Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan, dunia hari ini sedang dilanda berbagai-bagai penyakit yang begitu sukar sekali untuk diubati. Hal ini dapat kita rasai keadaannya di sekeliling kita samada disedari atau tidak. Di mana-mana sahaja penjuru dunia ini sedang menghadapi sakit yang tenat di samping perbalahan dan peperangan yang tidak kunjung reda, menjadikan manusia hidup dalam suasana yang tidak tenang, tidak bahagia, menyusahkan dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini berupa krisis-krisis dalaman masyarakat wujud dengan ketara sekali terutamanya dalam kehidupan masyarakat barat.
Dunia tidak dapat menafikan bahawa masyarakat barat hari ini sedang tenat dilanda berbagai-bagai krisis dan pergolakan masyarakat. Wujudnya berbagai bentuk penindasan, pembunuhan, rompakan, rogol, ugutan, jenayah, seks bebas, hiburan tidak senonoh dan sebagainya adalah semacam perkara biasa dalam masyarakat barat hari ini. Akhbar-akhbar dan pelbagai laporan tanpa segan melaporkan bahawa masyarakat barat hari ini sedang berdepan dengan keruntuhan akhlak yang terlalu parah. Unsur-unsur kehidupan jahiliyah sentiasa mesra dalam masyarakt mereka yang menjadikan kebendaan dan kemajuan sebagai tuhan dalam bentuk baru. Anak-anak luar nikah (zina) terlalu banyak dilahirkan hasil pergaulan bebas, pelacuran, zina dan sebagainya.
Keruntuhan akhlak dan moral amat ketara sekali kerana di dalam masyarakat mereka, kerana aspek-aspek serta ciri-ciri yang membezakan manusia dengan binatang tidak pernah diambil perhatian. Mereka hanya mengambil berat perkara-perkara yang berbentuk ke arah pemujaan hawa nafsu semata. Persoalan ukhrawi atau agama semacam tiada dalam agenda kehidupan mereka.
Demikian beberapa gambaran ringkas mengenai apa yang sebenarnya wujud dalam masyarakat barat hari ini dalam kepesatan mereka membangun kemajuan duniawi yang sementara dan memperdayakan diri.
Namun adalah suatu perkara yang amat dikesalkan, sewaktu masyarakat barat sedang menuju kehancuran akhlak dan moral yang amat parah, telah timbul dari pemikiran sebahagian besar umat Islam sendiri terhadap kemampuan Islam dalam berhadapan dengan arus kemajuan tamadun barat. Mereka sering menyuarakan - walaupun tidak secara terbuka - bahawa suasana masa kini sudah tidak sesuai lagi untuk Islam dilaksanakan, kerana nantinya ia akan menyebabkan sistem hidup yang tidak teratur. Masyarakat masih belum memahami sepenuhnya tentang Islam...kononnya.
Amat mengecewakan bahawa yang menyuarakan saranan biadab seumpama ini adalah kebanyakannya terdiri dari kalangan mereka yang dianggap bijak pandai Islam, tetapi telah dijangkiti oleh penyakit sekularisme - suatu fahaman yang memisahkan agama dengan kegiatan hidup manusia. Inilah penyakit yang menyerang UMNO Baru(A) di Malaysia sekarang ini. Penyakit ini jugalah yang menyerang umat Islam di seluruh dunia dengan serangan yang begitu parah.
Apa yang kita faham, mereka ini adalah golongan yang didorong oleh perasaan rendah diri dengan Islam dan terpukau oleh kejayaan-kejayaan tamadun barat tanpa meneliti kesan-kesan buruk yang terdapat didalamnya. Mereka tidak melihat secara benar bahawa barat sebenarnya sedang menuju kemusnahannya sedikit demi sedikit.
Di dalam tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan mereka mengenai persolan Islam yang lazimnya mendapat tempat yang istimewa di media massa samada cetak atau elektronik, sering mereka menyarankan betapa umat perlu meniru "sesuatu yang baik" dari barat dalam hal ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Ini merupakan suatu isyarat yang seolah-olah mendedahkan bahawa semacam terdapat kekurangan di dalam ajaran Islam, yang perlu bagi umat ini meniru dari barat jika mereka ingin maju.
Mereka inilah yang digelar modenis Islam, iaitu satu golongan cendikiawan Islam yang tidak berpuashati dengan penerimaan Islam sebagai penerimaan umum sejak zaman Rasullulah SAW. Mereka sangat cenderung untuk mentafsirkan kembali ajaran Islam dengan kaedah baru untuk memperlihatkan bahawa tidak ada pertentangan di antara Islam dengan tamaddun moden barat.
