Teks Hansard Parlimen Perbahasan Belajawan 2001
Oleh Dato' Haji Fadhil Mohd Noor
Ketua Pembangkang
MO1000
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Isnin, 30 Oktober 2000
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng)
mempengerusikan Mesyuarat]
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN (NO.2) 2000
Bacaan Kali Yang Pertama
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai
Pendapatan 1967; Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967; Akta Keuntungan Harta
Tanah 1976 dan Akta Setem 1949; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Setiausaha
Parlimen Kementerian Kewangan; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali
yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
RANG UNDANG-UNDANG DAN USUL
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2001
Bacaan Kali Yang Kedua
DAN
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN 2001
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula
perbahasan yang ditangguhkan atas masalah "Rang Undang-undang Perbekalan 2001
dibacakan kali yang kedua sekarang" dan "Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk
kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:
Bahawa Dewan ini mengikut sub-seksyen 4(3) Akta Kumpulan
Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak
tidak lebih dua puluh lapan bilion lapan ratus tiga puluh enam juta tiga
ratus empat puluh lapan ribu empat ratus enam puluh ringgit
(RM28,836,348,460) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi
tahun 2001, bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan
yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai
Belanjawan Persekutuan, 2001 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16
Tahun 2000 adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan
jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan
lapan dan sembilan senarai tersebut, hendaklah disahkan. [27 Oktober
2000]
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli
Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa Rang Undang-undang
bernama Suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang
Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2001 dan bagi memperuntukkan jumlah wang
itu untuk perkhidmatan bagi tahun - Yang Berhormat [Memandang ke arah Yang
Berhormat bagi Pendang] Ya….
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: [Bercakap tanpa
pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: …..tahun
itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan masalah bahawa Usul di atas nama Yang
Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada
Jawatankuasa sebuah-sebuah majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka
untuk dibahas. Yang Berhormat bagi Pendang sila.
11.08 pagi.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor [Pendang]:
Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Selamat Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih atas
izin yang diberikan untuk saya berucap bagi membahaskan Rang Undang-undang
Perbekalan Tahun 2001.
Perbahasan Belanjawan telah menjadi satu agenda tahunan dalam
mana-mana amalan demokrasi berparlimen. Bbahkan menjadi pencetus keperluan penubuhan Parlimen dalam
sejarah amalan demokrasi ala Britain. Justeru, forum
dan pentas perdebatan yang membicarakan seluruh pengurusan kewangan, ekonomi dan
perbendaharaan negara ini perlu diberi segala penghormatan, kepentingan dan
kemuliaan yang selayak dan sewajar baginya.
Kedudukan Belanjawan adalah penting untuk menjadi alat menjaga
kesihatan ekonomi secara tahunan, sementara dasar-dasar pengurusan ekonomi yang
bersifat jangka panjang seperti Dasar Pembangunan Negara, Rancangan Malaysia
Kelapan dan juga out line perspektif Pelan Tiga,
dengan izin, perlu diberi perhatian dan fokus dalam proses untuk membaik puluh
pengurusan ekonomi negara secara lebih berkesan dan bersifat jangka jauh.
Dewan ini perlu diingatkan supaya perbincangan Belanjawan
Ttahunan yang dilakukan secara rutin mesti
disejajarkan dengan polisi dan dasar pengurusan ekonomi dan pembangunan negara
untuk lebih bermakna dan berkesan lagi.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan perbahasan Rang
Undang-undang Perbekalan 2001 di Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan
rasa tertarik kepada bahagian penutup ucapan Menteri Kewangan Jumaat lalu yang
merujuk kepada Surah Sabaqq, yang mengajak kita bersyukur kepada pencipta kita
yakni Allah S.W.T. atas kemakmuran yang dicurahkannNya kepada kita.
Saya amat bersetuju bahawa segala kesyukuran secara mutlaknya
hanya kepada Allah Azzawajalla. Oleh itu janganlah kita sebagai beneficiary
daripada kemurahan Al- Khalik itu memaksa dan menuntut orang lain bersyukur
kepada diri kita. Ssedangkan kita hanya diberi amanah oleh rakyat
melaksanakan tanggungjawab kita di muka bumi ini. Saya nampak Menteri Kewangan
cuba mengingatkan hal ini mungkin kepada orang tertentu yang ke sana ke mari
cuba meraih simpati, minta disanjung, dipuji dan disyukuri.
Oleh kerana surah ini telah disentuh lebih lanjut daripada itu,
elok kita meneliti sejarah kaum Sabaq seperti yang diterangkan oleh Allah S.W.T.
di dalam Al-Quran. Menteri Kewangan merujuk kepada ayat 15 yang berbunyi
[Membaca sepotong ayat Al-Quran], "Makanlah olehmu dari rezeki Tuhan dan
bersyukurlah kepadanNya, sebuah negeri yang baik dan
Tuhan yang mMaha pPengampun."
Dalam ayat 16 selepas itu sebagai sambungan kepada ayat 15 yang
dibacakan oleh Menteri Kewangan, erti ayat itu, dalam
ayat yang ke-16, Allah S.W.T. berfirman [Membaca sepotong ayat Al-Quran]
ertinya "Tetapi mereka berpaling, penduduk-penduduk Sabaq berpaling dan
menderhaka kepada Allah kerana tidak mematuhi seluruh perintah-perintah Allah,
maka kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan pelbagai musibah dalam
pelbagai bentuk dan kami tukarkan kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang
ditumbuhi pohon-pohon yang berbuah pahit, pohon As dan sedikit dari pohon
Sidiq."
Ayat yang ke-17 pula menerangkan yang bemaksud, "Dengan
demikian kKami memberikan balasan kepada mereka
kerana kekufuran mereka dan kKami tidak menjatuhkan
azab, yang demikian itu melainkan hanya kepada mereka yang sangat
kufur."
Tuan Yang di-Pertua, dinamakan surah
ini sebagai Surah As-Sabaq kerana di dalamnya terdapat kaum Sabaq, Sabaq adalah
nama satu Kabilah dari pelbagai kabilah Arab yang tinggal di daerah Yaman
sekarang ini. Mereka mendirikan kerajaan yang terkenal dengan nama Kerajaan
Sabaqiah, ibu kotanya bernama Makrib kerana telah dapat membangun satu empangan
raksasa diberi nama empangan Makrib sehinggakan negara mereka subur dan makmur.
Kemakmuran dan kKemewahan dan
kemakmuran ini menyebabkan kaum Sabaq begitu angkuh, lupa dan ingkarkan
perintah Allah yang telah melimpahkan nikmatnNya
kepada mereka serta mereka juga ingkar akan seruan para Rasul yang diutuskan
kepada mereka. Disebabkan keingkaran mereka ini Allah menimpakan mereka azab
yang berupa banjir besar yang ditimbulkan oleh bolosnya bendungan empangan
Makrib. Setelah empangan Makrib itu pecah, negara Sabaq menjadi kering dan
musnah sama sekali.
Ini isyarat daripada Allah yang sangat wajar dijadikan iktibar
oleh kita semua terutama oleh mereka yang diberi amanah untuk memerintah bahawa
mereka jangan angkuh, kononnya mereka mencipta pelbagai kejayaan, membina KLIA,
Menara Kembar, Putrajaya, Cyberjaya dan macam-macam lagi.
Kita tidak menentang secara mutlak pembinaan ini tetapi
pembinaannya telah merangsang rasa angkuh dan sombong yang bukan kepalang
sehingga lupa diri dan memaksa rakyat supaya bersyukur kepada mereka. Pada hal
yang dituntut di sini ialah pemimpin dan rakyat mesti menyatakan dengan jelas
rasa kesyukuran mereka atas nikmat dan kurniaan Allah S.W.T.
Kurnia nikmat kepada negara kita bukan sebaliknya iaitu
menderhaka kepada Allah kerana menolak hukum dan peraturan-peraturannya. Mereka
membina masjid mega untuk menunjukkan konon mereka sangat mengambil berat dengan
pembangunan Islam tetapi dalam masa yang sama, mereka mengadakan pelbagai
halangan dan sekatan untuk menghalang dakwah berkembang dengan masjid dan surau
dengan hujah kononnya orang yang mengajar membawa unsur politik dan membawa
perpecahan. Ini adalah hujah yang sama digunakan di mana sahaja pemerintah
sekulear dan antiagama sejak zaman berzaman seperti
pemerintahan sekulear Kamal Attartuk di Turki,
kerajaan-kerajaan sekulear di dunia Arab seperti
Tunisia, Algeria bahkan di Indonesia dan lain-lain pada suatu masa dahulu.
Sebenarnya mereka bimbang jika dakwah berkembang subur rakyat
berpegang kepada Islam sekukuhnya, maka rakyat semakin meninggalkan UMNO dan
Barisan Nasional. Ini sebenarnya yang mereka takuti. Mudah-mudahan dengan
memahami konteks sebenar ayat ini akan menjadikan kita lebih dekat kepada Allah
dan sentiasa berharap akan pertolongannya dan bersyukur dengan melaksanakan
arahan-arahan dan perintah-perintahnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya memberi tajuk kepada Belanjawan 2001
sebagai ‘Belanjawan Tanpa Arah dan Belum Siap’. Ini kalau semasa ucapan Menteri
Kewangan Jumaat lalu, beliau telah menggariskan lima strategi utama,. Nnamun beliau mencadangkan
supaya tumpuan khusus diberikan kepada tiga daripada lima teras utama itu, lalu
beliau tidak langsung menyentuh strategi mengenal pasti sektor pertumbuhan baru
dan strategi meningkatkan kualiti hidup. Kedua-duanya saya rasa amat penting
bagi menjamin ekonomi yang berkembang dan berdaya tahan. Bila pula agaknya
beliau akan menghuraikan kedua-dua strategi ini? Selagi belum
dihurai, saya menganggap Belanjawan ini belum
siap.
Jelasnya, Tuan Yang di-Pertua,
ekonomi telah semakin pulih dan negara telah keluar dari kegawatan ekonomi.
Barisan Alternatif turut menerima kedudukan perkara ini. Kita sedar bahawa
pertumbuhan ekonomi dalam tempoh suku tahun pertama 2000 ialah 11.9%. Bank
Negara pula mengumumkan pertumbuhan sebanyak 8.8% dalam suku kedua serta
pengurangan sebanyak 3%. Kita tidak harus terlalu gusar dengan nilai-nilai ini.
Pertumbuhan kepada awal pemulihan telah dipacu oleh sektor pembuatan dengan
indeks produksi industri IPI yang tinggi dan juga merupakan sepertiga daripada
KDNK dalam suku tahun kedua sektor pembuatan tumbuh sebanyak 20%, sementara
sektor pembinaan hanya tumbuh sebanyak 3% dan perkhidmatan sebanyak 6.5%.
Walaupun akaun semasa dan imbangan
dagangan nampaknya sihat, import semakin meningkat dan lebihan dagangan semakin
menipis kebelakangan ini., Ppakar-pakar ekonomi tempatan telah mula meragukan sama ada
pemulihan tahap pertama yang digerakkan oleh pelaburan dan penggunaan awam mampu
diikuti oleh pelaburan dan penggunaan pihak swasta. Inilah yang diharapkan akan
mencetuskan pemulihan dari segi bekalan kewangan atau money supply dengan
izin, dan pertumbuhan pinjaman atau loan gross growth
namun ia masih belum dapat dipastikan.
Tuan Yang di-Pertua, kalaupun pemulihan ekonomi tahun 2000
tampaknya macam menyeluruh, kita masih terdedah
kepada pelbagai risiko perkembangan negatif dalam senario ekonomi antarabangsa
terutama memandangkan pertumbuhan-pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah dipacu
eksport.
Pertama, ada risiko berkaitan dengan terjadinya kemelesetan
besar di dalam ekonomi Amerika Syarikat sekiranya berlaku kejatuhan di dalam
pasaran saham.
Kedua, peningkatan kadar faedah antarabangsa berbanding kadar
faedah dalam negara boleh mengurangkan aliran masuk Dana.
Ketiga, jika pasaran elektronik jatuh mendadak pertumbuhan
eksport akan terjejas.
Keempat, jika pelaburan terus berada dalam kemelesetan maka
pertumbuhan ekonomi dalam tahun 2000 akan turut terjejas.
Kelima, wujud ketidaksejajaran di antara pertumbuhan ekonomi
benar dengan pemulihan pasaran saham membayangkan modal jangka pendek dan hot
money dengan izin, masih menguasai ekonomi dan pasaran dikuasai oleh
kegiatan spekulatif.
Oleh itu adalah bijak untuk melihat pemulihan yang berlangsung
sekarang dengan pendekatan yang berhati-hati. Kepincangan dan dialog ini akan
terus berlaku dan pelbagai teori dan telahan akan seterusnya dibuat oleh pakar
tempatan dan juga antarabangsa.
Saya menjangkakan bahawa Belanjawan kali ini akan mengambil
kira senario di dalam penyediaannya. Tetapi seperti ramalan beberapa orang pakar
ekonomi ianya bBelanjawan yang tidak ada kelebihan
atau keistimewaan mungkin kerana pilihan raya masih jauh.
Tuan Yang di-Pertua, keseluruhan pembentangan Belanjawan ini
secara umumnya mendedahkan kepada satu perancangan ekonomi yang kelam-kabut dan
tidak merujuk kepada satu perancangan jangka panjang atau jangka sederhana. Ini
kerana kedua-dua pelan yang sedia ada iaitu, ...Outline .....perspective
plan dua 2 dan
perancangan daripada tahun 1990 sehingga tahun 2000 dan perancangan jangka
sederhana, perancangan Rancangan
Malaysia Ketujuh tahun 1996 - 2000, kedua-duanya akan tamat dalam tahun
2000 ini. Sementara rangka rancangan jangka panjang seterusnya hanya akan
dibentangkan tahun hadapan.
Pihak kerajaan boleh mendakwa bahawa bBelanjawan kali ini adalah lanjutan atau fasar terakhir kepada kedua-dua plan. Tetapi jika meneliti
secara mendalam Belanjawan ini tidak lebih daripada Belanjawan politik UMNO -
Barisan Nasional dalam usaha mereka mendapatkan semula pengaruh yang terhakis
dalam pilihan raya yang lalu. Ianya tidak langsung memberikan gambaran ianya
belanjawan untuk pertumbuhan seperti yang didakwa.
Kita juga kagum dengan peruntukan atau hairan dengan peruntukan
sejumlah RM204.79 juta yang diperuntukkan kepada
JAKIM, RM67.25 juga juta untuk Kementerian Pendidikan
dan RM51.34 juta kepada Jabatan Perdana Menteri untuk aktiviti Islam. Semua ini
dihapuskan oleh tindakan Kerajaan BN yang cuba memisahkan rakyat daripada
institusi ulamak, menekan pendidikan Islam dari
peringkat tTadika hingga universiti di mana
kursus-kursus pendidikan Islam telah dikurangkan.
Ppengajian di peringkat universiti
umpamanya di UiTM dikurangkan kepada enam semester kepada lima pertiga semester,
mengecilkan fungsi masjid, melaga-lagakan masyarakat melalui perlantikan
jawatankuasa masjid yang tidak demokratik, melabel gerakan Islam sebagai
fanatik, memperkecilkan hasrat rakyat untuk menjuruskan anak mereka dalam
jurusan agama, menghalang kuliah-kuliah dan majlis ilmu semata-mata kerana
dimakmurkan oleh parti pembangkang kononnya, mengugut untuk mendakwa pemimpin
parti pembangkang yang melaksanakan tugas dakwah dan bermacam-macam lagi kerenah
pemimpin Barisan Nasional.
Ada juga pemimpin tertinggi UMNO yang berlagak sebagai
ulamak dan memberikan fatwa-fatwa termasuk mengenai
dengan solat, fatwa-fatwa yang mengelirukan, menggunakan akal semata-mata untuk
mempertikaikan hukum syarak dan perintah yang termaktub dalam Al-Quran dan
al-sunnah. Sebahagian daripada hujah pemimpin UMNO ini adalah sama dengan
pandangan kumpulan antihadis yang sepanjang zaman mahu meruntuhkan akidah umat
Islam.
Saya mencadangkan supaya peruntukan khas disediakan kepada
JAKIM untuk memulihkan akidah kumpulan antihadis ini serta mana-mana pemimpin
negara yang sealiran dengan mereka. Kami tidak dapat menerima sebarang tindakan
yang mengsabotajkan Islam.
Tuan Haji Mohamad bin Sabu [Kuala
Kedah]: Yang Berhormat Ketua Pembangkang hendak tanya sedikit, sunyi ya.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan kepada JAKIM tahun ini cukup
tinggi diberi dan kita minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang setuju atau tidak
JAKIM mengendalikan kursus terutama sekali kepada mereka yang diisytiharkan
menyeleweng oleh Majlis Fatwa, di antaranya kumpulan antihadis.
Dalam ucapan pemimpin antihadis ini, pemimpin Jjemaah Al-Quran yang berucap dalam mesyuarat aguong mereka, mereka mengatakan bahawa pertubuhan mereka
dilindungi oleh Perdana Menteri iaitu, Majlis Fatwa isytihar Jjemaah Al-Quran ini menyeleweng. Presidennya, Pengerusinya
kata, ia dilindungi oleh Perdana Menteri sebab itulah mereka tidak ditahan di
bawah ISA, tidak seperti orang-orang yang dituduh syiah dan sebagainya -
sekarang tiga orang dalam ISA yang telah ditahan begitu banyak dahuluynya. Ertinya, apakah orang Jjeemaah Al-Quran ini perlu, yang telah difatwakan oleh
Majlis Fatwa Kebangsaan dididik oleh JAKIM di Pusat Pemulihan Akidah atau di
lain-lain kursus dan juga orang yang melindungi Jjemaah Al-Quran ini perlu juga diberi kursus oleh JAKIM
supaya tidak melindungi satu pertubuhan yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa
sebagai "sesat", minta ulasan Yang Berhormat Ketua Pembangkang. [Ketuk meja[KetawaTepuk]. ].
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Yang
Berhormat bagi Kuala Kedah. Memang saya telah mencadangkan dan saya sendiri pun
membaca ucapan Kassim Ahmad ini iaitu, Pengerusi Pertubuhan Al-Quran yang
mendakwa mereka mendukung Al-Quran, sebenarnya,
apabila mana-mana kumpulan yang menolak hadis Rasulullah s.a.w bererti mereka
juga menolak Al-Quran. Janganlah mereka cuba hendak menipu, memperdayakan diri
mereka dan memperdayakan orang lain. Saya sangat terkejut apabila membaca ucapan
itu dan mendapati bahawa pPengerusinya mengakui
bahawa mereka mendapat perlindungan daripada Perdana Menteri. Oleh sebab itu,
saya mencadangkan supaya JAKIM mestilah dibekalkan dengan tokoh-tokoh Islam yang
lebih berwibawa, yang mampu untuk memulihkan akidah kumpulan-kumpulan yang
menyeleweng, ini juga boleh memulihkan akidah mereka yang mendukung atau memberi
perlindungan atau menyokong kumpulan-kumpulan yang sesat dan menyeleweng ini
tanpa mengira kedudukan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat menerima sebarang
tindakan yang dianggap sebagai satu sabotaj kepada Islam. Jika BN serius,
kita mahu mencadangkan sebahagian peruntukan di atas dijadikan sebagai biasiswa
untuk menghantar anak-anak kita ke institusi pengajian Islam seperti Al-Azhar di
Mesir, Madinah, Saudi Arabia ataupun universiti-universiti di Jordan dan
sebagainya. Janganlah kita meragui masa hadapan lulusan agama ini dan sebagai
mata rantai dakwah Islam, mereka mempunyai tugas berat dan penting.
Kami kesal dengan tindakan kerajaan dan menghasut pentadbiran
Universiti Al-Azhar untuk tidak menerima kemasukan pelajar Malaysia melainkan
mereka yang mempunyai kelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia sahaja, [ketuk meja], [KetawaTepuk]. satu peperiksaan
yang dikendalikan oleh kerajaan. sebab Sebelum ini pelajar kita dapat memasuki Al-Azhar berbekalkan
pelbagai sijil yang diiktiraf. ....BA sentiasa
mahukan pembangunan seimbang dan tidak hanya cenderung kepada pembangunan
fizikal semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya pergi lebih lanjut, saya
minta JAKIM dan rakan-rakanmasyarakat Islam negara
ini melihat satu perlanggaran terhadap Islam yang berlaku dalam keghairahan
sebahagian kita mencari keuntungan.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli]: Yang Berhormat
Ketua Pembangkang, minta penjelasan sedikit. Saya kurang jelas yang
sebenarnya, apakah alasan kerajaan mengehadkan mana-mana pelajar aliran agama yang akan ke
Al-Azhar mesti hanya mendapat kelulusan STAM sahaja dan tidak sijil-sijil yang
lain. Walhal, sijil-sijil yang lain itu yang dikendalikan oleh pihak-pihak
negeri yang sudah sekian lama, berpuluh-puluh tahun telah diluluskan oleh pihak
Al-Azhar dan mana-mana universiti terkemuka Islam dunia telah melahirkan
tokoh-tokoh agama seperti Ketua Pembangkang sendiri, Yang Amat Berhormat Menteri
Besar, Terengganu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar
Kelantan dan juga '‘Yang Amat Berhormat Menteri
Agama'’ di Jabatan Perdana Menteri sendiri. Apakah
alasan hanya STAM sahaja, apakah ada rahsia-rahsia di sebalik STAM itu? Sekian,
terima kasih.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih, Yang
Berhormat bagi Jeli. Pada hemat saya tidak ada alasan selain daripada hendak
menyempit peluang pelajar-pelajar agama dari sSekolah-sekolah aAgama rRakyat dan sekolah-sekolah agama yang dikendalikan oleh
negeri-negeri untuk menyambung pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi
dalam Universiti Al-Azhar, yang merupakan universiti yang tertua, bukan sahaja
di dunia Islam tetapi di dunia ini.
Kita juga mendapat penjelasan dari pihak Universiti Al-Azhar
sebenarnya satu perjanjian telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pendidikan dengan Kerajaan Mesir oleh Kementerian Pendidikan di sana
yang membatasi kelayakan untuk memasuki ke Universiti Al-Azhar hanyalah bagi
mereka yang memegang Sijil Tinggi Pelajaran Agama yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan sahaja. Dengan itu, kita tidak
bersetuju dengan langkah ini kerana terdapat sekolah-sekolah agama yang
dikendalikan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang telah pun mendapat pengiktirafan
Al-Azhar sejak berpuluh-puluh tahun bahkan adanya di antara sijil-sijil itu yang
mendapat pengiktirafan oleh Universiti Al-Azhar sebelum wujudnya Kementerian
Pendidikan dan sebelum negara kita merdeka. Tetapi
telah....[disampuk].
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Sri Gading
bangun, Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima
kasih Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang.
Saya ingin penjelasan kerana kita tidak boleh hendak membuat
tuduhan melulu di Parlimen ini melainkan lebih baik kita membuat penjelasan
supaya semua pihak faham. STAM ini ialah Sijil Tinggi Agama Malaysia ini ialah
untuk menyelaraskan kelulusan-kelulusan pelajaran agama di Malaysia yang hendak
melanjutkan pelajaran ke universiti kerana tidak mahu seperti yang ada pada hari
ini bertelingkah antara satu dengan lain dan yang lebih hendak dititikberatkan
ialah kerana kelemahan Bahasa Arab . Bahasa Arab
yang lemah yang dimiliki oleh pelajar-pelajar kita iaitu, menyebabkan supaya
diselaraskan semua sijil ini untuk menentukan ia
punyai kelayakan hendak menduduki Universiti
Al-Azhar. Jadi, itu sebabnya STAM ini menjadi salah satu sebab untuk kita
menghantar pelajar-pelajar kita ke universiti, jadi saya ....ianya ingin penjelasan.
Apakah penjelasan ini tidak baik?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Sejak tahun lalu lagi saya mengatakan bahawa kita tidak menentang
Sijil sijil STAM ini.
Tetapi yang kita tentang ialah usaha, tindakan untuk mempengaruhi Universiti
Al-Azhar untuk membatalkan pengiktirafannya terhadap sijil-sijil yang telah
sedia diiktiraf.
Persoalan mengenai dengan kelemahan Bahasa Arab, kewujudan
Sijil sijil STAM ini juga
tidak menjamin penguasaan Bahasa Arab yang baik yang akan dicapai oleh
pelajar-pelajar yang mengambil Sijil Tinggi STAM ini. Kamu boleh mengeluarkan
sijil kamu sendiri tetapi jangan menghalang sijil ini dikeluarkan bahkan ianya yang telah sedia diakui dan diiktiraf sejak
berpuluh-puluh tahun yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya pergi lebih lanjut, saya
minta JAKIM dan masyarakat Islam negara ini melihat satu pelanggaran terhadap
Islam yang berlaku terhadap keghairahan sebahagian kita mencari keuntungan. Saya
tidak mahu mengulang pendedahan tentang tokoh ternama Melayu yang
mempengerusikan syarikat-syarikat judi seperti Magnum Corporation dan Genting
Berhad kerana saya yakin semua sudah tahu.
Saya ingin mendedahkan perihal syarikat-syarikat di mana
Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan pemegang saham terbesarnya terlibat
melabur dalam syarikat yang aktivitinya yang
bertentangan dengan Islam. Bbegitu juga saham
amanah lain dan juga Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan KWSP. Sebagai
contoh Syarikat Hup Seng Consolidated Berhad di mana PNB memegang 12.56 peratus
sahamnya adalah pemegang 25.7 peratus saham Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.
