Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Soalan seorang ahli umno

From: uwais alqarni
Subject: soalan seorang ahli umno
Date: Thu, 9 Nov 2000 16:57:21 -0800 (PST)

assalamualaikum ustaz..maaf mengganggu..moga ustaz dapat mengulas persoalan yang di ajukan oleh sahabat saya ini. Saya berharap moga dia memahami [persoalan undang2 berdasarkan hukum islam...kerana dia selalu meletakkan ulamak ( terutama di dalam parti islam ) sebagai ulamak yang pentingkan dunia. Dia menberikan soalan spotan tersebut bila saya menghantar artikel ustaz berkenaan persoalan negara islam dan jugak tulisan ustaz dalam " astora pendusta agama"

<********@yahoo.com> wrote:
> naper ustaz tu tak jawab..pilihanraya umum zaman
> Umar
> ra..:)
> ikut ler ISlam..nabi sebaik2 contoh..dan para
> sahabat
> sebaik2 pedoman ..
> jgn ler ikut jejak langkah yahudi dan nasrani atau
> menyamainya..sesungguhnya yahudi dan nasrani tidak
> akan diam sehingga ummat Islam ikuti jalan2 mereka..
> selama 1000 tahun empayar islam merintah
> dunia.apakah
> sistem mereka amalkan..
> dan dalam 1000 tahun tu berapa kali general election
> diadakan..
> bukankah org2 Nasrani yg memulakan pilihanraya umum
> dan keputusan majoriti dalam melantik pemimpin
> mereka..
> dan jika benar demokrasi dan pilihanraya umum ini
> adalah Islamik..maka elok ler hormati keputusan
> majoriti :)
> sekian. A'kum.


Assalamualaikum sdr uwais alqarni,

Maafkan saya kerana melonggokkan e-mel sdr bersama e-mel2 lain yg telah saya jawab, menyebabkan jawapan kpd e-mel sdr ini tertangguh begitu lama. Bila saya check balik kotak 'sent messages' saya, rupanya jawapan kpd e-mel sdr belum dibuat. Sekali lagi, maafkan saya.

Ttg persoalan seorg ahli umno yg sdr sertakan itu, saya boleh simpulkan kpd:

1. Pilihan raya adalah sistem Barat (yahudi dan nasrani) dan dlm pemerintahan Islam tak ada pilihan raya/demokrasi. Kenapa Pas memasuki sistem ini jika mereka mendakwa parti Islam?

2. Kalau pilihan raya/demokrasi dikatakan Islamik, maka Pas/BA harus terima dan hormati keputusan majoriti rakyat yg memberi mandat lebih 2/3 kpd UMNO/BN.

Jawapan kpd persoalan no. 1:

Memang benar sistem pilihan raya dan suara majoriti secara sistematik (dgn membuang kertas undi) bermula di zaman kemajuan Eropah/Barat. Tetapi jangan sekali-kali menyangka apa yg dikatakan bermula di Barat itu tiada langsung asasnya dlm Islam.

Mengikut seajarah, demokrasi yg membawa erti kuasa rakyat, dimulakan oleh pemerintah Rom, iaitu sebelum kedatangan syariat Islam. Sebg satu agama fitrah, Islam tidak menolak segala yg datang drp luar, sebaliknya apa yg datang drp luar ditapis. Jika tidak bercanggah dgn hukum syariat dan kepentingan umat, perkara yg datang drp luar diterima dan diamalkan. Jika bercangah, tetapi boleh dipinda dan diperbaiki, Islam mengambilnya dengan meminda dan memperbaiki mengikut acuan Islam. Jika benar2 bercanggah dan tidak mungkin diperbaiki lagi, maka Islam membuang dan mengharamkannya terus.