Mereka menilai dan mentafsirkan kembali ajaran Islam berasaskan pemikiran dan nilai barat, yang mereka anggap sebagai pemikiran dan nilai-nilai yang luhur. Yang hebatnya, tokoh-tokoh celupan barat (golongan modenis Islam) diberi gelaran pembawa faham pembaharuan ke arah memajukan umat Islam, walaupun memang jelas mereka melakukan penyelewengan di dalam ajaran Islam. Tidakkah ini jugalah yang diminta oleh pemimpin ulong UMNO Baru(A) yang meminta supaya Al-Qur'an ditafsirkan semula supaya mengikut zaman !.
Ajaran Islam telah dipersalahkan sebagai penghalang kepada kemajuan kebendaan. Mereka mahu supaya umat Islam melonggarkan ikatan keagamaan mereka jika ingin setanding dengan orang-oarang barat dalam mengejar kemajuan kebendaan. Di samping itu, mereka terus menyarankan bahawa kemajuan kebendaan merupakan suatu yang mesti dicapai dalam menjalani kehidupan ini, walaupun kadang-kadang terpaksa melanggar peraturan-peraturan syara'.
Sebenarnya, kewujudan golongan modenis Islam ini adalah mereka yang dihasilkan oleh pengaruh pendidikan barat. Ketidakfahaman mereka terhadap ajaran Islam adalah akibat memandang remeh terhadap apa yang dianggap sebagai agama yang menurut penilaian mereka telah mengongkong segala bentuk pemikiran moden mereka. Segala yang baik itu datangnya dari barat kerana telah terbukti ketamadunan dan kemajuannya di dunia hari ini semuanya mengandungi kebekuan, kekolotan, jumud dan kemunduran kepada umat Islam belaka.
Golongan modenis ini selalu menyarankan supaya umat Islam melakukan peniruan kepada tamadun barat, kerana menurut mereka tamadun barat yang ada pada hari ini adalah bersumber dari tamadun Islam, dan tidaklah menjadi kesalahan kepada Umat Islam untuk mencedok semula tamadun barat sebagaimana barat mencedok tamadun Islam sebelumnya. Mereka menggunakan alasan bahawa Islamlah merupakan bapa kepada tamadun barat masakini. Sedangkan apa yang kita ketahui ialah, semua itu merupakan penipuan dan pembohongan mereka semata-mata kerana hendak menyelewengkan ajaran Islam yang sebenar. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa mereka mahu mengemukakan ajaran Islam yang berlabelkan barat.
Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang mencari cara hidup selain Islam, maka tidak akan diterima darinya dan di akhirat kelak dia termasuk orang-oarang yang rugi". (Surah Al-Imran : 85).
Kita hanya mengakui bahawa satu-satunya peraturan atau sistem hidup yang dianugerahkan kepada manusia kini ialah Islam. Bukan peraturan atau sistem hidup yang berdasarkan kepada pemikiran manusia semata yang hanya menurut hawa nafsunya sehingga menjadikan kehidupan masyarakat kacau bilau dan huru-hara. Atau pun sistem hidup yang mahu diubah dan disesuaikan dengan kehendak-kehendak zaman yang dianggap sebagai maju dan moden. Ajaran Islam telah ditetapkan sebagai penutup dari kerasulan dan kenabian serta telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai peraturan hidup yang paling sesuai untuk masyarakat manusia di seluruh zaman.
Kesempurnaan sistem kehidupan yang terdapat di dalam ajaran Islam sudahpun dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama (cara hidup) kamu dan Aku redha Islam sebagai cara hidup kamu". (Surah AL-Ma'idah : 3).
Tidaklah kita membaca sejarah bagaimana murkanya Rasullulah SAW sewaktu melihat Umar al-Khattab RA memegang sebuah kitab Taurat sehingga;
Rasullulah SAW bersabda: "Demi Allah !. Sekiranya Nabi Musa masih hidup bersama-sama kamu sekarang ini, tidak halal baginya mesti mengikuti ajaranku". (Riawayat Jabir RA).
Kemurkaan Rasulullah SAW disebabkan Umar al-Khattab RA cuba hendak mencari suatu sumber yang lain selain dari apa yang telah di bawa baginda. Sedangkan ia adalah larangan yang pasti dari Allah SWT dan kesempurnaan sistem kehidupan Islam sudahpun dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Maka betapalah murkanya Rasulullah SAW jika sekiranya baginda melihat apa yang telah berlaku pada hari ini di mana sebahagian besar umat Islam yang cuba menyesuaikan ajaran Islam dengan zaman yang dianggap maju. Seolah-olah persoalan Islam itu hendak disamakan dengan pemikiran-pemikiran yang terbit dari akal manusia.