KWSP juga mempunyai hampir RM8 juta saham atau 1.12 peratus saham Genting
Berhad. Saham Amanah Sabah pula melabur dalam Repco Holding Berhad yang juga
merupakan syarikat judi. Lembaga Tabung Angkatan Tentera pula melabur lebih RM62
juta saham dalam Resort World Berhad sebuah lagi syarikat judi.
Sebagaimana yang kita tahu semuanya dalam perbahasan mengenai
dengan Akta Rumah Terbuka Judi, Dewan ini telah mendengar pandangan-pandangan
dari wakil-wakil pelbagai kaum, walaupun mereka tidak mewakili kaum tetapi
mencerminkan yang menyatakan bahawa tidak ada kaum dalam negara ini menjadikan
judi sebagai budaya mereka.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Yang Berhormat Ketua
Pembangkang minta penjelasan sedikit. Kita perhatikan bahawa di dalam belanjawan
ini, bahawa kerajaan telah pun meningkatkan cukai bagi rokok dan juga bagi arak,
umpamanya minuman keras daripada 20% kepada 25% dan juga
kerajaan juga mengakui bahawa belia-belia negara rosak disebabkan oleh
pusat-pusat snooker dan pusat-pusat video dan telah mengharamkan pusat-pusat
snooker dan pusat-pusat video baru-baru ini yakni setelah sepuluh tahun Kerajaan
PAS Kelantan mengharamkan pusat-pusat snooker dan pusat-pusat video. Tetapi kita
lihat bahawa kerajaan tidak menunjuk minat untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti
perjudian di dalam belanjawan ini. Apakah dan sebab apakah kerajaan bagi
pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang memikirkan bahawa judi tidak memberi
apa-apa kesan kepada belia-belia negara. Minta penjelasan Yang Berhormat Ketua
Pembangkang.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Yang
Berhormat dari Jeli. Inilah menunjukkan sikap keragu-raguan UMNO dan Barisan
Nasional. Dalam peribahasa Arab mengatakan orang yang sebelah kakinya melangkah
ke hadapan dan sebelah lagi melangkah ke belakang, tidak mempunuyai pendirian yang jelas, sikap yang tegas. Satu ketika
mereka bimbang dengan gejala sosial yang berlaku, satu ketika mereka
merangsangkan faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya gejala sosial.
Tuan Yang di-Pertua: Sipitang bangun Yang Berhormat.
Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Tuan Yang
di-Pertua, terima kasih. Saya memang mendengar ucapan Yang Berhormat daripada
Pendang, Ketua Pembangkang dan kita hormati kenyataan beliau, apa-apa cadangan
itu memang baik,. tetapi apakah Yang Berhormat juga
sedar bahawa di Terengganu baru-baru ini masih lagi membenarkan penjualan arak.
Di negeri Terengganu lesen arak dikeluarkan apakah juga Kerajaan Negeri
Terengganu tidak mendapat saham daripada lesen arak tersebut?
Lepas itu pula, Kerajaan Terengganu pula mengalu-alukan kaum
Cina memelihara babri di Terengganu, apakah juga
saham daripada Kerajaan Terengganu?
Jadi, saya ingat tuduhan Yang Berhormat itu kalau begitu, PAS
juga kaki ke depan sebelah, kaki belakang sebelah, jadi, tidak ada beza.
Kita mestilah peka dengan keadaan berbilang kaum, berbilang
agama yang ada di negara ini dan kita mesti sensitif dengan keadaan ini. Apakah
Kerajaan Terengganu bercadang untuk menghapuskan segala undang-undang dan
mengharamkan segala yang berbentuk tidak halal dari segi Islam di negeri
Terengganu dan juga Kelantan itu sendiri, saya minta penjelasan. Banyak lagi,
kalau saya hendak cakap Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih dan juga Yang Berhormat bagi Sipitang. Kita kerajaan yang didukung oleh
PAS atau Barisan Alternatif di Terengganu dan di Kelantan. Kita mengasaskan
pembangunan kita kepada prinsip-prinsip Islam. Kita akan membenarkan kepada
rakyat apa yang dibenarkan oleh Islam. Oleh kerana Islam membenarkan orang-orang
yang bukan Islam mengamalkan apa-apa amalan atau budaya yang dibenarkan oleh
agama mereka dan Islam melarang kita mengganggu apa-apa amalan yang dilakukan
oleh penganut-penganut agama lain selama ianya tidak menyinggung ketenteraman
awam. Maka kita membenar, Terengganu dan Kelantan membenarkan penjualan arak
untuk orang-orang yang bukan Islam di kalangan mereka dengan mengehadkan jumlah
premis yang tertentu sesuai dengan bilangan jumlah penduduk yang bukan Islam di
Terengganu dan tidak ada sebarang premis judi yang dibenarkan di Kelantan dan di
Terengganu, tidak seperti Barisan Nasional yang mengaut keuntungan beribu-ribu
juta daripada judi dan arak. Ini perbezaan.
Ini perbezaan. Umpamanya mengenai dengan judi. Kita
telah mendengar perbahasan dalam Dewan ini wakil daripada Sabah, bukan Islam,
wakil dari kawasan Gaya, wakil daripada yang mewakili MCA dalam Dewan ini,
Gelang Patah, wakil daripada Bagan yang mewakili DAP semuanya bercakap bahawa
judi bukan budaya mana-mana kaum termasuk bukan oleh orang-orang Cina,
[KetawaTepuk]. mereka tidak mempertahankan amalan judi, bahkan mereka
menuntut supaya judi dihapuskan [Disampuk]
sama sekali [Disampuk] melainkan
UMNO, [KetawaTepuk]. wakil rakyat daripada Arau, seorang wanita UMNO,
rupanya dalam UMNO ini wanita pun bermain juga
judi juga. [KetawaTepuk].
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Yang Berhormat mohon
penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, hendak beri jalan ya?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Okay, terima kasih.
Sebagai orang tua dalam Dewan ini, saya ingat adalah tidak elok menuduh dengan
perasaan marah menuduh wanita UMNO main judi. Kalau ada wanita yang tidak main
judi, berdosa Yang Berhormat, ini tuduhan tidak baik, ceritalah, tetapi jangan
tuduh kepada wanita. Kalau wanita itu tidak main, apa kata Yang Berhormat
sebagai orang alim menuduh sedemikian rupa. Terima kasih.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih dan terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Ini bukan tuduhan, ini adalah
kenyataan, adalah dalam Hansard Parlimen,
wakil rakyat dari Ahli Parlimen Arau yang mempertahankan judi dengan mengatakan,
ini kita menghormati budaya kaum, macam juga apa yang disebutkan oleh wakil
Sipitang tadi. Ini bukan tuduhan. Jadi, wanita UMNO juga mempertahankan judi.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua,
itu perbahasan. Tuduh berucap dalam Dewan dengan tuduh orang main judi, jauh
bezanya. Kalau tuduh orang main judi, maknanya dia tuduh Ahli Parlimen daripada
Arau itu main judi.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Wanita UMNO
mempertahankan judi.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Cakap umumlah,
tidak ada benda, ini menuduh wanita UMNO. Arau itu menegur bukan maknanya dia
main judi. Dia berucap dalam Dewan ini, sama juga dengan Yang Berhormat,
bercakap dalam Dewan ini sahaja.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya bukan mengatakan
dia main judi.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tadi Yang Berhormat
cakap Arau itu tadi. Itu kata saya Yang Berhormat, cakap itu baik-baik.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, wakil
daripada Arau mempertahankan judi, mempertahankan amalan judi di atas alasan
ianya merupakan budaya pelbagai kaum atau kaum-kaum yang lain.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Dan telah dinafikan oleh
wakil-wakil yang bukan Melayu dan bukan Islam dan bukan bumiputera yang berucap
untuk menolak judi sebagai satu budaya mereka.
Tuan Yang di-Pertua: Sipitang bangun Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Jadi, saya katakan bahawa
rupanya dalam UMNO ini wanitanya pun mempertahankan judi kalau pun, saya tidak
mengatakan wakil Arau itu berjudi.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Mempertahankan dengan
main judi - lain.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Sipitang bangun, hendak beri jalan
atau tidak?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya, saya sudah beri kepada
dia tadi, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ya. Sri Gading?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Pun samalah juga.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Sebenarnya banyak lagi yang
boleh didedahkan tetapi apa yang saya hendak sebutkan ialah kita tidak mahu
pelabur-pelabur dari kalangan umat Islam teraniaya dengan pelaburan mereka dalam
saham amanah …
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Minta sedikit laluan,
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: … atau simpanan mereka
dalam tabung …
Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak beri jalan Yang
Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tabung Angkatan Tentera dan
KWSP terlibat dalam pelaburan yang haram. Pengiktirafan terhadap kerja kuat
sektor awam yang bersedia berdikit-dikit semasa negara susah, tanpa mengurangkan
prestasi kerja mereka.
Saya ingin bertanya kepada umat Islam yang melabur sama ada
mereka mahu mendapat hasil daripada aktiviti perjudian atau arak. Bagaimana kita
mahu mendapatkan keberkatan apabila aktiviti kita dicemari oleh kejadian, kegiatan haram. Perkara ini mesti dihentikan
segera. JAKIM perlu berani bertindak.
Tuan Yang di-Pertua, jika belanjawan asal 2000 yang
dibentangkan pada Oktober 1999 adalah belanjawan persediaan pilihan raya bagi
BN, belanjawan kali ini adalah belanjawan balas dendam. Ini amat mudah
disaksikan apabila Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dalam ulasan mereka
selepas pembentangan belanjawan merasionalkan kenapa tiada bonus diberikan untuk
kakitangan perkhidmatan awam.
Mereka mengatakan bahawa kenaikan gaji 10% tahun lalu adalah
lebih tinggi daripada bonus sebulan. Ini adalah kenyataan yang mengelirukan
serta menggambarkan ketidakikhlasan pemimpin negara, apakah mereka tidak dapat
membezakan antara kenaikan gaji dengan bonus.
Adakah asas pemberian bonus dan kenaikan gaji itu sama pada
anggapan mereka. Tidakkah mereka peduli untuk memahami bahawa kenaikan gaji
berkait dengan kos hidup yang sentiasa meningkat sementara bonus adalah bentuk
pengiktirafan terhadap kerja kuat sektor awam yang bersedia berdikit-dikit
semasa negara susah, tanpa mengurangkan prestasi kerja mereka. Tidakkah
kakitangan awam menjadi tulang belakang kepada apa yang dikatakan sebagai
pemulihan ekonomi Malaysia, tentunya mereka layak menerima bonus.
Kesatuan-kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam harus bangkit
bersuara mempertikaikan permainan kata-kata pemimpin BN ini, kami melihat sikap
kebudak-budakan pemimpin BN ini adalah cara mereka menunjukkan rasa marah
terhadap kakitangan awam yang telah menggunakan platform demokrasi menyokong
parti yang mereka suka dalam pilihan raya yang lalu.
Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kerajaan
mengiktiraf sumbangan kakitangan awam yang cukup hebat semasa tempoh kegawatan
ekonomi lalu dan memberikan mereka bonus sebagaimana yang dituntut oleh kesatuan
sekerja, MTUC sekurang-kurangnya satu bulan gaji ataupun yang dituntut oleh MTUC
sebanyak dua bulan gaji dengan jumlah minimumnya RM1,000. [Tepuk]
Antara yang ketara sifat balas dendam kerajaan ialah tiadanya
pemotongan cukai korporat seperti yang disebut-sebut sebelum ini.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Sipitang bangun Yang Berhormat,
boleh beri jalan atau tidak?
Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Tuan Yang di-Pertua,
hanya ingin bertanya sahaja. Kalau boleh, kerana kita memang menghargai.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya.
Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Ingin tanya sahaja
Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ketua Pembangkang
yang memberi laluan. Kita memang menghargai tugas-tugas pegawai kerajaan dan
sebagainya. Kita memang menghargai, mereka memang telah menjalankan tugas baik
sehingga negara kita maju dan merekalah penggerak menuju Wawasan 2020. Tanpa ada
komitmen daripada pegawai kerajaan ini memang sukar untuk kita mencapai hala
tuju ini dan sebab itulah baru-baru ini kerajaan menaikkan 10% dan bonous tidak diberi disebabkan telah diberi ganti 10% sebagai
kenaikan gaji itu.
Saya tidak tahulah ini, tahun akan datang barangkali ada
bonous. Kalau kerajaan PAS sayangkan pegawai
kerajaan negeri berilah kepada negeri Kelantan dan Terengganu bonous dahulu, 20%, 30%, 40% terpulang kepada mereka untuk
membantu. Jadi kita yang lain kita..…
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, nampaknya sahabat saya Yang Berhormat bagi
Sipitang sama fikirannya dengan Menteri Kewangan. Tidak memahami status bonous dan kenaikan gaji.
Saya telah sebutkan tadi antara yang ketara sifat balas dendam
kerajaan ialah tiadanya pemotongan cukai korporat
seperti yang disebut-sebutkan sebelum ini. Apakah kerajaan juga marah dengan
kumpulan-kumpulan peniaga yang dilihat sudah mula cenderung kepada Barisan Alternatif dalam pilihan raya yang lalu.
Jika Barisan Nasional bersikap gentleman dan percaya
dengan sistem demokrasi yang selama ini telah mengurniakan mereka kuasa, mereka
juga harus bersedia untuk menerima hukuman rakyat melalui sistem yang sama
apabila mereka menyeleweng. Kita melihat tingkah laku sumbang dan balas dendam Barisan Nasional ini juga berlaku
di negeri Terengganu. Menteri Kewangan cuba berbohong dalam Parlimen ini apabila
menyamakan royalti minyak….
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat perkataan bohong itu
adalah unparliamentary dalam Parliamentary
Yang Berhormat, minta tarik balik Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Saya kata "cuba" Tuan Yang
di-Pertua. "Cuba" pun
tidak boleh.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat perkataan itu
un Pparliamentary Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Cuba mengelirukan Parlimen
Tuan Yang di-Pertua: Perkataan itu
serupa Yang Berhormat. mMinta cuba janganlah
menggunakan perkataan "bohong" ataupun "menipu" itu. Saya
mintalah.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
"Mengelirukan" boleh.
Tuan Yang di-Pertua: Ya boleh.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Saya menggunakan perkataan "mengelirukan".
Tuan Yang di-Pertua: Minta tarik balik perkataan tadi Yang
Berhormat. Minta tarik balik perkataan tadi Yang Berhormat ya.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Tidak apalah bagi menghormati Tuan Yang di-Pertua saya tariklah.
Menteri kewangan telah cuba untuk mengelirukan Parlimen
kerana apabila menyamakan royalti minyak kepunyaan
Terengganu dengan ehsan yang entah dari mana datangnya. Ehsan itu pun tidak
diberikan tafsiran yang tetpapt. Perkara ehsan adalah perkataan ‘Islam’.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Sri Gading bangun
Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Tidak apa, saya beri sekali lagi Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang. Yang Berhormat
Menteri Kewangan jelas telah menyatakan pada 27
hari bulan, kalau
masih ada rasa keraguan, tidak puas hati bawalah
perkara ini ke mahkamah, habislah kisah. Mahkamah boleh memutuskan. Jadi lebih
baiklah. iIni adalah satu
permintaan daripada Menteri Kewangan untuk menjelaskan segala kekeliruan jikalau
berbangkit. Jadi bawa ke mahkamah selesai masalah itu sahaja. Terima
kasih,. sSetuju tak Yang
Berhormat Ketua Pembangkang bawa ke mahkamah.
Beberapa Ahli Pembangkang: Mahkamah, ‘mahkamah penipuAhmad Nispu’.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jangan jadikan isu
politik.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir tidak perlu melayan,
kerana itu soal yang lain.
Tuan Mohamad bin Sabu: Ketua Pembangkang tolong layan saya.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Tidak apa,perlu kita bincang.
Tuan Mohamad bin Sabu: Minta layan Kuala Kedah sedikit.
Tuan Yang di-Pertua, Parlimen tempat orang kata the highest body ialah untuk membuat undang-undang dan sebagainya. Oleh itu
bercakap di Parlimen ini kena menghormati orang-orang yang terdahulu. Kalau dia
ubah yang dahulu,
berertinya bercakap tidak betul ataupun dalam bahasa
yang lain bohong.
Tuan Yang di-Pertua: Perkataan Yang Berhormat itu.
Tuan Mohamad bin Sabu: Tidak betul, bercakap tidak betul.
Misalnya Ketua Pembangkang Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri menyatakan sama
ada semua negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah telah menandatangani
perjanjian dengan pPetronas untuk mencari gali
minyak sepanjang pantai, sama ada perjanjian
tersebut mengandungi apa-apa syarat ataupun kepentingan bersama, nyatakan juga
keuntungan bersama yang akan diterima oleh setiap negeri. jJawab Perdana Menteri. Ini
bukan backbuancher ya, Perdana Menteri.
Perdana Menteri ini bernama Allahyarham Tun Abdul
Razak.
Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia
melaiankan di Sabah dan
Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang
dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974. Saya diberitahu, Kerajaan Negeri di Selangor pun telah bersetuju
menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu tiap-tiap negeri akan
menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai,
diperoleh negeri masing-masing sama ada diperolehi dalam kawasan perairan atau
di luar perairan negeri tersebut yang dijual oleh Petronas atau agen-agen atau
kontraktor-kontraktornya. Adakah Tun Abdul Razak bohong, Menteri Kewangan
bohong?.
Seorang Ahli Pembangkang: Ha jawab. [Tepuk]
Tuan Mohamad bin Sabu: Jadi ini Parlimen Tuan Yang
di-Pertua, kalau Perdana Menteri yang berwibawa begitu telah bercakap duit iaitu 5%, sedangkan Menteri
Kewangan sendiri menafikan, kena buat pindaan Akta Petroleum untuk menarik balik
5% itu, kalau tidak hHansanrd ini kita buang
semua dalam parit dan Parlimen ini tidak guna bersidang, tempat bohong.
[Tepuk]. Jadi minta Ketua Pembangkang ulas, sekarang perkataan bohong
saya tarik dan saya gunakan perkataan menipu. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua: Ya sila.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua dan sahabat saya Yang Berhormat bagi Kuala Kedah. Memang kita
mempunyai himpunan-himpunan hHansanrd Parlimen yang membincangkan mengenai dengan isu
royalti dan isu petroleum di dalam Parlimen ini. Tidak ada sebutan dalam
perbahasan semenjak tahun 1980, 1982 dan seterusnya,
yang menyebutkan perkataan ehsan dalam perbahasan ini. Jadi ini satu putar belit yang dilakukan oleh Menteri Kewangan.
Putar belit tidak boleh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Boleh Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Untuk melayan sedikit daripada Yang Berhormat bagi Sri Gading tadi, soal ….
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar:
[Bangun]
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis:
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Hendak beri jalan atau tidak.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Sekejap, hendak jawab Yang Berhormat bagi Sri Gading. Bukan tidak boleh
Terengganu membawa kes ini ke mahkamah, memang boleh tetapi apa yang dibimbangi
kalau-kalau nanti Menteri Kewangan dipanggil menjadi saksi, dia berdolak dalik
dan tidak akan pergi ke mahkamah.
Beberapa Ahli Pembangkang : Ya
[Ketawa]
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Ini sudah berlaku dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim, bila Perdana
Menteri…
Beberapa Ahli Pembangkang : Ya,
[Tepuk]
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Dan beberapa orang menteri dipanggil untuk memberi saksi, mereka berdolak-dalik
meminta mahkamah meminta mahkamah menyatakan mereka
tidak perlu menjadi saksi.
Beberapa Ahli Pembangkang: Ya [Tepuk]
Seorang Ahli: Takut
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Boleh minta
laluan sedikit.
Tuan Yang di-Pertua: Ya hendak beri jalan tidak.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tidak pernah
tanya lagi ini. Pertama kali hendak bertanya Ketua Pembangkang.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Oleh kerana dia tidak bertanya lagi jadi tidak apalah.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima
kasihlah. Tadi Ketua Pembangkang ada mengatakan tidak perlu perkara ini dibawa
ke mahkamah. Saya hendak bertanya, adakah PAS takut
hendak membawa perkara ini ke mahkamah.
Puan Chong Eng: [Menyampuk]
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: No, no yang
lain jangan campur. Hendak bangun. Saya cuma hendak tanya itu sahaja. Adakah
takut dengan kenyataan untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Itu sahaja., kalau tTakut kalah kah.? Jadi minta penjelasan. Janganlah Ketua Pembangkang kata
tidak perlu dijawab. Kita menghormati Ketua Pembangkang sebagai contoh, role modael di
Parlimen ini. Terima kasih
Dato' Haji Fadzil bin Md.Noor: Terima kasih Yang Berhormat
bagi Larut. Tuan Yang di-Pertua soal mahkamah ini saya tidaklah hendak
menyebutkan dalam Parlimen ini untuk menambah buruk lagi eimej mahkamah dalam negara kita. Kerana dunia semua
mengetahui tentang kebebasan kehakiman, kebebasan sistem keadilan yang berlaku
dalam negara kita. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang melihat dengan pandangan
yang tidak yakin tetapi masyarakat antarabangsa juga terutama di kalangan
pengamal-pengamal undang-undang juga mengkritik dengan
sistem perundangan yang berlaku dalam negara kita.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ini saya
ingat kena hati-hati sedikit Ketua Pembangkang ini kita…
Dato' Kamarudin bin Jaffar: Tuan Yang di-Pertua, pohon
penjelasan.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Itu
pandangan tentang institusi kehakiman. sSaya rasa kita jangan bawa institusi kehakiman ke mari.
Ini mungkin dianggap kita membuat satu pandangan yang tidak begitu baik untuk
mahkamah.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ini
hendak jaga Ketua Pembangkang kamu ini.
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Saya belum beri jalan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Rompin sudah
bangun.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tidak beri jalan
kepada Yang Berhormat bagi Rompin. Siapa suruh dia bercakapm pandai-pandai.
Dato' Kamarudin bin Jaffar: Tuan Yang
di-Pertua, pohon penjelasan.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,
peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua: Ya ada yang bangun di belakang.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: 36(6) seseorang ahli tidak
boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas seseorang
ahli lain. Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi telah mengeluarkan sangkaan
jahat kepada Menteri Kewangan yang membuat presumption bahawa Yang
Berhormat Menteri Kewangan nanti tidak akan menghormati perintah mahkamah kalau
kes ini dibawa ke mahkamah. Ini satu sangkaan jahat. Berbalik kepada kes-kes yang lepas Tuan Yang di-Pertua
pun sedia maklum prosedur kita hendak sapina seorang
saksi, ada peraturan-peraturan tertentu. Jadi ini
harus ditarik balik. Tidak boleh menganggap bahawa Ahli-ahli Parlimen tidak
mahu menghormati keputusan mahkamah. Ini sangkaan
jahat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Yang Berhormat bagi Tumpat
tadi.
Dato' Kamarudin bin Jaffar: Pohon penjelasan. Yang
Berhormat Ketua Pembangkang menyebut dalam menjawab soalan tadi berkaitan dengan
sistem kehakiman. Saya pohon penjelasan dan pandangan Yang Berhormat Ketua
Pembangkang mengenai satu laporan yang kita ada yang
merujuk kepada suatu kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Hong Kong yang mana
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru sahaja pergi.
[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji
Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan
mesyuarat]
Yang menyatakan mengikut laporan oleh pPolitical and eEconomic Risk reach c Consultancy
bahawa tempat Malaysia dari segi keyakinan dunia pedagang kepada sistem
kehakiman dan hakim-hakim kita, jatuh kepada nombor
lapan. Nombor satu Singapura, nombor dua Jepun, Nnombor tiga Hong Kong, nombor empat Taiwan, nombor lima
Filipina, nombor enam Thailand, nombor tujuh Korea Selatan, nombor lapan
Malaysia dan apakah pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, kenyataan Yang Berhormat Dato’ Megat Najmuddin, PresidenPresident for
Federation of pPublic luListiedst cCompany yang mengatakan
bahawa the country needs better judges to counter low
ok confident in its illegal system. Negara
ini memerlukan hakim-hakim yang lebih baik untuk meyakinkan dunia
perdagangan akan sistem kehakiman negara kita. Apa
pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tuan Yang
di-Pertua, perkara 36(8). Yang Berhormat bagi Tumpat ini cuba hendak mengalihkan
perhatian. Ini 36(8).
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Nanti dia jelaskan.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: 36(8)
Tumpat cuba hendak mengalihkan ini kepada yang lain. Cuba baca 36(8), kita tidak boleh menyentuh tentang sifat-sifat di bawah
itu Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu. Tuan Yang di-Pertua, Yang
di-Pertuan Negeri ataupun hakim-hakim. Kita tidak boleh menyentuh sifat-sifat hakim-hakim. Yang Berhormat bagi Tumpat cuba membawa
kepada perkara yang lain. Ini saya kalau boleh beralih kepada perkara yang
dikatakan sekarang. Ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Tidak apa Yang Berhormat duduk.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Kita
tidak hendak menyentuh dalam Dewan yang mulia
ini, institusi Parlimen tidak boleh mempersoalkan
institusi yang lain. Jangan Yang Berhormat bagi Tumpat hendak membawa perkara
yang lain. Ini bukan ceramah di luar. Ini Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Duduk-duduk Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ini disebabkan oleh kerana wakil Yang
Berhormat bagi Sri Gading mencabar Yang Berhormat
bagiKerajaan Negeri Terengganu untuk membawa kes ini ke mahkamah. Jadi
persoalan amahkamah harus
diperjelaskan, mengikut pandangan bukan sahaja
seorang tetapi pandangan berbagai pihak dan saya bersetuju.
Tuan Mohamad bin Sabu: Satu lagi, jawab sekalilah. Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Yyang Berhormat jaga undang-undang. Beliau buat Ph. D di antaranya mempertikaikan sistem kehakiman di
Malaysia dikuasai oleh eksekutif.
