Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DUN LUNAS - BA TELAH MENANG ! : UNDUR MAHATHIR UNDUR !!!...

Sebagai penyumbang artikel untuk Minda Rakyat dan pelbagai Laman Reformasi, khususnya menjelang Pilihanraya Kecil DUN Lunas (N34) tajuk-tajuk artikel saya ialah DUN LUNAS - BA MESTI MENANG !!!..dengan ditumpukan kepada beberapa isu-isu yang boleh digunakan oleh petugas-petugas serta jentera pilihanraya Barisan Alternatif BA. Semua isu yang diketengahkan melalui artikel-artikel tersebut dikaitkan dengan keZALIMan UMNO Baru(A)/Barisan Najis (BN) dan disokong dengan dalil-dalil Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Alhamdulillah saya serta dua orang rakan telahpun turut berkampung di DUN Lunas beberapa hari yang lepas sehingga lewat malam tadi (saya sampai dirumah jam 3.00 pagi tadi (30/11/2000)). Kami berasa sangat puas kerana serba sedikit telah dapat menyumbang kepada kejayaan BA pada kali ini. Kami telah ke Sanggang, kami juga telah ke Telok Kemang sebelum ini tetapi dikedua-dua tempat ini BA masih belum menang. Kini hutang di kedua-dua tempat tersebut telah dilunaskan oleh BA di Lunas.Di Lunas kami telah bergerak bersama-sama petugas-pertugas di sana untuk setiap peti undi dan menyumbang apa yang termampu. Syukur juga dipanjatkan kepada Allah SWT kerana telah memperkenankan pohonan do'a setiap lepas sembahyang, akan kejayaan Barisan Alternatif (BA) di DUN Lunas. "Lunas bagaikan menyambut hari raya semalam". "Memanglah kerana di Lunas inilah beberapa hari lepas banyak sungguh anak bulan (logo keADILan) dan Bapak Bulan (Logo PAS) telah kelihatan" kata seorang petugas.

Sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, adalah jelas bahawa KeADILan (BA) telah memenangi piliharaya kecil ini dengan majoriti 530 undi. (YB) Saifuddin Nasution Ismail (KeADILan) memperolehi 10,511 undi, Calun BN memperolehi (9,981 undi), Calun Bebas memperolehi (50 undi) sementara undi rosak (204 undi). Peratus keluar mengundi ialah 77.58% ternyata lebih sedikit daripada pilihanraya umum yang lepas. Situasi semasa penjumlahan undi di dewan juga terasa begitu hebat. Ternyata kehadiran penyokong BA dan BN begitu ramai sekali, namun secara kasar boleh dianggarkan bilangan penyokong BA mengatasi penyokong BN.

Selepas diumumkan menang satu perhimpunan telah diadakan berdekatan dengan Dewan dimana lautan penyokong dan rakyat Lunas telah bersama-sama menyambut kemenangan ini dengan teriakan "Allahuakbar !", "Reformasi !" dan "Undur Mahathir Undur" !. berulang kali. Ternyata penyokong BA mempunyai disiplin yang sangat tinggi dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Syabas juga harus diucapkan kepada pasukan keselamatan yang agak ramai juga berkawal dan telah menunjukkan professionalisma mereka. Penyokong-penyokong BA kedengaran tidak putus-putus mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka ini sepanjang perjalanan dari dewan ke kawasan perhimpuan. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa kekacauan bukan dicetuskan oleh penyokong BA mahupun pihak polis selama ini sebaliknya oleh Siput Babi (SB) atas arahan "tangan-tangan hitam" pimpinan UMNO Baru(A)/Barisan Najis yang berkuasa.

Penahanan 14 buah bas disebelah pagi dan 4 lagi disebelah petang yang membawa "pengundi-pengundi hantu" jelas menunjukkan betapa selama ini perkara terkutuk ini telah sewenang-wenangnya dilakukan oleh BN dengan persekongkolan dan kerjasama SPR dan telah memenangkan mereka dalam pilihanraya yang lepas. Perkara ini jelas berlaku di Parlimen Sungai Siput, Perak. Malam tadi juga hampir kesemua pimpinan Barisan Alternatif telah diberikan penghormatan berucap dan menyatakan terima kasih mereka kepada semua pengundi DUN Lunas dari semua kaum dan kepada semua petugas BA. Syabas diucapkan kepada YB Azmin bin Ali (Pengarah Pilihanraya BA) yang telah menggerakkan jentera pilihanraya BA dengan begitu licin, bersepadu dan sangat berkesan.

Adalah menjadi harapan kita agar pergeseran yang kecil yang timbul dikalangan komponen BA (jika ada) mestilah diselesaikan dengan semangat musyuarah dan bukan melalui ugutan-ugutan. Ini adalah sangat penting bagi mengelakkan daripada dieksploitasi oleh BN. Contohnya isu calun yang dipertelingkahkan oleh DAP dan KeADILan sepatutnya diselesaikan secara tertutup. Sebarang kenyataan hanya perlu dan boleh dibuat oleh seorang yang ditentukan dan bukan oleh mana-mana pemimpin sahaja. Ini adalah bagi memastikan bahawa kenyataan tersebut adalah resmi dari parti berkaitan dan bukannya pandangan peribadi. Kepada semua komponen BA sila perbaiki persefahaman dan kalau dapat dimasa-masa akan datang BA seharusnya memikirkan untuk menggunakan satu logo dan satu nama sahaja untuk tujuan undian bagi mencerminkan pakatan yang mutlak. Ini juga adalah bagi mengelakkan kekeliruan dan persepsi yang berbeza dikalangan pengundi yang menjadi ahli dan menyokong mana-mana parti komponen BA. Nama dan Logonya bolehlah difikirkan bersama untuk disetujuterima oleh semua pihak komponen BA.

Kemenangan BA jelas menunjukkan betapa padunya pakatan ini. Kemenangan BA di Lunas mejelaskan manifestasinya untuk menegakkan KeADILan dan menghapuskan KeZALIMan pemerintahan yang zalim (BN). Kemenangan ini menghantar satu isyarat jelas dan tegas yang perlu diambil perhatian oleh BN, betapa mereka dibenci dan tidak lagi diterima oleh rakyat Malaysia. Pemimpin UMNO Baru(A)/Barisan Najis seharusnya tidak berlagak angkuh lagi sombong tetapi bodoh. Keputusan ini semestinya memberikan tanparan hebat kepada mereka.

Dr. Hatta Ramli (PAS) dalam ucapannya jelas dan lantang menyatakan bahawa kemenangan BA di DUN Lunas ini menuntut empat 4 perkara berikut:-

Pertama - "Mahathir Mesti Undur !..."
Kedua - "Mahathir Mesti Undur !..."
Ketiga - "Mahathir Mesti Undur !..."
Keempat - "Samy Vello Mesti Tinggal Di Lunas dan Tidak Balik Ke Kuala Lumpur !..."

LAWAN TETAP LAWAN - SATU SUDAH MENANG !, SATU LAGI...SATU LAGI....SATU LAGI..DAN SATU LAGI !...
DUN LUNAS - BA TELAH MENANG !...UNDUR MAHATHIR UNDUR !!!...
INSYALLAH MARILAH BERSAMA-SAMA KITA MENJANA KEMENANGAN 2004 !!!...

Allahuakbar !...Allahuakbar !.... Allahuakbar !
Reformasi !... Reformasi !... Reformasi !...
Undur Mahathir Undur !... Undur Mahathir Undur !... Undur Mahathir Undur !...


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 30 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com