Assalamualaikum MissRibut,
Saya tertarik untuk mengulas tulisan missribut mengenai bala tuhan. Pertama sekali saya ingin menyatakan bahwa saya setuju banjir besar melanda pantai timur merupakan satu bala bencana.
Tetapi saya ingin menarik perhatian Missribut, banjir memang senantiasa melanda di negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah setiap tahun. samada PAS atau UMNO yang perintah. Begitu juga sekarang, banjir besar juga sedang melanda KUBANG PASU.
Selain dari fenomena tahunan, ini juga merupakan amaran dari Allah azzawajalla kepada kita rakyat Malaysia khasnya supaya jangan mempermainkan agama Islam dan jangan berlaku zalim. Contohnya di Terengganu, rakyat dizalimi, wang hasil negeri dirompak secara terang-terangan oleh Kerajaan Pusat. Walaupun sudah tewas di Terengganu, masih ada saki baki UMNO yang mengkhianati rakyat dan negeri sendiri. Sudahlah semasa mereka memerintah wang royalti tidak disalur kepada rakyat dengan baik, sekarang mereka dengan bongkaknya bertindak merampas hak rakyat Terengganu dengan alasan untuk membantu rakyat Terengganu. Bukankah ini satu pembohongan yang nyata?
Allah menurunkan banjir yang besar untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa sewaktu pemerintahan Kerajaan UMNO dahulu, walaupun banjir senantiasa melanda saban tahun tiada usaha-usaha untuk membina sistem saliran yang baik. Kini apabila mereka merampas wang royalti kununnya untuk diagihkan kepada rakyat, kita nak lihat samada mereka akan perbaiki atau tidak sistem saliran ini. Adakah mereka akan gunakan hasil rompakan itu untuk mengurangkan kemusnahan akibat banjir pada tahun-tahun hadapannya. Mungkin juga Allah mahu membersihkan sak baki UMNO di Terengganu dan Kelantan. Amin.
Kalau Missribut kata bala itu diturunkan kepada Kerajaan PAS, bagaimana pula di Perlis, Alor Star, Kubang Pasu, Padang Terap? Khabarnya Kubang Pasu betul-betul menjadi sebuah kubang, beribu-ribu penduduk dipindahkan. Apakah MP Kubang Pasu turun melihat anak buahnya? Apakah bala ini kerna keceluparan MP Kubang Pasu?
Jadi Missribut, segala bala bencana yang diturunkan kadang-kadang sebagai peringatan, atau sebagai balasan atau kadang-kadang satu ujian. Apabila bala diturunkan bukan sahaja orang-orang zalim yang kena, semua orang akan terlibat. Jadi untuk mengelakkan bencana berlaku, rakyat telah berusaha menetang Pemerintahan Zalim kerajaan UMNO. Utusan Meloya juga merupakan salah satu BALA kepada rakyat Malaysia. Akibat pembohongan UTUSAN MELOYA maka rakyat berpecah belah, Islam menjadi lemah, UTUSAN MELOYA juga penyebar maksiat, memfitnah dan menghantam ulamak mengakibatkan rakyat sukar mendapat ilmu-ilmu Allah yang sebenar. Ini meupakan bala yang besar selain dari MAHATHIR.
Sekian Missribut.
AnakGanu