Seorang Ahli: Betul.
Tuan Mohamad bin Sabu: Adakah kerajaan bersetuju pecat
menteri itu. Kerana dia menjadi menteri undang-undang sedangkan dia kata bahawa
di Malaysia ini eksekutif yang menguasai kehakiman. Kamilah yang menjadikan tambahan bukunya itu, bahan ceramah di seluruh negara.
Kami yang tidak tahu undang-undang baca buku Dr. Rais Yatim untuk memahami
undang-undang bagaimana eksekutif menguasai kerajaan.
Beberapa Ahli: [Menyampuk][Tepuk]
Tuan Mohamad bin Sabu: Sekarang pecat menteri itu setuju
atau tidak. Minta Perdana Menteri mempecat dia.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ini bukan kuasa kita, tidak payahlah.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh wakil
Yang Berhormat bagi Tumpat dan juga Yang Berhormat
bagi Kuala Kedah berhubung dengan sikap berubah-ubah Menteri di Jabatan Perdana
Menteri yang ditugaskan untuk menjaga hal-hal
undang-undang. Beliau ini memang berubah-ubah bukan sahaja dari pandangan dan
sikap tetapi juga dari segi platformnya, berubah-ubah. Orang yang seperti
ini, orang yang tidak berprinsip seperti ini tidak
boleh diambil kira. Memang saya telah menyentuh soal buku yang ditulis oleh
beliau, tesisnya itu dalam ucapan yang lalu.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ada yang berdiri Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Tanjung Karang.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: [Bangun]
Dato' Haji Fadzil bin Md.Noor: sSaya tidak beri jalan.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Bolehlah, sekali sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tidak beri Yang Berhormat.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Sekali sahaja, last selepas
ini sudah tidak kacau lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tidak beri Yang Berhormat.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Tolong sekali sahaja
Beberapa Ahli: [Sorak] [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tidak beri Yang Berhormat.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Ini sebab kita ada bukti ini.
Minta penjelasan ini. Hendak minta bukti ini. Hendak minta penerangan sahaja
ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Hendak beri, berilah Yang Berhormat.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Ini dalam surat khabar ini,
saya hendak bertanya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Hendak beri jalan.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Hendak minta penjelasan
ini.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
Berilah, bagi dia puas hati.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ha dia beri.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih. Saya hendak
tanya pendapat daripada pihak pembangkang. Adakah pembangkang ini dia lebih
percaya kepada mahkamah ataupun dia lebih percaya kepada fitnah. Ini dua
perkara., sSaya hendak
baca ini ya. Kkenyataan
yang dibuat oleh Yang Berhormat bagi MarangTuan Haji Abdul
Hadi bin Haji Awang dalam surat khabar Islah,
ini bukan surat khabar UMNO, surat khabar pembangkang. Saya hendak baca ini.
Tajuk dia, guna royalti minyak langgan perempuan. Dia beritahu di sini, saya
ambil antaranya, kerja mereka cukup memalukan. Wang
hasil royalti minyak itu digunakan untuk perempuan, minum arak dan melakukan
maksiat. Kita ada bukti nyata tentang hal ini, katanya sambil mengingatkan
bahawa ada bukti ‘berlori-lori’ tentang penyelewengan pemimpin-pemimpin terdahulu.
Jadi kalau betul PAS ada bukti,
mengapa tidak bawa ke mahkamah. Adakah PAS lebih suka menaburkan fitnah seperti
ini. Menuduh pemimpin dahulu menggunakan wang untuk maksiat dan perempuan di
dalam surat khabar tanpa memberikan bukti-bukti yang kukuh. Kita sedia
maklum, bukti yang kukuh ini kena ada di mahkamah.
Kalau macam ini memang saya tidak hairan. Memang tabiat dan perangai pembangkang
suka menaburkan fitnah. Yang mana lebih baik, sama
ada kita membawa kes ini ke mahkamah ataupun berterusan menaburkan fitnah di
kalangan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Yang Berhormat jawab dahulu.
Seorang Ahli: Siapa hendak jawab
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
…..sekali. Penudah nanti
tidak jawab semua nampaknya. Kak ara***
Tuan Mustafa bin Ali: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
apa yang disebut sebagai fitnah itu bukan fitnah, kita mempunyai proof, ada puncanya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ini tidak mahu, ini tidak mahu Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak boleh
jawab. Itu menjawab tuduhan dia sebab itu saya tidak bagi. [Ketawa].
Sekarang ini di antara Tanjong Karang dengan Pendang. Jadi Pendang hendak jawab,
jawablah kalau tidak hendak jawab, awak orang berdiri minta penjelasan.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Yang
Berhormat, saya percaya bahawa Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Terengganu membuat kenyataan itu sudah tentu
beliau mempunyai bukti yang cukup kukuh dan insya-Allah akan sampai
masanya untuk Yang Berhormat Tanjong Karang akan mengetahui bukti-bukti itu.
[Tepuk].
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ya, Tumpat minta lagi.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar: Saya pohon penjelasan
dari Ketua Pembangkang adakah Ketua Pembangkang sedar bahawa dari segi membawa
kes ini kepada mahkamah seperti yang dirujuk oleh Tanjong Karang itu adalah
tugas orang yang kena tuduh atau merasakan mereka yang kena tuduh ataupun kalau
kes itu kes jenayah oleh pihak pPeguam nNegara dan bukannya pihak yang mengeluarkan kenyataan yang
dikaitkan dan dibaca oleh Yang Berhormat tadi.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya, memang Tuan Yang
di-Pertua bahawa undang-undang menentukan bahawa kes-kes jenayah hanya pPeguam nNegara sahaja yang
berhak untuk membawakan kes-kes itu ke mahkamah. Insya-Allah, jika penyiasatan dibuat lengkap saya rasa kKerajaan Terengganu akan mengemukakan kes itu untuk
dirujuk kepada pPeguam nNegara untuk diambil tindakan-tindakan jika terdapat
kesalahan-kesalahan jenayah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu mengenai wang
royalti minyak ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Sungai Petani bangun Yang Berhormat. Hendak bagi?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Dia hendak buat apa itu?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Tidak tahu dia. Dia minta penjelasan. [Ketawa]
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tidak, tidak. Minta
penjelasan sedikit.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Cakaplah, bangkit berdiri
sahaja siapa pun boleh bangkit.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ya, minta penjelasan. Bagi?
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Sebelum kita dapat
penjelasan…
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia belum tentu lagi bagi tidak bagi. Pendang bagi?
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Bolehlah sekali sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia hendak minta penjelasan.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Minta
penjelasan..
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Penjelasan Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak apalah, bagilah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Silalah.
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Dato’ Ketua
Pembangkang. Banyak Dato’ telah beri penjelasan begitu begini dan juga disambut
oleh ahli-ahli dan disokong oleh parti pembangkang. Nampaknya kita tidak perlu
lagilah putar belit sana sini mengatakan itu bawa mahkamah dia kata mahkamah
nampak macam tidak betul, kata dia nampak macam
tidak betul kemudian keluarnya evidence, keluarnya
kata orang itu kata orang ini kata di Hong Konglah. Banyak sangat ini
cerita-cerita.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, apa
penjelasan yang dia hendak buat.?
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Jadi penjelasan saya apakala
sudah banyak sangat macam itu Yang Berhormat sudah bangkit, sekarang saya hendak minta penjelasan dari Yang Berhormat
Dato’ Ketua Pembangkang apa tunggu lagi, terus
sahaja, ayuh bawa ke mahkamah kes ini.
[Sorak]
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ala, hak itu la sahaja pun.
Mahkamah ‘Ahmad Neisfu’. [Ketawa]
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, rakyat
telah melihat sendiri isu perjanjian antara Petronas dengan kKerajaan Terengganu. Kita juga telah membaca sendiri isi
ucapan pemimpin negara dalam Parlimen pada masa lalu yang dicatiat dalam hHandsard Parlimen yang
mengakui bahawa bayaran tunai kepada kKerajaan
Terengganu oleh Petronas adalah bayaran royalti. Sehingga dalam lLaporan aAudit
nNegara mengenai dengan perjalanan audit negarakewangan Negeri Terengganu sehingga tahun 1998 Jabatan Audit Negara masih menyebut
bahawa bayaran oleh Petronas itu sebagai bayaran royalti. Dalam muka 10 jJadual 8 - hasil tahun 1998
berbanding hasil 1997, Ketua Audit Negara menyebut royalti petroleum dan
gas, beliau tidak menyebutkan ehsan sebagaimana
disebutkan oleh Menteri Kewangan. [Sorak] [Tepuk]
Sejak bila pemimpin UMNO mendapat mimpi untuk menukar royalti
kepada ehsan.?
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Bukan mimpi, mamai, mamai.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Pada hal sewaktu Perdana
Menteri membuat kenyataan ketika beliau pulang daripada lawatan ke Mesir
menyatakan tentang wang royalti ini sebagai ehsan,
Ketua Eksekutif Petronas menyatakan bahawa memang ada perjanjian bayaran royalti
yang mesti dibuat oleh Petronas kepada kKerajaan
Terengganu. [Tepuk]. Bahkan dalam sepanjang
budget negeri Terengganu sejak 22 tahun yang lalu,
begitu juga dalam kenyataan-kenyataan rasmi oleh Ketua Audit Negara menyebutkan
bayaran itu sebagai bayaran royalti dan bukan bayaran ehsan. Itu pun kerajaan
tidak memahami apakah itu ehsan sebenarnya. ‘Ehsan’ dalam Islam ialah kamu
membuat sesuatu kebaikan yang lebih melebihi daripada satu kewajipan. Itu ehsan.
Bukan mengambil wang orang kemudian menaburkan balik kepada orang-orang tertentu
dikatakan ini pemberian ehsan. Kalau mengikut perjanjian itu jelas bahawa 5%
daripada perolehan Petronas daripada hasil petroleum dan gas adalah menjadi
milik kKerajaan nNegeri
Terengganu sebagai satu royalti.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Yang
Berhormat….
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ya, Jeli berdiri ya.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Yang Berhormat Ketua
Pembangkang, minta satu soalan lagi kalau
boleh, penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ya, hendak bagi jalan?.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua dan Dato’ Ketua Pembangkang. Bila kita meneliti hHansard perjalanan Parlimen yang lepas-lepas bermula
daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Haji Abdul
Razak ayahanda kepada Menteri Pertahanan sekarang,
diikuti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ketiga Allahyarham Tun Hussien
Onn ayahanda kepada Menteri Belia dan Sukan
sekarang, dan diikuti dengan Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri kita sekarang Dato’ Seri Dr. Haji Mahathir sehingga kepada
tarikh 27 Oktober 2000 hHansard-hHansard tersebut semua menyebut di dalam perjalanan
Dewan ini semasa disoal balas, semasa sesi soal balas
dan sebagainya semua menyebut perkataan royalti. Tidak ada satu pun perkataan
sebelum itu yang menyebut ‘ehsan’ dan apa bahasa-bahasa
lainnya. Tetapi kenapa pada tanggal 27 Oktober tahun
2000 satu malapetaka bahasa telah berlaku bila
mana ada satu hamba Allah yang menukar perkataan
‘royalti’ kepada
‘ehsan’. Apa sebab jadi
begini?. Saya minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang
jawab alasan sebab-sebab kenapa ‘royalti’ ditukar kepada bahasa ‘ehsan’ semenjak 27 Oktober
2000. Sekian terima kasih..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tidak boleh jawab. [Ketawa] Hendak jawab, jawablah tetapi
tidaklah serupa kerajaan jawab. Sila, sila.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang Berhormat Tuan Yang
di-Pertua, saya yakin bahawa keputusan yang diambil oleh kKerajaan Barisan Nasional pusat untuk merampas pertama
menahan royalti itu dibayar oleh Petronas kepada kKerajaan Terengganu adalah atas agenda politik UMNO
Terengganu dan politik UMNO Malaysia. Ini kita dapat buktikan daripada satu
perbincangan yang diatur di negeri Terengganu oleh Ketua Penerangan UMNO
Malaysia dengan pemimpin-pemimpin UMNO negeri Terengganu yang juga dipanggil
dijemput bersama pegawai-pegawai dari JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di
Terengganu untuk berbincang tentang royalti minyak di Terengganu. Atas kapasiti
apa orang yang bernama Mustafa Mohamad itu memanggil kakitangan kerajaan untuk
berbincang bersama dengan pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu mengenai dengan isu
royalti minyak di Terengganu. [Tepuk].
Kita mempunyai cukup bukti di mana UMNO Terengganu mendesak
kerana UMNO Terengganu telah hampir mati selepas
pilihan raya yang lalu. Rakyat tidak lagi menerima UMNO di Terengganu.
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Minta
penjelasan sedikit.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Mereka tidak ada sumber
untuk membiayai perjalanan mereka.
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tuan Yang
di-Pertua, minta penjelasan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ada dua orang berdiri, Pendang.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: DuaKedua-duanya saya telah beri tadi.
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Eh,
belum.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya minta mereka dengar
dulu apa saya hendak cakap.
Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Saya belum diberi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Tiga berdiri Yang Berhormat. Hendak bagi tidak bagi?.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar:
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Bagi. Ketua Pembangkang
baik hati mesti bagi.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak apa, bagilah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Yang mana satu? Daripada empat itu yang mana?.
Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed : Yang mana, yang mana?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Yang mana satu pilihan?
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Okaylah
Rompin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ha, Rompin. Sila Rompin.
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya
nampak dari segi Ketua Pembangkang ini hatinya baik. Tetapi kadang-kadang itu
yang nota-nota dihantar daripada belakang itu. Yang sebenarnya yang berdiri ini
tadi dia terpaksa terima kasih kepada Ketua Pembangkang yang menyelamatkan nyawa
dia baru ini dalam pilihan raya. Kelantan tidak
terima dia hantar ke Kedah. Alhamdulillahlah Ketua Pembangkang orang Kedah, dapat juga selamat sebab orang Kelantan tidak mahu terima
dia. Sebab ada kes yang kita tahu dekat hotel itu kita tahulah. [Ketawa].
Tuan Mohamad bin Sabu: Sekali lagi
saya pergi Rompin, Yang Berhormat.
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis:
[Ketawa]
Tuan Mohamad bin Sabu: Saya pergi Rompin sekali lagi,
insya-Allah.
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima
kasih. Saya berbalik minta maaf Yang Berhormat.
Berbalik kepada isu ini, saya minta penjelasan kepada
Ketua Pembangkang, isu wang ini atas apa nama juga
dia tetap disalurkan kepada rakyat Terengganu. Yang apa ini gawat dan bangun
orang Terengganu ini. Kalau wang itu dibawa ke negeri Pahang barulah ataupun
dibagi ke Johorkah. Wang itu tetap diperuntukkan kepada rakyat Terengganu, itu apa isunya? Bermakna yang kita tahu bagi kepada
rakyat Terengganu, kalau wang itu disalur kepada
negeri lain mungkin boleh menjadi isunya, rakyat
Terengganu tidak terbela. Wang untuk rakyat Terengganu dibagi kepada negeri yang
lain,. mMungkin ada
isunya.
Yang keduanya, saya nampak
aAhli Parlimen Dungun ada. Dia ini orang lawyer.
Lawyerkan? Dengan izin, the man behind the sState
gGovernment of Terengganu. Betul, dari segi kKerajaan Terengganu
latar belakang saya terima kalau dibanding dengan kKerajaan Kelantan orangnya berkaliber macam Dungun itu
sendiri, termasuk juga the lop
Lord Presidentpresiden. Bekas lop presidenLord
President ya? Bekas ya?. Exco kerajaan.
Bermakna kalaulah ada perkara yang tidak puas hati,
the legal recalls with cost, dengan izin, patut diambil. Gunakanlah kesempatan ini kita bawa kepada
mahkamah. Tumpat dia sebelah sini dulu dia bersetuju. Bila belah sana dia lagu
lain sikit. sikit. Ini biasalahah dia kata Dato’ Rais
Yatim lagu lain-lain. Tumpat tidak lagu lain-lain? Lagu lain juga.
Itu saya minta kalau boleh Ketua Pembangkang nasihat kepada
anak buah belakang itu, nasihat kepada kKerajaan
Terengganu sebab sebagai Presiden PAS dia boleh menasihati kepada kKerajaan Terengganu. Itu kalau Terengganu hendak dengar
kata kepada Presiden PASlah. Tetapi kadang-kadang PAS Terengganu ini tidak mahu
ikut juga pPresiden dia. Minta pandangan daripada
Ketua Pembangkang sikit.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Mahkamah ‘A.R. Tompel’lah.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua,
nampaknya penyokong-penyokong kerajaan tidak ada alasan lain selain daripada isu
mahkamah.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Penjelasan Dato’.
Ringkas.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ya, hendak jawab dulukah ataupun hendak minta penjelasan. Dia hendak jawab
dulu .
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya hendak menjelaskan
tentang isu-isu yang dibangkitkan tadi. Apa yang dibangkitkan oleh Tumpat dan
lain-lain tadi iaitu mengenai dengan kenapa kita menentang hak yang semestinya
diperolehi oleh kKerajaan Terengganu dirampas oleh
kKerajaan pPusat. Kita
menentang rampasan itu..
Wang Petronas, selain daripada kita
mempunyai rekod dalam hHansard
Parlimen, jawapan yang diberi oleh Perdana Menteri
yang ada sekarang, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
dalam sidang Parlimen yang bertarikh 17 November 1982, antara lain beliau menyatakan "Berdasarkan kepada
sikap dan dasar inilah maka kKerajaan
Pusat dan Kerajaan pPersekutuan telah membuat
pertimbangan yang penuh teliti mengenai kadar pembayaran royalti dari hasil
pengeluaran minyak yang harus dibayar kepada kKerajaan nNegeri Sabah, Sarawak
dan Terengganu." Beliau menyebut perkataan
‘royalti’, beliau tidak
menyebut perkataan ‘ehsan’. Entah syaitan mana yang membisikkan ke telinganya untuk
menukar perkataan ‘royalti’ minyak kepada ‘ ehsan’.
Kerajaan tidak bercadang kata beliau untuk menaikkan
kadar…ziana..
Ziana 1220
Dato’ Fadzil: …entah syaitan mana yang membisikkan ke
telinganya untuk menukarkan perkataan royalti minyak kepada ehsan.
(Effa)
Kerajaan tidak bercadang, kata beliau, untuk menaikkan kadar pembayaran royalti yang sedia ada.
Itu tidak apalah, tidak naik 5%. Kita Tetapi bagilah
5% itu. Kemudian, dalam Hansard ini juga menyebut seorang wakil UMNO
Barisan Nasional daripada Pasir Putih menyoal kepada Perdana Menteri, "Tuan Yang
di-Pertua, saya ingin bertanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, daripada
jawapannya, telah menyebutkan bahawa kerajaan telah pun memberi royalti kepada
negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu." Ahli Parlimen UMNO pun mengaku pada waktu
itu, itulah royalti. Cuma Ahli Parlimen sehari dua ini sahaja yang tersasul.
"Setakat ini, sebanyak manakah setahun yang diterima dari segi wang bukan dari
segi peratus yang diterima oleh ketiga-tiga buah negeri tersebut?"
Satu lagi pertanyaan yang dikemukakan oleh wakil yang sama
kepada Perdana Menteri, beliau berkata, saya quote, "Tuan Yang di-Pertua,
saya ingin bertanya sekali lagi Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, daripada jawapan Yang Amat Berhormat tadi bahawa dalam masa
tiga tahun negeri Terengganu telah mendapat RM300 juta. Ini merupakan minat
parti pembangkang untuk merampas negeri Terengganu. Jadi, apakah pihak Kerajaan
Persekutuan mempunyai usaha kuasa yang lebih untuk
menentu, menambah ataupun mengurangkan royalti pada masa akan datang?". Dia
sebut juga perkataan ‘royalti’.
Perdana Menteri menjawab, "Tuan Yang di-Pertua, saya percaya
kemungkinan ini tidak akan wujud sama sekali kerana tidak mungkin….." kata
beliau, "….parti pembangkang menang di Terengganu". Ini satu sikap yang lupa
daratan, angkuh, yang menganggap seolah-olah dia yang berkuasa. Dia lupa kepada
kuasa Allah s.w.t. [Membacakan beberapa potong ayat Al-Quran] Kuasa itu
sebenarnya di tangan Allah. Dia yang berhak memberikan kepada sesiapa yang Dia
kehendaki dan mencabut kuasa itu daripada sesiapa yang Dia kehendaki.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad:
[Bangun]
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat ya. Parit Sulong. Hendak bagi
jalan? Ha, sila.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Dato’ Ketua Pembangkang, tadi
pertanyaan daripada Rompin tidak dijawab. Pokoknya sekarang, sama ada wang itu
masih lagi diberikan kepada Kerajaan Terengganu atau tidak. Kalau melihat
daripada kita, masih lagi diberikan hanya menerusi saluran yang sama dan mungkin
diberikan nama yang lain. Jadi, soalnya sekarang, kalau pihak pembangkang ingin
menegaskan Dewan yang mulia ini bahawa rakyat Terengganu tidak lagi menerima
bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, hasil daripada
minyak itu adalah tidak benar.
Yang kedua, adakah Yang Berhormat telah melihat perjanjian itu
di mana perjanjian itu hanya mengatakan bahawa minyak yang dikeluarkan dalam
kawasan Terengganu dan perairan yang tidak termasuk di dalam kawasan zon zone economic exclusive? Itu saya hendak tahu
daripada pihak pembangkang. Terima kasih.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang Berhormat, Tuan Yang
di-Pertua, ini perjanjian. [Menunjukkan satu dokumen perjanjian] Ini
perjanjian yang jelas, yang mungkin wakil dari Parit Sulong tidak membaca. Saya
percaya kalau wakil dari Parit Sulong berminat untuk mendapatkan butir-butir
perjanjian ini, mereka boleh menghubungi Pejabat Ketua Pembangkang kemudian ini.
Jelas.
Tuan Mohamad bin Sabu: Ketua Pembangkang, pendek sahaja
soalan.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Hendak jawab dahulu kah atau hendak
minta penjelasan?
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya hendak terangkan
sedikit pasal beberapa dua persoalan yang
dibangkitkan oleh Rompin dan juga Parit Sulong.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Hendak jawab dahulu ya?
Tuan Mohamad bin Sabu: Saya Tak,
hendak lawan pembangkang ini.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Dia hendak jawab dahulu, Yang
Berhormat.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak apalah.
Tuan Mohamad bin Sabu: Sikit sahaja.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Boleh, sekali kot.
Tuan Mohamad bin Sabu: Kalaulah perjanjian itu tidak betul,
Petronas tersilap bayar, mahu atau tidak Kerajaan Pusat mengarahkan supaya
Kerajaan Terengganu bayar balik kepada Kerajaan Pusat sebanyak RM7 bilion kerana
tersilap dahulu ini. Bolehkah kita berbuat begitu? Sebab kita cakap dengan orang
bodoh, kena cakap macam itulah.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Jangan sebut begitu., Yang Berhormat.
[Ketawa]
Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tarik balik.
Point of Order, Tuan Speaker, bahasa……
Tuan Mohamad bin Sabu: Tarik balik "bodoh". Kurang cerdik.
[Ketawa]
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Kita kadang-kadang sama-sama bodoh belaka. Sila. Serupa sahaja
manusia, bukan cerdik. [Ketawa]
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya fikir Tuan Yang
di-Pertua tidak perlu campur dalam perbahasan ini.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Saya tidak campur tapi janganlah sebut kata-kata macam itu, tidak
baik.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Memanglah. Itu yang disebut
oleh Menteri Kewangan dengan niat suci murni, hati murni. Apakah kalau sekiranya seorang yang merompak sebuah bank, kemudian
dia mengambil wang itu dan membahagi-bahagikan kepada penyimpan-penyimpannya,
memanggil orang-orang miskin, dibahagikan wang itu - bolehkah kita anggap dia
seorang yang baik hati sebab dia membahagikan wang orang lain? Ini royalti
minyak, ini wang Kerajaan Negeri Terengganu yang disebut di dalam
perjanjian.……
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Minta penjelasan
sedikit.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ya, Semporna.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Orang yang merompak,
orang yang tidak baik hati. Pernah Ahli Yang Berhormat bagi Pendang menyatakan
rompakan senjata di Sauk, [Ketawa] [Sorak] di Gerik itu adalah sandiwara
dan Ahli Yang Berhormat sebagai seorang Ahli Yang Terhormat dan saya jangka
sudah pun pergi ke Baitullah dan saya pun sudah pernah pergi Baitullah, sudah
naik haji, banyak kali umrah dah tapi kita selaku
seorang Islam apabila mengatakan bahawa itu adalah sandiwara, boleh dianggapkan
sebagai satu pembohongan kerana kalau menuduh kita selaku pimpinan di atas untuk
berbuat sesuatu sandiwara.…..
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya
percaya iniItu tidak ada kena-mengena, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tadi YB mengatakan
bahawa kalaulah satu rompakan itu dikatakan ini buruk dan kenapa pula tidak
dikatakan bahawa itu satu perbuatan yang buruk tetapi yang dikatakan bahawa itu
adalah sandiwara kerajaan. Pembohongan sebenarnya.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tidak faham apa yang
ditanya oleh wakil dari kawasan mana ini? [Ketawa]
Tuan Lim Hock Seng: Penjelasan.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Semporna. Tidak apalah, tidak payah
jawab.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Semporna. Kawasan yang tidak sempurna
lah katakan.
Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua,
penjelasan.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Kalau beliau mengikuti
kenyataan-kenyataan saya mengenai dengan Sauk, tidak ada sebarang perkataan
sandiwara yang saya pakai. Ini satu pembohongan dan fitnah.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Ini adalah satu
pembohongan. Sebetulnya Ahli Yang Berhormat bagi Pendang…..
