Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tolak calon BN dan mengundi calon Barisan Alternatif (BA)

Menyeru pengundi Lunas supaya mewakili rakyat Malaysia untuk menghantar satu mesej tidak setuju dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada ulang tahun pertama pilihan raya umum 1999 dengan menolak calon BN dan mengundi calon Barisan Alternatif (BA) Pilihan raya umum Lunas merupakan ulang tahun pertama pilihan raya umum 1999 dan pengundi Lunas harus menjadikannya suatu peluang untuk mewakili rakyat Malaysia demi menghantar satu mesej tidak setuju dengan kerajaan BN atas dasar-dasar dan peraturan-peraturannya yang tidak demokratik, menindas dan tidak adil.

Walaupun BN berkuasa semula dengan majoriti dua per tiga yang dikurangkan pada pilihan raya umum yang lalu, tetapi tiada tanda yang menunjukkan BN sedia membalas kepada aspirasi rakyat bagi keadilan, kebebasan, demokrasi dan pentadbiran baik dan membawa kepada kesefahaman antara kaum, agama dan kebudayaan.

Sebaliknya, dalam tempoh 12 bulan yang lalu, semua kejadian yang dituju kepada pihak pembangkang menyebabkan krisis keyakinan kebangsaan dan antarabangsa seperti yang dibuktikan oleh penilaian antarabangsa terhadap Malaysia dari segi demokrasi, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, rasuah dan kesetandingan antarabangsa.

Politik kronisme, penghakisan amalan demokratik dan hak asasi manusia, institusi negara yang dipengaruhi teruatamanya badan kehakiman dan badan penguatkuasaan undang-undang, marginalisasi komuniti India dan penghinaan terhadap kesensitifan pelbagai kaum seperti yang digambarkan dalam Suqiu dan Sekolah Wawasan merupakan rekod pencapaian BN dalam pentadbiran selama setahun selepas pilihan raya umum yang lalu. Semua amalan ini mesti ditolak oleh pengundi.

Malangnya, pilihan raya kecil Lunas telah membawa kepada suatu krisis BA yang melibatkan marginalisasi kaum India dalam BA dan isu-isu penting yang menjejaskan BA seperti prinsip persetujuan, keperyacaan dan penghormatan serta mekanisme yang adil dan dapat diterima dalam BA.

Ini merupakan persoalan penting yang harus diatasi kerana persoalan ini menjejaskan perkembangan BA dan inilah sebabnya Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP menyeru supaya isu kedudukan DAP dalam BA tidak dibincangkan buat sementara waktu sehingga selepas pilihan raya kecil dengan tujuan mengkaji semula DAP dan BA. DAP berbuat demikian supaya tidak mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil Lunas.

Pada hari Rabu, pengundi Lunas harus keluar mengundi demi mewakili rakyat Malaysia untuk menghantar satu mesej tidak setuju dengan kerajaan BN pada ulang tahun pertama pilihan raya umum 1999 dengan menolak calon BN dan mengundi calon BA.


Kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada 26 November 2000


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 28 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com