Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DUN LUNAS - BA MESTI MENANG : BOIKOT MEDIA YANG MENGHANCURKAN UMAT !!!

Umumnya kita mengetahui bahawa dunia sedang menghadapi arus kemajuan teknologi komunikasi yang begitu hebat. Kemajuan yang di dakwa mendatangkan kebaikan dalam kehidupan manusia masa kini. Segala perhubungan manusia walau di mana sahaja menjadi mudah dan pantas. Ia tidak lagi mengenal batas negeri dan sempadan negara. Namun disamping beberapa kebaikan yang diperolehi dalam kemajuan tersebut, tidak harus dilupakan juga kesan buruk daripada perkembangan tersebut. Walaupun kemajuan tersebut bertujuan agar segala maklumat dapat disalurkan dengan segera namun disebabkan oleh tangan-tangan jahat yang mengendalikannya, menyebabkan ianya telah digunakan untuk menyebarkan fahaman ke arah pemujaan hawa nafsu dan syahwat. Fahaman yang tidak pernah mengambil kira persoalan kira bicara di akhirat.

Lihatlah bagaimana pemerintah UMNO Baru(A)/Barisan Najis begitu dunggu lagi jahil agama, membiarkan penulis-penulis seperti Astora Jabat meliwat kemaluan Utusan Meloya (ruangan bicara agama) dan memancutkan mani kotornya yang dahsyat berupa benih-benih anti agama Islam yang boleh mempengaruhi dan menyesatkan pemikiran umat Islam di negara ini. Ingatlah bila ingin berbicara tentang Islam seharusnya carilah mereka yang ahli mengenainya. Di negara ini tidak kurang ulama-ulama dan mufti-mufti yang boleh berbicara tentang Islam dengan lebih baik, mengapakah orang seperti Astora Jabat ini diketengahkan oleh pengurusan media Utusan Meloya. Ini tidak lain ialah untuk "mengampu" pemimpin-pemimpin UMNO Baru(A) dan membenarkan apa sahaja pandangan yang mereka utarakan. Lihatlah betapa media massa negara ini cuba mengenegahkan Mahafiraun@HeadOfTheShit sebagai "advocator" pandangan-pandangan mengenai Islam sebagai seorang "modenis Islam" dengan mentafsirkan pandangannya menurut akal nyanyok terencatnya tanpa merujuk kepada nas-nas (Al-Qur'an dan Al-Hadith) yang menyokongnya. Akibatnya seringkali apa yang telah jelas dan ditetapkan syariah sering dipertikaikan oleh orang yang tidak memahami tuntutan Al-Quran dan Al-Hadith ini. Seperti yang dijanjikan Allah SWT, maka nantikan kehancurannya apabila orang yang bukan ahli diserahkan untuk melaksanakan sesuatu itu.

Pelbagai sampah sarap dan kotoran telah dihidangkan oleh media hari ini menjadikan hati manusia semakin berkarat dan sedikit demi sedikit bertindak meninggalkan agama. Masyarakat pada umumnya telah didedahkan dengan fahaman yang bersifat kebendaan dan syahwat.Disamping itu, dapat dilihat media hari ini menjadi pengaruh yang besar dan utama dalam membentuk pemikiran dan tindak-tanduk masyarakat. Masyarakat lebih banyak mendapat pendidikan dari media massa dibandingkan dengan pengaruh yang lain. Bahkan ia berjaya membentuk masyarakat menurut bentuk-bentuk tertentu. Selalunya ke arah meninggalkan agama.

Di antara alat media yang paling berpengaruh dan mendapat tempat di hati masyarakat hari ini ialah television, radio, video, komputer (internet) dan sebagainya. Alat-alat komunikasi inilah yang telah berjaya memaut hati masyarakat manusia serta berjaya mempengaruhi kehidupan mereka. Ia telah menjadi semacam keperluan tidak dapat tidak dalam kehidupan manusia hari ini.

Bukanlah suatu tuduhan yang melulu jika kita katakan bahawa media komunikasi hari ini sedang melaksanakan polisi dan menerapkan nilai-nilai yang bertentangan dengan cara hidup Islam. Kenyataan ini dapat dilihat pada media massa hari ini samada yang dibawah kawalan pemerintah atau pihak swasta. Hampir keseluruhan rancangan yang dihidangkan menimbulkan kesan buruk di dalam kehidupan.

Ahli-ahli kaji masyarakat selalu memikirkan tentang keruntuhan akhlak dan budaya hidup bebas yang berlaku di dalam masyarakat. Ulasan-ulasan mereka selalunya menunjukkan bahawa media massa yang memuatkan bahan-bahan lucah, ganas dan sebagainya banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat khususnya generasi muda. Kita lihat bahan-bahan kotor ini di impot terus dari seluruh pelusuk dunia barat melalui parabola dan internet dengan tiada sebarang kawalan dari mana-mana pihak.

