DAP akan membuat aduan rasmi kepada Lembaga Pengarah Bernama mengenai laporan Bernama yang mereka-reka dan palsu dan dirancang untuk menjejaskan perpaduan Barisan Alternatif (BA)
Saya diberitahu bahawa saya muncul di televisyen dan radio untuk mengumumkan bahawa calon BA bagi pilihan raya kecil Lunas ialah calan dari DAP.
Laporan ini juga diterbit dalam akhbar hari ini, misalnya, dalam akhbar Star, dengan tajuk "DAP akan bertanding atas kerusi Lunas":
"Apabila Lim (Kit Siang) berjumpa dengan wartawan di Lunas semalam selepas melawat ke bilik gerakan DAP, beliau berkata: ‘Telah disahkan bahawa calon DAP akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.’"
Ini adalah laporan yang direka-rekakan.
Saya tidak pernah mengesah dengan mana-mana wartawan bahawa calon Barisan Alternatif ialah calon DAP. Sebenarnya, saya tidak melawat Lunas semalam dan masih belum melawat Lunas. Saya berada di Petaling Jaya semalam, dan di Teluk Intan malam itu untuk menghadiri aktiviti DAP, dan kembali ke Petaling Jaya pada awal pagi. Pagi ini saya menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang.
Laporan-laporan palsu ini telah menimbulkan keributan dalam Barisan Alternatif kerana komen atau pengesahan saya atau mana-mana pemimpin Barisan Alternatif akan bertentangan dengan keputusan Majlis Pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif bahawa pengumuman rasmi calon Barisan Alternatif hanya akan dibuat pada hari ini atau esok.
Saya telah menyiasat dan mendapati bahawa Bernama merupakan sumber laporan-laporan palsu ini, berikut ialah laporan semalam:
"ORANG DAP AKAN MEWAKILI BARISAN PEMBANGKANG DI LUNAS - KIT SIANG
KULIM, 18 Nov (Bernama) – Calon Barisan Alternatif bagi pilihan raya kecil Lunas merupakan calon dari DAP, pengerusi parti DAP, Lim Kit Siang mengumum pada Sabtu.
"Telah disahkan bahawa calon DAP akan berlawan Barisan Nasional," beliau memberitahu wartawan selepas melawat bilik gerakan DAP di Taman Sang Kancil.
"Lim enggan menamakan calon itu tetapi sumber parti berkata bahawa, ahli jawatankuasa Negeri Pulau Pinang, S.Neelamekan yang tinggal di Lunas, akan bertanding.
"Lim berkata bahawa beliau akan memperkenal calon parti pembangkang kepada pengundi di bilik gerakan parti pada pukul 8 malam esok."
Semua laporan ini adalah palsu dan tidak benar tetapi ia telah menimbulkan krisis dalam Barisan Alternatif.
Saya akan membuat aduan rasmi kepada Lembaga Pengarah Bernama di bawah Akta Bernama supaya mengambil tindakan terhadap kewartawanan yang tidak beretika, tidak bermoral dan tidak profesional dalam kes ini, wartawan Bernama berkenaan, Pengerusi dan Pengarah Bernama harus menanggung tanggungjawab ini.
Bernama telah memalukan kewartawanan Malaysia kerana mengamalkan semangat kewartawanan yang tidak beretika, tidak bermoral dan tidak profesional dengan mereka-reka komen seorang pemimpin politik.
Ini adalah sesuatu yang amat malang jika pilihan raya kecil mengakibatkan krisis dalam Barisan Alternatif.
Saya tidak mahu memberi komen tentang perletakan jawatan Naib Pengerusi Parti Keadilan Nasional, Tian Chua atas isu calon Barisan Alternatif bagi pilihan raya kecil Lunas, tetapi pernyataannya yang mengutuk saya kerana mengutamakan kepentingan parti daripada kepentingan rakyat adalah amalan yang tidak adil, tidak benar dan tidak sihat dan akan menimbulkan krisis dalam Barisan Alternatif.
Laporan yang berat sebelah dan tidak benar menngenai mesyuarat Majlis Pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif akan menjejaskan kesulitan mesyuarat itu dan perbincangan majlis.
Contohnya, laporan mengenai pernyataan wakil DAP yang mengatakan bahawa calon DAP atau Keadilan di pilihan raya kecil Lunas tidak ada peluang untuk memenangi kerusi itu, maka ia harus ditandingi oleh DAP. DAP dan saya percaya bahawa mana-mana parti Barisan Alternatif akan bertanding dalam pilihan raya kecil Lunas yang dianggap akan dimenangi, walaupun pilihan raya kecil ini merupakan pertandingan sengit, tetapi kemungkinan kemenangan masih ada seperti pilihan raya kecil Teluk Intan pada bulan Mei 1997.
Saya tidak ingin mendedahkan mesyuarat majlis itu tetapi saya hanya ingin mengatakan bahawa pelbagai versi yang telah dilaporkan adalah tidak benar dan direka-rekakan - misalnya, DAP telah mengancam bahawa DAP akan keluar dari Barisan Alternatif di mesyuarat majlis itu jika calon DAP tidak dipilih.
Saya berharap pilihan raya kecil Lunas tidak akan menimbulkan krisis Barisan Alternatif.
Ucapan Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang di Konvensyen DAP Pulau Pinang di Hotel Berjaya Georgetown, Pulau Pinang pada 19 November 2000