Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Keadilan Ala Regim Mahathir 1

Hari ini 9 nov 2000, satu lagi sejarah tanahair tercatat, 3 orang pahlawan Islam telah memilih penjara kerana menentang zionis di "negara islam" Malaysia. Mahathir telah menjemput wakil zionis sebagai tetamu negara dalam perlawanan kriket. Saudara Mahfuz, Salahuddin dan Pak Amjal mengetuai masyarakat dan agama Islam menentang kedatangan yahudi ke bumi tercinta ini. Maka akibatnya mereka akan dikurung selama satu bulan.

Inilah dia keadilan ala regim Mahathir/UMNO. Berdegar-degar mereka berkokok mempertahankan Islam, rupanya Yahudi yang dipertahankan sebenarnya. Empat orang pahlawan Islam telah dijatuhi hukuman denda RM1500 setiap seorang. Tiga orang memilih untuk kepenjara kerana tidak sanggup melihat maruah Islam tergadai hanya kerana Rm1500. Seorang lagi bukan tidak sanggup kepenjara tetapi atas sebab kesihatan dengan rasa berat hati membayar denda.

Tetapi, natijah dari peristiwa ini mari kita renungkan. Apabila Ketua Samseng Sanusi Junet membelasah orang awam, mahkamah Mahathir hanya menjatuhkan hukuman serendah RM1000 sahaja. Kos mempertahankan maruah agama dan negara lebih mahal dari kos mengaibkan negara. Fikirkanlah wahai penyokong UMNO. Belajarlah kembali sirrah Rasulullah S.A.W. Sebenarnya kamu penyokong dan pendokong UMNO adalah jauh lebih teruk dari Abu Jahal dan Abu Lahab. Kamu dilahirkan sebagai Islam dan menjadi musuh Islam. Persamaannya hanya kamu sama-sama tak sanggup meninggalkan anutan nenek moyang. Kamu menyembah berhala hidup si Mahathir dan agama UMNO. Kitab kamu adalah perlembagaan UMNO yang senantiasa berubah. Nabi kamu Pak Lah, Rais Yatim, 3 naib presiden dan berpuluh orang MT. Malah kamu ada nabi pompuan.

Semoga Allah lingkupkan kamu semua demi umat dan agama Islam. Mahathir, adakah kamu ingin mengulangi sejarah firaun apabila nyawa sudah dihalkum baru nak taubat?

Sekian
Aura2000


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com