Saya merujuk kepada akhbat Utusan hari ini di muka surat tiga mengenai artikel "Galakkan program bahasa Inggeris". Para pejuang bahasa digesa mengetepikan sementara bahasa ibunda masing-masing untuk memperhebatkan program bahasa Inggeris selari dengan kemunculan era k-ekonomi.
Salah satu petikan artikel tersebut" Suka atau tidak, bahasa Inggeris dalam bidang ilmu sains dan teknologi perlu diperkukukkan supaya masyarakat negara ini tidak ketinggalan dalam era globalisasi"
Betul ke nie....atau temberang je
a) Bangsa Jepun, Jerman, Perancis, Russsia ada yang sepatah haram pun Saintis dia tak boleh berbahasa Inggeris, boleh maju. Menang Noble Prize lagi.
b) Rakyat Sweeden yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ke-dua tetapi tidak langsung meminggirkan bahasa ibunda dan pelajaran sains & teknologi diajar dalam mereka. Maju jugak, ada Ericson, Ikea, Volvo.
c) Rakyat US, Canada, UK guna Bahasa Ibunda...maju jaya mereka dalam Sains dan Teknologi.
d) Rakyat Filipina dari tukang sapu sampai doktor boleh berbahasa Inggeris.Dah bersaing ke dalam era globalisasi?? Ramai rakyat ynag merempat adalah.
e) Rakyat Malaysia, bahasa Melayu sebagai bahasa resmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa ke-2. TV,radio, Menteri, Menu Mc Donold, penunjuk arah banyak yg berbahasa Ingeris tapi tak juga maju-maju melainkan kita terkenal hanya dengan produk sarung tangan dan kondom.
Kesimpulan , jika hendak maju pakailah bahasa ibunda. Bahasa lain perlu juga dibelajar (contohnya Mandarin,German, Perancis, Arab, Latin) jika mahu bersaing di era globalisasi.
Audi TT
P/s K-Ekonomi tu, K***** - Ekonomi ke??