Al-Syahid Syed Qutb menyatakan di dalam bukunya Ma'alim fi at-Tariq, antara lain bahawa kekuatan umat Islam di zaman silam ialah kerana mereka memiliki "Ruhul Islam". Ruhul Islam merupakan sumber yang melahirkan sifat-sifat ketinggian seperti kesucian batin, ketenangan, keikhlasan, kepahlawanan, kesangupan berkorban dan keghairahan untuk mati syahid. Keadaan ini berlaku kerana mereka adalah generasi yang kuat berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan Sunnah Rasullulah SAW. Bahkan mereka sanggup mengorbankan segala kepentingan hatta nyawa mereka demi untuk mempertahankan kebenaran Islam.
Umat Islam di zaman silam sentiasa mendapat kejayaan dan mencapai keutuhan kerana mereka meletakkan Islam lebih tinggi daripada kepentingan peribadi dan kepentingan keluarga mereka. Selepas tiga kurun dari kewafatan Rasullulah SAW umat Islam mengalami kelemahan demi kelemahan. Satu demi satu negara yang pernah yang pernah tertegaknya hukum Allah SWT dijajahi oleh kafir Barat. Keadaan ini berlaku akibat umat Islam telah mula leka dengan kehidupan duniawi, bermusuhan sesama sendiri dan meninggalkan ajaran yang telah dibawa oleh Rasullulah SAW. Jatuhnya kerajaan-kerajaan Islam ke tangan umat kafir dari barat merupakan satu kehinaan yang tiada tolok bandingnya dalam catitan sejarah Islam.
Umat Islam yang sepatutnya menjadi pemimpin kepada seluruh ummah telah dihinakan oleh Allah SWT dengan menjadi hamba abdi kepada penjajah kafir berkurun-kurun lamanya. Kekayaan yang terdapat di bumi Islam dirampas dengan sewenang-wenangnya oleh mereka. Dan yang sangat menyedihkan sekali ialah apabila jiwa dan pemikiran umat Islam turut diracuni oleh sekularisme dan materialisme, menjadikan iman umat Islam rapuh serapuh-rapuhnya.
Lihatlah di Malaysia sekarang ini UMNO Baru(A)/Barisan Nasional tidak habis-habis mengenengah isu "pembangunan" yang lebih bersifat "materialistik". Apabila sampai sahaja pilihanraya maka sudah barang tentu isu-isu pembangunan materialistik inilah yang dijadikan satu senjata untuk memancing undi melalui mesin propaganda media perdana mereka. Seolah-olah pembangunan itulah satu-satunya perkara yang dimahukan dan diketagihkan oleh rakyat jelata. Apalah yang ada kepada pembangunan yang dijanjikan seandainya nikmat pembangunan itu tidak dinikmati oleh rakyat marhain, sebaliknya ditangguk oleh anak-pinak, knorni-kroni pemimpin UMNO Baru(A)/Barisan Nasional yang rasuah itu. Lihatlah kedudukan mereka, mereka semuanya kaya raya, anak-anak pinak mereka menjadi jutawan segera kerana mengamalkan konsep "daddykasi". Dalam Islam pembangunan yang dituntut ialah pembangunan yang seimbang yang memenuhi dan mencakupi kehendak duniawi dan juga ukhrawi selaras dengan matlamat kehidupan seorang Islam iaitu menuntut keredhaanNya.
Apabila jiwa dan pemikiran umat Islam telah berjaya dikuasai oleh penjajah kafir, maka dengan mudahnya mereka membentuk umat Islam menurut acuan mereka. Itulah sebabnya walaupun penjajah kafir telah memberikan 'kemerdekaan" undang-undang dan peraturan, kebudayaan dan cara hidup mereka masih dilaksanakan oleh anak didik mereka yang terdiri dari kalangan yang mengaku beragama Islam. Penjajahan sekarang adalah dalam bentuk al-Ghazwul Fikry (Penjajah Fikiran), yang mana kesannya adalah lebih merbahaya.