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Nanti dulu Yang Berhormat ya. Tanya, hendak bagi atau tidak bagi?
Ha, Bagan ya.
Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, ada satu
peribahasa Melayu. "Orang diikat janji, lembu diikat tali", sekarang mana satu
ekor boleh dipercayai? [Ketawa] [Tepuk] [Dewan riuh]
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih….
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Pembangkang punya ekor.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: …Tuan Yang di-Pertua dan
terima kasih kepada wakil Bagan yang lebih memahami peribahasa Melayu daripada
wakil Rompin. Soalnya bukan soal pengagihan balik wang itu kepada rakyat
Terengganu tetapi soal mengambil hak Kerajaan Negeri. Itu persoalannya. Itu
dinyatakan di dalam perjanjian di mana di dalam perjanjian itu menyebut dengan
jelas bahawa…
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun]
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: ….. Petronas hendaklah
membayar wang tunai kepada kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara
dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati di Terengganu dan dijual oleh
Petronas atau ejen-ejen atau……
krotok-krotoknya.
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Penjelasan.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Nanti sekejap, saya hendak
bagi penjelasan.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ha, nanti sekejap.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Ini bukan soal bagi balik.
Macam saya katakan tadilah, kalau seorang yang merompak bank, kemudian dia
membahagi-bahagikan wang itu balik kepada rakyat, apakah itu dianggap dia
seorang perompak yang baik? Sedangkan dia membahagikan wang orang. Ini wang
rakyat Terengganu, wang Kerajaan Terengganu yang dipersetujui oleh Petronas.
Yang ditandatangani oleh Petronas dan diulang pengesahannya pada tahun 1987. Ini
yang dipersoalkan.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ada yang berdiri, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Apa alasan Kerajaan
Persekutuan mengambil wang itu?
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun]
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad:
[Bangun]
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ada dua orang berdiri, Yang
Berhormat.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak ada alasan.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Dua orang berdiri.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya bagi kepada Shah
Alam.
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih Dato’ Ketua
Pembangkang. Asas pertimbangan utama yang disuarakan oleh Ketua Pembangkang
bahawasanya Kerajaan Persekutuan menafikan hak Kerajaan Terengganu dalam royalti
mengikut definisi yang digunakan pihak Ketua Pembangkang tapi mengikut definisi
yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan bahawasanya minyak yang dijumpai di negeri Terengganu itu tidak termasuk dalam kawasan
perairan negeri Terengganu mengikut Enakmen
Undang-undang Tanah Kanun Negara dan kalau ada dispute daripada pihak
Kerajaan PAS sebagaimana yang disarankan oleh Menteri Kewangan dengan kepakaran
yang ada, dengan lot bekas Lord Presiden….
Tuan Haji Muhiyidin bin Haji Abd.
Rashid: [Bangun]
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: …bekas. Nantilah hendak bercakap. Hendak argue,
arguelah cara yang itu…. Jangan gunakan ini sebagai untuk mendapatkan
political mileage. Yang Berhormat kata hendak pergi buat ceramah seluruh
Malaysia menceritakan seolah-olah Kerajaan Persekutuan menafikan hak Kerajaan
Negeri Terenggagnu.
Soalnya, adakah hak itu wujud ataupun tidak? Kalau tidak wujud, kalau
ada rasa ada hak, silalah
pergi mahkamah.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: [Bangun]
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Nantilah Yang
Berhormat. Saya belum habis bercakap lagi. [Disampuk]
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Minta
penjelasan kah atau hendak bagi syarahan?
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Saya minta penjelasan.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, minta
penjelasan kah atau hendak bagi syarahan?
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Cukuplah Yang Berhormat ya.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang Berhormat mahu bagi
jalan.
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Kalau
Yang Berhormat bagi jalan, Bboleh saya sambung sedikit? Apabila kita
cakap supaya sila ke mahkamah, jangan gunakan isu ini untuk dapatkan
political mileage. Empat tahun lagi hendak election. Sekarang ini
soal bagaimana hendak menggunakan kesempatan kewangan ini untuk terus membantu
rakyat Negeri Terengganu. Soal pokoknya rakyat Terengganu dapat tak manfaat dan
nikmat daripada pembayaran ini? [Tepuk] Kalau dapat, terimalah hakikat
dan marilah kita sama-sama bangunkan Negeri Terengganu. Ini cakap tadi Mat Sabu
RM7 bilion hendak minta balik, sama ada RM7 bilion yang telah pun dibagi kepada
Kerajaan Terengganu, berapa banyak pembangunan infrastruktur yang telah pun
dibangunakan di Negeri Terengganu?
Tuan Mohamad bin Sabu: Mat Sabukah atau
Kuala Kedah?
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Kuala Kedah ya.
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Serupalah itu.
[Ketawa]
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ya, sila
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Ada peraturan dalam Dewan,
Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh menyebut nama seorang Ahli.
[Ketawa]
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ya, ya, saya sudah sebut.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Shah Alam ini diminta baca
…
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Okaylah tariklah, Kuala
Kedah. Puas hati?
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ha, dia dah tarik balik.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Minta dia baca Peraturan
Dewan. Duduk dalam sebuah bandar yang moden tapi fikirannya tidak moden.
[Ketawa]
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Tadi Yang
Berhormat…..[Ketawa]
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Soalnya, Tuan Yang di-Pertua, bukan soal memberi projek…..
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ketua
Pembangkang ini, minta penjelasan sedikit.…..
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Sekejap, sekejap.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ulasan
begitu, saya minta Ketua Pembangkang tambah guna. Anak buah belakang boleh tapi
jaga nama baik Ketua Pembangkang.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tidak bagi
peluang.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ha, dia tidak bagi peluang Yang Berhormat
Rompin.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Dia
menggunakan peraturan …..
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Jaga
standard Ketua Pembangkang. Jangan bagi Ketua Pembangkang cakap macam itu.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, Ketua
Backbencher pun tidak faham peraturan juga. [Tepuk] [Sorak]
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed:
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ada yang berdiri.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Dia bangkit, pakai cakap
"pederasghaih" begitu sahaja.,
mana boleh.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ha, terus, terus. Harap sama-samalah jangan main
"pedeghaihpederas" begitu. [Ketawa]
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya sudah perjelaskan
tadi, soalnya bukan soal bagi balik projek tapi soal yang pertama asasnya itu
hak Kerajaan Terengganu. Ini yang diambil, ini yang dirampas, ini yang disekat.
Ini samalah dengan perbuatan orang-orang Munafikin di Madinah.….
Seorang Ahli: Ya.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Sebagaimana yang
diperjelaskan…..
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad Dato’ Ir. Mohd. Zin bin
Mohamed:: Yang Berhormat, boleh saya minta
penjelasan?….
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Yang Berhormat
Tuan Yang di-Pertua., minta penjelasan.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Minta penjelasan.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: ….yang diterangkan oleh
Rasululullah.….
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad Dato’ Ir. Mohd. Zin bin
Mohamed: Saya tadi cakap, memang Kerajaan Negeri Terengganu tak ada hak atas minyak
itu….
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Nanti dulu. Jangan cakap Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Macam mana ini, macam
mana tidak ikut peraturan ini?
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Dato’ Ir. Mohd. Zin bin
Mohamed: Peraturan macam mana? Itu hari masa perbincangan
Belanjawan Menteri pun tidak ada peraturan., bangun
melalak. Sekarang semua kita buat tidak
boleh.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Yang Berhormat Shah Alam!
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, saya
belum beri penjelasan kepada ….
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed:
[Bangun]
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ini ada dua orang yang berdiri, Yang Berhormat., mereka nak Mminta penjelasan.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: …kepada
perkara yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Rompin dan juga wakil Parit
Sulong, tiba-tiba orang lain mencelah. Jadi, saya ingin memberi penjelasan satu
persatu.
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: :
[Bangun]
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ya, hendak bagi atau tidak bagi? Ada tiga orang yang berdiri Yang
Berhormat?
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tidak bagi.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Dia tidak bagi, dia hendak habiskan cakap dahulu.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Sabar, sabar.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Dato’ Ir. Mohd. Zin bin
Mohamed: Kita ikut peraturan, tidak bagi?
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Dia tidak bagi dulu, Yang Berhormat. Tolong diam ya.
Seorang Ahli: Anak-anak, diam.
[Ketawa]
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Bukan soal memberi balik
dalam bentuk projek tapi perjanjian mengatakan pembayaran royalti dalam bentuk
wang tunai kepada Kerajaan Negeri Terengganu, ini yang telah dikhianati oleh
Kerajaan Pusat.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Parit Sulong berdiri, Yang Berhormat. Hendak bagi jalan?
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Sama sahajalah soalan dia.
Tidak lebih dari itu.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Hendak bagi atau tidak bagi, Yang Berhormat?
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak bagi, tidak bagi.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Dia tidak bagi, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Cukuplah.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad:
[Menyampuk]
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Tunggulah dulu Yang Berhormat, dia
hendak jawab atau tidak jawab.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Kenapa Kerajaan Pusat
beria-ia sangat hendak mengatur program sendiri untuk Kerajaan Terengganu
sedangkan itu duit kerajaan.….
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Kenapa you beria-ia sangat
kata duit Terengganu.?
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Parit Sulong, dia tidak bagi.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Duduklah.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Soalan saya, Tuan Yang
di-Pertua, belum dijawab lagi. Saya tanya tadi, bagi jalanlah sekejap. Sedikit
sahaja.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ha, hendak bagi jalan kah
atau tidak bagi, Yang
Berhormat?
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Bagi sedikit.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak. Saya hendak jawablah
ini.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ha, dia hendak jawab itu.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Belum jawab pun.
Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Hendak jawablah. Memang
belum jawab. Apa tidak gherti antara ‘belum’ dengan ‘hendak’ ini? [Ketawa] Hendak jawab, memang belum jawab.
[Ketawa]
Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah]: Teruskan.
MO1235
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
..................Hendak jawab, tak jawab.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ini bercelaru Bahasa
Malaysia. Jadi wartawan begitu lama pun tidak erti juga!.
[Tepuk][Sorak]
Seorang Ahli: Mai parit!
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tanpa Kenapa Kerajaan Pusat hendak merancang siri
pembangunan di negeri Terengganu sedangkan rakyat Terengganu telah memilih BA,
PAS untuk memimpin Terengganu. [Tepuk] Pimpinan Terengganu merupakan satu
pimpinan yang mantap, yang padu, yang berkebolehan, yang berani.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Bukan macam pemimpin BN
takut, UMNO takut kerana ituhendak datang ke
Parlimen.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua,
penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia berdiri minta penjelasan, hendak beri Yang Berhormat?
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Berilah.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kerajaan Terengganu
telah membuat beberapa perancangan yang diakui sendiri oleh seorang bekas yang
pernah menjawat jawatan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua,
penjelasan.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar:
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dua orang berdiri, Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tak beri jalan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tak beri.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kalau tak suka
dengar, keluar.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Kuala Terengganu
tidak usah seibutk....
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tak beri, duduk Yang Berhormat.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Hooligan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Duduk, dia tidak beri Larut.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kerajaan Terengganu
telah membuat perancangan yang cukup rapi berasaskan kepada konsep Islam untuk
mengagihkan wang royalti minyak. Ini diakui sendiri dalam satu tulisan yang
dibuat oleh bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang kedua ketika
beliau mengadakan kunjungan, membuat pertemuan
dengan Menteri Besar negara Terengganu. Kenapa, apa
hak Kerajaan Pusat untuk merampas hak kKerajaan nNegeri, kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan sah.
Apakah hak Kerajaan Pusat, selain daripada hendak menggunakan dan memenuhi
hasrat dan agenda politik UMNO. Ini yang dibangkitkan dalam pertemuan.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: [Bangun]
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ada dua orang berdiri, Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tak beri jalan,
membuang masa.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tak beri, Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Pertemuan yang diadakan
di Hotel Gand Continental di Kuala Terengganu pada 21 September 2000, jam 3.00
petang. Di antara mereka yang hadir Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri
Besar Terengganu yang tidak dipercayai oleh rakyat Terengganu lagi, Dato'
Mustafa bin Mohamed, Ketua Penerangan UMNO yang tewas di Jeli dan tak tahu pula
hendak membawa kes ke mahkamah, Izzuddin - Pengarah
Belanjawan Kementerian Kewangan, Dato' Idris bin Jusoh. Kesemua ketua bahagian
UMNO termasuk Pemuda dan Wanita UMNO, pemimpin UMNO peringkat bahagian dan
cawangan, ketua jabatan di bawah Persekutuan termasuk KETENGAH. Oleh itu, saya
mempersoalkan atas kapasiti apa Dato' Mustafa bin Mohamed memanggil ketua-ketua
jabatan ini untuk berbincang bersama dengan pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu
mengenai royalti minyak. Sebab itu saya mengatakan bahawa sikap dan tindakan
Kerajaan Pusat merampas, menahan Petronas daripada meneruskan pembayaran
royaltinya kepada Terengganu adalah satu misi agenda politik UMNO Terengganu dan
juga politik UMNO Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ada yang berdiri, Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ini saya hendak baca
sebahagian daripada...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Yang Berhormat, Kangar berdiri.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya. Silakan.
Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Tuan Yang
di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Mengikut
hemat beliau apabila wujud sesuatu hak di bawah sesuatu perjanjian, kemudian
berpuluh tahun berlalu dan didapati bahawa perjanjian tersebut adalah bercanggah
atau ultra-virus dengan peruntukan-peruntukan pPerlembagaan nNegara ataupun
prinsip-prinsip yang termaktub tersirat dalam pPerlembagaan nNegara. Apakah
perjanjian mengatasi atau pPerlembagaan nNegara mengatasi. Terima kasih.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua,
pada hemat saya perjanjian itu tidak bercanggah dengan pPerlembagaan nNegara. Ia telah
diterima pakai semenjak lebih daripada 20 tahun yang lalu. Dalam tahun ini
juga, tahun 2000 bahagian pertama telah pun dibayar
oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti, masih lagi
royalti. Hanya bahagian kedua sahaja tiba-tiba ditukar kepada 'iehsan' dengan Kerajaan Pusat menahan pembayaran itu oleh
Petronas. Ini persoalannya. Antara isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu
untuk pengetahuan.....
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ada yang berdiri Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: ....Ahli Yang Berhormat
bagi Tumpat yang menyoal tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Tanjong Karang berdiri, Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tadi dia kata sudah
akhir.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Hendak beri?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tunggu untuk Jabatan
Perdana Menteri nanti saya beri dia cakap.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tak beri, Yang Berhormat.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Sedikit sahaja, boleh.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tak beri Yang Berhormat.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Berilah yang tahu
undang-undang bercakap sedikit.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tadi sudah kata
last.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Hendak beri?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tak berjanji lagi. Tadi
sudah kata last, mungkir lagi.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Sementara baca boleh
berikah?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ini cadangan-cadangan,
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tak beri.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: ...Yyang digulungkan dalam perjumpaan itu oleh UMNO, cadangan-cadangan yang dikemukakan pertama, peruntukan
daripada belia dan sukan mesti disalurkan melalui UMNO. Apa
ini, kerajaan teluskah ini? Cuba Tuan Yang di-Pertua mendengar yang ini.
Cadangan daripada pemimpin UMNO Terengganu.
Yang kedua, peruntukan kepada Kolej Islam Sultan Zainal Abidin
(KUZA) mesti dikaji balik, pastikan pengurusan, dana, lembaga mesti orang UMNO.
Apa ini. Inikah mentaliti dan moral orang UMNO.
Yang ketiga, UMNO Terengganu mencadangkan, cadangan universiti
di Terengganu tetapi mereka desak jangan buat lagi kecuali UMNO perintah semula.
[Menyampuk] Insya-Allah, sampai akhir dunia ini UMNO tidak akan
memerintah Terengganu, insya-Allah.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Bukan takbur, saya kata
insya-Allah. Itu tidak termasuk dalam peruntukan dalam ucapan Belanjawan untuk
membangun universiti di Terengganu, tetapi hendak buat di Perlis. Saya fikir
habis tanah negeri Perlis itu untuk tapak universiti. [Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Minta sedikit
penjelasan.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang kelima...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Sri Gading berdiri Yang Berhormat. Hendak beri?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Jangan beri bantuan
kepada sekolah agama kerana guru dan muridnya adalah menyokong kuat PAS.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Yang Berhormat, Sri Gading berdiri, Yang Berhormat hendak beri.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya sudah beri
tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tak beri Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kalau dia tak sedap
dengar ucapan saya, dia boleh keluar bila-bila
masa.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tak beri Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tumpang bertanya.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tiada kompromi bagi
kerajaan PAS dalam pemberian wang termasuk defisit. PAS mesti diajar dan biar
mereka sendiri yang cari.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Sri Gading berdiri lagi Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Inilah sikap pemimpin
UMNO Terengganu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sedikit, minta sedikit
sahaja penjelasan.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Pegawai....
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Beritahulah Yang Berhormat, hendak beri atau tak beri.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tak beri.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tak beri Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Pegawai Kerajaan
Persekutuan yang pegang jawatan JSR atau mana-mana jawatan dalam aktiviti PAS
mesti diambil tindakan sebagai tindakan balas kKerajaan PAS yang tidak membenarkan kakitangan kerajaan negeri pegang jawatan JKK.
Yang kelapan, cadangan UMNO, JKK
hendaklah digunakan sepenuhnya untuk menyalurkan wang iehsan. Apa ini? JKK lebih
besar daripada kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Sri Gading berdiri lagi Yang Berhormat. Hendak beri?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sedikit
penjelasan.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tak payahlah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Mohon sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tak beri Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya menghormati Ketua
Pembangkang.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya pun menghormati
beliau dan saya fikir saya telah beri peluang untuk menyoal dan sekarang saya
akan meneruskan ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Sila Yang Berhormat. Tanjong Karang dengan Tebrau berdiri.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tetapi Perdana Menteri
cuba.....
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Bolehkah ini?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: ....mengetepikan isu ini
dengan menyamarkan kedua-dua terminologyi ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ada dua orang berdiri, Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tidak berikan
jalan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tidakTak beri Yang Berhormat.
Datuk Haji Noh bin Haji Omar: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tak beri Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya sudah beri tadi. Malah
mengambil sikap tidak menghiraukan perbezaan kedua-duanya. Inilah sikap angkuh
dan sombong yang menganggap rakyat jahil dalam memahami isu ini. Ada pula
menteri yang menganggap perjanjian-perjanjian
tersebut sebagai MoU sahaja. Ini lagi karut.
Tuan Yang di-Pertua, pengumuman kerajaan untuk tidak membayar
wang royalti minyak sebanyak 5% secara tunai yang telah jelas termeterai dalam
satu perjanjian di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas pada 22 Mac
1975 adalah amat merosakkan imej kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab,
sekali gus akan mencemarkan nama baik imej syarikat gergasi negara iaitu
Petronas. Pelanggaran ini serentak membawa erti dan bahawa
nasib yang sama mungkin sahaja boleh berlaku kepada mana-mana pihak yang
membuat perjanjian dengan pihak kerajaan atau syarikat-syarikat besar kepunyaan
kerajaan yang boleh sahaja dimansuhkan dengan pengarahan dari pihak kerajaan.
Sudah ada laporan dalam media antarabangsa bahawa syarikat
asing takut untuk mencuba nasib di negara ini melihat karenah pemimpin yang
tidak beramanah. Sikap berpeggang kepada janji ini
adalah sifat penting yang dianjurkan oleh Islam. Orang yang memungkiri janji
telah melakukan dosa yang besar. Antara-antara tanda-tanda
besar golongan munafikin ialah berdusta dan memungkiri janji. Saya tidak
terkejut jika pemimpin BN tidak mengambil kira pandangan Islam dalam hal ini
kerana mereka terlalu marah apabila kalah besar di Terengganu.
Kerajaan perlu sedar dan insaf bahawa
perkara seumpama ini secara langsung memberi kesan ke atas prestasi
ekonomi dan usaha untuk membaik pulih imej negara di
mata dunia perniagaan antarabangsa. Dalam dunia perniagaan, terutamanya dalam amalan perdagangan elektronik atau
ee-commerce, ketelusan, kesetiaan dan
pertanggungjawaban adalah etika perniagaan yang paling mustahak.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tuan Yang
di-Pertua, mohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ada yang berdiri Yang Berhormat, Tebrau.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kalau contoh episod wang
royalti inilah yang ditampilkan oleh pengurusan dan tabiat kerajaan ini, maka
Barisan Alternatif meramalkan bahawa semakin buruklah tanggapan dan persepsi
masyarakat perniagaan antarabangsa terhadap negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ada yang berdiri Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tidak beri
jalan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tidak beri jalan.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Sedikit sahaja tak
boleh.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Dia tak beri. Dia tak beri nampaknya.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Okaylah,
sama-sama.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya dapat bayangkan
bagaimana perasaan rakan kongsi Petronas di peringkat antarabangsa seperti di
Iran dan Sudan menerima episod zalim kKerajaan BN
ini. Telah sampai masanya supaya reformasi ke arah pengurusan dan pentadbiran
yang lebih telus, bertanggungjawab dan beramanah
perlu diinstitusikan oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, langkah menafikan hak Kerajaan Negeri
Terengganu diadakandan rakyat Terengganu dalam
pembayaran royalti minyak ini memberi isyarat bahawa Kerajaan Pusat sudah tidak
lagi menghormati sistem demokrasi federalism dan enggan mengiktiraf
kerajaan negeri yang dilantik secara sah.
Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar: Timbalan
Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri
lagi, Yang Berhormat
bagi. Subang, hendak beri?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor:
[Duduk]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Sila.
Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Terima kasih kepada Ketua Pembangkang kerana memberi saya jalan.
Baru-baru ini saya dengar daripada sahabat-sahabat saya di Kuala Terengganu
pihak Kerajaan Negeri Terengganu sudah bincangkan secara tidak rasmi perkara isu
royalti ini dengan Tun Salleh Abas, bekas Lord
Presiden Malaysia, dengan izin, sekarang ahli PAS di Terengganu. Apakah ini
benar atau tidak. Benarkah beliau menyatakan Kerajaan Negeri Terengganu tidak
ada kes langsung dari segi undang-undang di negara
ini. Terima kasih.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Subang. Nampaknya Yang Berhormat itu menerima
laporan dari JKK UMNO. Yang Berhormat, bekas Ketua Hakim Negara itu sendiri
menyatakan bahawa beliau di antara orang yang bertanggungjawab yang merangka dan menderaf
perjanjian-perjanjian itu. Bukan Kerajaan Negeri Terengganu yang tidak mempunyai
hak, tetapi Kerajaan Pusat tidak mempunyai hak untuk merampas royalti minyak
ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:
Ada yang berdiri lagi Yang Berhormat, Setiu.
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak [Setiu]: Terima kasih,
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ketua Pembangkang. Bersama-sama saya
ini adalah merupakan kenyataan daripada Tun Dato’ Dr Salleh Abas iaitu Eexco kerajaan negeri berhubung dengan hak rakyat
Terengganu, berhubung dengan hak siapakah yang berhak kepada royalti minyak ini,
Kkerajaan Ppusat atau
Kkerajaan Nnegeri
Terengganu. Ini jawapan Tun. Tun jawab,
"Royalti minyak adalah hak Kkerajaan Nnegeri Terengganu yang
mesti dibayar kepada Kkerajaan Nnegeri Terengganu oleh Petronas. Sebabnya,
Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974, menyatakan
bahawa hak kepunyaan Petroleum keseluruhannya, sama ada di darat atau di
laut adalah terserah, vested pada Petronas, dan penyerahan hak kepunyaan
ini akan berkuat kuasa apabila surat acara penyerahan ditandatangani.
Telah ditandatangani pada tahun 1974. Penyerahan ini adalah muktamad,
tidak boleh ditarik balik dan hak kepunyaan itu adalah menjadi hak
kepunyaan Petronas buat selama-lamanya.
Dan di bawah seksyen 4, disebut bahawa, sebagai balasan
penyerahan ini, Petronas diwajibkan membayar kepada Kerajaan Persekutuan
dan kerajaan mana-mana negeri termasuk negeri Terengganu, di mana Petronas petroleum
dijumpai adalah diusahakan satu jumlah wang tunai sebanyak
dipersetujui iaitu sebanyak
5%.
Adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang bersetuju tentang
perkara ini. Terima kasih.
Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Tuan Yang di-Pertua,
itulah yang saya perkatakan, lebih-lebih lagi Tun Salleh, seorang yang mempunyai
authority dalam bukan sahaja undang-undang tetapi bertanggungjawab di
dalam merangka undang-undang itu. Dan inilah yang telah dicabuli oleh Kerajaan
Persekutuan apabila Kerajaan Persekutuan menahan Petronas membayar royalti itu
kepada negeri Terengganu.
Tuan Yang di-Pertua, dalam isu ini tidak perlulah Menteri
Kewangan atau sesiapa sahaja menyuruh membawa kes ini ke mahkamah untuk mencari
pentakrifan sebenar tentang royalti dan wang ehsan. Sesiapa pun tahu apa makna
bayaran secara tunai dan apa yang dimaksudkan dengan kerajaan negeri iaitu Perak yang menerima bayaran seperti yang termaktub
dalam perjanjian berkenaan. Kecuali mungkin pemimpin Barisan Nasional yang
meleleh air liur melihat sejumlah wang diberikan kepada satu kerajaan negeri
yang berlainan dasar dengan mereka. Tidak payahlah Barisan Nasional bersusah
payah untuk mendapatkan mana-mana pihak yang bersetuju menggantikan kerajaan
negeri dengan JKKK, yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat bagi menerima wang
rakyat…..
Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin:
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
Abdullah]: Arau berdiri, Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Saya tidak beri
jalan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
Abdullah]: Dia tidak beri jalan.
Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: … Terengganu. Kes yang terang nyata ini boleh diputuskan oleh
rakyat teramai dan janganlah kita susahkan seorang hakim yang sekarang pun dalam
keadaan susah hati. Berat hati kami untuk menyatakannya tetapi kami tidak nampak
keadilan akan dapat ditunjukkan oleh sistem kehakiman di bawah telunjuk
pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun]
Yang Berhormat, mohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
Abdullah]: Tebrau berdiri Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Lebih
menyedihkan…..
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Yang Berhormat,
boleh beri jalan sikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
Abdullah]: Tebrau berdiri, Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Tidak bagi sudah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
Abdullah]: Dia tidak bagi.
Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Siapa hendak cakap.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
Abdullah]: Tebrau.
Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Tidak apalah, sudah
banyak kali dia sudah minta, bagilah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
Abdullah]: Dia bagi sekali ini.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Okay. Saya ucap
tahniah. Saya hendak tahulah, kalau ikut cakap Yang Berhormat tadi, macam tidak
percaya pada hakim. Jadi, bermakna semua keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim
sama ada menyebelahi parti pembangkang atau tidak atau ada pula pembangkang yang
dihukum atau ada pula yang terlepas, adakah semua itu tidak betul. Kalau ini
adalah amat merbahaya Yang Berhormat. Bila cakap, hakim, bermakna Yang Berhormat
anggap yang sudah tentu salah. Ada yang ketua parti pembangkang jadi peguam -
yang sudah tentu terang buat salah. Dan adakah ini bila keputusan menyebelahi
dia, itu adalah betul. Terima kasih.
Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Tuan Yang di-Pertua,
itu tidak ada kena mengena dengan apa yang saya ucapkan. Lebih menyedihkan
Barisan Nasional cuba mengalihkan pandangan rakyat atas kelemahan pentadbiran
sepanjang mereka memerintah Terengganu dan meletakkan punca kelemahan ini ke
atas PAS yang baru memerintah. Cuba kita teliti apa yang telah berlaku di
Terengganu selama lebih 30 tahun atau hampir 40 tahun Barisan Nasional berkuasa
di Terengganu.
Tuan Yang di-Pertua, selama lebih 30 tahun kerajaan UMNO
Barisan Nasional memerintah negeri Terengganu dan sudah lebih 20 tahun negeri
Terengganu menikmati hasil kekayaan minyak pemberian Allah S.W.T., namun negeri
itu masih mempunyai bilangan rakyat termiskin yang kedua paling ramai di
Malaysia. Kalau dilihat pendapatan purata bulanan isi rumah, sebagai ukuran
kemiskinan maka kita dapati pendapatan purata bulanan isi rumah di Terengganu
adalah kedua terendah. Apakah yang menyebabkan terjadinya
fenomeina ini? Saya mengajak kita menganalisa dan
merongkai permasalahan ini.
Industri petroleum telah membawa kekayaan kepada negeri
Terengganu. Dari sebuah negeri yang amat miskin di zaman sebelum perjumpaan
pertemuan minyak, negeri Terengganu telah menjadi antara negeri terkaya di
Malaysia sekarang ini. Diukur dengan KDNK atau per kapita, negeri Terengganu
adalah negeri kedua terkaya dengan KDNK per kapita berjumlah RM19,880 ribu dalam tahun 1998. Ianya kalah hanya dengan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dengan KDNK per kapita RM25,100. Negeri-negeri lain
semuanya dikalahkan oleh Terengganu. Hatta, negeri yang dikatakannya lebih awal
dan amat pesat membangun sekalipun iaitu Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan
Johor, kini berada di belakang negeri Terengganu.
Namun negeri Terengganu adalah negeri yang kedua paling ramai
rakyat miskin selepas Kelantan. Pada tahun 1997 sebanyak 17.3% daripada jumlah
isi rumah di negeri Terengganu tergolong dalam golongan rakyat miskin. Ini tidak
berapa jauh berbeza daripada Kelantan, negeri yang dianggap termiskin dengan
kadar kemiskinan 19.2%. Melihat kepada pendapatan purata bulanan isi rumah, juga menunjukkan fenomena kemiskinan memang
ketara di negeri Terengganu. Ianya berjumlah RM1,497 pada tahun 1998, merupakan
kedua terendah di Malaysia. Itu pun tidak jauh
berbeza daripada pendapatan purata bulanan isi rumah di Kelantan. Maknanya
rakyat Terengganu dan Kelantan masih sama-sama
miskin. Lagipun harus diingat pada tahun 1976 rakyat negeri Perlis dan Kedah
adalah lebih miskin daripada rakyat Terengganu.
Kini sudah 20 tahun keadaan sebaliknya pula yang berlaku. Lebih
ramai rakyat Terengganu yang miskin daripada rakyat Kedah dan Perlis. Ini amat
menghinakan kerana negeri Perlis dan Kedah tidak memiliki minyak begitu juga
halnya berbanding dengan negeri Kelantan. Kelantan memanglah negeri miskin
dengan pendapatan per kapita yang paling rendah di Malaysia ini. Kadar
kemiskinan yang tinggi di dalam suasana penrdapatan
per kapita yang kedua tinggi tetapi kedua pula termiskin. Dengan jelas
menunjukkan betapa lebar dan melebarnya jurang perbezaan pendapatan di kalangan
rakyat negeri Terengganu. Dalam hal ini keadaan negeri Kelantan adalah lebih
baik kerana wujud agihan pendapatan yang lebih merata.
Tuan Yang di-Pertua, kenapa ini boleh terjadi, saya akan
menyebutkan perkara-perkara berikut agar UMNO, Barisan Nasional tidak boleh
berlagak sombong dan menyangka mereka pandai mentadbir ekonomi. Ini tidak lain
hanyalah menunjukkan kepincangan-kepincangan seperti yang berikut:
Pertama, kekayaan negeri Terengganu tertumpu di dalam tangan
segelintir kecil orang-orang atau pemimpin-pemimpin Terengganu yang berkuasa
pada waktu itu. Mereka tidak lain dan tidak bukan melainkan pemerintah pada
ketika itu dan yang rapat dengan pemerintah. Ahli sains politik memanggil
makhluk ini sebagai kroni. Ini menunjukkan bahawa amalan kronism, nepotism,
korupsi, penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan sumber berleluasa dan memuncak
di Terengganu. Selama lebih 30 tahun rakyat Terengganu memberi amanah kepada
kerajaan UMNO Barisan Nasional memerintah dengan harapan untuk menghirup secebis
keadilan dan kemakmuran tetapi apa yang terjadi ialah amanah ini telah dipecah
hancurkan berkecai.
Kedua, kKekayaan negeri Terengganu
tidak mengalir dan tidak beredar di dalam negeri Terengganu dan dari tangan ke
tangan rakyat Terengganu. Kekayaan negeri hanya beredar di kalangan kelompok
kecil segelintir rakyat Terengganu. Lebih teruk lagi kelompok kecil yang
membolot kekayaan ini nampaknya tidak pula membelanjakan kekayaan mereka di
dalam negeri Terengganu. Berkemungkinan mereka membelanjakan kekayaan mereka di
luar negeri Terengganu. Melabur, membeli-belah, membeli hartanah dan sebagainya,
semuanya di luar negeri Terengganu.
Kalau hal ini tidak berlaku manakan mungkin terjadinya jurang
pendapatan yang begitu ketara melebarnya di Terengganu. Sungguh berbeza dengan
negeri-negeri lain. Ini memperlihatkan bahawa apa yang dipanggil kesan …….
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
Abdullah]: Panjang lagi Yang Berhormat, kita …..
Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: …. Insya-allah dari
kekayaan minyak sebenarnya tidak terjadi di Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
Abdullah]: Kita boleh sambung pukul 2.30.
Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Insya-Allah. Baik,
terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin
Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Persidangan kita ditangguhkan sekarang
hingga jam 2.30 petang ini.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah
hari.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng)
mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang
Berhormat Pendang, sila sambung.
2.32 ptg.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor [Pendang]: Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih.
Kekayaan negeri Terengganu tidak dilaburkan di dalam usaha yang
boleh menaikkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat. Pemerintahan Kerajaan
Barisan Nasional Terengganu dahulunya lebih ghairah untuk mendirikan
bangunan-bangunan, tugu-tugu dan lain-lain kegunaan yang tidak produktif. Juga
kekayaan dilaburkan di dalam syarikat-syarikat yang beroperasi di luar negeri
Terengganu sehingga ekonomi dan rakyat negeri Terengganu tidak dapat merasakan
kesan limpahan daripada pelaburan berkenaan.
Pelaburan-pelaburan yang dibuat dalam negeri dan luar negeri
telah rugi sehingga bukan sahaja kekayaan negeri Terengganu telah terhakis
begitu sahaja, malah negeri dibebankan pula dengan hutang-hutang lapuk.
Semasa Kerajaan Barisan Alternatif PAS mengambil alih
pemerintahan negeri Terengganu, beban hutang melebihi RM700 juta sedia menunggu.
Tanggungan hutang anak-anak syarikat kerajaan negeri seperti Perwaja Steel,
Gunawan Steel, Pelangi Air dan lain-lain sungguh mengerikan.
Tidak ramai anak tempatan Terengganu bekerja di dalam industri
minyak. Harus diingat bahawa pekerja-pekerja dalam industri petroleum
berpendapatan relatifnya lumayan, kalau ramai anak tempatan bekerja dalam sektor
ini, tentulah ia boleh melonjakkan pendapatan purata bulanan isi rumah di
Terengganu.
Fakta bahawa pendapatan purata bulanan isi rumah di Terengganu
adalah yang kedua terendah di Malaysia, jelas menunjukkan bahawa tidak begitu
ramai rakyat Terengganu yang bekerja di sektor minyak yang lumayan, yang ramai
bekerja ialah orang luar daripada Terengganu.
Adakah anak tempatan Terengganu dianaktirikan atau tidak pernah
diberi peluang untuk meningkatkan dalam kemahiran teknikal mereka. Jika inilah
alasannya, maka nyatalah Kerajaan Barisan Nasional UMNO telah gagal untuk
melaksanakan program melatih anak Terengganu dalam bidang teknikal.
Yang kelima, kegiatan pelaburan Petronas lebih melibatkan orang
luar. Petronas melabur berbilion ringgit dalam membangunkan industri petroleum
di Terengganu, amat banyak input diperlukan seperti bahan-bahan binaan, bahan
besi dan sebagainya. Begitu juga banyak wujud kerja-kerja kontrak dan subkontrak
pembinaan.
Lambatnya peningkatan pendapatan isi rumah rakyat Terengganu
menunjukkan tidak banyak bahan-bahan yang diperlukan didari sumber dari dalam negeri Terengganu sendiri. Begitu
juga tidak banyak kerja kontrak dan subkontrak yang pergi ke
tangan orang tempatan Terengganu.
Jadi, kalau dibangkitkan persoalan negeri Terengganu kaya
dengan pendapatan per kapita kedua tertinggi tetapi ianya juga adalah negeri
yang mempunyai rakyat termiskin kedua paling ramai di Malaysia. Kenapa perkara
ini boleh terjadi, apakah keadaan ini tidak pelek?.
Saya mengatakan bahawa ini tidak pelek kerana ianya adalah
akibat daripada kepincangan pengurusan ekonomi negeri Terengganu selama lebih 30
tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional UMNO pimpinan Menteri Besar yang
lalu. Bahkan boleh dikatakan bahawa pemerintahan yang begitu lama amat banyak
membawa kerosakan kepada ekonomi Terengganu sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang
Berhormat, Kemaman bangun.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan Dato’ Ketua
Pembangkang. Saya ingin mendapat penjelasan dari Dato’ Ketua Pembangkang bahawa
di dalam Laporan Ketua Audit Negara, negeri Terengganu 1998 kesimpulan yang
dibuat ialah "wWalau bagaimanapun, ketelusan
penyata akaun awam masih tidak memuaskan yang mana pelaburan sebanyak RM673.58
juta tidak dizahirkan dengan sempurna.".
Ini menunjukkan bahawa kepimpinan negeri Terengganu di bawah Barisan Nasional
dahulu terbukti tidak melaksanakan perakaunan yang
baik dan melakukan pelaburan-pelaburan yang merugikan kerajaan negeri. Terima
kasih.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih dan sahabat saya dari Kemaman. Memang, itulah yang telah saya jelaskan
tadi mengenai dengan Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Ketua Audit Negara
ini suatu laporan profesional dan sudah tentu kita semua mempercayai akan
Laporan Ketua Audit Negara. Inilah menunjukkan dengan jelas bukan sahaja
pandangan daripada kita tetapi juga pandangan daripada sebuah agensi penting
dalam kerajaan yang memantau perjalanan kewangan.
Saya tidak fikir bahawa selama masa BN menguasai Terengganu,
Kerajaan Pusat tidak mengetahui tentang kedudukan kewangan dan perjalanan,
pengurusan dan pentadbiran kewangan dan apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan
Nasional Terengganu dengan wang royalti. Kenapa pada waktu itu, tidak ada hasrat Kerajaan Pusat untuk menahan pemberian
royalti itu secara langsung kepada Kerajaan Terengganu.
Sebab itu saya menyatakan, saya mempunyai asas yang kukuh untuk
mengatakan bahawa tindakan Kerajaan Pusat adalah merupakan tindakan balas
dendam, sakit hati dan dengki serta dendam kesumat. Inilah yang ditentang oleh
rakyat bukan sahaja di Terengganu tetapi rakyat di seluruh negara amat tidak
senang dengan tingkah laku dan tindakan Kerajaan Barisan Nasional ini.
UMNO, BN jangan menyangka rakyat Terengganu tidak pernah
melihat dan tidak kenal pun data-data ekonomi dan jangan juga menyangka mereka
tidak berupaya untuk membuat dan mengerti analisis ekonomi. Hati dan perasaan
mereka mengerti dan dapat merasakan akan ketidakadilan dan kezaliman yang
ditimpakan ke atas mereka oleh Kerajaan Barisan Nasional UMNO dahulu.
Mereka dapat menilai bahawa amanah yang selama ini mereka
letakkan kepada UMNO, Barisan Nasional nampaknya sudah dipecah hancurkan. rRakyat Terengganu telah memberikan madu kepada UMNO dan
Barisan Nasional tetapi racun pula balasan yang mereka terima.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat Jeli bangun.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, tTerima kasih Tuan
Yang di-Pertua dan Dato’ Ketua Pembangkang. Tadi ada Dato’ Ketua
Pembangkang menceritakan tentang ketidaktelusan pemimpin Kerajaan UMNO
Terengganu dahulu. Ini dibuktikan bila mana Kerajaan Terengganu telah diheret
oleh Kerajaan Persekutuan untuk melabur di dalam Perwaja semenjak awal 1980-an di mana kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan
Persekutuan sehingga sekarang melebihi RM10 bilion dan pada tahun ini, pada
bBudget ini, ditambah lagi RM2 bilion. Tahun lepas
RM1.6 bilion, tahun ini RM2 bilion lagi.
Di samping itu, setelah menyedari tentang kesilapan kerana
diheret oleh cita-cita besar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjadi
negara industri, maka Kerajaan Terengganu dengan tidak semena-mena telah sekali
lagi melabur di dalam industri berasaskan besi bersama Gunawan Steel daripada
Indonesia yang juga di Indonesia pun memang sudah hampir bankrap.
Apakah Kerajaan Terengganu yang baru, bagi pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, akan mengulangi kesilapan Kerajaan Negeri Terengganu yang
dahulu sehingga melibatkan perbelanjaan rakyat negeri Terengganu hampir RM1
bilion hancur berkecai begitu sahaja. Terima kasih.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan
Yang di-Pertua, tTerima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat bagi Jeli.
Kerajaan Negeri Terengganu yang lalu seperti yang saya katakan tadi ialah
Kerajaan Barisan Nasional UMNO yang sama pemikiran mereka dengan pemimpin
Kerajaan Pusat bahkan kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh Barisan
Nasional UMNO adalah berada di bawah telunjuk Kerajaan Barisan Nasional
khususnya dan mereka tidak boleh berbuat sesuatu yang berlawanan dengan kehendak
pemimpin atasan mereka.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang
Berhormat Pendang, Sri Gading bangun.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya belum habis menjawab
lagi. Sekejap! Minta boleh bersabar ya.
Tetapi saya tidak nampak bahawa kerajaan baru Terengganu,
Barisan Alternatif PAS akan meneruskan dasar dan amalan yang tidak bijak, saya
tidak hendak kata bodoh, tetapi tidak bijak yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan
Nasional yang lalu. Sebaliknya, kerajaan baru di Terengganu sedang meneliti
semua bentuk-bentuk pelaburan perjanjian dan apa jua yang berkaitan dengan
pelaburan untuk mengenal pasti dan jika ada berlaku penyelewengan-penyelewengan
maka kerajaan mungkin akan mengemukakan kepada pihak-pihak berauthoriti untuk diambil tindakan undang-undang.
Inilah sebenarnya antara faktor yang menakutkan mereka yang
berkuasa di pusat pada waktu ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang
Berhormat, Sri Gading.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Sila.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Syukran! Terima kasih
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat yang saya hormatilah Ketua
Pembangkang. Saya mohon penjelasan,. Kkalau yang ada di negeri
Terengganu pembangunan yang kita ikuti sejak berpuluh tahun Barisan Nasional
memerintah yang telah menzahirkan Terengganu Darul Iman berbeza dahulu dan
sekarang, hebat dengan pembangunan fizikal, kemajuan dan pembangunan negeri
Terengganu yang tida tak kalah dengan negeri-negeri
lain di Malaysia ini.
Kalau perubahan yang begini rupa pun dinafikan, saya tidak
nampak bahawa Kerajaan PAS yang ada hari ini akan dapat membawa pembangunan yang
lebih baik, kerana telah begitu hebat pembangunan pun dinafikan. Saya tidak
tahulah Kerajaan PAS yang ada ini akan dapat membawa pembangunan dalam erti kata
pembangunan yang dikehendaki kerana apabila kita menafikan apa yang ada hari
ini, maknanya kita tidak akan dapat perubahan-perubahan yang lebih baik lagi
pada masa akan datang.
Kita lihatlah nanti Kerajaan Negeri Terengganu yang ada hari
ini …..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang
Berhormat!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini hendak tanya, ini
hendak tanya, apakah akan dapat memberikan sebesar-besar faedah dan Terengganu
menjadi syurga kepada orang Terengganu di bawah pemerintahan yang ada pada hari
ini. Jadi, soal telus, itu sebab Kerajaan Barisan Nasional ini telus, sebab itu
pembangkang boleh tahu, Perwaja rugi dan sebagainya dan juga Audit Negara kita,
audit yang dibuat begitu rupa - telus, itu namanya telus kerana kita tahu di
mana kepincangan, di mana kerugian. Itu maknanya telus. Tidak ada yang
disembunyikan oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Sepatutnya ketelusan ini
memberikan …..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: …. memberikan satu
kepuasan sebenarnya kepada pihak pembangkang. Kerana kerajaan ini telus, sebab
itu tahu rugi di mana-mana.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang
Berhormat, bukan masa untuk berucap.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya, ini saya mohon
penjelasan, apakah ketelusan ini tidak dapat diterima oleh Yang Berhormat Dato’
Ketua Pembangkang.?
RY (1445)
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: …oleh Yang Berhormat Dato’
Ketua Pembangkang. (Norishah)
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih, Tuan Yang
di-Pertua dan sahabat saya daripada Sri Gading. Mengenai dengan
pembangunan-pembangunan fizikal telah saya sebutkan tadi, bangunan-bangunan
mega, bangunan-bangunan mewah, stadium-stadium yang besar, perabot-perabot yang
mewah tetapi itu semua tidak sampai kepada rakyat. Ini yang saya bangkitkan dan
saya sebutkan tadi dengan fakta-fakta.
Soal Audit Negara dapat menyemak, itu tidak menggambarkan
ketelusan kerajaan. Persoalan mengenai dengan ketelusan itu apakah sesuatu
projek, sesuatu program itu dibuat secara yang lebih terbuka, dengan secara yang
lebih dapat dilihat oleh rakyat. Dan pembongkaran kemudian, kenyataan-kenyataan,
ulasan-ulasan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, itu ulasan-ulasan terhadap
perkara-perkara yang sudah berlaku. Tetapi persoalan yang ditimbulkan apakah
sebelum sesuatu program, sesuatu pelaburan dibuat itu, satu kajian yang teliti
telah dibuat?
Apakah satu jaminan dengan pelaburan-pelaburan yang besar itu
rakyat Terengganu mendapat faedah yang maksimum, sebab itu saya mengatakan
bahawa bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri yang kedua dahulu telah pun
menulis menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu sedang merancang
projek-projek pembangunan untuk dikecapi oleh rakyat secara langsung. Dan jika
ini berhasil, insya-Allah, jangan mimpi UMNO akan
dapat kembali ke Terengganu. Inilah yang membimbangkan pemimpin UMNO di Kuala
Lumpur dan juga pemimpin UMNO di Terengganu.
Tuan Yang di-Pertua, ternyata memang pemimpin UMNO tidak bijak
memerintah dan mengurus ekonomi negeri, namun ada pula suara-suara sumbang yang
menuduh Kerajaan PAS, BA yang tidak pandai memerintah. Amat tidak munasabah dan
tidak adil bila ada suara sumbang yang mempersoalkan kemampuan PAS, BA
memerintah sedangkan ianya baru 11 bulan memerintah. Apakah mungkin
kerosakan-kerosakan yang telah berlaku selama berpuluh-puluh tahun dapat
dipulihkan dalam masa 11 bulan? Di mana kewarasan mereka ini?
Fakta bahawa rakyat Terengganu tetapi telah
memenangkan PAS dengan izin Allah, BA untuk memerintah negeri Terengganu,
jelas menunjukkan bahawa mereka tidak boleh lagi bersabar menanggung
ketidakadilan dan kezaliman yang ditimpakan ke atas mereka dan mereka tidak
sanggup lagi untuk bersekongkol dengan penyelewengan dan kemungkaran. Rakyat
telah menjadi hakim dan telah membuat penghakiman. Saya
yakin, insya-Allah, berikutan tindakan rakus BN
merampas wang royalti Terengganu ini, rakyat Terengganu akan kenal siapa
pengkhianat dan siapa pembela mereka. [Tepuk] Kesannya juga akan dirasai
oleh seluruh rakyat Malaysia dan mereka yang akan
menentukan, insya-Allah, nasib
parti yang mengkhianat ini dalam pilihan raya yang akan datang,
insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, hasil langsung yang diperolehi oleh negeri
Terengganu hanyalah daripada bayaran royalti iaitu sebanyak 5% daripada hasil
jualan minyak. Hasil inilah yang digunakan untuk menampung perbelanjaan mengurus
dan perbelanjaan pembangunan. Dalam lingkungan antara 70% sehingga 80% daripada
belanja mengurus adalah dari royalti ini, yang
sebenarnya mengaut hasil minyak ialah Kerajaan Pusat.
Kerajaan Pusat mendapat faedah besar daripada minyak. Ada
sekurang-kurangnya lima punca hasil dari petroleum yang masuk ke dalam saku
Kerajaan Pusat iaitu cukai pendapatan petroleum, royalti petroleum, duti eksport
petroleum, duti import petroleum dan dutit eksais petroleum dan dividen Petronas.
Dalam tahun 1999, ke semua sumber
ini menyumbang sebanyak RM11.6 bilion atau hampir 20% kepada Perbendaharaan
Kerajaan Pusat. Dalam tempoh setengah tahun pertama 2000 ini, Kerajaan Pusat
telah memungut RM4.3 bilion daripada sektor minyak ini. Ini merupakan 15.4%
daripada hasil kerajaan.
Saya ingin bertanya kalau Kerajaan Pusat sudah mendapat hasil
yang amat lumayan daripada industri minyak, kenapakah ianya mengacau 5% royalti
yang diberikan oleh Petronas secara bayaran terus kepada Kerajaan Negeri
Terengganu. Inilah satu amalan yang buruk kerana:
ia melanggar dan mencabul sistem federalism yang
menjadi tonggak sistem pemerintahan; [Disampuk]
ia tidak menghormati hubungan bilateral Kerajaan
Pusat, -kerajaan negeri;
ia merupakan satu tindakan zalim kerana melanggar
perjanjian. Ini menyerupailah dengan perangai orang-orang Yahudi yang
sentiasa mencabuli perjanjian demi perjanjian.
Peristiwa sedih dan malang yang menimpa umat dan rakyat
Palestine pada hari ini adalah akibat daripada pencabulan perjanjian
yang dilakukan oleh Rejim Israel Yahudi itu. Apakah Barisan Nasional
mahu dilabelkan sama dengan Rejim Tel-Aviv yang tidak menghormati perjanjian dan tidak mahu
menghormati dan memelihara perjanjian;
ia merupakan penganiayaan ekonomi kepada rakyat negeri
Terengganu; dan
ianya adalah satu tindakan yang boleh disifatkan
sebagai satu coeditor kudeta ataupun silent
coeditor kudeta ke atas Kerajaan PAS, BA
Terengganu yang telah dimenangkan oleh rakyat Terengganu dengan majoriti
besar telah dirampas sebahagian daripada kuasa ekonominya oleh Kerajaan
Pusat.
Seterusnya ia adalah satu amalan yang tidak menghormati
undang-undang kerana menukar perkataan ‘royalti’ kepada ‘ihsan’ secara bilaterally arbitrary
dan secara unilateral tanpa ada sebarang konsentrasi
konsultasi dengan Kerajaan Negeri Terengganu. Sedangkan dalam perjanjian
yang diperkukuhkan dalam tahun 1987, menyebutkan bahawa sebarang
perubahan-perubahan kepada syarat-syarat yang dipersetujui dalam perjanjian tahun 1975 hendaklah dibuat melalui
persetujuan bersama.
