Isu Kertas Soalan SPM Tidak Dicetak
Menteri , Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen
Kementerian Pendidikan perlu letak Jawatan.
Isu ini sangat memalukan dan menyusahkan pelajar yang
terbabit maka Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan
yang dilantik perlu bertanggungjawap dan disyor
melepaskan jawatan masing-masing.
Mereka ini tidak layak untuk menerajui Kementerian
yang penting dalam negara ini. Timbalan Perdana
Menteri sepatutnya prihatin berkenaan dengan isu ini
kerana pelajar yang terbabit adalah dikalangan pelajar
melayu sebagaimana yang dilaungkan oleh UMNO , Melayu
perlu dipertahankan. Tetapi mengapa tiada seorang pun
orang UMNO mengambil berat tentang hal ini. Inilah
yang dikatakan ‘ Sandiwara ‘ UMNO dalam soal MELAYU.
Bojeng Jetat.