Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


TERIMA KASIH POLIS!

Baru pulang dari himpunan rakyat menyerah memorandum royalti minyak kepada Menteri Kewangan. Memorandum telah berjaya diserahkan kepada wakil menteri Kewangan kerana menteri Kewangan mungkin sedang menyorok dalam tandas waktu itu. Ribuan lautan manusia berhimpun disekitar kompleks kementerian kewangan jalan duta pagi tadi.

Syabas kepada rakyat yang sedar akan hak mereka, berhimpun walaupun cuaca agak panas. Malah ada pakcik yang berborak dengan saya berumur lebih 70 tahun (lebih kurang umur mahanzir) sama-sama melaungkan slogan-slogan anti kerajaan zalim BN. Tidak lupa juga TAHNIAH! kepada pihak POLIS kerana begitu DEDIKASI dalam melaksanakan tugas. MEREKA juga berdiri dalam kepanasan demi menjaga rakyat dan demi memastikan rakyat berjaya menyerahkan memorandum. Kerana mereka sedar apa yang rakyat buat adalah juga untuk kebaikan mereka dan keturnunan mereka. TERIMA KASIH POLIS.

Dikatakan UMNO tidak memberi tekanan kepada pihak polis bertindak ganas seperti di Lebuhraya KESAS kerana bimbang akan menjejaskan peluang calon MIC di LUNAS. Terbukti selama ini tindakan ganas pihak POLIS bukan dengan kehendak mereka tetapi kerana tekanan UMNO. Contohnya apabila selesai sahaja perhimpunan, Dr Hatta menyeru rakyat menghulur tangan bersalam dengan PIHAK POLIS. Kelihatan MEREKA cukup gembira, wajah mereka cukup manis. Malah saya ada melihat beberapa orang anggota POLIS yang terlebih dahulu menghulur tangan mereka kepada rakyat sambil menepuk-nepuk bahu rakyat. Seolah-olah mereka bangga apa yang telah dilakukan oleh rakyat. Dan untuk pengetahuan PIHAK polis, rakyat hari ini juga cukup bangga dengan pihak polis. Ini membuktikan rakyat dan POLIS boleh berkerjasama menetang kezaliman UMNO. Selama ini UMNOlah yang menanam perasaan benci rakyat kepada polis dan polis kepada rakyat.

Kami sebagai rakyat menyeru kepada POLIS, marilah kita teruskan kerjasama ini demi agama dan tanahair tercinta. Lihatlah apabila anda mengikut telunjuk UMNO, anda rugi dan kami sebagai rakyat juga rugi bermakna negaralah kerugian besar. Anda rugi kerana dibenci oleh rakyat terbanyak, anda dihina oleh rakyat, anda hina dimata dunia. Kami sebagai rakyat rugi kerana hartabenda kami, pekerjaan kami, kesihatan kami terjejas kerana dipukul polis atau ditahan polis. Ingatlah wahai POLIS sekelian, para pemimpin pembangkanglah yang membela kamu di Parlimen, merekalah yang berjuang untuk elaun dan kenaikan gaji kalian. Masih ingatkah kamu siapakah yang menyediakan perumahan untuk anggota-anggota polis bawahan kalau bukan Dato Seri Anwar. Tetapi apa balasan kalian kepada Dato' seri?

Sekali lagi kami menyeru, TERUSKAN KERJASAMA RAKYAT POLIS. Rakyat Untung, Polis Untung, UMNO lingkup.

Sekian.

AnakGanu.


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 25 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com