YB Tuan Haji Mustafa Ali (Exco Petroleum Negeri Terengganu) dalam ceramahnya di Padang Bola, Rhu Rendang, Marang Terengganu pada 2 Oktober 2000 telah mendedahkan satu resolusi SULIT perjumpaan
di antara Penasihat Menteri Kewangan Mustafa Mohamad, Wang Mokhtar (Bekas MB Terengganu), En. Isuddin, Idris Jusoh, Ketua-ketua Bahagian, Cawangan, Pemuda dan Wanita UMNO. Termasuk juga Ketua Jabatan kerajaan pusat seperti
Ketengah.
Perjumpaan pada 21 September baru-baru ini di Hotel Grant Constinatal, Tanjung, Terengganu
Dalam pertemuan ini ada di antara pewakilan bertanya bagaimana wang Ehsan ini nak beri kepada Terengganu ? YB Mustafa Mohamad berkata "dok tahu lagi" (tak tahu lagi).... akhirnya
mereka membuat cadangan untuk mendapat pandangaan daripada perwakilan.
Ada 18 cadangan daripada 5 orang yang bercakap dalam sesi dialog tersebut.
1. Wang Ehsan itu mestilah diberi kepada Belia dan sukan dan mesti melalui atau diberi kepada UMNO.
2. Peruntukkan untuk KUSZA (Kolej Sultan Zainal Abidin) perlu dikaji, seboleh-boleh jangan diberi kerana di sana 'sarang pas'. Pimpinan kanan KUSZA mesti dilantik dikalangan orang UMNO. (Tok Ayah - Cadangan bodoh. KUSZA di bawah pentadbiran kerajaan Negeri)
3. Perjanjian Wang Ehsan yang diedarkan oleh PAS sebahagian aje oleh itu UMNO mesti edar seluruhnya. (Tok Ayah - Perjanjian itu sulit di bawah akta OSAlah... satu pendapat bodoh juga...)
4. Mengadakan Universiti di Terengganu dan U ini janganlah dibina sehingga UMNO boleh menguasai Terengganu semuala
5. Jangan beri bantuan kepada sekolah-sekolah agama kerana ramai penyokong-penyokong pas di sana. (Tok Ayah - Kenapa orang UMNO tak hantar di sekolah agama ke ?)
6. Jangan berkompromi dengan kerajaan negeri termasuk jika terdapat berlajawan deposit.
7. Pegawai persekutuan penyokong pas yang memegang jawatan perlu diambil tindakan.
8. JKKK diberi kuasa untuk menggunakan 'wang ehsan' (Tok Ayah - Inilah matlamat asalnya)
9. Pergerakan wanita UMNO dan Pemuda mestilah digerakkan dan mesti berbuat sesuatu untuk kepentingan UMNO.
10. Perlu fikir bagaimana cara untuk 'mencari makan' (mendapat pendapatan) dengan 'wang ehsan' yang diperuntukkan untuk orang-orang bawahan UMNO
11. Mana-mana wakil rakyat yang dipotong elaun perlu diberikan peruntukkan daripada 'wang ehsan'. (Tok Ayah - Memanglah kalau kalah pilihan raya nak bagi buat apa elaun. Elaun itu bukan untuk seumur hidup.... Nak tanya UMNO Sdr Anwar dapat elaun tak ???)
12. Apa-apa cadangan kusza atau sekolah-sekolah agama mesti dirujuk kepada badan perhungunan UMNO Terengganu dulu. (Tok Ayah - Besarnya kuasa UMNO Terengganu)
13. PAS/BA telah mengumpul tandatangan bantahan royalti minyak - UMNO mesti kumpul tanda tangan untuk menyokong pembatalan royalti. (Tok Ayah - Siapa nak tanda tangan tu !!! - Tanda tangan hantu... dulu undi hantu)
14. Ceramah pas amat berkesan untuk menerangkan 'wang ehsan' oleh itu umno mesti memberi penerangan balik dalam ceramahnya.
15. UMNO Terengganu dan JPP mesti berkerjasama dalam mengendalikan wang ehsan.
16. Dalam dialog itu ada seorang bertanya apakah sebab berubah daripada royalti kepada 'wang ehsan'. Wan Mohtar pun menjawab, Jika Petronas bagi wang kepada kerajaan pusat dipanggil royalti jika diberi kepada kerajaan negeri di panggil WANG EHSAN. (Tok Ayah - memang sah dah nyayok orang tuan ni !!!)
17. Isu royalti minyak mesti dijelaskan kepada UMNO bawahan kerana ada orang UMNO yang tak setuju dengan pembatalan royalti ini. YB Mustafa kata dia akan selesaikan. (Tok Ayah - Orang yang buta dan tuli, hati yang keras aje tak sedar isu ini....)
18. Akhir dailog itu ada sindirian daripada yang berdioalog, dia kata Tuhan telah restu PAS semasa solat hajat turunkan minyak dari langit hingga basah permaidani. (Tok Ayah - Solat Hajat di Stadium Hujan lebat, YAB MB tetap bersolat dalam hujan. - Terima kasih UMNO atas sindiran itu.)
# Cadangan ini telah diklafikasi dokumen rasmi di bawah seksyen 2C Akta Rashia Rasmi 1972 maka tidak rashia lagi.... Sorrylah UMNO. Hang ada ahli tapi jiwa mereka semuanya PAS.
Tok Ayah
Akta petroleum 1974. Sebelum akta ini jika dijumpai di darat maka menjadi hak kerajaan negeri tapi jika dijumpai dilaut lebih 3 batu notika bukan hak kerajaan negeri. Tapi selepas akta ini
kerajaan negeri dapat 5% samaada di laut atau di darat. Yang ini Rais Yatim Begong sikit...terang di TV3¼ zaman 'kirun' (Zaman pisau gillette tak ada....kata Mahathir)