah. Apakah muslihat disebalik kebenciannya kepada warna hijau tersebut?? Barangkali kerana warna tersebutlah, Politik Selangor semakin goyah dan terancam. Atau, seperti kata teman-teman kita di JAIS barangkali untuk memudahkan UMNO menambahkan bilangan penyertaan perwakilannya ke Perhimpunan Agong UMNO yang berkebetulan (kebiasaannya) berakhir pada Hari Jumaat sementalahan pakaian sedemikian lazimnya adalah pakaian resmi pada hari tersebut. Kita berfikir, sehingga demikiankah pemikiran dan tanggapan rakyat terhadap kerajaan pimpinan UMNO kini??? Rakyat sememangnya telah sedar, percayalah!

Satu lagi langkah kurang siuman JAIS (rujuk kepada pengarah dan MB Selangor) yang dilaporkan ialah berkenaan tindakannya 'membekukan' tanpa sebarang jawatan kepada bekas Pegawai Tadbir Agama (PTA) Gombak, Ust. Jais Kamus (adik Ust. Ismail Kamus) di JAIS, SUK Shah Alam. Kerana nafsu buas JAIS yang bersekongkol dengan pimpinan politik UMNO Selangor maka umat islam Selangor khususnya telah kehilangan seorang ulama yang pastinya mampu memberi perkhidmatan agamanya kepada rakyat selangor. Tindakan 'membekukan' beliau khabarnya di ambil setelah mereka bimbang Ust.Jais akan membina pengaruh barunya di Sarawak setelah beliau dikenakan tindakan berpindah perkhidmatan di sana. Apapun tindakan, insyaAllah rakyat semakin celik lagi dan bertambah kesedarannya...percayalah!

Wahai saudara seislam semua, sudah tiba sekian lama untuk kita kembalikan cara hidup untuk islam dalam segenap bidang, dari sekecil-kecilnya sehinggalah ke peringkat Negara, pimpinan , undang-undang dan Kekuasaannya. Ayuh! Bangkitlah untuk mencegah kemungkaran itu.

Allahuakbar!

Sunan Kalijogo


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com