Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


MAHATHIR (MAHA DEATH -WRLR) SEMAKIN TERTEKAN DAN DIHINA

KENYATAAN MEDIA FAC

OLEH : Dr Rahim Ghouse

Mahathir semakin terasa betapa beliau telah ditekan dan didesak dengan teruknya secara terbuka keatas dirinya. Pandangan yang berbeza ini menunjukkan betapa tidak popularnya beliau sejak akhir-akhir ini , dan semakin ramai pula masyarakat mendesaknya supaya bersedia untuk berundur , meski pun menghadapi bahaya ancaman dari pihak polis rahsia Malaysia .

Di Negara Malaysia , protes jalanan dan demontrasi tidaklah dianggap sebagai sesuatu yang biasa.Malaysia mempunyai satu undang-undang dimana berhimpun lebih dari lima orang haruslah memohon permit polis. Dalam beberapa hal , sesetengahnya perlulah diberi jaminan . Akan tetapi kebanyakkannya langsung tidak diberikan , walaupun untuk menyambut ulangtahun sesuatu juga, perlukan permit dari polis.

Badan kepolisian Malaysia sebenarnya mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa sahaja yang disukainya dalam sebarang perhimpunan jika ianya tidak mendapatkan permit terlebih dahulu. Malah sesetengah perhimpunan menyambut sesuatu majlis di klasifikasikan sebagai "perhimpunan haram" dan , semenjak 2 September 2000, dimana tarikh tersebut merupakan tarikh penangkapan Anwar Ibrahim ditangkap , beratus rakyat Malaysia ditangkap atas alasan menyertai "perhimpunan haram" di jalanan di sekitar Kuala Lumpur. Malah sesetengahnya sedang menunggu untuk dibicarakan dan dijatuhi hukuman.

Dalam keadaan tertentu, sesetengahnya telah ditahan lebih daripada sekali tanpa mengambil langkah untuk dipertimbangkan- sesetengahnya ditahan lebih dari enam kali- ini menjadikan jumlah penahanan keatas mereka(REFORMIS) menjadi lebih dari ribuan kali.

Sejak akhir-akhir ini, bayak perhimpunan umpamanya "hari keluarga" , " hari sukan" , dan "perhimpunan aman" yang turut dihadiri oleh anak kecil dan kanak-kanak beserta dengan ibubapa telah dikacau bilaukan oleh pihak polis Malaysia atas dasar menghadiri "perhimpunan haram". Bila keadaan ini mula menampakkan kekecohan, pasukan polis dengan pakaian yang menunjukkan betapa brutalnya mereka dengan senjata dan gas pemedih mata serta air beracun dengan pasukan polis persekutuan mula mengacah , bahawa perhimpunan tersebut akan di "ganggu" jika tidak bersurai.

Ini bukanlah perhimpunan atau memprotes , akan tetapi ianya adalah perhimpunan sambutan keluarga untuk merayakan sesuatu perayaan atau menyambut sesuatu ulangtahun

Golongan atasan melihat akan kesusahan orang lain, dan mengatakan betapa inilah nasib yang menimpa para pendokong Anwar Ibrahim. Dalam pada itu, jelas bahawa perhimpunan untuk menyambut ulangtahun kedua keatas penangkapan Anwar Ibrahim pada 20 September telah dibatalkan kerana permohonan untuk berhimpun di Stadium Sukan Bukit Jalil telah dibatalkan tanpa pertimbangan.

Pihak penganjur perhimpunan ulangtahun ini merasakan yakin bahawa 100,000 manusia akan menghadirkan diri untuk menunjukkan sokongan mereka keatas Anwar Ibrahim. Pihak penganjur telah mencabar pihak berkuasa untuk meluluskan permit perhimpunan ini , agar pihak berkuasa melihat dengan jelas sama ada perhimpunan ini akan berjaya mengumpulkan 100,000 rakyat atau sebaliknya.

Pihak berkuasa sebaliknya tidak pula menyahut cabaran ini, walaupun pihak penganjur berjaya menumpulkan jumlah tersebut. Jadi mereka menyatakan bahawa permohonan tersebut ditolak dan menjelaskan tidak sesiapa pun dibenarkan berhimpun.

Sebaliknya , Pergerakan Pemuda keADILan telah melakukan beberapa siri perhimpunan seluruh negara. Dalam sesetengah perhimpunan ini, hampir 20,000 ke 30,000 rakyat menghadirinya. Malah di negeri Mahathir sendiri, hampir 50,000 rakyat menghadirinya.

Mesej tersebut jelas menunjukkan betapa sokongan keatas Anwar Ibrahim tetap utuh dan rakyat dalam keadaan bersedia untuk menghadirkan diri sebagai bukti sokongan rakyat , sekiranya mendapat kelulusan pihak polis. Adakah dengan penolakkan permit polis ini, dan keputusan untuk tidak membenarkan rakyat berhimpun untuk menyambut ulangtahun ini , adakah ianya menjadikan rakyat terperuk dirumah?.