Sistem demokrasi adalah satu perkara yg asalnya bercanggah dgn Islam kerana dlm Islam kuasa mutlak hanya hak Allah s.w.t., bukan hak rakyat atau siapa pun. Tetapi percanggahan itu boleh diperbaiki, iaitu dengan memberikan kuasa mutlak kpd Allah s.w.t. dlm perkara atau masalah yg telah diputuskan oleh Allah s.w.t. s/ada dlm al-Quran atau hadis sahih Nabi-Nya s.a.w. Dalam perkara atau masalah yg tiada diputuskan dlm al-Quran atau hadis, maka ketika itu Islam memberikan hak memutuskannya kpd rakyat melalui demokrasi/syura.

Apakah benar tidak wujud demokrasi dlm Islam? Jika kita mengkaji sejarah Islam, Nabi s.a.w. sendiri mengamalkan demokrasi dlm masalah yg tidak atau belum diputuskan oleh Allah. Antaranya, demokrasi untuk membuat keputusan s/ada hendak bertahan di dlm kota Madinah atau di luar kota itu semasa perang Khandak. Begitu juga demokrasi ttg tindakan yg harus dikenakan ke atas tawanan kafir musyrikin yg ditawan oleh tentera muslimin semasa perang Badar. Tetapi demokrasi yg diamalkan oleh Nabi s.a.w. lebih berbentuk syura atau mesyuarat, iaitu perbincangan yg melibatkan golongan cerdik pandai Sahabat utk memutuskan sesuatu yg amat penting dan memberi kesan kpd negara Madinah. Ini seolah-olah seperti keadaan di dewan rakyat hari ini.

Selepas kewafatan Nabi s.a.w, Sahabat r.a. telah mengamalkan demokrasi utk melantik pengganti baginda s.a.w. w/pun ketika itu jenazah baginda s.a.w. belum sempat diuruskan lagi. Semua Sahabat r.a. berkumpul di satu tempat bergelar Thaqifah Bani Sa`idah utk berbincang siapakah yg paling layak menjadi khalifah/pengganti. Beberapa calon Sahabat yg terkenal dicadangkan dan para Sahabat yg lain bebas membuat pilihan secara demokrasi, kerana hal itu (pengganti nabi s.a.w.) memang tiada nas/keputusan dlm al-Quran atau hadis. Kisah lanjutnya boleh dibaca dlm buku2 sejarah awal Islam.

Jadi bagaimana boleh mendakwa demokrasi atau pilihan raya tiada dlm Islam. Memanglah sistem pilihan raya secara memangkah undi tidak wujud lagi ketika itu kerana bilangan Sahabat yg mengundi ketika itu masih boleh dibilang dgn mata kasar dan jari telunjuk. Persoalan ttg berapa kali general election dlm tempoh 1000 tahun Islam memerintah tidak relevan langsung jika istilah 'general election' itu hanya ditakrifkan sebagai pilihan secara memangkah kertas undi. Sedangkan jika 'general election' itu ditakrifkan sebagai pilihan secara terbuka dan bebas w/pun tanpa kertas undi, maka Islam telah mengamalkan general election sejak zaman Nabi s.a.w. lagi.

Walau bagaimanapun, jika general election itu hendak dikatakan sistem yahudi dan nasrani juga, maka apa salahnya Islam mengambil apa2 yg baik drp pihak lain dan tidak mendatangkan mudharat. Bukankah Nabi s.a.w. pernah bersabda bermaksud: "Hikmah (kebijaksanaan) adalah sesuatu yg hilang drp org2 mukmin, di mana sahaja dia temui, maka dialah yg paling berhak terhadapnya"

Pilihan raya yg sistematik adalah satu hikmah dlm pengurusan manusia terhadap cara membuat pilihan ketika jumlah penduduk yg mengundi tidak lagi boleh dikira dgn telunjuk dan mata kasar. Sepatutnya umat Islam yg memulakan sistem itu, tetapi kerana tamadun Islam tergendala, maka Barat telah memperkenalkannya. maka apabila Islam temui semula satu sistem yg baik itu drp Barat, maka Islamlah yg paling berhak terhadapnya. Tidak boleh dikatakan itu sistem bukan Islam, kerana semua sistem Islam memberi maslahat dan kemudahan kpd manusia.

