Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kelewatan Menentukan Calon MENGHAMPAKAN

Assalamualaikum wbt

Tuan PW MR

Merujuk perkara di atas, saya amat sedih, gelisah, hairan, bingung , hampa dan risau. Biar apa pun alasan yang cuba kita lukis dan ukirkan buat tatapan penyokong BARISAN ALTERNATIF namun itu adalah petanda TIADANYA SATU FORMULA bersama dalam menentukan calon daripada BARISAN ALTERNATIF.

Kemana ingatan YAB Tuan Gunu Hj Nik Aziz yang menyeru kita jangan kedekut dan komponan jangan tamak????

Kenapa hal sedemikian terjadi mungkin kerana TIADANYA tokoh yang benar-benar dapat mengepali Barisan Alternatif kita. Atas sebab itu jugalah mengapa kita perlu mempertingkatkan usaha pembebasan DSAI. Dia walaupun dalam penjara berjaya mendapat kepercayaan BA sebagai calon PM BA dalam Pilihan Raya Umum 1999 yang lalu. Keputusan itu saya percaya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai oleh barisan pemimpin BA.

Saudara WM MR.... cubalah hubungi penulis-penulis 'berbisa' sperti MT, Pak Amin, Kapal Berita dll. kita bagi mengupah hal keadaan ini. Saya bosan membaca sogokan yang tak memenuhi rasa ingin tahu saya berkenaan SAPA CALON KITA. Memang kita kaya dengan isu tetapi itu semua tak bermakna langsung jika kita dilihat sebagai satu barisan yang longgar yang mementingkan parti masing-masing.

Saya adalah ahli keADILan yang jauh tetapi tetap bersemangat RELA menerima sesiapa saja calon BA asalkan bukan daripada UMNO, MCA, MIC dan kuncu-kuncunya. Seruan saya kepada pendukung dan penyokong BA di LUNAS terimalah keputusan pucuk pimpinan demi keutuhan pakatan kita. Ingatlah, tanpa keADILan, PAS dan DAP dalam satu pakatan BARISAN ALTERNATIF, ianya akan jadi sesuatu yang tidak mungkin berfungsi ebagai ALTERNATIF.

Sekian, Terima kasih WB MR yang saya kasihi. Semoha saudara terus sihat dan diberi-Nya kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

LAWAN TETAP LAWAN.

JBL 20/11/2000


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 21 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com