Mahathir mungkin merasakan betapa beliau berjaya pada hari tersebut menghalang rakyat dari berhimpun di tengah-tengah kotaraya dan berjaya menakut-nakutkan rakyat untuk menangkap mereka. Apa yang beliau lakukan , sebenarnya ialah dengan menggambarkan betapa penyokong Anwar telah melakukan kesalahan- sebagaimana yang beliau sangkakan dan tidak mempercayainya. Dalam tindakan ini sebenarnya Mahathir tidak mahu mengukur dengan jelas betapa sokongan sebenar rakyat ke atas Anwar Ibrahim.

Disebabkan keadaan inilah , Mahathir menghadapi kurangnya sokongan rakyat bawahan keatasnya. Dia menyangkakan REFORMASI telah mati. Kemudiannya Mahathir melihat dan menyatakan bahawa rakyat menerima dan masih menyokonganya. Rakyat Malaysia di luar berani bersuara , kerana mereka tahu bahawa mereka bukanlah bahan bagi keganasan pihak polis.

Sebulan yang lepas, Mahathir menyaksikan protes di Amerika. Begitu juga beliau menerima perkara yang sama di United Kingdom. Dalam sambutan ulangtahun Anwar yang kedua terdapat lebih banyak protes di UK. ISNA sebuah pertubuhan yang menjadi payung kepada hampir 300 persatuan muslim profesional dengan keahlian seramai 600,000 orang telah menolak Mahathir. Persatuan pelajar seluruh dunia telah menyisihkan Mahathir. Semua masjid di Amerika juga telah menyebarkan maklumat serta risalah-risalah kes perbicaraan yang memalukan Anwar Ibrahim , dalam ceramah-ceramah kutbah mereka. Penipuan terus berlaku. Akan tetapi inilah episod yang telah bermula.

Hari ini 14 Oktober, Wanita keADILan , sebuah sayap Parti keADILan Nasional telah melancarkan kempen Pembebasan Anwar Ibrahim di Kajang , sebuah bandar di selatan Selangor . Mereka juga akan menyerahkan memorendum kepada pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mendesak agar Anwar Ibrahim dibebaskan tanpa syarat.

Esoknya,(hari ini-WRLR) 15 Oktober 2000, Pergerakan Pembebasan Menafikan Hak Rakyat akan dilancarkan oleh Pergerakan Pemuda keADILan . Siri-siri perhimpuanan berikutnya akan dilancarkan setiap bulan, menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia. Dianggarkan hampir 500,000 rakyat dijangka akan menghadirkan diri untuk menyatakan sokongan diatas kempen ini. Selesai sahaja kempen yang pertama, kempen yang berikutnya Pembebasan Anwar akan dirancang. Perhimpunan ini dijangkakan akan bertambah hari demi hari.

Ianya akan berterusan sehingga memenuhi jalanan dengan rakyat Malaysia mendesak agar Mahathir meletakkan jawatan dan membebaskan Anwar Ibrahim.

Pihak polis sudah tentulah akan berusaha keras bagi menghalang perhimpunan ini , dan menafikan permit perhimpunan. Akan tetapi ini tidak akan menghalang mereka, sama ada diberi atau tidak , perhimpunan akan diteruskan.

Sama ada mahathir akan menerima kenyataan ini atau tidak, Ini adalah permulaan bagi kejatuhan Mahathir. Perhimpunan rakyat sudah bermula. Ianya akan berterusan sehinggalah beliau berambus dari jawatan dan meninggalkan pejabatnya.Hanya dengan perhimpunan rakyat sahajalah membuktikan betapa semua diktaktor dunia berjaya ditumbangkan. Cara ini jugalah yang akan membawa kepada kejatuhan Mahathir.

Mahathir menyatakan bahawa para demontrasi merupakan pembelot kepada masyarakat dan negara. Inilah salah satunya cara Mahathir bagi memainkan peranan hubungan perkauman dan memainkan sentimen ketaatsetiaaan kepada negara , sementara beliau sendiri merupakan perancang utama kepada semuanya dan memutarbelitkan yang akhirnya akan dibalas sesuai dengan kejahatannya . Pergerakan rakyat bagi melakukan demontrasi menandakan bermulanya perkara yang paling utama membuktikan kesetiaan kepada negara , dan ini merupakan suatu permulaan bagi tindakan drastik yang akan diambil oleh pihak berkuasa untuk menghalang sebarang perhimpunan.

Akan tetapi, pada kali ini, ianya tidak akan menjadi kenyataan. Rakyat tidak selalunya boleh dihalang dan dipebodohkan. Mereka sedang merancang bagi melakukan sesuatu dan membenarkan apa sahaja yang akan terjadi. Dan mereka ini juga akan berkemungkinan ditahan.

Mahathir sedang melalui jalan kepayahan. Senjata terakhirnya ialah menakutkan rakyat. Akan tetapi rakyat tidak boleh selalunya ditakutkan. Dan apabila perasaan ketakutan ini mula meledak, maka senjata terakhirnya telah hilang.

Dan bila semuanya telah hilang dari dakapannya, hanya satu sahaja tawaran buat beliau - berambus atau menghadapi tindakan drastik dari rakyat.

Terjemahan Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com