Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sampai bila harus hipokrit

Assalamualaikum,

Detik-detik kejatuhan seorang diktator semakin hampir pada persepsi sekarang. Ana masih lagi tertanya-tanya akan sikap sesetengah manusia yang terlalu hipokrit. Ana nak sentuh sikit tentang penjawat-penjawat sektor kerajaan sekarang..tak kiralah sama ada dari segi perundangan dan pentadbiran.

Manusia yang memegang jawatan dalam perundangan nampaknya masih lagi tidak menjalankan amanah yang dibebankan ke atasnya. Menjelangan kejatuhan seorang diktator, sampai bila anta akan bersekongkol dengannya. Takkanlah bila sang diktator dah jatuh, barulah anta akan kata...."dulu saya terpaksa kerana diugut dan sayangkan jawatan saya". Itu dah terlambat. Manusia yang bergelar majikan dalam pentadbiran kerajaan yang kini diarahkan menekan pekerja bawahannya yang menyokong kerajaan pula, sampai bila harus hipokrit dan menurut kehendak orang atasan politik yang tidak ada kena mengena dengan bidang pentadbirannya. Takkanlah bila sang diktator dah jatuh, anta akan berkata..." sorry kerana dulu saya diugut akan dikenakan tindakan tertentu..." Itu pun dah terlambat.

Itu sebahagian daripada pemegang jawatan dalam pelbagai sektor. Boss akan menekan pekerja, ketua polis akan menekan prebet di bawahnya, guru besar dan pengetua akan menekan guru bawahan dan begitulah seterusnya. Tambah kesal lagi, kesatuan yang bebas pun terpaksa mengaku menyokong kerajaan yang ada sekarang. Ingatlah, menjelang kejatuhan sang diktator, anta semua akan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan yang anta lakukan. Mana akhbar yang berbohong, pasti akan mendapat kifaratnya, mana manusia yang menyalahgunakan amanah yang dipertanggujawabkan kepadanya akan disoal kakitanga, mana polis yang memukul insan lemah, akan disoal kembali, mana yang menyelewengkan fakta agama, akan menerima akibatnya. Jadi, sebagai manusia yang waras, marilah kita bersama-sama dari SEKARANG dan bertindak ADIL dan SAKSAMA secara beramanah. Mana yang menjadi hak kita sebagai rakyat, pertahankanlah dan mana yang disekat hak kita, LAWAN TETAP LAWAN.

Semoga esok Lunas akan menjadi pemangkin kebebasan suara di Malaysia yang kita cintai. Buktikan yang sang diktator sudah sampai ke penghujungnya......... ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...

banjero


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 28 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com