Begitu jugalah di Malaysia ini walaupun negara ini telah lebih 43 tahun merdeka, namun undang-undang dan peraturan penjajah (Perlembagaan Malaysia - ciptaan Lord Reid) masih digunapakai. Mereka tidak berasa malu sedikitpun meletakkan agama Islam hanya sebagai simbol agama resmi negara. Sepatutnya Al-Quran mestilah dimartabatkan sebagai panduan pemerintah dengan melaksanakan segala rupa tuntutan yang termaktub di dalamnya tanpa dipertikaikan walau satu huruf sekalipun. Tetapi apa yang terjadi Al-Qur'an diperlekehkan oleh pemimpin ulong UMNO Bau(A) dengan meminta supaya Al-Qur'an ini ditafsirkan semula. Usahkan ingin menurut apa yang disarankan dalam As-Sunnah, sebaliknya orang ini memperlekeh dan menghina janggut nabi itu sendiri. Adalah jelas betapa sekularisme ini benar-benar telah meracuni pemimpin-pemimpin UMNO Baru(A) dan kita telah membiak menjadi satu "virus" yang membahayakan umat Islam di dalam negara ini. Walaupun telah merdeka ternyata pemikiran rakyat masih terjajah, terjajah oleh pemimpin yang mendokong semangat Assabiyah/Nasionalis yang keracunan sekularisme.
Al-Gahzwul Fikry berjaya dilaksanakan oleh kafir barat melalui sistem pendidikan sekular yang menjadi dasar pendidikan hampir seluruh negara-negara di dunia hari ini. Pendidikan sekular mempunyai matlamat untuk melahirkan generasi manusia yang memisahkan agama dalam cara hidup mereka. Generasi yang tidak mengenal agama dan menganggapnya sebagai menyusahkan.
Lebih tepat lagi, sekularisme ialah satu cara hidup yang mengandungi fahaman, tujuan dan sikap yang hanya terbatas dalam lingkungan hidup duniawi. Dasar sekularisme juga mengasingkan agama dari politik dan pemerintahan. Dari sinilah timbulnya kata-kata hikmat jahilliyah "jangan campurkan Islam dengan politik". Maka adalah jelas bahawa tindakan UMNO Baru(A) menuduh PAS menggunakan agama dalam berpolitik, menunjukkan bahawa UMNO Baru(A) sebenarnya telah diracuni oleh penyakit sekularisme. Sebagai orang Islam kalau tidak gunakan agama (Al-Qur'an dan As-Sunnah) untuk mencapai hasrat menegakkan pemerintahan Islam, disini kita nak tanya pemimpin-pemimpin UMNO Baru(A) yang berdegah-degah mendabik dada mengatakan bahawa UMNO Baru(A) memperjuangkan Islam, kita nak guna apa ?. Sedangkan bagi orang Islam tindakan menggunakan Al-Qur'an dan As-Sunnah adalah tuntutan selaras dengan:-
Firman Allah SWT: "Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku lengkapkan ke atas kamu akan nikmat Aku dan Aku redha bagi kamu ISLAM sebagai agama kamu". (Surah Al-Maidah : 3).
Firman Allah SWT: "Kami turunkan kepadamu Al-QUR'AN menjelaskan setiap sesuatu dan menjadi pertunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam". (Surah Al-Nahl 16 : 89)
Kita sendiri dapat melihat bagaimana masyarakat dan negara yang didirikan atas dasar sekularisme berusaha melucutkan pimpinan agama atau sekurang-kurangnya melupakan aliran-aliran dan ketentuan agama dalam masyarakat. Ini berlaku kerana masyarakat dan negara penganut sekularisme berpegang teguh dengan prinsip:
* Hendak memperbaiki hidup manusia hanya dengan cara kebendaan.
* Kebenaran keduniaan adalah terlepas bebas dari ajaran wahyu dan kenabian.
* Segala huraian adalah didasarkan kepada logik serta ilmu sekular yang bebas dan boleh diuji dengan fikiran dan pengalaman
semata-mata. Tidak kepada dasar-dasar agama.
Itulah sebabnya mengapa pemimpin-pemimpin UMNO Baru(A) dalam perhimpungan agongnya telah mencadangkan supaya pemerintah membuang perkataan ISLAM yang terdapat dalam parti politik dan NGO juga mana-mana pertubuhan. Tetapi yang jelas perkataan ISLAM yang ingin dicabut ialah daripada parti PAS yang begitu jelas dan iltizam perjuangannya menegakkan agama Islam di Malaysia ini.
Sesungguhnya gejala sekularisme sengaja dibiarkan tumbuh subur oleh penjajah kafir untuk melahirkan cendikiawan Muslim yang akan mempertahankan undang-undang dan peraturan mereka (kafir). Penjajah kafir sememangnya berharap bahawa golongan ini akan mengambil alih tampuk pemerintahan apabila mereka berundur. Walaupun penjajah telah lama "gulung tikar" , namun undang-undang dan kebudayaan mereka terus berakar umbi dalam masyarakat umat Islam. Dan pemimpin yang menerajui negara kita kini adalah warisan penjajah yang setia.
