DAP tidak setuju dengan keputusan Majlis Pemimpin-Pemimpin Barisan Alternatif (BA) atas pencalonan Lunas
DAP berasa kecewa kerana Majlis Pemimpin-Pemimpin BA telah mengambil keputusan asalnya dengan tidak menerima calon yang dicadangkan DAP, Sdr Neelamekan a/l Selamuthu sebagai calon pilihan raya kecil Lunas kerana kami berpendapat bahawa beliau ialah seorang calon yang ideal dan pencalonannya akan mematahkan tanggapan bahawa orang India dan orang bukan Melayu telah diabaikan dalam BA.
Sdr Neelamekan, 41 tahun, seorang sarjana muda dalam sains, merupakan seorang pengarah syarikat di Lunas.
Demi perpaduan parti pembangkang, DAP telah memberi kerusi parlimen Teluk Kemang kepada Parti Keadilan Nasional (PKN) menjelang pilihan raya kecil Teluk Kemang baru-baru ini walaupun kerusi itu dimiliki DAP. Amat dikesali DAP sekali lagi dihindar daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Lunas.
Malangnya, pelawan BA kini mempunyai alasan kuat untuk mengatakan bahawa tiada tempat bagi orang India dan orang bukan Melayu dalam BA.
Oleh itu, DAP tidak setuju dengan keputusan Majlis Pemimpin-Pemimpin BA atas pencalonan Lunas.
Kita masih akan memberi komitmen demi keadilan, kebebasan, demokrasi dan pentadbiran baik di Malaysia. Perjuangan kami bagi sebuah Malaysia yang bersatu padu, makmur, sekular dan demokratik akan berterusan.
Kenyataan akhbar Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen bagi Kota Melaka, Kerk Kim Hock di Petaling Jaya pada 21 November 2000