Kita melihat media massa tempatan bentuknya merupakan saduran dari barat jahilliyah yang banyak mengorbankan nilai-nilai kemurnian kehidupan Islam. Sebagai contoh, television yang merupakan alat pandang dengar yang terdapat pada hampir setiap rumah. Rancangan-rancangan serta bahan-bahan yang dihidangkan hampir keseluruhannya mengandungi keburukan lebih dari kebaikan. Rancangan agama (dalam keadaan amat terbatas waktunya) diwujudkan sekadar melepaskan batuk ditangga.

Lihatlah dalam satu keluarga yang sedang menonton, selalu muncul adegan-adegan ranjang dan tidak senonoh serta kata-kata lucah yang menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan pemikiran anak-anak. Anak-anak yang sedang menonton bersama ibu bapa mereka bersetuju dengan apa yang mereka tonton. Dengan itu perkara yang di tonton itu sudah dianggap tidak salah dan mereka mungkin boleh melakukannya pada bila-bila masa. Sikap dan tanggapan anak-anak ini akan berterusan sehingga mereka dewasa. Tambahan pula jika mereka tidak diberikan pendidikan Islam yang sewajarnya. Kita selalu didedahkan samada melalui television, radio atau akhbar mengenai kekejaman, rompakan, perbuatan rogol, penipuan dan segala macam keburukan. Ia disiarkan samada dalam bentuk berita, filem, drama, cerpen atau sebagainya. Perkara-perkara seumpama ini adalah semacam suatu pelajaran yang sentiasa disogokkan kepada masyarakat terutamanya anak-anak. Gejala buruk seumpama kes-kes juvana berpunca dari pengaruh-pengaruh tersebut.

Dalam satu laporan dari syarikat berita UPI menyebut bagaimana seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun cedera parah selepas menembak dirinya sewaktu bermain sejenis permainan yang dipercayai ditiru dari filem The Deer Hunter. Pihak polis yang menyiasat kes tersebut yang berlaku di Trenton, New Jersey menyebut ada kemungkinan kanak-kanak itu meniru watak dalam filem tersebut. Terdahulu dari itu seorang kanak-kanak telah mati setelah menembak dirinya di kepala yang dipercayai ditiru dari filem tersebut.

Apabila kita memperkatakan tentang television, pada asasnya ia suatu alat hiburan dan bukan sangat alat menyampaikan berita atau mendidik manusia dengan akhlak yang luhur. Ia juga bukan alat untuk menambahkan iman, bukan alat mendorong manusia beribadah dan bermujahadah kepada Allah SWT.

Ruangan beritanya lebih banyak melaporkan kegiatan orang-orang yang cenderung kepada duniawi dengan mengenepikan mengingati Allah SWT. Ruangan agama yang diadakan dalam waktu yang paling singkat tidak berupaya menyekat dan mengikis pengaruh rancangan-rancangan maksiat. Bahkan penafsiran agama yang diberikan di dalam ruangan itu seringkali lebih cenderung kepada keduniaan, menyokong pembangunan, rancangan-rancangan kemajuan dan sebagainya.

Television, sebagaimana radio, menyiarkan lagu-lagu dan nyanyian-nyanyian yang memupuk kegelojohan syahwat, iaitu lagu-lagu yang menyebabkan hati insan hanyut dibuai oleh khayalan mimpi. Lagu-lagu sedemikian menyebabkan roh insan mengalami zulmat dan sukar mendapat rahmat Allah SWT, Lagu-lagu sedemikian mengandungi benih-benih syirik dan kufur.

Sememangnya dapat disaksikan dengan jelas penyakit-penyakit sosial yang melanda generasi muda hari ini. Penyakit-penyakit tersebut dengan sendirinya merupakan suatu bebanan yang sukar diselesaikan oleh anggota masyarakat. Semakin hebat usaha-usaha dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, semakin membiaklah penyakit-penyakit tersebut. Setengah pihak menyarankan agar diadakan pelbagai kegiatan seumpama kempen-kempen sivik, forum, gotong-royong dan sebagainya. Namun segala usaha yang dilakukan gagal belaka.

Mengapa pelbagai usaha yang dilakukan untuk mendidik generasi muda ke arah kebaikan menemui kegagalan ?. Apa yang pasti, jalan yang mereka gunakan bukan mendidik generasi muda, bahkan semakin disogokkan dengan segala najis dan sampah sarap yang tidak berguna melalui media massa.

Disamping itu pelbagai propaganda sengaja dibuat oleh pemerintah yang tidak beriman untuk menarik masyarakat khususnya golongan muda sentiasa memberikan sokongan kepada mereka. Lihat sahajalah bagaimana media kerajaan (nama sahaja - kebanyakan liputan adalah menonjolkan parti UMNO Baru(A)/Barisan Najis) telah menyiarkan berita-berita dan isu-isu memburuk-burukkan pakatan Barisan Alternatif (BA) baik sebelum penamaan calun sehinggalah sekarang ini bagi pilihanraya kecil DUN Lunas. Inilah media rakyat yang telah diperkosa serakus-rakusnya oleh UMNO Baru(A)/Barisan Najis demi menegakkan perjuangan sekularisme dan assabiyah/nasionalisnya yang sempit dan terpesong daripada tuntutan agama Islam. Bayangkanlah kalau sekali dalam sehari nama si Mahafiraun@HeadOfTheShit itu tidak disiarkan tidak sah bagi mereka. Bila disogokkan berita-berita yang menjijikkan dan sandiwara airmatanya yang berulang-ulang itu, maka semakin meluat kita kepadanya. Ketahuilah bahawa rakyat Malaysia sekarang ini kebanyakannya adalah dari kalangan yang "educated" maka seharusnya media massa juga telah mengkaji tahap penerimaan "audiance" mereka, janganlah demi mengampu-bodek pemimpin-pemimpin UMNO Baru(A)/Barisan Najis itu maka etika kewartawanan dan pengurusan media massa dibakulsampahkan begitu sahaja. Seharusnya' mereka ini tidak memperbodohkan rakyat dengan berita-berita dan ulasan-ulasan yang "wa ampu sana wa ampu sini" sampai "insulted our intelligent".

