KUALA TERENGGANU : Gangguan bekalan air yang melanda Daerah Kuala Terengganu dan Marang semenjak kebelakangan ini akan diatasi segera apabila siapnya pembinaan loji tambahan merawat air di Kepong. Ketua Pengarah Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Ir. Haji Wan Ngah @ Wan Mohamad Wan Ali memberitahu apabila siapnya pembinaan itu nanti ia dapat membekalkan air sebanyak 30 juta gelen sehari.
Katanya, pembinaan loji tambahan bersama loji yang sedia ada disitu juga dijangka berupaya menampung bekalan air sebanyak 50 juta gelen sehari bagi kegunaan dua daerah tersebut sehingga tahun 2010. Beliau yang ditemui di pejabatnya menjelaskan, pada masa yang sama juga SATU sedang membina dua buah lagi tangki air di Bukit Panji, Chendering. Katanya, tangki air ini berkapasiti empat juga gelen iaitu empat kali ganda lebih besar dari tangki sedia ada di situ untuk menyimpan dan membekalkan air ke Kuala Terengganu, Marang hingga ke Merchang.
Kerosakan
Ir. Wan Ngah berkata, gangguan air terjadi disebabkan bekalan bagi daerah Marang dan Kuala Terengganu kini berada ditahap yang kritikal. Katanya, dalam ertikata lain di tahap ini jika berlaku kerosakan pada pam ataupun gangguan bekalan elekterik, operasi tidak dapat berjalan. “Tahap ini tidak bagus kepada operasi kani:, jelasnya. Di samping itu masalah itu juga berpunca dari bertambahnya pengguna SATU yang kini semakin meningkat.
Beliau berkata, apabila siap dua projek itu nati, masalah gangguan air di Kuala Terengganu dan Marang akan di atasi. Menurut beliau, sebenarnya SATU begitu komited terhadap masalah itu dan telah mencari alternatif semenjak dua tahun lalu. Beliau berharap pengguna di daerah itu bersabar kerana pihak SATU telah berusaha untuk mengatasi masalah ini. Bagaimanapun bagi masalah gangguan air dihadapi oleh pengguna yang terlibat dengan kerja-kerja pembesaran jalan dari Simpang Tok Ku ke Kampung Padang Midin ia merupakan masalah teknikal disebabkan kerja-kerja pembesaran jalan tersebut. Menurutnya , maslah tersebut hanyalah merupakan masalah jangka pendek sahaja dan dapat di atasi dengan segera apabila kerja-kerja itu selesai.
Tradisi
Selain itu Ir. Wan Ngah berkata, SATU juga turut membina loji baru di Tasik Kenyir bagi menampung permintaan air di pusat pelancongan dan perkampungan tradisi yang berhampiran.Projek yang telah menelan belanja RM25 juta apabila siap pembinaannya nanti dijangka dapat membekalkan 25 juta gelen air sehari. Projek ini dijangka siap penghujung tahun 2001. Dalam pada itu SATU sedang membina loji air di Bukit Bauk, Dungun dan tangki air di Bukit Beril di Paka dan Besut. Bagi perancangan seterusnya dalam Rancangan Malaysia Kelapan, SATU akan membina loji air di Setiu dan Kuala Berang serta penukaran paip air batu berusia 25 tahun ke atas yang sentiasa pecah.
Menurut Ir. Wan Ngah, semua perancangan itu juga bergantung kepada peruntukan tahunan dan Kerajaan Negeri. Bagi program penukaran paip baru tidak lama lagi, SATU akan menjalankan kerja-kerja penukaran batang paip air baru yang terlibat dengan pembesaran jalan di Simoang Tok Ku hingga ke Kampung Padang Midin. Sebelumnya SATU menyiapkan kerja-kerja penukaran paip baru di Kampung Mengabang Telipot, Batu 6, Manir Tanjung dan Ladang. Sebagai memenuhi matlamat penubuhannya, SATU akan cuba memberikan perkhidmatan sebaik mungkin samada bagi keperluan domestik mahupun industri.
Sehubungan dengan itu Ir. Wan Ngah memberitahu SATU sebelumnya telah membekalkan air bersih kepada penduduk di Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Begitu juga dalam perkhidmatan pembayaran hingga ke tempoh satu bulan mestipun di bil masing-masing tercatat tempoh hanya 2 minggu sahaja. SATU tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas memotong bekalan air di premis pelanggan mereka jila ingkar mematuhi aturan seperti ditetapkan.
Pembaziran
Oleh yang sedemikian beliau berharap para pengguna SATU hendaklah mematuhi peraturan itu. Di samping itu beliau juga meminta kerjasama pengguna supaya tidak melakukan pembaziran ketika menggunakan air. Pengguna harus menghargai negara Malaysia sebagai sebuah negara yang terendah mengenakan tarif air. Sehubungan dengan itu SATU tidak menaikkan kadar bayaran air meskipun terdapat ura-ura beberapa buah negeri lain akan berbuat demikian tidak lama lagi. SATU yang dahulunya Jabatan Bekalan Air Terengganu (JBA) mula dikorporatkan sejak 1 julai 1999 lalu dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Haji Abdul hadi Awang. Ahli Lembaga Pengarah Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna, haji Abdul Wahid Endut dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Infrasuktur, Kemudahan awam dan Komunikasi, Yahaya Ali.