Dan hari ini kita dikejutkan lagi dalam media dengan kenyataan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan Kabinet telah membatalkan
perjanjian itu. Sebelum ini dia mengatakan tidak ada perjanjian, yang ada ialah
MoU. Hari ini dia mengatakan pula Kabinet membatalkan perjanjian itu, dia
mengakui pula wujudnya perjanjian. Apa sikap Menteri ini? Berdolak -dalik, sekali dia mengatakan bahawa jika petroleum
ditemui di daratan sekalipun masih dalam kuasa Petronas, sekali dia mengatakan
perjanjian itu telah terbatal. Kalau perjanjian itu telah terbatal, tidak ada
lagi kuasa Petronas ke atas semua negeri yang telah dibuat perjanjian sebelum
ini. Cakap berdolak-dalik, tidak berani datang.
Tuan Yang di-Pertua, apabila PAS, BA memenangi pilihan raya
umum dan memerintah Terengganu, hak untuk memanfaatkan rezeki minyak secara yang
rakyat Terengganu kehendaki dirampas oleh Kerajaan Pusat. Ini bermakna akan
berterusan kepincangan pengurusan royalti ini setelah 20 tahun kekayaan minyak
hadir di persada bumi Terengganu tetapi kedudukan negeri Terengganu dari segi
ukuran kemiskinan masih di takuk lama. Layakkah
prestasi buruk ini menjadikan UMNO BN pandai mengurus ekonomi? sSetelah gagal mengurus sumber
dengan baik, kini mereka mengkhianati pula rakyat Terengganu.
Menteri Kewangan dalam ucapannya meletakkan Kerajaan Terengganu
dalam kandang orang salah dan menyuruhnya menggunakan mahkamah jika kita
menentang penggunaan wang ihsan untuk membela nasib mereka yang miskin, warga
tua, ibu tunggal dan anak-anak yatim. Adalah karut jika kita mempercayai BN
boleh melakukan perkara yang mereka gagal laksanakan berpuluh-puluh tahun
lamanya ini.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi kita dihiburkan dengan cerita
k-ekonomi, selama 20 minit dalam ucapan Belajawan Menteri Kewangan. Kita masih
belum lupa janji kerajaan dalam pembentangan Belanjawan Februari lalu, mereka
mengatakan mereka akan menyediakan satu Pelan Tindakan K-ekonomi. Apakah yang
dimaksudkan dengan k-ekonomi ini, apakah knowledge ekconomiy, ekonomi berasaskan
pengetahuan ataupun ekonomi keluarga, ataupun ‘kroni -ekonomi’? [Disampuk] Ya. Mereka mengatakan mereka akan
menyediakan satu Pelan Tindakan k-ekonomi dalam masa enam bulan, sampai hari ini
setelah lebih lapan bulan pelan tersebut tidak kelihatan. Kalaulah bahagian
ucapan beliau mengenai k-ekonomi itu dianggap sebagai pelan tindakan, maka jauh
lagilah kita untuk mencapai hasrat tinggi kerajaan dalam k-ekonomi ini.
Kita tidak nampak macam mana hala
tuju k-ekonomi dapat difahami dan diikuti oleh setiap lapisan rakyat jika tidak
ada satu perancangan rapi. Saya curiga program k-ekonomi ini akan berakhir
sebagai satu projek pembangunan fizikal semata-mata di mana di sana yang
ditekankan ialah pengagihan projek pembinaan, pembekalan komputer dan
sebagainya.
Ini samalah apa yang terjadi di Cyberjaya, di mana projek MSC
kini menjadi satu projek pembangunan hartanah yang besar. Tapak yang mahal
menghalang syarikat yang terlibat dalam MSC terus berada di luar Cyberjaya. Bill
Gates umpamanya pun hanya mampu menyumbang RM10 juta untuk MSC, sedangkan ketika
beliau berada di India beliau melabur sebanyak USD50 juta.
Nampaknya penekanan diberikan kepada pendidikan ICT
kepada pelajar sekolah. Langkah ini amat baik dan
kita menyokongnya. Pelbagai cadangan supaya rakyat mampu memperolehi komputer
sama ada daripada wang sendiri, dalam KWSP atau
berhutang dengan kerajaan bagi kakitangan awam adalah cadangan yang munasabah.
Namun kita tidak mahu komputer menjadi gajah putih kecil
dalam rumah seandainya kepakaran dan kegunaannya dalam k-ekonomi tidak
diperjelaskan.
Saya mencadangkan supaya kerajaan menyediakan insentif kepada
syarikat ICT swasta yang bersedia menyediakan latihan kepada orang-orang awam.
Menteri Kewangan juga telah berjanji untuk membekalkan setiap sekolah antara 13
sehingga lebih dari 40 buah komputer. Tahun ini masih terdapat sekolah yang
hanya mempunyai sebuah komputer. Itu pun ada sekolah yang meminta sumbangan
daripada wakil rakyat. Pihak Kementerian Pendidikan pula menghalang sekolah itu
menerima kedatangan wakil rakyat, jika wakil rakyat itu daripada pembangkang.
Inikah sikap mereka yang berkuasa, apa lagi mereka yang memimpin Kementerian
Pendidikan. Menteri Pendidikan seorang intelektual, seorang bekas profesor
universiti, bekas naib canselor, kita anggap Setiausaha Parlimennya juga bekas
seorang pensyarah, bekas profesor madya, seorang yang selalu bercakap menjunjung
prinsip-prinsip liberalisasi dan sebagainya. Tetapi dalam hal ini begitu sempit
fikiran mereka, sesempit JKKK Kampung. [Tepuk]
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya daripada Kuala
Kedah pernah diminta sumbangan oleh sebuah sekolah dalam kawasannya sendiri
sebuah komputer, pihak guru besar bersetuju, pihak PIBG bersetuju, guru-guru
bersetuju tetapi pada hari beliau hendak datang menyerahkan komputer itu
diberitahu bahawa satu perintah daripada Jabatan Pendidikan Negeri melarang
beliau datang ke sekolah itu untuk menyerahkan
komputer. Inikah sikap, sikap yang hendakkan rakyat celik komputer, sikap
k-ekonomi, inikah gambaran kepada sikap itu. Sikap yang masih tebal
dengan fanatik dan ketakutan kepada bayang-bayang
sendiri. [Tepuk]
Oleh Sebab itu kalau saya hendak melawat, saya beritahu kepada Menteri, biar dia tahu, kalau saya
hendak melawat sekolah dalam kawasan saya, saya memang tidak beritahu lebih awal
sebab kalau saya beritahu, memang tidak dibenarkan pergi. Sedangkan sekolah itu
perlu bantuan, kita perlu melihat apa masalah dalam sekolah itu. Ada sebuah
sekolah kebangsaan dalam kawasan saya di Pendang, yang saya tidak dapat imagine,
saya tidak dapat menggambarkan 40 tahun Barisan Nasional menguasai kawasan itu,
masih tidak ada bekalan air bersih……
Seorang Ahli: Di Kedah?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Di Kedah, kawasan saya di
Kedah. [Ketawa] [Tepuk] Di negeri Perdana Menteri, di negeri
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan.
Saya diberitahu oleh guru-guru di situ satu bekalan air yang
digali, yang dipam, kadang-kadang bersama dengan air yang mereka pam, masuk dan
keluar juga bangkai-bangkai tikus. Penuntut-penuntut di sekolah itu dan
guru-guru kalau hendak meminum air terpaksa membawa bekal kerana bilangan murid
yang tidak banyak, maka tidak ada orang yang mahu mengusahakan kantin.
Dahulu ada bantuan makanan, sekarang sudah tidak ada. Tetapi
dalam Parlimen diberitahu bantuan itu masih ada, tetapi saya bertanya kepada
pihak sekolah dua bulan yang lalu tidak ada bantuan makanan. Kalau anak-anak itu
tidak membawa bekalan sampai jam 2.00 mereka pulang atau 1.30 mereka pulang,
mereka tidak dapat makan. Tetapi kalau saya minta kebenaran untuk pergi, sudah
tentu tidak akan dibenarkan untuk pergi dan tidak ada siapa yang tahu. 40 tahun
di bawah Barisan Nasional, sebab itu insya-Allah,
Kedah tahun 2004, Barisan Nasional jangan harap lagi, Insya-Allah.
[Tepuk]
Tuan Haji Mahfuz bin Haji
Omar : Minta penjelasan. Terima kasih Dato’
Ketua Pembangkang. Tadi Yang Berhormat Dato’ kata bahawa mereka yang menerajui
Kementerian Pendidikan ini berfikiran sempit. Jadi adakah bermakna Yang
Berhormat Dato’ bersetuju dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat
Menteri Kewangan bahawa salah satu hospital sakit jiwa itu kena buat di Sungai
Petani.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ia boleh dibuat di
mana-mana tetapi kalau kita mengambil peristiwa yang berlaku di Terengganu
mengenai dengan royalti minyak, baru sebuah kerajaan, baru sebuah negeri jatuh
ke tangan PAS pemimpin UMNO sudah mengalami sakit jiwa [tTepuk meja] dan hHilang kewarasan dalam tindakan mereka. Bagaimana
kalau beberapa buah negeri lagi jatuh, bagaimana kalau Malaysia ini jatuh? Itu
sebab saya menyokong tindakan Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk
memperbanyakkan pusat-pusat rawatan sakit jiwa [tTepuk meja].
Tuan Yang di-Pertua, kita diberitahu bahawa 2,200 makmal
komputer telah mula dibina di seluruh negara. Saya mendapat maklumat bahawa
kontrak pembinaan ini telah diserahkan kepada satu syarikat bernama CAD
Integral yang dikuasai oleh Syarikat Tongkah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang
Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan bangun.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Silakan.
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang
Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang. Saya ucapkan ribuan terima kasihlah kena
pertama sekali memberi pujian kepada Kementerian Pendidikan dan katanya kita
bersifat terbuka. Selepas itu Yang Berhormat kata kita berfikiran sempit dan
kemudian ditambah pula sakit jiwa. Ini saya rasa kita buka
hospital sakit jiwa itu untuk semua orang terutama sekali pada pihak
parti PAS yang rasa bimbang mengenai bahawa wang untuk ke Terengganu tadi
sudah pun kita pindah terus kepada rakyat Terengganu.
Kita bukan untuk Kerajaan Negeri Terengganu tetapi pindah secara terus dan
faedahnya itu akan diperolehi oleh rakyat negeri Terengganu. Malah banyak lagi
rancangan-rancangan yang telah kita adakan untuk Terengganu dan Kelantan.
Tadi ada disebutkan mengenai dengan keadaan. Saya rasa sedih
dengar Yang Berhormat Ketua Pembangkang kata barisan pemerintah di kawasan
Pendang, kalau tidak silap saya katanya air telaga keluar banyak tikus dan
sebagainya. Saya pun juga minta Yang Berhormat tadi,
sudah lama menjadi wakil rakyat di kawasan itu sepatutnya telah dibawa
berkali-kali di dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, kalau tidak silap saya dan
perkara ini boleh kita lakukan. Malangnya saya tidak pernah pun melihat sepucuk
surat, saya tidak tahulah saya baru di kementerian, saya tidak terima surat oleh
Yang Berhormat mengenai dengan katanya air telaga tadi.
Kedua, mengenai dengan komputer. Kita telah beri banyak kepada
sekolah-sekolah dan kita telah .....[dDisampuk].
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang
Berhormat, tujuan Yang Berhormat hendak minta penjelasannya.
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ini hendak masuk
penjelasan, ini hendak minta penjelasan. Saya kena bagi dahulu penjelasan saya,
kemudian saya hendak bagi penjelasan ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Okeylah,
boleh masuk sekarang.
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Boleh masuk, ya. Tuan
Yang di-Pertua, saya hendak masuklah. Jadi, satu ini nampaknya pihak Ketua
Pembangkang, saya rasa setuju tidak kalau saya katakan Yang Berhormat Dato’
Ketua Pembangkang suka putar belitkan benda yang tidak ada, diadakan. [Tepuk
meja]
Keduanya, kita hendak bina, lakukan sesuatu yang baik - saya
tidak kisahlah di kawasan itu, Sungai Petani atau tidak seperti mana kata Yang Berhormat bagi Pokok Sena itu. Kita kalau
boleh hendak buka dua buah lagi dekat Pokok Sena, kalau boleh. Mengenai dengan
itu, saya menyanjung tinggi dengan pendapat Yang Berhormat mengenai dengan
komputer tadi oleh kerana sebuah komputer itu hendak didermakan, saya fikir kita
ada cara kita. Kalau sekolah itu tidak ada, ia boleh buat permohonan. Jadi,
jangan kita buat tuduhan kata kita pihak PAS hendak bagi satu
komputer, kita ditahan, itu satu tuduhan melulu.
Jadi, saya minta penjelasan boleh tidak Yang Berhormat, kita
ada cara dan kita ada komputer, Yang Berhormat boleh
tulis dalam komputerkah, dalam manakah dan kita akan terima. Tetapi jangan kata
hendak derma satu itu kita tidak terima dan kemudian dijadikan itu sebagai satu
alasan untuk membuat tuduhan kepada kita yang berfikiran sempit. Saya rasa dalam
soal ini, bersetuju tidak dengan saya bahawa pihak PAS lebih sempit lagi
pemikirannya daripada DAP? [Tepuk meja]
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Saya harap para doktor dapat mengesahkan apakah itu tanda-tanda awal
penyakit jiwa? [Ketawa] dan
[tTepuk meja]
Seorang Ahli: Ada tanda-tanda itu.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya sebenarnya tidak
menjadi Wakil Rakyat Pendang sebelum ini. Saya menjadi Wakil Rakyat bagi Pendang
pada sesi ini sahaja. Sebelum itu saya menjadi wakil rakyat peringkat negeri di
Bukit Raya. Kawasan yang saya maksudkan sekolah itu
dalam.....[Disampuk]
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ia di kawasan Pendang.
Kalau Bukit Raya di kawasan Pendang ......
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Sekolah saya maksudkan itu
ialah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang, bukan dimenangi oleh
PAS. Sehingga sekarang ini pun dimenangi oleh Barisan
Nasional, sebab itu saya tidak tahu apa yang berlaku
sebelum ini di seluruh Pendang sebelum saya menjadi Ahli Parlimen di
Pendang.
Seorang Ahli: Setiausaha Parlimen tidak rajin melawat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kita juga diberitahu Tuan
Yang di-Pertua, bahawa 2,200 makmal komputer telah mula dibina di seluruh
negara. Saya mendapat maklumat bahawa kontrak pembinaan ini telah diserahkan
kepada satu syarikat bernama CAD Integral yang
dikuasai kononnya oleh Syarikat Tongkah. Mendengar nama ini sahaja telah cukup
untuk kita memperdalami keseluruhan pengswastaan
projek ini sebagai satu lagi projek untuk kroni-kroni
[tTepuk meja].
Jangan-jangan kk-ekonomi ini bermaksud ‘kroni ekonomi’. Sekali lagi
saya meragui sama ada kelengkapan prasarana ini diimbangi dengan kehadiran
guru-guru yang terlatih mengendalikan ICT melalui komputer. Peruntukan yang
mencukupi harus ada bagi menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru
ini. Lebih baik jika persediaan untuk melahirkan kumpulan guru-guru baru ICT
dibuat di pelbagai Universiti Multimedia yang wujud sekarang ini di negara kita.
Saya mencadangkan agar budaya kk-ekonomi ini
dilaksanakan secara teratur dan disegerakan kerana ia merupakan antara kunci
menghadapi saingan globalisasi dalam era WTO dan AFTA.
Tuan Yang di-Pertua,.....
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Yang Berhormat Dato’
Ketua Pembangkang, tanya soalan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang
Berhormat bagi Jeli bangun.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua dan Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang. Dewan melihat bahawa Yang
Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang risau dan bimbang tentang ada infrastruktur
tetapi tidak ada tenaga-tenaga atau sumber manusia yang terlatih untuk memanfaatkan infrastruktur-infrastruktur kK-ekonomi tersebut.
Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Dato’ Ketua
Pembangkang hendak quote tiga ucapan pertama oleh Bill Gates, yang kedua
oleh .... ‘Stanshike’ daripada Taiwan, pemilik Acer
Komputer dan yang ketiga daripada pengeluar filem terkenal Bollywood.
Bill Gates mengatakan, ini keluar dalam Asiaweek. Dia
mengatakan bahawa dia sedih dengan apa yang ada di negara kita, Malaysia. Ada
infrastruktur tetapi tidak pandai diguna. Sebab itu beliau mengambil keputusan
untuk memindahkan operasinya daripada MSC kepada Singapura. Begitu juga ‘.......Stanshike’ dalam
Majalah Asia Incorporation juga mengatakan bahawa cita-cita Perdana
Menteri Malaysia jauh daripada mencapai sasaran kerana ia hanya menyediakan
infrastruktur tetapi tidak menyediakan sumber manusia untuk melengkapi
infrastruktur tersebut, ini kenyataan kedua.
Kenyataan ketiga selepas daripada lawatan Yang Berhormat
Menteri Tenaga, Multimedia dan Telekomunikasi bersama-sama dengan Ketua
Eksekutif MBDC ke Bombay pada tahun sudah, pengeluar
filem ternama India dalam Majalah Siniblis mengatakan bahawa dengan izin,
"They buy a Porche, we are going to drive that Porche not their people is
going to drive the Porche". Jadi, apakah komen-komen ini bagi pandangan Yang
Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang akan memberi waktu yang terdekat atau masih
jauh lagi untuk mencapai tahap kK-ekonomi yang
dicita-citakan,. tTerima
kasih.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua dan sahabat saya, Yang Berhormat bagi Jeli. Mereka adalah orang-orang
yang mempunyai pengalaman, yang dekat dengan masalah-masalah yang berkaitan
dengan kk-ekonomi dan juga multimedia. Sudah tentu
pandangan-pandangan mereka itu, pandangan-pandangan yang boleh diterima untuk
menjadi bahan kepada kita bagi menilai pencapaian dan sejauh mana pencapaian
yang akan diperolehi daripada program kK-ekonomi ini.
Pembentangan Belanjawan yang cuba menyentuh persediaan negara
menghadapi WTO dan AFTA ternyata mengelirukan kerana tidak ada usaha untuk
menjadikan Malaysia negara yang menarik dan bebas dalam aspek kebebasan akhbar,
penghapusan undang-undang Ddraconian serta
pemulihan image systemimej sistem kehakiman yang
sudah tercemar akibat beberapa tindakannya kebelakangan ini. Sedangkan ini
adalah antara resipi utama sebelum Malaysia dapat menempatkan dirinya bersaing,
mendapatkan advantage dalam era liberalisasi dan globalisasi.
Negara jiran kita Thailand umpamanya, sudah memulakan usaha
mewujudkan suasana mesra pelabur dan mesra rakyat. Kebebasan akhbar dan bersuara
sangat dihormati di sana. Kerenah birokrasi juga sudah dihapuskan dan amat mudah
untuk kita memulakan perniagaan di sana tanpa terpaksa memberi rasuah pada
mana-mana pihak. Adalah tidak mencukupi bagi kerajaan hanya menggabungkan
syarikat menjadi besar bagi menghadapi saingan globalisasi ini sebagai strategi
utamanya.
Dalam pembentangan Belanjawan tahun lalu, Kerajaan BN dengan
bersemangat mempertahankan syarikat milik kerajaan daripada jatuh ke tangan
pelabur asing. Kita sendiri pada waktu itu musykil sama ada tindakan itu akan
berjaya menghalang kemasukan pelabur asing memegang ekuiti syarikat gergasi
kerajaan seperti MAS, projek kereta nasional dan lain-lainnya. Ternyata tidak
sampai setahun kemudian dengan nada yang lemah Yang Berhormat Menteri Kewangan
mengumumkan kesediaan kerajaan melepaskan ekuitinya dalam syarikat miliknya
termasuk projek kesayangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Pelabuhan
Barat demi menarik minat syarikat asing mengambil alih ekuitinya. Bagi
mengurangkan rasa aibnya dia menggunakan istilah "perkongsian bijak". Sebenarnya
inilah kekalahan politik yang memimpin BN, kerana
kita tahu cakapnya yang bergegar-gegar tahun lalu adalah untuk menghina Barisan
Alternatif yang dikatakan mengundang kuasa asing menjajah ekonomi negara ini.
Sekarang ternyata mereka telah bercakap tidak benar kepada
rakyat. Selepas ini saya yakin rakyat tidak akan termakan lagi dengan rhetoricretorik kosong pemimpin-pemimpin UMNO Barisan
Nasional. Amat aneh lagi apabila Barisan Nasional sanggup mengundang pengurusan
asing bagi mengurus KLIA yang menjadi kebanggaan Barisan Nasional. Kita semua
tahu syarikat penerbangan asing sudah mula menjauhi KLIA. Syarikat British
Airway baru mengumumkan akan menghentikan beberapa operasinya di KLIA.
---------------- Ansett, Qantas, LufanselLufthansa sudah lama memberhentikan sebahagian
aktivitinya ke Malaysia. Apakah yang membanggakan sangat Barisan Nasional
sekarang. Saya tidak akan merasa terkejut jika ekuiti dalam KLIA itu sendiri pun
akan menjadi milik asing.
Selain pengurusannya seperti yang tersebut dalam ucapan
belanjawan Menteri Kewangan. Inilah dia sandiwara UMNO - mana itu wakil, yang mempersoalkan tadi tentang sandiwara,
tidak hadir. Inilah dia sandiwara UMNO Barisan Nasional yang sudah tidak menjadi
sensasi lagi. Apakah ada ahli UMNO yang masih kagum dengan kehebatan Barisan
Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, pembentangan belanjawan kali ini telah
didahului beberapa minggu sebelumnya satu tindakan tidak rasional kerajaan
Barisan Nasional iaitu menaikkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 10%.
Tindakan ini kononnya untuk mengurangkan beban subsidi harga minyak yang
disediakan oleh kerajaan dengan alasan bahawa kerajaan tidak lagi mampu untuk
menanggung beban subsidi yang dijangka meningkat dari RM3.2 bilion kepada RM5.4
bilion sekiranya harga dikekalkan pada paras yang lama. Penarikan balik subsidi
yang juga bertujuan sebenarnya untuk mengurangkan
kebpergantungan rakyat kepada subsidi dan bantuan
kerajaan, kononnya lagi terlalu banyak subsidi dan rakyat mesti berhenti
daripada meminta subsidi.
Saya ingin bertanya golongan rakyat manakah yang bergayut
kepada subsidi. Saya akan memberikan jawapannya sebentar lagi insya-Allah.
Sebagaimana kita sedia maklum minyak dan bahan yang berkaitan dengannya adalah
merupakan keperluan asas dan bahan mentah utama bagi kebanyakan kegiatan
ekonomi. Kenaikan harga minyak sudah tentu akan mewujudkan satu gelombang
inflasi dalam ekonomi. Ekonomi maklumat Malaysia baru
sahaja dilanda gelombang inflasi akibat kejatuhan besar nilai tukaran asing
Rringgit Malaysia dalam tahun 1997.
Berikutan dengan itu kadar inflasi meningkat dua kali ganda
kepada 5.3% dalam tahun 1998 berbanding 2.7% dalam tahun 1997. Ini adalah kadar
inflasi yang tertinggi sejak tahun 1983.
Gelombang inflasi ini melanda seluruh ekonomi dengan sebahagian
besar harga barang-barang khasnya barangan pengguna keperluan asas meningkat
pada kadar yang tinggi. Barang-barang makanan khasnya memuncak merakamkan
kenaikan lebih dari dua kali ganda sebanyak 8.9% berbanding 4.1% dalam tahun
1997. Ini meletakkan harga barangan dalam ekonomi pada paras yang tinggi. Kajian
awal menunjukkan harga barangan keperluan harian telah meningkat sehingga
40%.
Lebih membebankan lagi ialah gelombang besar inflasi ini
berlaku dalam suasana pendapatan rakyat merosot sebagaimana yang digambarkan
oleh kemerosotan 7.5% dalam Kkeluaran Ddalam Nnegara Kkasar. Keadaan inflasi ini kemerosotan pendapatan dalam
suasana inflasi yang memuncak telah menimpakan himpitan berganda kepada rakyat
sehingga menyebabkan taraf hidup rakyat merosot dengan nyata. Walaupun
perangkaan resmi menunjukkan kadar inflasi sudah memperlihatkan tanda-tanda reda
dalam tempoh kebelakangan ini, namun harga barangan khasnya barangan pengguna
dan keperluan asas terus meningkat setiap bulan kepada paras yang semakin tinggi
pada kadar 1% hingga 3%.
Dalam tahun 2000 ini indeks harga pengguna terus naik pada
kadar 1.6% pada bulan Januari, 1.5% dalam bulan Macrch, 1.3% dalam bulan Jun dan 1.4% dalam bulan Julai.
Kenaikan berterusan ini sudah cukup membebankan rakyat khasnya golongan yang
berpendapatan rendah. Kaum buruh, kaum nelayan dan kaum petani yang kini
menghadapi kejatuhan harga getah dan kelapa sawit, begitu juga kakitangan sektor
awam dan anggota pasukan keselamatan yang mana tuntutan bonos mereka tidak
dilayan.
Hari ini kita melihat hakisan kuasa beli rakyat. Seperti biasa
kenaikan harga dijangka memuncak di musim perayaan tahun ini. Kini sudah ada
tanda-tanda kenaikan harga minyak dan bahan-bahan minyak akan menyebabkan
terjadinya gelombang inflasi kedua dalam jangka masa tidak sampai pun tiga
bulan. Di samping kenaikan langsung harga minyak sebanyak 10% dalam sifatnya
sebagai barangan pengguna.