Lihatlah pada pilihanraya umum tahun lepas, kita dapat saksikan bagaimana media massa terutamanya television telah memainkan jarum propaganda memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif seperti YB Dato' Fadzil Noor, YB Datin Sri Wan Azizah, En. Lim Kit Siang dan Dato' Seri Anuar Ibrahim. Iklan-iklan yang dicipta khas dengan menampilkan ungkapan-ungkapan seperti "dia pening kepala" dan lain-lain yang menjijikkan dihidangkan kepada rakyat kebayakan yang bakal mengundi. Inilah dia peranan yang dimainkan oleh media massa di negara kita ini. Saya kira kempen boikot media yang dianjurkan oleh Barisan Alternatif (BA) seharusnya di perkemaskan dan diteruskan lagi sehingga mereka-mereka ini kembali kepada landasan yang sebenar dan akur dengan hakikat etika kewartawanan.

Percayalah, jika sebarang usaha tidak dilakukan untuk menyekat media massa dari menghidangkan bahan-bahan porno, hiburan tidak senonoh, propaganda politik sekular/assabiyah, cara hidup jahilliyah dan sebagainya, segala usaha akan menemui kegagalan. Sesungguhnya menyekat sesuatu penyakit lebih utama dari mengubatinya. Pihak pemerintah hendaklah menyekat sebarang bentuk bahan yang merosakkan dan meracuni pemikiran generasi muda. Bagaimanapun di negara kita yang berslogankan "Malaysia Boleh !" ini apa sahaja penerbitan yang lucah dibolehkan sebaliknya mana-mana penerbitan yang berunsur politik yang kuat menekan/mengkritik pemerintah habis diharamkan oleh Siharamjadah@penjagababi ini. Lihatlah senario di negara ini buku-buku yang berbau sex dan video cd yang membawa cerita-cerita lucah bebas dipasarkan di mana-mana sahaja sehinggakan senang diperolehi di pasar-pasar malam. Mengapa perkara ini berlaku ?. Ianya berlaku kerana mereka yang terlibat menghasilkan vedio cd lucah ini adalah juga dari kalangan pemimpin UMNO Baru(A)/Barisan Najis yang berkepentingan untuk menggaut keuntungan secara haram. Tindakan ini juga direstui oleh PDrM (Polis Dirasuk Mahafiraun@HeadOfTheShit) yang bertindak sebagai pelindung kepada pengusaha-pengusaha dan penjual-penjual dengan bayaran "protection money". Jadi apalah yang boleh kita harapkan daripada pemimpin-pemimpin begini yang ternyata bersubahat dan menjadikan media massa sebagai mesin propaganda tonggangan mereka dan mesin menjana fulus di dunia mereka, untuk menghasilkan satu gerakan penggalak media yang berguna dan berfaedah untuk rakyat marhain.

Seharusnya bahan-bahan yang mengajak manusia kepada agama dan akhlak serta berfaedah kepada masyarakat hendaklah disiarkan dengan meluasnya. Tetapi betapalah hal ini dapat dilakukan jika pemerintah UMNO Baru(A)/Barisan Najis (BN) sendiri tidak mahu kepada sistem Islam, sebaliknya sentiasa tekun sujud kepada hukum jahilliyah.

Firman Allah SWT: "Apakah mereka memilih hukum jahilliyah ?. Dimanakah terdapat hukum yang lebih baik selain (hukum/undang-undang) Allah bagi mereka yang mahu percaya". (Surah Al-Ma'idah : 50).

"Kita bukan menjual agama untuk kepentingan politik, sebaliknya kita berpolitik untuk meletakkan agama ISLAM ditempat yang sepatutnya !!!..."

"Kita bukan gila kuasa, tetapi kita perlukan kuasa untuk menjatuhkan "Mahafiraun@HeadOfTheShit" dan orang-orangnya yang banyak turut GILA !!!..."

"UNDILAH "BARISAN ALTERNATIF (KeADILan)"

DEMI MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENGHAPUSKAN KEZALIMAN"

"LAWAN TETAP LAWAN

KALI INI KITA PASTIKAN BARISAN ALTERNATIF MESTI MENANG !"

CETAK DAN EDARKAN UNTUK RENUNGAN DAN PANDUAN PENGUNDI MELAYU/ISLAM DUN LUNAS


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 24 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com