UMNO@BN….###$$$$$? LUNAS UNTUK SIAPA….????? SIRI 2.
Tinggal satu hari lagi….penamaan calon DUN LUNAS akan diadakan…. Tarik tali
CALON BA seperti yang dimaklumkan oleh UTUSAN MELOYAKAN hari ini….memang dasar
media kroni UMNO@BN ….. belumpun sampai tarikh pilihanraya sebenarnya media
kroni telah mula menyerang BA dengan dakyah adu-domba serta menipu minda
rakyat…. Itulah tanggung-jawap rasmi media kroni…..kita masih menunggu lagi
lapuran berapa ramai yang akan istihar keluar parti BA…. Macam pilihanraya umum
ke 10 dan Teluk Kemang …. Ramainya…??? Sehingga BA tak mampu bergerak dalam
pilihanraya lepas kerana habis ahlinya keluar parti dan join UMNO@BN ….. kita
nak tunggu berapa juta pula kali ini yang sanggup dibayar oleh UMNO@BN .
Inilah senario UMNO@BN …. Dalam usaha mengaburi mata pengundi LUNAS….. walaupun
berjuta wang ditaburkan di LUNAS….(memang ada untungnya pengundi LUNAS
kini…kerana dapat projek mengejut) pengundi di LUNAS telah faham benar sandiwara
dan satira politik UMNO@BN ….walaupun bertopengkan MIC@BN ….. para pengundi kini
telah bersedia menafikan 2/3 majoriti UMNO@BN dalam dewan undangan negeri
Kedah….itulah hakikat yang sebenarnya kini….dan senario ini amat menakutkan
UMNO@BN ….. bak kata orang pengundi di LUNAS kini mampu minta apa sahaja dari
UMNO@BN …. Pasti lulus punya…. Belanja hangus untuk LUNAS sahaja lebih RM 10
juta…. Jadi apa tunggu mintak aje…!!! Nanti disapu bersih oleh puak-puak UMNO@BN
…. Rugi …??? Masa inilah pengundi LUNAS nak jadi raja …… percayalah UMNO@BN akan
melulut kepada anda semua …. Lihat kini Ayo yo Samy …. Kempen rumah ke rumah …..
dah tak de ke makcik-makcik laser nak pergi kempen…. Sehingga Pak Menteri
terpaksa merayu dan melutut kepada pengundi kali ini …. Lihatlah betapa daifnya
UMNO@BN kini ….. mana perginya khadam-khadam yang sudah dibayar…..atau wang
hangus ini dah lesap.
Kita boleh melihat suasana meriah di LUNAS kini….dulu sepi dek SERANGAN GARUDA
JOE….kerana habih anak Melayu nak di KRISTIAN kan…. Tapi hari ini UMNO@BN
mendabik dada di LUNAS….mereka pejuang AGAMA dan BANGSA
MELAYU….piiirah…..dengan sandiwara purba UMNO@BN….!!! Naik meluat pengundi LUNAS
mendengar janji palsu UMNO@BN …… apakah dengan projek KULIM HIGHTECH semua
perkara boleh dilupakan serta dikambus sehingga pilihanraya umum akan datang ….
Tapi panas tak sampai ke petang …. Tengah hari hujan mai…. Padan muka dia
orang….!!!! Habih semua gelabah….!!!!
Walau apapun propaganda UMNO@BN kepada pengundi LUNAS…. Usaha dipedulikan…..
yang penting adalah JENTERA PILIHANRAYA BA di LUNAS….. pastikan ia mantap dan
berdisiplin dalam menjalankan tugas… dan beberapa tips untuk petugas LUNAS.
1. Sila dapatkan fakta yang kukuh serta sahih dalam membangkitkan sesuatu isu
kepada pengundi.
2. Sila dapatkan dokumen atau risalah lengkap mengenai isu setempat dan
nasional.
3. Sila pastikan daftar pengundi yang terbaharu disemak dan pastikan tempat
mengundi dan saluran pengundi betul.
4. Sila pastikan lapuran statistik pilihanraya lepas… lapuran ini penting untuk
memantau pengundi yang perlu diambil perhatian dalam usaha penerangan dan rayuan
undi.
5. Sila pastikan bilik gerakan utama BA…memantau seluruh JENTERA PILIHANRAYA
BA…. Serta gerak kerja JENTERA BN.
6. Segala jadual ceramah dan aktiviti kempen wajib diselaraskan oleh Bilik
Gerakan Utama BA …. Ini untuk mengelakkan pertindihan program seperti di
Sangang…..!!!!.
7. Jadual Tugas serta Petugas wajib diselaraskan oleh bilik GERAKAN pusat PETI
UNDI….dan memaklumkan ke bilik gerakan utama perancangan serta struktur kerja.
