Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


BOIKOT BERKESAN

Salam sejahtera kepada semua. Kita lihat di mana-mana sahaja sekarang baik di media elektronik mahu pun media cetak, berita yang dilaporkan berat sebelah terutama media arus perdana yang mengampu.

Kita juga sudah lihat, ada hotel sudah mula ingin bermain politik dengan membatalkan program yang BA ingin anjurkan. Contoh terkini Teater Tok Ampoo di Vistana Hotel, Kuantan.

Bagi kita rakyat yang ingin mendokong keadilan sudah tentulah merasa semua ini amat memalukan. Bagi kita, ubat yang paling mujarab ialah memboikot apa yang kita tafsirkan berat sebelah dan terlampau mengampu. Bagi media yang melaporkan berita yang berat sebelah dan mengampu, kita boikot : bukan sahaja siarannya malah kita boleh memboikot pemberita-pemberitanya, pengiklan-pengiklan, pelapor-pelapornya sama ada secara langsung ataupun anak syarikat media terbabit. Buat apa kita begitu menyanjung pemberita, pelapor, penerbit, pengiklan dan anak-anak syarikat atau pun kroni media terbabit?

Bagi hotel yang sering membatalkan tempahan yang telah dibuat, kita boleh memboikot daripada menjadi pengunjung hotel terbabit. Kes Hotel Vistana, Kuantan, bolehlah dijadikan contoh. Buat apa kita menjadi pelanggan hotel terbabit jika lebih mementingkan orang 'atasan'nya. Biar orang atasannya itu yang melanggan hotel tersebut. Pada hotel yang begini, adalah elok jika ditulis pada tempahan hotel dengan perkataan "Untuk Ahli UMNO" sahaja atau "Untuk Kroni Sahaja". Banyak lagi hotel lain yang lebih bagus dan murah. Ayuh, rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keadilan, jika boikot ini diteruskan, nescaya akan memberikan kesan yang mendalam. Lihat sahaja kemerosokan akhbar Utusan Meloya dan Berita Hairan sejak kempen Boikot dijalankan dahulu.

Kita perincikan pemboikotan ini kepada rakan kongsi yang terbabit.

Anak Watan.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com