Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


UMNO MESTI HIDUP CARA ISLAM

Assalamualaikum whb. dan salam bahagia.

UMNO SELESAIKAN KERJA UTAMA.

Pada hari ini di akhbar, ketua umno menyatakan beberapa perkara pindaan undang-undang umno, seperti tempuh perjawatan lebih lama kepada MKTnya, penubuhan satu lagi sayap; puteri, dlln.

Kepada semua ahli umno selain dari ketuanya, tugas yang paling penting adalah membicarakan semula Anwar ibrahim atas dua sabitan yang telah memenjarakannya. Bicara ikut hukum Islamlah.

Kedua, walaupun berbagai-bagai strategi umno untuk memenangi hati rakyat, sebenarnya itu akan lagho. Kerana banyak syariat Islam yang selalu dilanggar oleh orang umno.

1. Majoriti malas solat.

2. Suka bergaul bebas lelaki dan wanita bukan muhrim tanpa batas.

3. Wanitanya majoriti secara main-main menutup auratnya, ramai pula yang mendedah aurat.

4. Bersalam lelaki perempuan tanpa muhrim haram, sepertilah juga dulu Anwar Ibrahim juga bersalam dengan perempuan ketika dalam umno.

5. Memandang ringan masalah syariat di atas, kononnya membangun negara lebih besar. Ini adalah pegangan sesat agama dari ketua umno.

6. Menjadi budaya menipu dan berbohong dalam politiknya. Ketua umno tidak segan-segan bercakap menipu.

Oleh itu kembalilah ke ajaran Islam sebagai cara hidup.

Sekian, wassalam.

Abu Bakar Assidiq


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com