Kenaikan harga ini akan juga membawa kenaikan harga kos
pengeluaran beberapa sektor dan kegiatan ekonomi. Ini adalah kerana minyak dan
bahan minyak adalah bahan mentah asas dalam pelbagai industri bagi pengangkutan,
perkilangan dan penjanaan kuasa. Kita telah pun menyaksikan kenaikan tambang
pengangkutan awam melebihi 100% dan bayaran tol naik 25%, begitu juga dengan
takrif elektrik dan panggilan telefon. Saya ingin
mendapat penjelasan daripada pengerusi TNB yang baru kenapa bayaran menyambung
semula bekalan elektrik dinaikkan daripada RM3.00 kepada RM10.00 bagi
penghuni-penghuni rumah dan dinaikkan daripada RM3.00 kepada RM80.00 kepada
premis-premis perniagaan. Apa rasionalnya. Saya mengharapkan bila perubahan
pengerusi TNB daripada seorang teknokrat kepada seorang wakil rakyat, dia tentu
akan lebih berhemat dalam hendak memberikan kenaikan-kenaikan supaya dia dapat
juga menilai dan merasai bagaimana kesusahan yang ditanggung oleh rakyat.
Pengerusi baru Tenaga Nasional boleh tolong beri penjelasan
selepas ini. Sama ada takrif elektrik akan naik atau tidak. Tambang penerbangan
juga akan naik dalam tempoh yang terdekat ini.
Tuan Lim Hock Seng: Mohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat bagi Bagan bangun.
Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, saya minta
penjelasan dari Ketua Pembangkang sama ada beliau sedar bahawa selain daripada
takrif-takrif yang akan
dicadangkan untuk dinaikkan dan TNB mulai 1hb.
Julai, mereka juga kenakan kalau-kalau sesiapa pengguna lewat membayar bil TNB
maka 1% dikenakan. Atau seperti apa yang dikatakan jikalau dipotong dan RM60.00
sehingga RM80.00 dikenakan. 1% ia dikenakan.
Dato' Haji Fadzil bin Md.Noor: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua dan juga wakil daripada Bagan. Memang itulah yang kita persoalkan.
Saya tahu kenaikan itu dan potongan yang dikenakan kepada pengguna-pengguna
elektrik yang lewat membuat pembayaran. Kelewatan itu kadang-kadang bukan
disengajakan. Kadang-kadang kerana kelewatan menerima bil, kadang-kadang
penghuni rumah itu tidak berada di rumah dalam masa yang perlu dia membuat
pembayaran. Jadi banyak alasan-alasan ataupun sebab-sebab yang menyebabkan
kelewatan pembayaran, tetapi ini satu hukuman yang dilakukan oleh sebuah agensi
yang telah pun dikorporatkan. Sebab itu kita tidak nampak apa rasional
kenaikan-kenaikan ini dilakukan dan tindakan-tindakan untuk mendenda mereka yang
membuat pembayaran lewat itu dilakukan.
Begitu juga tambang penerbangan dijangka akan dinaikkan dalam
tempoh terdekat ini. Oleh itu kenaikan harga minyak pasti menyebabkan kenaikan
kos pengeluaran dalam seluruh ekonomi. Kenaikan ini mungkin tidak digambarkan
sepenuhnya oleh perangkaan rasmi kerana tidak semua barangan diwakili dalam
indeks berkenaan. Bebannya tetap ditanggung oleh rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah kenaikan harga minyak
dielakkan?. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah
sebuah negara pengeluar minyak petroleum dan beberapa lagi hasil minyak termasuk
gas asli. Malaysia ialah next exporter minyak mentah. Dikatakan bahawa minyak
Malaysia bermutu tinggi dan mendapat harga premium di dalam pasaran minyak
antarabangsa. Pada tahap pengeluaran sekarang yang dianggarkan dalam 665,000
tong sehari setiap satu USD1
dollar kenaikan harga minyak mampu membawa hasil
bertambah sebanyak hampir RM900 juta kepada Petronas setiap tahun. Dalam tempoh
3 bulan kebelakangan ini harga minyak mentah telah naik daripada USD 28 dollar se tong ke paras melebihi USD37 dollar
se tong dan kini harga berkisar di antara
USD33 sehingga USD35 dollar Amerika
se tong.
Kita sedia maklum bahawa Petronas mendapat keuntungan berbilion
ringgit setahun dan pada tahun 1999 dilaporkan
Petronas memperolehi keuntungan melebihi RM22
bilion ringgit. Kenaikan besar harga minyak sekarang
ini sudah tentu akan membawa hasil dan keuntungan yang meningkat kepada
Petronas. Begitu juga hasil kerajaan daripada hasil
industri petroleum. Dalam tahun 1999 hasil kerajaan daripada industri
petroleum sejumlah RM11.6 bilion
ringgit. Dalam tahun 2000 ini sudah pasti hasil ini akan meningkat lebih
besar lagi. Apa salahnya sebahagian daripada durian runtuh ini digunakan untuk
terus mensubsidi harga minyak untuk meringankan beban rakyat. Kalau itu
dilakukan barulah belanjawan ini dapat dianggap sebagai belanjawan rakyat. Ini
belanjawan menekan rakyat dari segi ekonomi.
Seorang Ahli: Betul.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ppengekalan subsidi adalah logik demi mengelakkan terjadinya
gelombang inflasi yang lebih merugikan ekonomi. Ini terutamanya memandangkan
bahawa minyak adalah keperluan asas dan bahan mentah utama bagi industri. Harus
di ingat bahawa amalan sekarang subsidi bukan sahaja
diberi dalam bentuk langsung seperti bantuan baja dan benih padi kepada petani
dan bantuan tanaman semula getah dan kelapa sawit tetapi juga dalam bentuk yang
tidak langsung seperti mengenakan harga yang lebih rendah daripada harga
pasaran. Pelepasan cukai, mengenakan cukai yang lebih rendah bagi barangan yang
dalam kategori yang sama, sokongan harga, program penkestabilan harga dan sebagainya.
Syarikat besar korporat pula mendapat kemudahan pinjaman kepada
kadar riba yang istimewa, lebih rendah daripada yang dikenakan kepada peminjam
biasa. Ini juga satu bentuk subsidi kalau dibandingkan dengan subsidi yang didalang dalam berbagai bentuk
yang diberikan oleh kerajaan kepada berbagai industri,. mMaka subsidi minyak yang sama
ditanggung kerajaan tidaklah sebesar mana. Subsidi dalam bentuk pelepasan cukai
yang diberikan kepada Pproton misalnya menjangkau
berbilion ringgit begitu subsidi yang diberikan kepada sektor perkilangan dan
syarikat-syarikat korporat milik kroni - k-ekonomi.
[Ketawa].
Kerajaan juga memberi subsidi dalam bentuk sokongan harga atau
prize support kepada saham syarikat-syarikat besar yang membentuk Iindeks Kkomposit Bursa Saham
Kuala Lumpur bagi menentukan indeks tidak jatuh dengan teruk. Misalnya ratusan
juta malahan berbilion ringgit dana KWSP, LTAT, Tabung Haji, PerkesoPERKESO, Khazanah dan sebagainya digunakan untuk
menyokong harga saham syarikat Telekom, TNB, Genting
Berhad, Resort World Bhd, Berjaya, Toto, Renong dan lain-lain. Amatlah tidak
adil dan juga tidak logik dari segi ekonominya bagi kerajaan menarik subsidi
minyak yang melibatkan seluruh rakyat. Sedangkan pada masa yang sama terus
menggunakan wang rakyat membantu segelintir syarikat milik kroni.
Secebis subsidi untuk rakyat digembar-gemburkan dan dianggap
beban kepada kerajaan tetapi apabila tiba kepada subsidi besar kepada
syarikat-syarikat kroni kerajaan diam membisu. Sepatutnya harus mendedahkan
kedudukan subsidi yang sebenarnya kepada rakyat, agar rakyat dapat melihat
siapakah yang sebenarnya bermentalitikan subsidi dan bergayut kepada subsidi dan
bantuan kerajaan selama ini. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan
supaya sebagai mensyukuri kesan perolehan akibat kenaikan harga minyak dalam
pasaran antarabangsa subsidi harga petroleum dikembalikan dasn harga minyak petrol dalam pasaran negara dikembalikan
pada harga asal. [Tepuk]
Dalam membahaskan seterusnya Bbelanjawan 2001 ini saya ingin menyentuh prestasi ekonomi
dengan melihat cabaran dan halangan yang ada. Sebenarnya negara kita menghadapi
krisis berat dalam menangani kemelut ekonominya. Antaranya ialah:-
krisis kekangan hak asasi;
krisis keyakinan terhadap sistem keadilan;
krisis keyakinan terhadap kepimpinan politik;
krisis keyakinan terhadap ekonomi jangka panjang
dan
krisis keyakinan terhadap korporat govergovernancenment di
Malaysia.
EFFA1545
…kelima krisis keyakinan terhadap corporate governance di
Malaysia…kak ara***
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah
bercakap mengenai usaha meneruskan agenda masyarakat penyayang. Bbahkan ada akan dijadikan
agenda nasional. Beliau mengakui adalah penting nilai kemesraan, perkongsian dan
masyarakat penyayang disemai dalam semua aspek pembangunan dan kehidupan. Tidak
ada orang yang waras akan menolak kesalahan ini. Tetapi ini hanya kata-kata
manis dari seorang pemimpin Barisan Nasional. Namun realiti yang ada di tengah
masyarakat dengan tidak adanya dorongan untuk terbinanya masyarakat penyayang
selama ini menjadikan kita amat sangsi dengan apa yang dikatakan oleh Menteri
Kewangan itu. Aduan bagaimana tahanan reman didera begitu teruk selain ada yang
ditahan bertahun-tahun mereka yang berdemonstrasi secara aman dianggap sebagai
penjenayah, tekanan hebat terhadap rakyat yang mahu menyuarakan keadilan dan
kebenaran menganggap musuh semua yang tidak sehaluan dengan pandangan parti yang memerintah adalah bukti nyata bahawa
ini bukan kaedah untuk membina masyarakat penyayang.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan m Mesyuarat].
Adakah munasabah apabila lima orang pemuda mengangkat kain
rentang yang bertulis ‘Undur Mahathir’ pun kena tahan sampai tujuh jam di balai
polis dan dikenakan ikat jamin. Demikian juga dengan akta zalim, contohumpamanya ISA, OSA,
Akta Polis, Akta Hasutan dan lain-lain akta yang sangat mendera dan mengongkong
sama sekali bertentangan dengan semangat masyarakat penyayang. Malah suasana
demokrasi dan hak asasi yang semakin terhakis dalam semua bidang kehidupan
membuktikan bahawa kata-kata mesra rakyat itu hanya retorik pemimpin kerajaan
konon untuk menunjukkan kebaikan mereka.
Penyediaan peruntukan untuk golongan yang memerlukan perhatian
khusus dari golongan miskin, orang cacat, golongan tua, kanak-kanak istimewa,
ibu tunggal dan anak-anak yatim misalnya adalah menjadi tanggungjawab hakiki
pihak yang lebih bernasib baik. Dengan kerajaan sendiri menjadi teraju kita
menyokong segala peruntukan yang diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan
komitmen kerajaan adalah aspek penyayang yang meliputi seluruh rakyat. Umpamanya
pembentukan keluarga bahagia melalui usaha meningkatkan pendidikan Islam dan
kekeluargaan, amalan gotong
-royong, menghapuskan budaya maksiat seperti
judi, arak, dadah, seks rambang dan sebagainya. Saya tidak nampak kesungguhan
kerajaan dalam hal ini malah peningkatan cukai dosa atau since tax belum pernah berjaya mengurangkan tabiat buruk
merokok dan menagih arak. Ingatlah Iklan rokok dan
arak berleluasa, judi langsung disokong oleh kerajaan hari ini dengan memberi
alasan bahawa judi adalah budaya masyarakat bukan Islam. Dan itulah ini telah dinafikan dalam persidangan Parlimen ini
oleh wakil-wakil yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam. Baru-baru ini
kita berbangga sebagaimana kita saya sebutkan tadi
bila wakil dari DAP dan ada wakil dari MCA, SAPP menjelaskan bahawa judi bukan
sekali-kali budaya orang Cina cuma UMNO sahaja yang belum faham-faham.
[Tepuk].
Menteri Kewangan juga berkehendakkan supaya kekayaan negara ini
dapat dirasai oleh semua rakyat. Itu harapan dia. Tetapi apakah dia tahu
apakah yang dia buat.
Ddan apa pemimpin-pemimpin UMNO bawahan dia lakukan.
Peruntukan kepada wakil rakyat, ahli Parlimen umpamanya sebanyak RM500,000
setahun dinafikan hak wakil-wakil rakyat dari parti pembangkang untuk mendapat
menggunakan wang itu bagi kepentingan rakyat bahkan saya difahamkan pegawai
daerah sendiri pun tidak dibenarkan untuk menggunakan wang itu bagi diagihkan
kepada pembangunan-pembangunan kecil dalam kawasan atau daerah di mana beliau
menjadi pegawai daerah.
Saya ambil contoh dalam kawasan saya, peruntukan RM500,000 itu diberikan kepada Ketua Bahagian
UMNO yang sudah ditolak oleh rakyat untuk mengagihkan peruntukan itu. Ini wang
rakyat, wang negara, wang awam. Atas kapasiti apa? Ada pada saya cadangan yang
dibuat oleh Ketua Bahagian UMNO kawasan saya Pendang, mengagihkan peruntukan
RM500,000. Saya telah dapat mengesan salah satu peruntukan yang dibuat daripada
wang RM500,000 itu ialah untuk kononnya menyiapkan Dewan Tanah
Merah, Pendang. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua,
Dewan Tanah Merah - Tanah Merah ini adalah sebuah pekan kecil daerah Pendang
yang Barisan Nasional kalah di situ. Menyiapkan Dewan Tanah Merah ini bukan
sebenarnya Dewan orang ramai tetapi Dewan UMNO yang tidak sempat disiapkan
menjelang pilihan raya yang lalu.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Eee, jahatnya.
[Ketawa]
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Sebab itu saya mengatakan
cakap mesti serupa dengan bikin dan bikin juga mesti serupa dengan cakap.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagikah Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah
berucap lebih hampir tiga jam.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kalau tidak ada orang
ganggu tidak panjang, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua,
program-program yang yang merosakkan pemikiran
anak-anak seperti yang terdapat dalam televisyen kita harus dikaji semula dan
diganti dengan program pendidikan yang sarat dengan pengajaran yang disampaikan
dengan cara yang menggembirakan mereka. Saya
mencadangkan supaya peruntukan yang besar disediakan atau insentif diberikan
kepada mana-mana syarikat yang bersedia mengeluarkan lebih banyak software atau
filem yang bercorak pendidikan. Ini lebih bermakna daripada kerajaan beria-ia
mengwujudkan e-village yang pastinya hanya untuk
hiburan semata-mata. Saya hendak mengingatkan kerajaan bahawa buat masa ini
memberikan saingan dalam pasaran perfileman ialah hiburan yang cenderung kepada
poronografik termasuk filem-filem keluaran Bollywood yang sedang cuba
dipujuk untuk ke e-village di Sepang. Oleh itu,
kerajaan janganlah ghairah dengan e-village ini.
Tuan Yang di-Pertua, suasana masyarakat penyayang dan mesra
rakyat, rakyat hanya terbina jika pemerintah sudah bersedia bersikap terbuka,
mampu menerima kritik, bersikap gentlemen, bertolak ansur, menjamin hak asasi
manusia dan lebih dari itu mematuhi prinsip moral, agama, serta menghargai kemanusiaan. Sesungguhnya petunjuk yang
ada kini tidak menuju ke arah masyarakat penyayang dan mesra rakyat. Oleh itu
Barisan Alternatif tidak yakin agenda ini dapat
dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Saya
mencadangkan pembentukan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan yang
merangkumi penyertaan perlbagai kaum di negara ini
bagi melakarkan semula arah tuju negara ini dalam alaf baru yang akan menjadi
penggerak penyatuan berbagai kaum…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading, biarlah Yang Berhormat Ketua Pembangkang habiskan
ucapannya, Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, saya
sudah banyak kali bagi kat sahabat saya itu, Tuan
Yang di-Pertua. Saya ingat cukuplah kot.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sikit sahajalah.
Tuan Yang di-Pertua: Biarlah,
dia tidak beri jalan, Yang Berhormat ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya mohon Ketua
Pembangkang …
Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Bukan hanya mencari formula
untuk satu-satu kaum. Hasrat UMNO untuk mengwujudkan
Majlis Melayu dalam suasana kita menuju integrasi nasional ini adalah langkah
yang jauh mundur. PAS khususnya tidak akan mundur bersama UMNO. UMNO tidak akan boleh menuding jari ke arah orang lain yang dikatakan
cuba memecahkan perpaduan, baik antara kaum ataupun
dalam sesuatu kaum. Usaha untuk menubuhkan Barisan Alternatif adalah langkah
jelas ke arah perpaduan, sementara tindakan UMNO-BN
memainkan isu hak sesuatu kaum membangkitkan cerita lama seperti peristiwa 13
Mei - inilah yang membawa kepada perpecahan. [Tepuk].
Tuan Yang di-Pertua, beberapa ihtisat
episod yang berlaku dalam tempoh sedekad yang lalu telah meruntuhkan
keyakinan masyarakat dalam terhadap satu-satunya
tempat bergantung rakyat kita dalam mencari keadilan. Negara ini mula mengukir
nama buruk apabila pihak eksekutif berjaya dalam usahanya menyingkir Ketua Hakim
Negara dan beberapa orang hakim mMahkamah aAgung pada tahun 19988.
Peristiwa hitam ini memulakan era campur tangan eksekutif dalam hal ehwal
mahkamah sehingga rakyat berani mempersoalkan beberapa keputusan
kepenghakiman. Beberapa tingkah laku hakim dan
pegawai mahkamah selepas daripada itu memburukkan lagi keadaan. Ianya mencapai
tahap kritikal apabila berlaku pendakwaan terpilih dan kemuncaknya ialah
kegawatan mahkamah akibat tindakan Ketua Eksekutif Negara memperolok-olokkan
mahkamah dalam kes perbicaan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Keadaan buruk ini
boleh kita simpulkan apabila bekas Ketua Hakim
Negara, Almarhum Tun Mohamad Suffian pernah menyebut
bahawa beliau tidak mahu dibicarakan dalam mahkamah Malaysia sekiranya seandainya dia tidak bersalah.
Banyak urusan ekonomi dan perniagaan memerlukan campur tangan
mahkamah. Pelabur asing cukup sedar bahawa sistem keadilan yang tidak bebas akan
mengganggu kepentingan mereka di negara ini. Kita menuntut kerajaan menyedari
hakikat ini dan memberikan semula kebebasan mahkamah ini. Selagi kita tidak
melihat perubahan ke arah itu kita tidak akan dapat menjadi pemain utama dalam
perdagangan antarabangsa. Pihak yang bertelagah atau rasa teraniaya tidak yakin
untuk mendapatkan penyelesaiannya di mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua, satu isu penting yang terpaksa diterima
oleh pakar ekonomi dan hari ini sudah mula diakui oleh kerajaan sendiri adalah
faktor keyakinan atau confidence kepada pihak berkuasa. Hari ini kerajaan
Barisan Nasional amnya dan UMNO khasnya sedang mengalami krisis kepercayaan yang
paling teruk sejak ia mula memerintah. Penghakisan kepercayaan rakyat
terutamanya masyarakat Melayu adalah akibat dari perbuatan salah laku pemimpin
UMNO sendiri yang telah menjadi terlalu angkuh dan zalim. Rentetan peristiwa
kezaliman dan ketidakadilan termasuk pencabulan kuasa, pelindungan amalan
rasuah, penganiayaan dan kezaliman politik, salah guna kuasa, pengurusan ekonomi
yang pincang dan program penswastaan membawa kerugian besar kepada dana awam,
kerosakan alam sekitar akibat pembangunan yang tidak lusteri
lestari dan mesra alam, jurang pendapatan dan
kekayaan yang semakin melebar, program pemborosan wang rakyat yang tidak
langsung mengambil kira kesengsaraan rakyat, kos perbelanjaan yang tinggi
ditanggung oleh rakyat dan senarai yang semakin hari
semakin panjang. oleh rakyat dan
senarai yang semakin hari semakin panjang.
Dalam UMNO sendiri masalah politik wang diakui oleh mereka
sendiri dan sehingga sekarang pun mereka masih belum bertemu penawar. Saya
menyatakan ini bukan kerana mahu campur urusan dalaman kelambu UMNO tetapi UMNO
kena ingat bahawa buat masa ini kekalutan dalam UMNO memberi kesan kepada orang
lain dalam negara ini.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun, Yang Berhormat ya. Bagi jalan Sri Gading ya.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak payahlah kot. Tun
hendak saya cepat, saya teruskan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak apalah.
Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi jalan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya hendak sedikit
pertanyaan, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Barisan Alternatif mahukan
seluruh masalah dan penyelesaian ini ditangani segera supaya negara boleh
meneruskan agenda pembangunan semula negara dan pemerintahan …
Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi jalan, Sri Gading.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Walau
bagaimanapun, pada kenyataan dan hakikatnya kerajaan
UMNO Barisan Nasional mahukan rakyat dan BA tidak diberi kesempatan dan ruang
ini. Bahkan sebaliknya hari demi hari kerajaan BN-UMNO mencetuskan isu-isu baru
dan salah laku yang lebih mengejutkan dan menjadikan bukan sahaja rakyat negara
ini hilang kepercayaan dan keyakinan bahkan rakyat antarabangsa dan khususnya
pelabur asing juga turut hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pemerintahan
ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya suka mengingatkan bahawa di sini
perbincangan ekonomi bertindih secara langsung dengan politik. Sebelum saya
menghuraikan perkara ini, saya ingin juga menyentuh
beberapa perkara dengan isu polisi yang menyebabkan negara ini semakin tidak
menarik dan dilihat penuh misteri oleh pelabur asing bahkan juga oleh pelabur
tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, kepercayaan dan keyakinan berkadar
langsung dengan faktor kredibiliti, consistency konsistensi
dan satu sikap dan polisi yang kohil, cakap
mesti serupa bikin, bikin pun mesti serupa cakap. Sama ada kita sedar atau
tidak, kita telah menghantar beberapa mesej yang
salah kepada dunia luar dengan polisi dan sikap kerajaan ini. Dengan lain
perkataan, kita celaru dan tidak menentu, terkadang kala
kita buka negara ini seolah-olah kitalah negara yang
paling terbuka, paling global sehingga macam hendak
lelong negara ini seumpama pelaksanaan projek MSC sama ada aspek ekuiti dan juga
kelonggaran tarif dan cukai bahkan kerakyatan pekerja pakar asing.
Dalam waktu yang lain, polisi
kerajaan ini adalah sangat menekan dan menyempitkan pelabur asing sekali gus
menjadikan mereka mencari negara yang lebih mudah, lebih murah dan lebih mesra
dari segi undang-undang. Salah satu faktor yang tidak menyenangkan pihak pelabur
ialah liabiliti levi keluar 10% bagi penghantaran
pulang keuntungan dari urus niaga saham. Polisi ini
apabila ditinjau dari beberapa segi sudah tidak lagi relevan.
Beberapakah banyakkah keuntungan yang hendak kita pungut dari levi ini.
Sudahkah dikaji banyak mana levi yang dapat dikutip dan banyak mana pula
pelaburan asing yang terhalang daripada memasuki ke
negara ini akibat levi ini. Yang jelasnya iklim pelaburan merosot akibat
levi ini., Aantaranya. bBukan senang hendak untuk
menarik pelabur dan tidak ada sebab mengapa mereka mesti melabur di sini
tambahan negara jiran serantau yang lain lebih menarik, mudah dan lebih mesra.
Peranan levi ini untuk menyekat aliran keluar modal jangka
pendek sudah tidak relevan lagi . Pengumuman Menteri Kewangan bahawa keuntungan
portfolio yang dibawa keluar selepas tempoh satu tahun tidak dikenakan levi
adalah tidak langsung mengubah persepsi pelabur terhadap Malaysia malah amat
mengelirukan. Semalam Perdana Menteri semakin mengelirukan kita apabila beliau
menjelaskan bahawa keuntungan portfolio yang dibawa keluar selepas tempoh satu
tahun dikenakan levi 0%. Tidak habis-habis bergurau PM kita ini. Saya
mencadangkan supaya levi 10% ini dibatalkan terus.
Kita juga masih ingat Menteri Kewangan dalam uUcapan bBelanjanwanya tahun
lalu begitu yakin dengan prestasi BSKL dan bercakap panjang mengenai petunjuk
BSKL sebagai petunjuk kebangkitan semula ekonomi. Ternyata kini BSKL hambar.