Apa yang sebenarnya sedang berlaku dan menyelubungi alam pemikiran umat Islam hari ini adalah disebabkan oleh kejahilan sebahagian besar umat Islam terhadap ajaran Islam itu sendiri. Persoalan Islam hanya dikaitkan dengan rukun Islam yang lima dan rukun iman yang enam, tidak lebih dari itu. Seperti adanya pemisahan di antara Islam dan persoalan hidup serta persoalan-persoalan yang menyangkuti ukhrawi. Sememangnya kita sedari sikap sebegini lahir hasil dari serangan pemikiran jahiliyah yang dilakukan oleh penjajah barat lantaran kedengkian mereka terhadap Islam sejak dahulu lagi. Di Malaysia pemimpin UMNO Baru(A) sering bercakap tentang Islam seolah-olah mereka ini bijak bagaikan ulama, sedangkan secara peribadi mereka tidakpun menghayati tuntutan Islam dalam kehidupan mereka seharian. Tidakkah mereka-mereka ini boleh dilabelkan sebagai jahil !.
Kita melihat pengaruh jahiliyah yang di bawa masuk oleh golongan modenis Islam sentiasa berkembang biak dan membesar di dalam uasahanya untuk menyebarkan fahaman-fahaman yang bersifat kebendaan dan pemujaan hawa nafsu di kalangan umat Islam. Oleh kerana lemahnya jiwa dan keimanan di dalam diri umat Islam serta ditambah oleh perasaan hina diri dengan Islam, maka mudahlah bagi mereka menerapkan pemikiran mereka sehingga dapat dijadikan sebagai dasar kehidupan. Dari sinilah terjadinya penentangan terhadap Islam oleh mereka yang berlabelkan jahiliyah barat. Dengan itu juga muncullah sikap dan peribadi-peribadi yang namanya Islam, tetapi jauh dari ciri-ciri dan nilai-nilai Islam.
Kita hendaklah menyedari bahawa di antara punca kehancuran generasi Islam hari ini adalah kerana sikap lalai terhadap cara hidup beragama disamping kejahilan yang berlaku yang mana usaha-usaha menentangnya tidak dibuat dengan bersungguh-sungguh. Untuk itu generasi Islam yang telah lalai itu perlu disedarkan kembali dari lamunan mimpi jahiliyah yang merasuk pemikiran mereka selama ini. Adalah menjadi tanggungjawab para ulama, uztaz, mubaligh serta mereka yang mengetahui tentang ajaran Islam memainkan peranan mereka mengubati generasi yang sedang sakit ini, iaitu dengan mengadakan seruan untuk kembali semula kepada cara hidup Islam dalam semua aspek kehidupan. Sesungguhnya Islamlah satu-satunya sistem hidup paling sempurna pada setiap masa dan zaman.
Pemimpin-pemimpin yang berkuasa tetapi jahil tentang Islam seharusnya merujuk kepada para Ulama apabila berbicara tentang Islam. Mereka-mereka ini sekiranya benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam semestinya secara peribadi kembali kepada Allah (Al-Qur'an) dan RasulNya (As-Sunnah) dan mengambilnya sebagai panduan kehidupan ini. Kalau seseorang pemimpin itu sekadar mengambil Al-Qur'an itu untuk dibaca mahupun dihafal sekalipun, tetapi tidak terdetik dihati mereka untuk melaksanakan tuntutan yang terdapat di dalamnya maka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk tidak menerima pemimpin yang sebegini. Dewasa ini sering kita perhatikan bahawa pemimpin-pemimpin kita terutamanya dikalangan UMNO Baru(A) sering bercakap tentang Islam, tetapi dapat kita saksikan betapa mereka-mereka ini dalam kehidupan seharian mereka tidak mencerminkan orang yang mendaulatkan agama Islam. Mereka ini mempersendakan Al-Quran, mereka mempertikaikan Hukum Hudud Islam, mereka memperlekehkan Nabi Muhammad SAW, mereka menghina dan mencerca para ulama Islam, mereka melarang penyampaian risalah Allah dan Rasulnya di surau-surau dan di masjid-masjid, mereka terlibat dengan perbuatan-perbuatan mungkar seperti berzina, arak dan judi, mereka tidak menutup aurat seperti yang diwajibkan Islam, mereka memungkiri janji, mereka bersubahat dengan gejala-gejala negatif dan maksiat dan macam-macam lagi. Tidakkah mereka ini boleh dikategorikan sebagai jahiliah, munafik dan gila ?.
"Kita Bukan Gila Kuasa, Tetapi Kita Perlukan Kuasa Untuk Menafikan dan Menjatuhkan Orang Yang Gila !!!..."
"UNDILAH "BARISAN ALTERNATIF (KeADILan)"
DEMI MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENGHAPUSKAN KEZALIMAN"
"LAWAN TETAP LAWAN
KALI INI KITA PASTIKAN BARISAN ALTERNATIF MESTI MENANG !"
CETAK DAN EDARKAN UNTUK RENUNGAN DAN PENGUNDI MELAYU/ISLAM DUN LUNAS