Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Muzakarah dgn penyokong Umno setia

CC: jamaliah harun <*****@pc.jaring.my>
Subject: ingin tau
Date: Wed, 8 Nov 2000 20:24:21 -0800 (PST)

Kepada Saudara Ali Muda,
Daripada jawapan saudara saya dapat membuat kesimpulan bahawa saudara seorang yang tidak neutral dan memihak kepada PAS. Semua jawapan saudara bias dan berat sebelah tidak sebagaimana dakwaan saudara yang saudara ini " bukan jurucakap kpd mana2 pihak drp parti2 itu. Saya hanyalah pemerhati dari luar dan membuat kesimpulan berdasarkan perspektif Islam" Jika saudara benar-benar neutral mengapa mesti berjuang melalui PAS, tidak bolehkah kerajaan yang ada sekarang di Islamkan mengikut cara yang wajar dan bukan dengan cara menghasut orang lain membenci kerajaan yang ada dan menyokong PAS. Apa yang saya musykil dengan cara PAS adalah mereka selalu berfikir bahawa mereka adalah golongan yang betul dan orang yang tidak menyertai mereka adalah orang-orang yang tidak mendapat hidayah dan akan disoal diakhirat nanti.Apakah orang yang menyokong PAS tidak akan di soal diakhirat nanti tentang apa yang mereka lakukan di dunia ini. Tidak kah tujuan kita semua untuk membina negara Islam tanpa menghancurkan negara yang sedia ada????

Assalamualaikum sdri Hendon,

Emel sdri ini dah berusia lebih 2 minggu dlm 'inbox' saya. Sebenarnya saya rasa agak malas nak jawab sebab sebelum ni saya dah jawab dengan detail dan disertai hujah, tetapi sdri masih tak mahu faham. Sdri tak faham dan 'tak tau' (sebab tu e-mel sdri bertajuk 'ingin tau') kenapa saya tak sokong Umno/BN. Tetapi bila saya fikirkan balik akan hak sdri utk benar2 'faham' dan 'tau', maka saya luangkan juga masa saya saya utk menjawab e-mel sdri yg kedua ini, apatah lagi, nampaknya e-mel sdri kali ini dilampirkan (cc) kpd org lain. Mu ngkin 'org lain' itu pun masih tak faham dan tak tau spt sdri, maka saya perlu bagi faham dan bagi tau. Saya juga tak faham, mengapa e-mel lepas memakai nama "Kundur Labu', e-mel ini pakai 'Hendon Ismail' pulak. Org sama atau berlainan? Atau ada apa2 muslihat?

Itulah sdri, bila saya nampak berpendirian menyokong Pas sikit, sdri dah kata saya bias dan berat sebelah w/pun saya berikan jawapan e-mel sdri yg lepas secara objektif dan berfakta. Sebenarnya sdri harapkan saya sokong Umno/BN, baru saya tak dianggap bias dan berat sebelah.

Siapa kata saya berjuang melalui Pas dan tak berjuang melalui kerajaan? Semua rakyat Malaysia berjuang melalui kerajaan sebab kerajaan yg ada berasaskan rakyat yg mengundi dan memberi kepatuhan. Apakah usaha2 utk mengajak kerajaan ke arah Islam selama ini merupakan cara yang tidak wajar? Cara Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk Umno/BN utk Islam drp dalam tidak wajar lagikah? Tapi apa nasib yg diterima Anwar…?

Apakah setakat menegur dan mengkritik secara rasional pun dikatakan menghasut supaya membenci? Apakah bila Pas buat, dikatakan menghasut, bila Umno/BN buat setiap hari dlm akhbar, radio, TV tidak dikira menghasut supaya membenci? Cuba Umno/BN kempen supaya rakyat suka dan sayangkan Pas, sudah tentu Pas pun tidak akan ajak rakyat membenci Umno/BN. Sdri boleh terima ke tidak logik ini?

Apakah hukum menyokong Pas? Wajib, sunat, harus, makruh atau haram? Mungkin sdri pilih hukum haram, sebab tu sdri bertanya soalan di atas. Mana dalil sdri utk mengatakan haram ataupun tidak boleh sokong Pas? Kadang2 ibu bapa kita pun wajib kita tegur dan kritik (dgn caranya) bila berlaku perkata tidak betul, w/pun merekalah sebab wujudnya kita di dunia ini dan merekalah yg membesarkan kita. Apakah tegur dan nasihat/kritik pun dikira tidak bersyukur atau tidak berterima kasih?