Menteri Kewangan hanya dapat membandingkan indeks komposit sehari sebelum
pembentangan bBelanjawan dengan indeks terendah tahun
ini yang katanya telah meningkat 14.1%. Mengapa beliau tidak membandingkan
indeks hari ini dengan yang tertinggi tahun ini supaya kita dapat lihat
kejatuhan indeks tersebut. Ini sengaja mahu mengelirukan kita. Jika tidaklah
institusi seperti KWSP, LTAT, Khazanah, PNB, dan
Tabung Haji dipaksa memasuki pasaran seminggu dua sebelum pembentangan bBelanjawan tahun ini nescaya indeks komposit BSKL telah
jatuh merudum. Maka kali ini beliau bercakap sedikit sahaja mengenai BSKL dan
berbanding dengan indeks yang dibuatnya pun sekadar menyejukkan hati beliau
sendiri. Selepas sorak-sorai mengenai BSKL yang kononnya akan pulih dan mendapat
kepercayaan pelabur apabila disenaraikan semula dalam MSCI berakhir dengan layu
maka persoalan kurang keyakinan terhadap kepimpinan dan dasar negaralah yang
kekal menjadi punca krisis ini.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang lebih membawa imej yang buruk
kepada pengurusan ekonomi negara ini adalah amalan kronisme dalam kaedah back
door banning out kumpulan korporat yang dilindungi oleh kerajaan. Perkara ini
telah banyak kami kritik dan akan terus dikritik bagi mendapatkan reformasi
sepenuhnya terhadap pengurusan dana dan sumber negara. Danaharta sebagai sebuah
syarikat pengurusan aset dibentuk dengan matlamat untuk menyelamatkan
syarikat-syarikat dan usahawan besar yang teruk dilanda masalah hutang. Setakat
31 Disember 1999, Danaharta telah membeli dan meletakkan di bawah pengurusannya
hutang bermasalah berjumlah RM45.5 bilion. Hutang bermasalah ini dibeli pada
kadar diskaun lebih kurang 56%. Danaharta dikatakan telah hampir selesai membeli
hutang bermasalah kecuali sedikit sahaja lagi.
Perlu dirakamkan bahawa bukan mudah untuk menjual harta-harta
yang telah dikumpulkan tambahan pasaran hartanah yang lembab dan muram.
Danaharta terpaksa menanggung kos menunggu penstrukturan semula, hutang korporat juga bukanlah mudah untuk ditangani dalam
suasana seumpama ini. Danaharta perlu bijak dan cermat dan tidak dilihat
melakukan jenayah moral dengan pengambilalihan hutang bermasalah ini.
Baru-baru ini kita dihadapkan dengan satu lagi kes yang jelas
dilihat sebagai bet governceance bagi pihak kerajaan
dan Danaharta. Kes ini melibatkan pembelian hutang Hotik Invesment Limited yang
berpangkalan di Hong Kong yang bernilai RM3 bilion. Menurut laporan bahawa
syarikat ini dimiliki oleh Rashid Manaf, seorang
peguam sahabat baik Halim Saad, Pengerusi Eksekutif Renong Berhad. Tidak ada siapa tahu
siapa pemilik sebenarnya syarikat ini. Danaharta sedia memaklumi bahawa kuasa
yang ada padanya tidak melepasi sempadan negara ini. Danaharta yang seharusnya
amalkan due deligence, dengan izin, seharusnya tahu
akan hakikat risiko ini. Rakyat dan pihak pelabur tertanya-tanya apakah sebab di
sebalik mengambil risiko besar ini walaupun Danaharta dikatakan hanya membayar
RM5 juta sahaja untuk hutang syarikat Hotik Investment Limited ini.
Yang mencemarkan lagi amalan berhemat dan pengurusan kewangan
dan perbankkan yang baik di negara ini ialah maklumat
bahawa Hotik telah meminjam sebanyak RM3 bilion daripada empat buah bank di
Malaysia dalam tahun 1997 dan wang itu telah dibelanjakan untuk membeli saham majoriti dalam syarikat Wintech yang pada ketika itu
memilik National Steel Corporation PhFilipina.
Persoalan kewibawaan dan keyakinan semakin meruncing tatkala
pertanyaan dimajukan atas sebab apa empat bank tempatan ini iaitu dikatakan Bank
Bumiputera Malaysia Berhad, RHB Bank, Commerce Asset Holding Berhad dan Malayan
Banking Berhad boleh memberi pinjaman dengan jumlah yang begitu besar kepada
syarikat yang tidak beroperasi di Malaysia dan terutama dalam industri keluli
yang sudah pun ada pengalaman buruk seperti Perwaja Steel di sini. Hutang ini
kemudian menjadi hutang bermasalah apabila Danaharta mengambil alih dia memegang
RM2 bilion atau 80% saham dalam NSC. Usaha untuk memulihkan NSC gagal. NSC
seterusnya dicairkan dilaporkan bahawa Danaharta tidak akan dapat sebahagian
besar dari pencairan NSC. Pun begitu, Danaharta masih
boleh memberi jawapan bahawa mereka tidak kerugian kerana membeli NPL Hotik
dengan harga RM5 juta sahaja.
Jelasnya yang menanggung hutang ialah empat buah bank tempatan
tadi. Jelasnya rakyatlah dan negaralah yang menanggung segala perbuatan jelik
dan salah laku kroni-kroni bernafsu besar ini. Inilah yang meruntuhkan keyakinan
rakyat dan pelabur. Kes ini mengingatkan kita mengenai dengan keruntuhan BMF di
Hong Kong dalam tahun 1983 . Sekarang ini kita hendak tahu siapa pula George
Tan, Lorent Isme dan siapa pula akan menjadi Jalil Ibrahim dalam kes Hotik ini.
Saya mencadangkan supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes
ini ke akar umbinya.
Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi lebih mencemarkan imej baik negara dalam pengurusan korporat dan kewangan
perbankkan negara ini ialah peribadi-peribadi yang
telah melakukan pelbagai kesilapan bahkan jenayah. Ini masih terus memimpin
berbagai syarikat korporat yang telah bertimbun hutang sekali gus memberi
persepsi salah kepada dunia luar dan juga tempatan
akan amalan dan sikap kerajaan yang melindungi tokoh-tokoh korporat dan syarikat
ini secara amalan kapitalisme kroni. Kerajaan masih terus dengan sikap angkuh
melakukan semua ini dengan tidak mempedulikan rakyat dan persepsi dunia terhadap
negara.
Barisan Alternatif mahukan supaya korporat-korporat manja ini
jangan lagi dilindungi oleh wang rakyat dan mereka perlu diajar ketika membuat
kesalahan dengan cara turun secara terhormat, bukan
diberikan muka lagi dan dilindungi oleh Danaharta dan Danamodal. Barisan
Alternatif dan bahkan ramai pengurus dana tempatan dan pakar ekonomi tempatan
juga melafazkan hasrat yang sama. Ini bagi membolehkan lebih ramai lagi tokoh
korporat Melayu dan bukan Melayu tampil dengan kehebatan dan keupayaan bisnes
dan sekali gus mengelakkan hanya muka-muka tertentu sahaja yang mendapat habuan
dan peluang semasa senang dan susah. Kita perlu tukar budaya ini jika kita mahu
lebih berdaya saing dan maju. Persaingan global yang mendatang adalah lebih
mencabar lagi. Negara perlu membangunkan lebih ramai lagi tokoh-tokoh korporat
dan usahawan tulen yang benar-benar berdaya saing dan berkualiti tinggi, agresif
dan tidak hidup dengan mentaliti untuk dilindungi dan disubsidi dengan bantuan
kerajaan dan wang rakyat. Lebih awal kita keluar dari budaya lama dan amalan
kronisme, lebih cepat kita dapat membaik pulih keupayaan kita untuk bersaing di persada
antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, kita mengalami pengaliran keluar modal
bersih sebanyak RM5 bilion. Pelabur asing juga gusar dengan isu pengurusan
korporat yang tidak menentu. Mereka juga khuatir dengan kepentingan pemegang
saham minoriti seperti dalam kes penstrukturan semula Arab Malaysian Merchant
Bank dan bank utama dan juga perkahwinan paksa sektor perbankan. Ddan yang akan diikuti oleh
industri brokerage dan
insurans. BA atau Barisan Alternatif masih mempertikaikan dasar-dasar yang
digunakan oleh kerajaan untuk memaksakan pernggabungan perbankkan yang
dahulunya enam, sekarang telah menjadi sepuluh bank
utama. Tidak ada kajian setakat ini yang membuktikan bahawa penggabungan ini
akan membawa kesan dan impak yang baik untuk daya saing mereka. Pilihan
bank-bank utama itu pun masih boleh dipertikaikan.
Kalaulah atas sebab perhitungan untuk mengumpul dana maka
walaupun semua bank bergabung menjadi satu ia tidak akan menguatkan daya saing
bank di negara ini berbanding dengan bank gergasi dunia seperti Chase mManhattan, Citibank dan seumpamanya. Sebaliknya urusan
penggabungan memaksa institusi perbankkan sibuk
dengan urusan dalaman sehingga menjejaskan urusan
perbankkan negara hari ini yang antara lain
terencatnya pertumbuhan pinjaman. Ia juga meninggalkan kesan dan masa depan yang
tidak menentu bagi kebanyakkan bank yang bukan
merupakan bank utama. Kakitangan pula tertanya-tanya sama ada mereka akan
diminta berhenti selepas penggabungan ini. Sekali lagi polisi dan pengurusan
governeance yang menekan ini memberi kesan negatif
terhadap persepsi terhadap institusi
perbankkan dan kewangan. Saya ingin mendapat
penjelasan mengenai kedudukan usaha penggabungan bank ini kerana tidak
diperjelaskan dalam ucapan Menteri Kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masalah corporate
governeance ini juga kita tidak dapat lari daripada
menyebut isu-isu kronisme dan nepotisme yang tidak berkesudahan. Ini terutamanya
berlaku dalam program penswastaan projek-projek kerajaan. Saya menyebut perkara
ini kerana sebahagian daripada penganugerahan projek penswastaan ini mematikan
usaha dan inisiatif usahawan Bbumiputera yang sedang
cuba memasuki dunia korporat dengan berbekalkan ilmu dan kesungguhan. Sebagai
contoh, dalam penswastaan hotel
Total hHospital iInformation sSystem disk (THIS) seperti yang
diumumkan oleh Menteri Kewangan keseluruhan projek-projek bernilai lebih
daripada RM1 bilion. Ini dimonopoli oleh sebuah syarikat yang pemegang saham
utamanya ialah Deligent Network Sdn. Bhd iaitu syarikat yang kononnya dikatakan
dikuasai oleh Tongkah. Ini merupakan satu penganiayaan kepada beberapa syarikat
kecil IT yang telah pun memulakan inisiatif merangka sistem berkenaan kerana
diminta berbuat demikian oleh kerajaan sendiri sebelum diambil alih secara
mengejut oleh dDeligent
nNetwork ini. Tindakan-tindakan beginilah yang
menghilangkan daya saing asli usahawan baru negara kita. Saya mencadangkan
supaya usaha sebesar ini dilaksanakan melalui pembentukan konsortium beberapa
syarikat supaya dengan cara ini pengalaman baru akan dapat diberikan kepada
lebih ramai usahawan-usahawan.
Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagi Yang Berhormat?
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak panjang, sikit lagi.
Satu perkara yang mengejutkan saya juga ialah mengenai dengan
penswastaan LPN (Lembaga Padi dan Beras Negara) kepada BERNAS. Saya telah
menerima satu envelop yang memuatkan dokumen tentang masalah yang sedang
dihadapi oleh BERNAS yang telah mendapat penswastaan LPN. Ini juga penswastaan
yang bersifat kroni kerana dilaporkan di sini BERNAS telah menawarkan
perberhentian kerja kepada kakitangan-kakitangannya,
membuat satu tawaran perberhentian kerja dengan dijanjikan bayaran-bayaran ganti
rugi yang tertentu di antara 17,000 sehingga lebih daripada 43,000. Apa
sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh BERNAS. Tahun lalu dilaporkan
BERNAS mengumumkan keuntungan dan jika kakitangan ini tidak mahu berhenti juga
mereka akan ditawarkan bekerja dengan jadual kerja yang disusun semula iaitu
dikurangkan daripada enam hari seminggu kepada tiga hari seminggu dengan
potongan gaji sebanyak 20%. Dan saya juga dimaklumkan bahawa beberapa buah
kilang-kilang LPN yang diswastakan kepada BERNAS akan dijual kepada
syarikat-syarikat milik peribadi. Apa yang sudah berlaku? Harta yang dibina
dengan wang rakyat, dengan wang kerajaan diswastakan
kepada sebuah syarikat kroni, kemudian syarikat itu
pula hendak menjualkan kepada pihak yang lain. iIni
membuktikan bahawa penswastaan sebenarnya tidak membawa kejayaan yang
diharapkan. Saya ingin mendapatkan penjelasan.
Kita juga telah melihat beberapa siri penswastaan perkhidmatan
sokongan di hospital kerajaan berakhir dengan implikasi kos yang lebih tinggi
kepada kerajaan. Kerajaan terpaksa menanggung peningkatan kos sampai 300% bagi
mendapatkan bekalan ubat daripada pembekal utama iaitu Remedy Sendirian Berhad
yang merupakan anak syarikat UEM Berhad yang memonopoli penswastaan stor ubat
pusat beberapa tahun lalu. Ia juga syarikat kroni UMNO.
Ziana 1600
Dato’ Fadzil: …setor ubat pusat beberapa tahun lalu. Ini juga
syarikat kroni UMNO. (Effa)
Kerajaan juga membayar kos yang lebih tinggi untuk urusan
pembersihan hospital kerana kerja ini diswastakan kepada anak syarikat Tongkah
dan kumpulan Faber. Saya nampak program penswastaan perkhidmatan ini tidak lebih
daripada untuk mengkayakan syarikat kroni dan bukan untuk mengurangkan kos
kepada kerajaan. Yang akhir, urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing oleh
FOMEMA pun telah diambil alih oleh Tongkah. Tidakkah ini membuka mata kita
kepada satu macam kronisme yang bukan kepalang.
Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti komen-komen orang ramai
selepas Belanjawan ini dibentangkan, ternyata mereka kecewa kerana melihat
kerajaan tidak serius dalam apa yang ingin diusahakannya. Khusus yang
diperkatakan ialah tiadanya usaha konkrit untuk membawa pelaburan asing yang
boleh menjamin pertumbuhan yang berterusan. Ramai juga yang menjangka akan ada
pengurangan cukai pendapatan korporat tetapi kecewa. Mereka juga menjangka
berlaku pengurangan potongan KWSP dan dapat meningkatkan jumlah wang pendapatan
bawa baliknya. Ini juga tidak berlaku. Kakitangan awam terasa mereka tidak
dinilai dengan baik kerana tidak ada bonus kali ini.
Namun, kita mengucapkan tahniah
kepada kakitangan beruniform yang akhirnya diberi pengiktirafan setelah begitu
lama terseksa dan diabaikan. Bagi doktor-doktor kita yang mendapat kenaikan
elaun kritikal, saya berharap mereka akan meneruskan khidmat cemerlang mereka
dalam sektor awam. Saya ingin mencadangkan bahawa supaya
elaun kritikal kakitangan tulang belakang bagi sistem kesihatan iaitu
Jururawat dan Pembantu Perubatan dan juga Doktor Gigi diberikan kenaikan yang
setimpal. [Tepuk] Mungkin Menteri Besar Selangor yang juga seorang doktor
gigi menyokong cadangan saya ini. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, kepala kumpulan sukarelawan beruniform,
insentif yang disediakan harus dapat meningkatkan semangat kesukarelawan mereka.
Saya juga mahu mengingatkan kerajaan agar tidak mempolitikkan pasukan sukarelawan beruniform ini. Saya difahamkan bahawa
pasukan Askar Wataniah akan dikembangkan mengikut
kawasan Parlimen. Saya melihat ini sebagai satu percubaan untuk mempolitikkan
pasukan ini untuk menjadi penyokong kuat UMNO, Barisan Nasional. Sila hentikan
usaha ini yang akan menimbulkan suasana politik kurang enak. Cukuplah
badan-badan sukan sahaja yang berpolitik dan akhirnya kecewa di Sydney.
Akhirnya, saya ingin mengingatkan
kita, sebagai pekerja, kakitangan sama ada awam atau swasta, yang penting ialah
meningkatkan professionalisme dalam kerja
masing-masing. Apa yang berlaku di Gerik, Pulau Sipadan dan Pandanan, berbagai
sungutan di hospital atau jabatan-jabatan lain termasuk JPJ dengan "'lesen terbang'"nya, mesti
dielakkan. Rakyat bersimpati dengan segala kekurangan yang membebankan hidup
mereka tetapi atas dasar amanah yang mereka pikul, kerja secara baik adalah
kemestian kepada mereka.
Rasululullah s.a.WS.A.W.
bersabda, [Membaca beberapa potong Hadis] yang bermaksud "Sesungguhnya
Allah mengasihi seseorang kamu apabila dia melakukan sesuatu pekerjaan dilakukan
dengan penuh teliti dan tekun". Tuan Yang di-Pertua, itulah ucapan yang dapat
saya sampaikan. Mudah-mudahan ia bermanfaat jua. Sekian, terima kasih. WaAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua: Parit Sulong.
4.04 ptg.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit
Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersyukur kehadrat
Allah s.w.tS.W.T. kerana ekonomi Malaysia mencatatkan
pertumbuhan sebanyak 7.5% tahun ini. Ia mencerminkan kejayaan Kerajaan Barisan
Nasional, bukan Barisan Alternatif dalam menangani krisis ekonomi yang melanda
negara sejak akhir 1997.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.
Oktober 2000
AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT
Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun
Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K.
J.M.N.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri Dr.
Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor),
D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak),
D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S.
(Kubang Pasu)
" Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam
Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N.,
D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala
Batas)
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr.
Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis)
" Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu,
S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput)
" Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. Lim Keng
Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Beruas)
" Menteri Tugas-tugas Khas dan Menteri Kewangan,
Tun Dato’ Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S.,
S.S.A.P. (Merbok)
" Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk
Amar Leo Moggie anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit)
" Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Dato’ Seri Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala
Kangsar)
" Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun
Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S.,
D.U.B.C.(T). (Pekan)
" Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’
Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)
" Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin
Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N.
(Kota Tinggi)
" Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna , Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin,
P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh)
" Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P.,
S.I.M.P, S.M.J, P.I.S (Bakri)
" Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat, Dato’ Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, D.S.A.P.,
D.I.M.P. (Paya Besar)
Yang Berhormat Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’
Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P.,
J.S.M., S.M.P. (Kuantan)
" Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,
Dato’ Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K.
(Kulim-Bandar Baharu)
" Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn,
D.M.S.M. (Selandar)
" Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’
Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian)
" Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed
Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)
" Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi
bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)
" Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin
Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara)
" Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri
Bernard Giluk Dompok (Kinabalu)
" Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr.
Rais bin Yatim, D.S.N.S. (Jelebu)
" Menteri Pertanian, Datuk Effendi Norwawi (Kuala
Rajang)
" Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Muhamad bin
Abdullah, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)
" Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng,
P.I.S. (Senai)
" Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Haji Mohd.
Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol)
" Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo
Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah)
" Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Drs.
Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A(Titiwangsa)
" Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri)
" Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Dato’ Kerk Choo Ting, D.P.M.P. (Taiping)
" Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Chan Kong Choy,
D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang)
" Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J.
(Segamat)
Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk
Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna)
" Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Douglas Uggah Embas, P.G.B..K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong)
" Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie
bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala
Langat)
" Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee
Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar)
" Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan
Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun
Razak)
" Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Dato’ Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.I.M.P. (Lembah
Pantai)
" Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’
G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor)
" Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee
Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya)
" Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri
DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir
Salak)
" Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd.
Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek
Gelugor)
" Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar, Dato’ Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S.
(Sabak Bernam)
" Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal
Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai)
" Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J.,
D.S.A.S. (Jerantut)
" Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Mohamed Khaled
bin Haji Nordin P.I.S. (Johor Bahru)
" Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah
Aman (Beaufort)
" Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi,
Dr. Tan Kee Kwong (Segambut)
" Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading)
" Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen (Raub)
" Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff
bin Ahmad (Mersing)
Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’
Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’
Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K.
(Langkawi)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri,
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N.
(Jasin)
" Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri,
Puan Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P.
(Gerik)
" Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Haji Noh bin Haji Omar, D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P.
(Tanjong Karang)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan,
Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk
Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan
Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga,
Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan
Baru)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan
S. G. Sothinathan (Telok Kemang)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan
Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P,
A.M.N. (Tapah)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan
Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar
Bandar, Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B.,
(Santubong)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’
Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Tuan Fu Ah Kiow (Mentakab)
" Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun)
" Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K.
(Rantau Panjang)
Yang Berhormat Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M.
(Batu Berendam)
" Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (Marang)
" Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (Sungai
Benut)
" Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh,
P.S.M., S.P.M.P. (Kangar)
" Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J.,
K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai)
" Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman)
" Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud,
S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B.,
D.G.S.M., P.K.C, D.P. (Kota Samarahan)
" Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M.,
P.C.M. (Bukit Gantang)
" Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T.,
J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah)
" Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah,
P.P.T., A.M.P. (Tambun)
" Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T.,
P.J.K. (Bagan Datoh)
" Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar
(Larut)
" Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit)
" Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh)
" Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis)
" Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha
(Marudu)
" Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, A.S.A.
(Hulu Langat)
" Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang)
" Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah)
" Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K.
(Setiu)
" Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara)
" Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)
" Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)
" Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor, D.S.D.K.
(Pendang)
" Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)
" Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)
" Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal)
Yang Berhormat Dato Goh Siow Huat (Rasah)
" Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P.,
S.M.S. (Parit Buntar)
" Tuan Hassan bin Mohamed (Besut)
" Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas)
" Dato’ Hew See Tong, D.P.M.P., J.P. (Kampar)
" Dato’ Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh
Barat)
" Tuan Hoo Seong Chang (Kluang)
" Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian)
" Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas)
" Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B.
(Baram)
" Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis,
D.I.M.P., (Rompin)
" Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S.
(Mambong)
" Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu)
" Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman)
" Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau)
" Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan,
P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau)
" Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau)
" Tuan Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran)
" Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M, D.S.N.S.
(Tumpat)
" Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka)
" Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J.,
J.M.N. (Subang)
" Tuan Kong Cho Ha (Lumut)
" Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K.
(Sandakan)
" Tuan Lee Kah Choon (Jelutong)
" Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang
Serai)
" Tuan Lim Hock Seng (Bagan)
" Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong)
" Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong
Malim)
" Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan)
" Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena)
Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah binti
Husin (Arau)
" Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit)
" Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P.
(Bandau)
" Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J.,
K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading)
" Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah)
" Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai)
" Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K.,
P.P.N. (Kuala Selangor)
" Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N.,
S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau)
" Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan
Chepa)
" Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli)
" Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said
Keruak, P.G.D.K. (Kota Belud)
" Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh)
" Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N.
(Machang)
" Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N.,
P.J.K, P.J.M., (Balik Pulau)
" Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P.
(Shah Alam)
" Tuan Moktar bin Radin, A.D.K., A.S.D.K.
(Kinabatangan)
" Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus)
" Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat)
" Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu
Terengganu)
" Tuan Mustafa bin Ali (Dungun)
" Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah)
" Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan)
" Tuan Ng Lip Yong (Batu)
" Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A.
(Papar)
" Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C.,
K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok)
" Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K.
(Penampang)
" Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar)
" Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N.
(Silam)
Yang Berhormat Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota
Bharu)
" Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K.,
P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)
" Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian)
" Tuan Robert Lau Hoi Chew, J.B.S., (Sibu)
" Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran)
" Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S.
(Parit Sulong)
" Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah)
" Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed
Hussin, D.S.S.A (Sepang)
" Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N.
(Sik)
" Tuan Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin)
" Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau)
" Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S.
(Batu Pahat)
" Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar
Kuching)
" Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P.,
A.S.D.K. (Labuan)
" Puan Sukinam Domo (Batang Sadong)
" Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud,
S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)
" Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala
Terengganu)
" Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N.
(Baling)
" Tuan Tan Kok Wai (Cheras)
" Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)
" Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A
(Kelang)
" Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)
" Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur)
" Dato’ Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P.
(Gopeng)
" Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P.
(Bintulu)
" Dato’ Tiong Thai King,
(Lanang)
" Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang
Pauh)
" Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S.,
P.B.S. (Batang Lupar)
" Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok)
" Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K.
(Tuaran)
Yang Berhormat Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S.,
A.M.N., P.J.K. (Serdang)
" Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru)
" Datuk Yong Teck Lee, P.G.D.K., P.J.N. (Gaya)
" Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K.,
A.D.K. (Sipitang)
" Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail, D.P.M.S.,
S.M.S, K.M.N (Gombak)
" Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap)
" Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N.
(Wangsa Maju)
MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)
" Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman, S.P.D.K., D.H.M.S.,
S.I.M.P., D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., P.P.T
" Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri
Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M.
" Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Pandikar Amin Haji Mulia
" Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin
Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M.
" Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin
Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S.
DEWAN RAKYAT
PEGAWAI-PEGAWAI KANAN
Setiausaha Dewan Rakyat
Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan
Ketua Penolong Setiausaha
Zamani bin Haji Sulaiman
Haji Mustakin bin Salamat
Shahrom bin Haji Hasan
Penolong Setiausaha
Haji Mustafa bin Abdul
Rahman
Ruhana binti Abdullah
Riduan bin Rahmat
JURUBAHASA SERENTAK
Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman
Mazidah binti Mohamed
Paizah binti Sallehudin
BENTARA MESYUARAT
Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali
Mejar (B) Zakaria bin Salleh
Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah
PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI
Azhari bin Hamzah
Monarita binti Mohd. Hassan
Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop
Mohd Saleh bin Mohd. Yusop
Mohamed bin Osman
Hajah Norishah binti Mohd. Thani
Shamsina binti Janor
Ramlah binti Mohd. Yusuff
Jamilah Intan binti Haji Bohari
Nurziana binti Ismail
Noor Effarizan binti Mat Satib
Taharah binti Mohamed
Nik Elyana binti Ahyat
Mashitah binti Kamaruddin
Abu Bakar bin
Hasan
PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER
Mohd. Azmi bin Embong
Sulaiman bin Sirad
Azzahar bin Hashim
PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK
Kamal bin Oyub
Haji Latif bin Ismail
Kamaroddin bin Mohd. Yusof
PARLIMEN KESEPULUH
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT KETIGA
| Jilid II |
Bil. 56 |
Isnin |
30 Oktober
2000 |
K A N D U N G A N
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 23)
RANG UNDANG-UNDANG DAN USUL:
Rang Undang-undang Perbekalan 2001 dan
Usul Anggaran Pembangunan 2001 (Halaman 23)