UMNO perlu bijak mengeksploitasi kelemahan PAS pada masa kini. Sasaran UMNO
sekarang adalah kepada golongan muda, atas pagar dan pegawai-pegawai kerajaan
yang masih boleh berfikir secara waras. Contoh isu yang amat mudah untuk
memerangkap PAS ialah:
Dalam isu wang ihsan, sebenarnya amat mudah sahaja menjawabnya tetapi saya tidak
pernah mendengar jawapan sebegini dari mulut-mulut pemimpin UMNO. Sepatutnya
pemimpin UMNO boleh tanya balik kepada PAS kenapa mereka mahukan wang Ihsan itu
? Bukankah PAS menuduh UMNO zalim? Bukankah meminta-minta dari orang zalim itu
haram mengikut PAS? Kenapa PAS meminta-minta dari musuh mereka yang mereka caci,
cerca dan hina selama ini? Kalau benar PAS itu hebat seperti mana digambarkan
dalam ceramah-ceramah mereka, kenapa PAS tidak cari duit sendiri dengan program
ekonomi sendiri mengikut Islam yang mereka canangkan? Katakan bahawa PAS
sebenarnya tak tahu malu meminta-minta kepada orang yang selama ini mereka caci
siang dan malam sedangkan yang diminta itu bukan hak mereka.
Sekarang PAS takut dalam isu royalti. Mereka dengan sombong dan bongkaknya mahu
menyaman tetapi sampai sekarang belum membuat saman itu? Kenapa UMNO tidak
mengeksploitasi sepenuhnya kelemahan dan kegagalan PAS ini?
Satu lagi isu terbaru adalah seperti Festival Pantai di Terengganu. Eksploitasi
sepenuhnya. Tunjukkan bahawa PAS ini adalah puak yang cakap tak serupa bikin.
Hipokrit Islam.
Bila lagi pula UMNO nak laksanakan ceramah-ceramah penjelasan semua isu ini
kepada masyarakat bukannya kepada orang UMNO yang memang dah faham. Buat apa
beri kepada UMNO sahaja. Yang penting masyarakat seluruhnya yang tidak berparti
dan mereka ini penentu dalam pilihanraya.
SILA JAWAB