Lantaran itulah, walaupun menjadikan Islam sebagai agama resmi negara, namun dasar sekular yang bertentangan dengan Islam terus dilaksanakan oleh pihak pemerintah. Semacam pihak pemerintah sengaja tidak mahu syari'at Islam menjadi dasar kepada perundangan negara. Tidak hairanlah, hasil pendidikan sekular yang di taja oleh pihak pemerintah kini berjaya mewujudkan warganegara yang kononnya sanggup "Berkhidmat Untuk Negara".
Pendidikan Islam adalah bertujuan untuk melahirkan manusia yang sempurna, soleh dan bertaqwa serta "Berkhidmat Untuk Allah SWT" dengan memikul tugas sebagai khalifah Allah SWT. Kita hanya boleh menggucapkan slogan "Berkhidmat Untuk Negara", tetapi dengan syarat bahawa negara itu hendaklah menjadikan ISLAM sebagai dasarnya. Jika tidak, ucapan tersebut hanya membuahkan unsur syirik di dalam jiwa.
Untuk menghadapi ancaman sekularisme yang mencengkam kita dari segala sudut, hendaklah umat ini kembali semula berpegang kepada pusaka yang ditinggalkan oleh Rasullulah SAW, iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah baginda. Ruhul Islam hendaklahditanamkan semula di dalam jiwa umat kita agar kemulian Islam akan terus mengatasi yang lain-lain.
Satu-satunya cara untuk mengembalikan kemuliaan umat kita ialah dengan mengadakan seruan jihad. Jihad untuk mendaulatkan kembali hukum Allah SWT di atas muka bumi. Oleh kerana jihad merupakan suatu perkara yang penting dalam Islam - setiap Muslim tidak sekali-kali boleh mengabaikannya. Tentang ancaman orang yang meninggalkan jihad:
Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang sampai mati tidak berjihad dan tidak tergerak dalam hatinya untuk berjihad, maka ia mati di salah satu cabang nifaq". (Riwayat Muslim).
Nabi SAW bersabda: "Barang siapa yang bertemu dengan Allah dengan tidak mempunyai apa-apa kesan daripada jihad, maka dia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan padanya ada tanda aib".
Jihad bukannya tertakluk kepada perang fi-sabillilah sebaliknya ianya adalah sangat luas. Bagi Malaysia perbuatan atau tindakan kita memilih pemimpin yang bakal menegakkan Islam adalah satu jihad. Maka dikesempatan yang terbaik ini kita selaku umat Islam perlulah memainkan peranan jihad kita memilih wakil dari kalangan yang berjuang untuk agama Islam yang syumul ini. Setelah mengetahui bahawa UMNO Baru(A) dijangkiti penyakit sekularisme, maka apakah harapan yang boleh kita sandarkan terhadap mereka ini untuk membela agama Islam ?. Maka pilihan yang terbaik ialah KeADILan yang bertanding atas tiket Barisan Alternatif di DUN Lunas ini.
Tidak ada suatu tindakan yang lebih memberi mudharat kepada umat Islam selain daripada mengutamakan orang yang lemah dan khianat (UMNO Baru(A)) serta mengenepikan orang yang kuat lagi amanah (Pejuang KeADILan dan Islam) daripada memegang sesuatu jawatan. Tindakan demikian akan mendekatkan umat Islam tersebut kepada kebinasaan.
Nabi SAW bersabda: "Apabila amanah telah dipersiakan-siakan maka nantikanlah kedatangan hari kiamat. Baginda ditanya:"Bagaimana amanah itu disia-siakan ?". Baginda menjawab: "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya. Maka ketika itu tunggulah kedatangan hari kiamat". (Riwayat Bukhari).
"Kita bukan menjual agama untuk kepentingan politik, sebaliknya kita berpolitik untuk meletakkan agama ISLAM ditempat yang sepatutnya !!!..."
"UNDILAH "BARISAN ALTERNATIF (KeADILan)"
DEMI MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENGHAPUSKAN KEZALIMAN"
"LAWAN TETAP LAWAN
KALI INI KITA PASTIKAN BARISAN ALTERNATIF MESTI MENANG !"
habibu@hangjebat.com
CETAK DAN EDARKAN UNTUK RENUNGAN DAN PENGUNDI MELAYU/ISLAM DUN LUNAS