Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pemuda adakan program buka puasa di hospital sebagai protes

Oleh : Zunar

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Hrkh) - Pemuda KeADILan membantah langkah kerajaan menghalang keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menziarahi beliau yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur ( HKL ).

Ketua Pergerakan itu, Ezam Mohd Noor berkata mereka akan mengadakan program berbuka puasa dan bertarawikh di perkarangan wad pesakit di HKL sebagai tanda protes kepada peraturan yang tidak berperikemanusiaan itu.

"Orang ramai diminta membawa makanan masing-masing dan berkumpul beramai-ramai di kawasan letak kereta di wad tersebut menjelang waktu berbuka hari jumaat 1 Disember ini.

"Kemudian kita akan duduk beramai-ramai di kawasan lapang di sekitar wad dan berbuka puasa diikuti dengan sembahyang tarawih yang akan diimami oleh ustaz Badrul Amin" kata Ezam lagi.

Anwar dimasukkan ke HKL sejak dua hari lalu selepas mengadu sakit belakang.

Minggu lepas Anwar menjalani rawatan sakit yang sama di HKL dan Hospital Besar Selayang.

MIR scan yang dilakukan oleh doktor menunjukkan Anwar mengalami 'Slipped ProLapse Disc' iaitu sakit yang melibatkan bahagian belakang dan pinggang seseorang.

Menurut peguam Sankara N Nair, Anwar keadaan Anwar agak serius dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya sebulan.

Bagaimanapun Anwar membantah langkah pihak berkuasa yang enggan membenarkan ahli keluarga termasuk isterinya untuk melawat beliau yang sedang menerima rawatan.

Anwar dilaporkan enggan menerima sebarang rawatan sekiranya keluarganya terus dihalang menziarahi beliau.


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 28 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com