Memang Pas mengatakan mereka yg betul, kalau tidak buat apa berjuang kalau tidak yakin diri betul. Begitu juga Umno/BN, bahkan lebih teruk lagi kata mereka betul w/pun telah dibuktikan bercanggah dgn hukum Islam dlm banyak tindakan mereka. Paling teruk buat tuduhan zina dan liwat tanpa saksi (jenayah qazaf). Sdri tahu tak, apa hukum al-Quran ttg jenayah qazaf tu? Cuba perhati ayat 4 Surah al-Nur.

Kalau Pas dakwa mereka betul, Umno/BN pun dakwa mereka betul, siapakah hakim utk memutuskan pertelingkahan setengah abad ini? Kalau sdri beriman dgn al-Quran, sudah tentu sdri akan berkata, hakimnya ialah Allah dan Rasul-Nya (melalui al-Quran dan Sunnah). Perhatikan ayat 65 Surah al-Nisa'. Cuba ukur dgn al-Quran dan sunnah, mana pihak yg bertepatan dgn kedua-dua sumber itu dlm sesuatu topik pertelingkahan, maka dialah yg benar dan betul, selainnya adalah salah dan batil. Pihak yg dikira salah berdasarkan al-Quran dan sunnah tidak boleh mempertikaikan keputusan Allah dan Rasul-Nya. Tapi apakah Umno/BN sanggup berhakimkan al-Quran dan sunnah ini dlm satu muzakarah/debat khas spt cadangan 1986 yg dibatalkan saat2 akhir dulu? Ataupun tak payahlah debat khas, himpun saja ulama dlm Umno dan ulama dlm Pas dan putuskan hukum berdasarkan al-Quran dan sunnah. Bincangkanlah elok2, jgn asyik serang menyerang. Pas pun mesti serang jugak kalau dah UMNO/BN serang dan memburukkan mereka saban hari. Pas tak pandai memerintah, negeri mereka miskin, tak ada air, kolot, tak mahu kemajuan dan semua label buruk ditampal pd Pas, seolah-olah kerajaan Umno/BN tak ada cacat langsung. Umno/BN dgn peralatan besar dan canggih (akhbar2 perdana, Tv, radio -kerajaan & awasta) sedangkan Pas hanya ada Harakah 2x sebulan dan ceramah2 di celah pokok2 getah dan disekat-sekat dgn permit. Pertarungan Umno/BN vs Pas dari segi media dan alat yg digunakan ibarat pertarungan antara singa vs kucing. Tapi nampaknya sekarang, singa dah takut sangat akan kucing.

Siapa pula kata penyokong Pas tak akan disoal di akhirat? Sdri sendiri yg kata. Salahkah Pas kata tangan yg memangkah kertas undi itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat, kenapa ia memangkah yg itu, tidak yg ini? Cuba sdri perhatikan ayat 65 Surah Yaasiin , ayat 24 Surah al-Nur dan ayat 36 Surah al-Isra'. Lepas tu fikir apakah benar atau salah yg Pas cakap?

Saya rasa Pas tidak pernah berniat menghancurkan negara yg sedia ada, sebaliknya Pas nak gunakan negara ini utk ditadbir secara Islam tanpa apa2 sekatan undang2 warisan penjajah yg bercanggah dgn hukum Islam. Itupun setelah Umno/BN tidak menunjukkan kesungguhan utk mendaulatkan Islam, apa yg dibuat lebih kpd memerah otak utk mencipta helah dan dalih bagaimana utk tidak memperkanunkan undang2 Islam, bukan utk memikir bagaimana nak laksanakannya. Antara helah yg terkenal "semua negara Islam kat dunia ini tak laksanakan hukum Islam sepenuhnya, bukan kita saja. Kita tak laksanakan sepenuh hukum Islam pun, OIC iktiraf juga kita sebagai negara Islam…?

Sekian, semoga sdri boleh menggunakan akal yg diberi Allah dgn sebaik-baiknya utk berfikir. Kalau sdri atau kawan sdri 'terterima' hujah saya yg rasional ini, jgn pula tuduh saya menghasut. Kalau itu pun dikata menghasut, maka Nabi s.a.w. adalah 'penghasut mithali' yg saya ikuti, sebab ramai manusia menerima penjelasan Nabi s.a.w. yg paling rasional. Tapi utk mentakrifkan penerangan dan penjelasan sebg menghasut, sdri kena buka Kamus Dewan dulu.

Sekian, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.

alimuda 27/11/2000


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 27 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com