Perkataan royalti dengan ehsan dan kontrak dengan MOU yang dulu kurang difahami oleh masyarakat kini telah menjadi bualan dan masyarakat semakin memahami maksud sebenarnya. Terima kasih kepada X-MB Terengganu yang mencetuskan idea ini sebelum keberangkatan beliau sebagai duta di Arab Saudi(..tak cukup lagi kah menjadi MB sebegitu lama dan usia yang semakin tua itu gunakanlah untuk melakukan kerja kebajikan, bagilah orang yang lebih muda yang ramai lagi layak memegang jawatan tersebut)
Sebenarnya isu yang ditimbulkan hanyalah untuk mengabui masyarakat kampung.Kalau direnung secara kasar UMNO hanya cuba untuk mengubah konsep atau makna sebenar 'apa itu kerajaan'.
Kerajaan yang difahami atau cuba diselewengkan oleh UMNO ialah bermakna parti yang memerintah.Maka timbul isu mengatakan duit royalti yang diberi adalah milik PAS. Maka sebab itu terdapat slogan sumbang yang dipasang dikampung-kampung oleh talibarut UMNO yang berbunyi "Wang Ehsan adalah milik rakyat Terengganu, bukan milik PAS".Maka oleh sebab itu wang royalti diberi terus oleh kerajaan BN Pusat kepada agensi BN pusat untuk diberi kepada rakyat. Kalau betul wang royalti milik rakyat Terengganu kenapa pula wang tersebut dipegang oleh BN. BN juga sebuah parti politik begitu juga PAS.
Kenapa dulu kerajaan BN Pusat tak mengagih terus duit royalti minyak itu melalu agensi BN pusatnya tanpa melalui kerajaan Terengganu. Kenapa baru sekarang kaedah ini digunakan. Adakah dulu wang royalti adalah milik UMNO Terengganu maka wang tersebut terpaksa diberi kepada Kerajaan Negeri dan sekarang tidak.Kenapa wang itu sekarang diagihkan kepada JKKK yang terang dan nyata adalah bukan sebuah jabatan kerajaan malahan sebuah pertuguhan yang haram disisi undang-undang negara dan negeri.
Kesimpulannya ialah ianya adalah satu agenda jahat BN dengan niat untuk memburukkan jentera kerajaan Terengganu kini supaya ianya pincang lantas akan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada pemerintahan Terengganu sekarang.Kerajaan BN Pusat telah sewenangnya menidakkan pilihan rakyat Terengganu dan menidakkan konsep demokrasi "kerajaan rakyat untuk rakyat", kerajaan yang dipilih oleh rakyat itulah yang menjadi kerajaan memerintah.Wang royalti adalah milik kerajaan yang memerintah dan sememangnya bukan milik PAS.Tetapi atas nama kerajaan yang ditadbir oleh Parti PAS maka duit itu sememangnya pula akan dibelanjakan untuk kepentingan semua rakyat dan secara kasar memanglah seperti untuk kepentingan PAS tetapi itulah tanggungjawabnya.
Seperti juga bantuan kebajikan masyarakat,walau parti mana yang memerintah, bantuan akan tetap dibagi kepada rakyat miskin cuma kaedah yang digunakan oleh PAS kerana keprihatinan kepada rakyat tetapi UMNO sekadar melepaskan batuk ditangga.
cybertaliban.nov23/00