Kalaulah org Umno nak katakan pilihan raya itu sistem Barat yg bukan Islamik juga dan Pas tidak sepatutnya masuk pilihan raya kerana Pas kata mereka parti Islam, kenapa Umno gunakan juga sistem pilihan raya itu, sedangkan Umno kata mereka memperjuangkan Islam juga, bahkan lebih baik drp Pas. Kalau UMno mempertahankan juga sistem pilihan raya hari ini dan mengatakan itu sistem bukan Islam, UMno tidak boleh marah bila org kata mereka tidak Islamik atau kurang Islamik drp Pas.

Pas memasuki pilihan raya hanya sebagai cara untuk menang secara sah dlm realiti hari ini, realiti sistem tinggalan penjajah. InsyaAllah selepas menguasai Malaysia, Pas dgn kerjasama BA akan meneruskan sistem pilihan raya untuk memilih wakil rakyat ke parlimen atau DUN. Tetapi dlm dewan2 itu Pas hanya akan mendemokrasikan masalah dan persoalan keduniaan yg tiada hukum diputuskan dlm al-Quran atau hadis sahaja. Segala masalah yg telah diputuskan dlm al-Quran dan sunnah, (spt hukum faedah riba, hukum zina, tuduhan zina tanpa saksi, hukum arak utk org Islam, hukum rompak samun dan semua hukum yg telah ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah) saya yakin Pas tak akan mendemokrasikannya.

Perlu difahami, hukum2 yg telah diputuskan dlm al-Quran dan sunnah yg tidak boleh didemokrasikan hanyalah sedikit berbanding peraturan2 dunia yg boleh dibahaskan oleh ahli2 dewan secara bebas berdasarkan maslahat dan kepentingan rakyat yg diwakili. Semua akta atau peraturan yg sedia ada yg telah diluluskan oleh dewan tidak perlu diubah semuanya, selagi akta atau peraturan itu tidak bercanggah dgn nas al-Quran dan sunnah. Setakat pemerhatian saya, akta yg paling banyak percanggahan dgn hukum Islam hanyalah Kanun Kesiksaan dan akta perbankan yg membenarkan amalan riba serta beberapa akta tinggalan penjajah British yg menindas kebebasan rakyat. Akta selain drp itu spt Akta Pengangkutan Jalan, Akta Dadah Berbahaya, Undang2 Siber, Kanun Tanah Negara, dan semua akta atau kanun atau peraturan untuk menjaga kepentingan awam, yg tidak disebut dlm al-Quran dan sunnah, boleh diteruskan dan dibahaskan secara demokrasi oleh setiap wakil rakyat.

(Semua tanggapan di atas ttg Pas hanyalah kefahaman saya terhadap perjuangan Pas dan saya tidak bertindak sebagai jurucakap Pas)

Jawapan kepada persoalan no. 2:

"Jika benar pilihan raya umum dan demokrasi ini Islamik, maka eloklah hormati keputusan majoriti..." Demikian kata penyokong UMNO itu. Kita nak tanya org2 Umno/BN, siapakah yg tidak hormati keputusan majoriti? Bukankah UMNO/Bn yg tidak hormati keputusan majoriti apabila membatalkan perjanjian Petronas dgn kerajaan Terengganu ttg royalti minyak dan menukarnya kpd wang ehsan, sebaik sahaja majoriti rakyat Terengganu memilih Pas sebagi kerajaan memerintah?

Usaha Pas/BA berkempen dan memberi penerangan kpd rakyat sebg persediaan menghadapi pilihan raya akan datang tidak boleh dikira sebg tidak menghormati keputusan majoriti. Jika benar Pas/BA tidak hormati keputusan majoriti, sudah tentu mereka akan mengamuk dan merusuh untuk merampas kuasa Umno/BN yg menang di negeri2 selain Kelantan dan Terengganu.

Sekian jawapan saya seadanya, wassalam.

Ali Muda


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 28 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com