Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MB kami Khir Toyo

Assalamualaikum wbkt,

saudara

Diruangan ini saya ingin menyampaikan rasa kekesalan saya terhadap sikap MB Selangor yang baru terutama mengenai isu:

1) Penyerahan Putraja sebagai W.P ke3 Saya amat merasa dukacita diatas MB saya sendiri diatas tindakan beliau akan menyerahkan Putrajaya kepada kerajaan persekutuan, alangkah malunya saya sebagai Ahli UMNO totok ini yang mana saya anggap ini suatu perkara yang amatlah mendukacitakan, kerananya dia sanggup menggadaikan sebahagian tanah yang dibanggakan di N.Sel dimana pada mula penubuhannya tujuannya hanyalah cuma mahu membangunkan daerah Dengkel, tetapi apa dah jadi sekarang? Kami sebagai rakyat Selangor tiada punya hak keatas Putrajaya. Sedih dan pilu hati kami dek kerana sikap dan perilaku MB kami.

2) Larangan Ceramah T.Guru Nik Aziz. Kita telah tahu siapa dia Nik Aziz, memang keulamakan nya tidak dinafikan tetapi kenapa MB Sel ini amat jahil? Membuat larangan kepada orang yang berilmu. Apakah MB kami ini mampu untuk melaksanakan seperti apa yang dilaksanakan oleh tuan guru? Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang agama bahkan mempunyai kebijaksanaan memimpin, saya kagum dengan T.G Nik Aziz. Walaupun saya bukan ahli Pas tapi kepetahannya mematahkan hujjah hujjah dari pihak yang cuba mempersendakan agama islam amatlah kami banggakan. Selama ini saya rasa dikalangan Umno tak ada langsung walau pun saya menjadi ahli Umno sejak 1972 dikampung saya di Sabak Bernam. Sehinggalah saya yang akhir sekali menjadi ahli diKuala Selangor (Cawangan Tanjung Keramat - Bah. Kuala Selangor) yang diketuai oleh bekas MB kami Dato Abu Hassan Hj.Omar. Selama itulah saya tak pernah diajak atau diajar oleh mana-mana ustaz Umno untuk mendalami ilmu agama tetapi saya mengaji agama melalui ustaz Pas dikawasan kami. Alhamdulillah barulah saya faham apa ada dalam Umno dan apa yang terbaik dalam Pas tiada dlm Umno. Umno cuma mengejar nama dan kebendaan itulah Umno sebenarnya. Mereka berlumba-lumba mengumpul kekayaan, tengok sajalah kalau dah jadi pemimpin Umno kalau tak kaya memang sial badanlah jawabnya.

Sekian itulah renungan dari saya untuk dijadikan iktibar kita semua. Kini saya sedar mana palsu mana asli. Umno banyak kuat Autanya.

Wak


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com