8. Sila pastikan perkara utama dihari mengundi.
a) Petugas yang cukup untuk RUMAH PANAS dan PERAYU UNDI
b) Kenderaan yang cukup untuk mengambil dan menghantar PENGUNDI
c) Pentugas yang cukup untuk Ejen mengundi dan Ejen mengira undi …sila dapatkan
petugas yang berpengalaman luas dalam tugas ini. (penipuan berlaku sewaktu dua
tugasan ini)
d) Sila letakkan anak tempatan disetiap PETI UNDI untuk memonitor pengundi
hantu…. Anak tempatan ini mistilah kenal benar dengan pengundi dikawasan PETI
UNDI tersebut.
e) Sila pastikan petugas BA … ONLINE dengan bilik gerakan anda….ini adalah
urusan mendapat dan menyalurkan maklumat penting.
f) Sila pastikan pihak BARISAN NASIONAL tidak sewenang-wenangya masuk kekawasan
larangan tempat mengundi….sila buat bantahan rasmi kepada SPR jika ini
berlaku…????
g) Sila pastikan keselamatan PETI UNDI apabila tempat mengundi telah
ditutup…..pada kebiasaanya pihak UMNO@BN dapat mengesan kekalahan mereka….dan
diwaktu ini PETI UNDI akan cuba diceroboh…persediaan awal adalah penting
mengelakkan kejadian buruk berlaku….??
h) Sila buat statistik awal dari rumah panas….pada kebiasaanya pihak UMNO@BN
akan kaunter attack pengundi diwaktu ini….jangan beri peluang pihak UMNO@BN
mendekati pengundi sehingga kedewan mengundi.
i) Pihak UMNO@BN akan menghalang pengundi yang menyokong BA untuk keluar
mengundi…..bilik gerakan dan rumah panas di PETI UNDI sila pastikan pengundi
yang berpotensi telah keluar mengundi….jika mereka tidak hadir….arahkan petugas
mencari mereka….mungkin pengundi ini telah disabotaj oleh UMNO@BN …..???
j) Pihak UMNO@BN akan mencuri pengundi diwaktu membawa pengundi….sila pastikan
kenderaan BA lebih banyak dari UMNO@BN ….pengalaman di Sanggang (kenderaan
kurang) dan di Teluk Kemang ( masalah kenderaan membawa pengundi hampir
diatasi ) ….jika dua pengalaman di ambil-kira BA mempunyai harapan cerah
menghalang UMNO@BN mencuri pengundi BA dan kita mampu kaunter attack pengundi
UMNO@BN .
Ini adalah serba sedikit tips untuk LUNAS …. Disana nanti ada yang lebih pakar
mengenai JENTERA PILIHANRAYA seperti…. Petugas dari YB AZMIN ALI dan YB WAN
AZIZAH….begitu juga pihak PAS dalam Jentera di Kelantan dan Terengganu serta YB
FADIL NOR dengan jentera dari Kedah akan mencurahkan pengalaman mereka di
LUNAS….walau apapun berlaku…., PETUGAS DARI PENDUDUK TEMPATAN WAJIB MENERIMA
DENGAN TANGAN TERBUKA SUMBANGAN DAN PANDANGAN PETUGAS DARI LUAR KAWASAN
LUNAS….itulah hakikatnya….walaupun di Sanggang…lebih 5000 petugas tapi hasilnya
menyedihkan…..di Teluk Kemang….kawasan luas…tetapi gerak kerja bersepadu dan
bersatu…. Alhamdulillah majoriti dapat dikurangkan….walaupun masih banyak
kelemahan….!!! Tapi di LUNAS perkara yang serupa dikedua-dua tempat ini amatlah
diharapkan tidak akan berlaku….dan didoakan BA akan berjaya serta menafikan 2/3
majoriti BN di KEDAH.
Dalam menjana kejayaan di LUNAS ….. sudah menjadi tangungjawap bersama semua
penyokong BA….. Besok hari penamaan CALON di BANDAR KULIM….senario awal haruslah
diserlahkan…. Jika di Perhimpunan Mempertahankan Islam di Kedah mencapai
kehadiran lebih 100,000 orang dan di Jalan Kebun juga lebih 100,000 orang …..
apakah mustahil untuk mengumpulkan 100,000 orang di BANDAR KULIM….. kalau mahu
seribu daya…itulah hakikatnya…. Tanpa serangan sebegini UMNO@BN akan terus
mendabik dada dan bongkak….!!!
Seperti biasa malam ini 8.30 malam (20/11/2000) di R&R Sungai Buloh…. KONVOI ke
LUNAS akan dilancarkan….sila pastikan siapa yang mempunyai masa dapat hadir
untuk ke LUNAS….???? Dan mulai 21hb.Nov.2000 semua petugas luar diminta
bergilir-gilir membantu jentera pilihanraya di LUNAS …. Sila dapatkan maklumat
rasmi bilik gerakan negeri masing-masing…. Kerana setiap negeri telah
diamanahkan menjaga satu bilik gerakan sehingga selesai mengundi….ini adalah
untuk mengelakkan pertindihan tugas.
Apa yang perlu kini….. matlamat utama BA adalah memastikan LUNAS menjadi milik
BA dalam usaha membantu pengundi LUNAS bebas dari cengkaman Mahazalim@Mahafiraun
…… dan menafikan majoriti 2/3 BN di Kedah….sesungguhnya tanpa pengorbanan yang
telus lagi ikhlas oleh semua penyokong BA ….. adalah mustahil LUNAS akan menjadi
milik BA.
Akhirnya segala pengorbanan dan usaha bersepadu dari semua pihak dalam BA akan
memastikan kemenangan CALON BA di LUNAS…. Pengorbanan kita semua mampu meroboh
senario politik Malaysia…..itulah usaha kita semua untuk memastikan UMNO@BN
serta juak-juaknya akan terkubur terus dari persada POLITIK MALAYSIA….. selagi
UMNO@BN terus memerintah MALAYSIA ….. adalah mustahil MALAYSIA YANG ADIL YANG
BERPAKSIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DAPAT DITEGAKKAN DI BUMI YANG BERTUAH INI.
SESUNGGUHNYA PENGORBANAN ANDA SEMUA AKAN DIBERKATI ALLAH S.W.T…KERANA MENENTANG
KEZALIMAN DAN KEMUSNAHAN.
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
20HB.NOV.2000
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL