SERUAN PULAU BARANGAN AMERIKA - APAKAH PERANAN MALAYSIA
Seruan pemulauan barangan Amerika oleh ulama Asia Barat telah disiarkan oleh RTM. Seruan ini adalah kepada semua umat Islam di dunia. Sebelum ini seruan yang yang seumpama telah dibuat oleh Ulama terkenal iaitu Yussof Qardhawi tetapi tak pula disiarkan namanya malahan nama ulama lain yang disebut oleh RTM. Apakah agenda RTM dengan mengenengahkan ulama selain dari Yussof Qardhawi pada hal beliau terlebih dahulu mengeluarkan fatwa itu.
Umat Islam seluruh dunia lebih menganggap seruan Yussof Qardhawi itu adalah suatu fatwa malahan RTM telah menukar nama ulama dan menyatakannya sebagai "seruan". Adakah RTM cuba untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia yang beragama Islam bahawa pemulauan itu cumalah satu seruan dan bukan suatu fatwa. Yussof Qardawi dalam kenyataannya yang terdahulu ada mengatakan " SETIAP RIAL WANG YANG DIBELANJA UNTUK MEMBELI BARANGAN AMERIKA BERERTI MEMBELI SEBIJI PELURU UNTUK MEMBUNUH UMAT ISLAM PALESTIN". Adakah RTM takut untuk mengeluarkan kenyataan ini lantas terlebih dahulu memintas dengan mengeluarkan berita yang lain bunyinya.
Adakah RTM cuba melindungi kepentingan pihak tertentu diMalaysia seperti KFC, Seven Eleven dan banyak lagi yang memang telah diketahui ramai dimiliki oleh kroni-kroni Mahathir.
Rakyat perlu lihat ianya cumalah satu berita dan bukanlah satu sokongan dari pihak kerajaan Malaysia. Maka siapakah Menteri di Malaysia ini yang sanggup mengeluarkan kenyataan supaya rakyat menyokong seruan ulama itu. Adakah kesatuan sekerja akan bersama memulau sebagai mereka memulaukan ayam dulu. Mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap pemulauan barangan Amerika di Malaysia bererti akan menerima nasib seperti DSAI, dan ramai lagi.
Hanya harapan cuma tinggal kepadaa penyokong PAS. Bersamalah kita bersatu memulau barangan Amerika terutamanya KFC dan seven eleven yang nyata milik Amerika dan juga milik Kroni Mahathir.
cybertaliban